MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Saturday, April 10, 2010

DEWA 19 DAN DAJJAL

skip to main skip to sidebar
Free Our Mind

Home
FOM-Fb

Tuesday, April 6, 2010

Dewa 19 dan Dajjal



Pada satu ketika, Rasulullah s.a.w telah bangun di kalangan orang ramai, dan telah menyebut tentang kebesaran Allah s.w.t dengan selayaknya, dan menyebutkan tentang perihal Dajjal Al- Masih dengan sabdanya: " Daku memberi amaran kepada kamu tentangnya yakni Dajjal dan tiada satu nabi pun yang tidak memberi amaran kepada umatnya tentang Dajjal. Nabi Nuh telah memberi amaran kepada kaumnya tentangnya, tetapi daku memberitahu kamu satu kenyataan yang tiada seorang Nabi pun yang tidak mengingatkan kaumnya. Kamu haruslah ketahui bahawa ia adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu." Asal hadis ini telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari, di atas autoriti Salim.( Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).




Dan... simbol2 mata satu sering dipaparkan... tanpa anda sedari.. antaranya artis..Dewa 19. Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan musik terkenal dari seberang ini. Lagu-lagu mereka seperti Laskar Cinta, Pupus, Sedang Ingin Bercinta, Roman Picisan dan lain-lain sudah sebati dengan jiwa anak muda zaman sekarang. Persoalannya sekarang adakah mereka tergolong dalam golongan artis pilihan Si Pendusta Besar (Dajal) yang ditugaskan untuk mengawal minda (mind control) kita khususnya di kawasan Nusantara ini?



Kumpulan muzik ini telah ditubuhkan pada 1986 dan dianggotai 5 sahabat terdiri dari Ahmad Dhani, Andra, Tyo, Once dan Yuke. Album pertama mereka dikeluarkan pada tahun 1992 berjudul Dewa 19 dan selepas itu mereka telah mengeluarkan banyak lagi album-album yang lain dan menempa nama di seluruh pelusuk Nusantara. Antara album mereka yang berjaya ialah Laskar Cinta, Republik Cinta dan Kerajaan Cinta. Tokoh Budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi telah membuat aduan kepada kerajaan Indonesia untuk membuat siasatan ke atas kumpulan ini kerana disyaki Agen Penyebar Propaganda Zionis pada 2005.Sekilas pandang kumpulan ini tiada perbezaan dengan kumpulan musik yang lain. Tetapi jika diteliti dengan lebih lanjut ada 'something' dengan band terkenal ini. Elok kiranya jika kita berkenalan lebih lanjut dengan vokalis utama kumpulan ini, Ahmad Dhani. Ahmad Dhani berketurunan Yahudi dari ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler. Beliau juga sering kelihatan memakai Star Of David walaupun beragama Islam.Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Britney Spears, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.Dewa-Sweetest PlaceThis is the sweetest placeBaring my feelingI'm welcoming an eyeInto the darkest oneIt tells me not to worryFor the time is yet to comeFor someone to arriveAnd heal the troubled one Suddenly the rainfallsShowering a desert stoneWash away these tears of yesterdayI hear the sound ofA raising chorusSung by the angelsAnd the broken heroes (ni kutuk Imam Mahdi ke?)I wont go back now i feel so rightI've found a placeWhere dreams and life become oneAnd finally i don`t have to runI've found a placeWhere dreams and life become oneBecome oneOne World Religion! NWO-One World Goverment-One World ReligionPillar Of FreemasonGambar pertama, seorang manusia memegang piramid dengan mata satu. Gambar kedua, lelaki menyerupai perempuan (tanda kiamat?). Gambar ketiga, piramid dan sebelah mata di'contrast'.

Wednesday, April 7, 2010

Burung Besi Yang Digeruni

PESAWAT tanpa juruterbang (UAV), peninjau atau pesawat dengan kawalan jarak jauh merupakan antara nama yang diberikan kepada pesawat kecil yang semakin digeruni masa kini.
Bagi kebanyakan negara, memiliki pesawat UAV atau boleh juga dipanggil 'burung besi' itu seakan menjadi satu keperluan kepada pasukan angkatan tentera mana-mana negara.
Ini kerana pesawat itu bukan hanya boleh digunakan untuk mengintip pergerakan musuh tetapi juga dijadikan senjata untuk menyerang musuh dalam senyap.
Kelebihan pesawat ini ialah selain tidak memerlukan pemandu, ia boleh terbang di bawah pengesanan radar dan boleh juga dijadikan seperti peluru berpandu iaitu meletupkan dirinya sendiri ke sasaran.
Malaysia sendiri dikatakan telah menggunakan beberapa buah pesawat UAV yang berperanan sebagai pesawat peninjau dan berkemungkunan akan menggunakan pesawat UAV buatan tempatan di masa depan.
Selain digunakan untuk aktiviti ketenteraan, UAV juga sebenarnya banyak digunakan dalam kerja-kerja seperti penyelidikan saintifik, remote sensing, memadam kebakaran, memeriksa kedudukan paip dan sebagainya.
Menurut sumber industri, kira-kira 44 negara di seluruh dunia hari menggunakan pesawat UAV untuk pelbagai tujuan.
Jumlah UAV di seluruh dunia, sebenarnya bukan hanya bertambah tetapi ia menjadi semakin pantas, kuat dan pintar dalam pelbagai model yang dibangunkan.
Avenger, misalnya merupakan UAV yang mampu memburu dan membunuh tiga kali lebih pantas berbanding model sebelumnya, Predator yang banyak digunakan di dalam perang di Iraq dan Afghanistan.
Bagi melihat sejauh mana perkembangan teknologi 'burung besi' ini, Mingguan Malaysia ingin memaparkan beberapa UAE yang sedang dibangunkan untuk kegunaan di masa depan.
Phantom Ray
Pesawat berkelas Stealth ini dibangunkan oleh The Boeing Company dengan berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Edwards, Lancaster, California, AS.
Prototaip ini menggunakan sayap berkuasa jet yang menggunakan teknologi perang terkini seperti menganggu radar, mengisi minyak di udara, anti peluru berpandu dan sebagainya.
Jurutera menjangkakan pesawat ini boleh terbang sehingga 12,192 meter (m) dan mempunyai kelajuan sehingga 982 kilometer/jam (km/j) yang akan menjadikannya UAV paling laju pernah dicipta.
Demon
Pesawat ini dibangunkan oleh BAE Systems dan ketika ini masih berada dalam makmal pertahanan syarikat itu di London.
Pesawat ini terbang tanpa sirip atau bahagian yang boleh diubah kerana seluruh badan berbentuk seperti sayap.
Keseluruhan pesawat dikawal oleh perisian yang menentukan bagaimana ia terbang ke atas dan bawah, termasuk membelok kiri dan kanan.
BAE menjangkakan pesawat ini boleh diuji tidak lama lagi.
Vulture
Pesawat yang dijana oleh tenaga solar ini dibina oleh Lockheed Martin.
Pesawat berbentuk seperti tali pinggang ini dibina untuk kemampuan terbang setinggi 16,764 meter dan boleh berada di udara sehingga tempoh lima tahun secara berterusan.
Ia sangat sesuai diletakkan dengan kamera pemantauan yang boleh memantau sejauh 965 kilometer di bawah bumi.
Badan pesawat ini boleh membengkok atau melurus apabila berhadapan dengan rintangan angin.
RQ-170 Sentinel
Pesawat jenis Stealth ini dibangunkan oleh Lockheed Martin dan dikatakan menjalankan misi rahsia dan dipercayai berada di pangkalan tentera AS di Afghanistan.
Tidak banyak yang diketahui mengenai pesawat ini dan dipercayai mempunyai kemampuan terbang dengan ketinggian sehingga 15,240 meter.
Pesawat ini dijangka tidak digunakan sebagai pesawat pengebom kerana ia tidak membawa senjata bersamanya tetapi berfungsi sebagai pesawat pengintip.
Avenger (Predator C)
Pesawat ini dibina oleh General Atomics Aeronautical Systems dengan fungsi memburu dan memusnahkan.
Pesawat ini mampu membawa peralatan seberat 1,360 kg sama ada dalam bentuk kamera pengawasan dan peluru pemusnah seperti peluru berpandu kawalan laser Hellfire.
Pesawat ini boleh terbang dengan kelajuan 853 km/j dan boleh terbang tanpa henti selama 20 jam.
Embla
Pesawat UAV yang dibina oleh Aesir dari Britain ini berada dalam kategori Hovercraft dan digunakan di Afghanistan dan zon bencana.
Ia mempunyai kemampuan terbang dan mendarat menegak (VTOL) seperti helikopter dan sesuai untuk membantu tentera di lereng-lereng bukit.
Pesawat ini boleh terbang dengan ketinggian 3,048 meter dan kelajuan 80 km/j.
Ion Tiger
Pesawat ini dibangunkan oleh Naval Research Laboratory, Washington yang mempunyai tugasan lasak dengan berkhidmat di kawasan Eropah. Ia juga mungkin boleh terbang sehingga Asia Barat jika teknologi sel bahan bakarnya dipertingkat.
Ia boleh terbang tanpa dapat didengar walaupun berada pada ketinggian 305 meter atau sehingga mencapai ketinggian 4,267 meter.
Kemampuannya untuk terbang selama 24 jam memberikan kelebihan untuk beroperasi di kawasan lereng bukit dan saiznya yang kecil membolehkan ia menghampiri musuh dengan kameranya yang ringan dan murah.
Excalibur
Pesawat UAV ini mempunyai fungsi memburu dan memusnah dan boleh digunakan dalam zon perang di laut dan darat.
Ia juga boleh terbang dan mendarat tanpa lapangan terbang dan boleh terbang dengan ketinggian 9,144 meter.
Dilengkapi dengan 181 kg peluru berpandu laser, Excalibur boleh memusnahkan sasaran yang berada sejauh 966 km dari tempat pelancarannya.
Sebenarnya banyak lagi pesawat UAV atau 'burung besi' yang sedang dibangunkan untuk masa depan, selain yang digunakan pada masa kini.
Antara pesawat masa depan itu ialah S-100 Camcopter dari Austria, Skylite dari BAE Systems, Mantisdari Bluebird Aero Systems, Boeing HALE (High Altitude Long Endurance) dari Boeng, Global Observer dari AeroVironment dan Samarai dari Lockheed Martin.
Manakala pesawat UAV yang sedang digunakan pula ialah RQ-11B Raven, Wasp III, Desert Hawk, MD4-200 (Microdrone), T-Hawk/gMAV, Aerosonde, FINDER, ScanEagle, RQ-7 Shadow (AAI), Hermes 450/Watchkeeper, MQ-1 Predator, MQ-9 Reaper dan sebagainya.

MEB- Model Ekonomi Baru

"Saya beri jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh” - Najib Razak, Perdana Menteri
Lapan inisiatif diperkenal: PMKUALA LUMPUR: Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam, menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik bagi merealisasikan program transformasi ekonomi Malaysia ke arah melonjakkan kualiti hidup rakyat semua kaum.
Lapan inisiatif itu ialah:
· Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
· Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
· Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
· Memperkukuhkan sektor awam;
· Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
· Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
· Meningkatkan sumber pertumbuhan, dan
· Memastikan pertumbuhan yang mapan. Mengumumkan laporan MEB pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, Perdana Menteri menjelaskan lapan inisiatif itu saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor untuk menjadikan Malaysia ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan terangkum.Najib berkata, berdasarkan laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), 80 peratus daripada tenaga kerja negara hanya berpendidikan setakat kelayakan SPM yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan kerajaan.“Saya bukan saja mahu rakyat mendapat pendapatan lebih baik, mereka juga perlu turut menikmati kehidupan lebih baik.“Kita mahu melihat Malaysia melakukan lonjakan kuantum daripada pendapatan tahunan per kapita sebanyak AS$7,000 (RM22,931) kepada AS$15,000 (RM49,137) dalam tempoh 10 tahun,” katanya.Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan MEB menjanjikan manfaat kepada semua kaum tanpa mengetepikan kepentingan Bumiputera menerusi matlamat dan pendekatan pertumbuhan yang menyeluruh.Beliau bagaimanapun berkata, di bawah MEB kerajaan tidak boleh lagi bertolak ansur dengan amalan yang menyokong aktiviti ‘rent-seeking’ dan ‘patronage’ yang sudah sekian lama menjejaskan matlamat murni Dasar Ekonomi Baru (DEB).“Penyertaan menyeluruh diperlukan yang mana semua rakyat Malaysia dapat menyumbang dan mengambil manfaat daripada pertumbuhan ekonomi – perlu menjadi teras utama bagi sebarang pendekatan ekonomi baru.“Objektif asalnya masih lagi relevan, namun sudah tiba masanya kita menilai kembali pelaksanaan DEB. Kita akan menyasarkan pencapaian matlamat sama, tetapi dengan mengubah cara kita melaksanakannya.“Oleh itu, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksanakan berdasarkan empat prinsip, ia perlu mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berasaskan keperluan,” katanya.Sebagai contoh, kata Perdana Menteri, antara pertimbangan penting adalah mewujudkan proses tender yang kompetitif dan telus dengan peraturan yang tetap dan jelas bagi seluruh komuniti Bumiputera terdiri daripada Melayu dan pribumi lain. “Ini adalah pemantapan dasar kita bagi menghadapi keadaan ekonomi baru, di mana keterangkuman menjadi komponen penting di dalam MEB. Secara praktiknya, pendekatan ini bermakna sokongan kepada Bumiputera dipertingkatkan, yang mana ia berdasarkan kepada keperluan dan bukannya bangsa. “Golongan Bumiputera masih menjadi majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. “Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik,” jelasnya.Untuk menilai pencapaiannya pula, Perdana Menteri berkata, pengagihan adil hendaklah merangkumi keseluruhan spektrum pengukuran kekayaan seperti pemilikan ekuiti, aset kewangan dan bukan kewangan lain serta akses kepada peluang menjana kekayaan seperti konsesi jangka panjang dan kontrak. Malah, dari segi pengukuran pemilikan, ia perlu melangkaui aspek ekuiti termasuk harta benda lain, aset perniagaan seperti peruncitan, harta tanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain serta perjawatan dalam pengurusan.Najib berkata, beliau sudah mengarahkan MPEN untuk menyediakan rangka kerja yang terperinci untuk melaksanakan model pemantapan baru berdasarkan mekanisme yang telus dan berasaskan pasaran untuk mencapai pengagihan yang saksama, manfaat daripada ekonomi berpendapatan tinggi.Perdana Menteri berkata, MPEN juga mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia dari segi individu dan wilayah.“Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara,” katanya.Bagaimanapun, laporan MEB yang diserahkan Pengerusi MPEN, Tan Sri Amirsham A Aziz kepada Perdana Menteri itu, bukanlah laporan muktamad.Ia dibentangkan untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan pemegang kepentingan sebelum disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Wednesday, March 31, 2010

HATI SUKAR MENGERTI

kadang kala hati pasti terluka pabila ada orang yang tidak menghargai diri kita. pengorbanan banyak kita lakukan tetapi mereka seakan tidak tahu. bukan untuk meminta perhatian tetapi mereka perlu berfikir sejenak sebelum mengeluarkan kata-kata.

pujian menggunung yang diberikan seakan satu duri yang semakin banyak di dalam hati. benar dikatakan sifat takbur dan sombong bakal berkembang sekiranya kita membiarkan sifat ego bersemarak di dalam hati. justeru bersegera meminta petunjuk ilahi agar kita sedar bahwa masih berdiri di atas bumi yang sama.

kemampuan kita terbatas, menjadi diri sendiri lebih baik tetapi perlu mencuba sehabis mungkin melengkapi diri. namun, ada juga golongan yang tidak sudah-sudah melukai diri kita. mereka golongan yang tidak mengerti dengan semudahnya mengenepikan idea yang diberi. fikirkan dimana kita sebenarnya...

bersatulah Wahai Bangsa Islam...

Sumber:http://hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk54.htm
Umat Islam akan berpecah menjadi 73 kumpulan.
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.
Kemusykilan:
Apakah maksud sebenar hadis ini ? Ia seolah-olah meramalkan bahawa banyak umat Islam yang akhirnya akan masuk neraka. Bagaimanakah kita hendak meletakkan diri kita dalam kumpulan al-Jamaah ?
Penjelasannya:
Hadis ini adalah antara yang paling disalah-fahami dan disalah-gunakan. Dengan hadis ini ramai pihak yang memisahkan dirinya daripada kesatuan umat atas alasan kononnya Rasulullah telah meramalkannya. Dan banyak kumpulan yang membenarkan kumpulan sendiri sebagai hanya yang satu-satunya layak masuk syurga manakala lain-lain kumpulan semuanya akan masuk neraka.



Sementara itu sebahagian lain pula menolak hadis ini kerana bagi mereka adalah mustahil kebanyakan umat Islam akan masuk neraka. Telah sabit dalam pelbagai hadis yang sahih bahawa umat Islam, yakni mereka yang mengucap dua kalimah syahadah akan masuk syurga secara pasti. Mereka mungkin akan masuk ke neraka untuk sementara waktu bergantung kepada dosa-dosa besar yang dilakukan masing-masing tetapi akhirnya akan tetap masuk ke syurga.



Oleh itu apakah maksud hadis di atas ? Marilah kita mengkaji maksud kalimahnya satu persatu.
Sabda baginda: … dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan)… bukanlah merupakan satu ramalan yang menetapkan tetapi adalah satu peringatan kepada apa yang mungkin akan terjadi.
Jumlah 73 yang baginda sebut mengisyaratkan kepada jumlah yang banyak sebagaimana kebiasaan penggunaan angka 7 atau 70 oleh masyarakat Arab untuk mengisyaratkan sesuatu yang besar jumlahnya. Ini seperti yang telah diterangkan ketika menjelaskan hadis orang kafir ada tujuh usus. Angka 2 dan 3 bagi jumlah 72 dan 73 pula mengisyaratkan bahawa umat Islam berkemungkinan akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih banyak jumlahnya daripada perpecahan Ahli Kitab.
Daripada kumpulan-kumpulan ini hanya al-Jamaah yang akan masuk syurga. Apa dan siapakah al-Jamaah ?



Dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar.
Justeru Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyampaikan hadis di atas dalam rangka memberi amaran keras kepada umatnya untuk tidak berpecah-belah menjadi kumpulan dan kelompok yang saling berselisih antara satu sama lain. Hendaklah umat Islam semuanya bersatu sebagai satu jamaah.
Amaran Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis ini adalah selari dengan ayat al-Qur’an berikut ini:
Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)” [Hud 11:118-119]


Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan tabiat manusia yang suka berpecah-belah dan ini termasuklah umat Islam sendiri. Semuanya akan memenuhi neraka kecuali mereka yang bersatu atas kebenaran, iaitu jamaah umat Islam.




Dalam sebuah ayat lain Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:
Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [al-Rum 30:31-32]
Dalam ayat di atas Allah Tabaraka wa Ta‘ala menerangkan sifat orang-orang musyrik yang memecah-belahkan agama mereka, masing-masing bergembira dengan pecahan masing-masing. Maka hendaklah orang-orang yang mentauhidkan Allah, yakni umat Islam bertindak berbalik daripada tindakan orang-orang musyrik tersebut, iaitu hendaklah umat Islam bersatu dalam satu jamaah dan mengelakkan perpecahan.




Sikap berjamaah yang menjauhi perpecahan juga sangat ditekankan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis-hadis baginda. Antaranya:
Sesungguhnya orang yang memisahkan dirinya daripada jamaah sekalipun dengan jarak sehasta lalu dia mati, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyah.[2]
Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka: (1) seseorang yang memisahkan dirinya dari jamaah dan menderhakai imamnya dan mati dalam keadaan menderhaka, (2) Seorang budak perempuan atau budak lelaki yang melarikan diri dari tuannya lalu dia (budak tersebut) mati dan (3) seorang isteri yang suaminya pergi lalu ditinggalkan bekalan (nafkah) duniawi yang mencukupi namun kemudian dia (si-isteri) mengkhianati (suaminya).[3]
Sabda Rasulullah: Tiga orang, jangan engkau bertanya tentang mereka bermaksud tiga orang yang akan menghadapi kemusnahan di Hari Akhirat nanti.[4]
Berjamaah adalah rahmat dan berpecah adalah azab.[5]
Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpun umatku (atau umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam) atas kesesatan. Dan tangan Allah atas al-Jamaah dan sesiapa yang mengasingkan diri, maka dia mengasing ke neraka.[6]




Wahai manusia, berjamaahlah kalian dan janganlah kalian berpecah-belah. Sesiapa yang hendak tempat di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia selalu berjamaah.[7]
Akan datang sesudah aku orang-orang yang berbuat fitnah, keburukan dan kejahatan. Maka sesiapa kamu yang melihatnya memecah-belahkan al-Jamaah atau hendak memecah-belahkan antara umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam atau memecah-belahkan urusan mereka, maka bunuhlah dia siapapun orangnya.
Sesungguhnya tangan Allah bersama al-Jamaah dan sesungguhnya Syaitan berlari bersama orang yang memecah-belahkan al-Jamaah.[8]
Demikian beberapa hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang memerintah umat untuk berjamaah dan ancaman keras bagi mereka yang memecah-belahkan jamaah atau mengasingkan diri darinya.




Timbul persoalan seterusnya, bagaimanakah seharusnya kita umat Islam hidup berjamaah ?
Sepertimana yang telah diterangkan, dari sudut bahasa al-Jamaah adalah persatuan di mana lawannya adalah perpecahan. Dari sudut istilah, al-Jamaah adalah persatuan umat Islam di atas kebenaran dan usaha mereka untuk menjauhkan perpecahan, pengasingan dan pemulauan sesama umat sama ada dalam bentuk yang kecil atau besar. Untuk memperincikan konsep al-Jamaah memerlukan sebuah buku yang berasingan kerana ini adalah satu subjek yang luas dan penting. Justeru berikut ini hanya digariskan perkara-perkara penting tentang konsep berjamaah dalam Islam:
Pertama:
Berjamaah adalah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atau terkeluar dari batas-batas Islam. Ini adalah dasar pertama yang terpenting sehingga Abdullah ibnu Mas‘ud radiallahu ‘anhu pernah berkata: al-Jamaah adalah apa yang menepati kebenaran sekalipun engkau bersendirian.[9]




Namun perlu diingatkan bahawa kebenaran itu sendiri adalah sesuatu yang sangat luas, justeru hendaklah ia ditentukan oleh seseorang mujtahid atau sekumpulan ilmuan yang jujur dan adil. Jika didapati seseorang atau sesebuah kumpulan itu jelas menyalahi kebenaran, maka tidak perlu berjamaah dengannya seperti orang yang menyindir Rasulullah atau kumpulan tariqat yang meletakkan syari‘at Islam di tangga kedua selepas shaikh mereka.
Kedua:
Berjamaah adalah kepada satu pemimpin yakni seorang khalifah Islam. Dalam suasana tidak ada khalifah pada masa kini, berjamaah adalah kepada pimpinan al-Qur’an dan al-Sunnah dan para ahlinya. Dalam ertikata lain, para ilmuan Islam yang berdiri di atas al-Qur’an dan al-Sunnah bertindak sebagai pemimpin umat Islam masa kini sehinggalah lahir sistem khalifah yang berwibawa.
Ketiga:
Berjamaah bukanlah bererti persatuan pendapat tetapi adalah toleran terhadap beberapa pendapat yang sedia ada. Sebahagian ahli hikmah berkata: Yang dibolehkan adalah perbezaan pendapat sementara yang dilarang adalah perpecahan umat. Namun perlu diingatkan bahawa sikap toleran hanyalah terhadap beberapa pendapat dan bukannya semua pendapat kerana pendapat yang batil wajib ditolak atau diperbetulkan.
Keempat:
Berjamaah bukanlah bererti tidak boleh wujud beberapa kumpulan atau gerakan tetapi berjamaah adalah bekerjasama sesama kumpulan dan gerakan. Dalam hal ini bersambung kata-kata para ahli hikmah: Bersatu dalam perkara yang kita sepakati, berdiam diri dalam perkara yang kita selisihi.
Kelima:
Berjamaah adalah saling menghormati antara satu sama lain. Namun di waktu yang sama gerakan dakwah dan ‘amar ma‘aruf nahi mungkar wajib berjalan sesama ahli termasuk pemimpinnya supaya kebenaran sentiasa berada bersama jamaah. Seandainya pemimpin memerintahkan sesuatu yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka tidak ada ketaatan kepada perintah tersebut melainkan kewajipan membetulkannya. Seandainya pemimpin tetap berdegil maka hendaklah diusahakan perlantikan atau penggantian pemimpin yang baru secara bermesyuarat sesama jamaah (Majlis Syura). Semua ini tetap dijalankan dalam jamaah, tidak di luarnya.
Demikian lima dasar utama konsep jamaah dalam Islam. Berjamaah berlandaskan dasar-dasar di atas wajib ditegakkan dan dipelihara sesama umat Islam tanpa mengira mazhab fiqh dan fikrah politik. Tidak boleh memecahkan jamaah semata-mata kerana perbezaan pendapat dalam hukum fiqh. Tidak boleh membahagi-bahagikan jamaah semata-mata kerana perbezaan pandangan dalam berpolitik. Tidak boleh saling memulau antara jamaah semata-mata kerana sesuatu amalan bid‘ah yang tidak jelas kebid‘ahannya. Sesiapa yang memecah-belahkan jamaah atau menyisihkan diri atau memulau daripada jamaah maka dia termasuk salah satu daripada 72 kumpulan yang akan masuk ke dalam neraka.

Wednesday, February 17, 2010

IKTIBAR TAHUN HARIMAU, BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA


Selamat Menyambut Tahun Baru CinaMingguan Malaysia, 14 Januari 2010Apabila saya mengemukakan formula keadilan dan perpaduan mengikut statistik penduduk 60 – 40 (Islam – bukan Islam) berkaitan hak pembinaan rumah ibadat, agihan ekonomi dan politik dalam menyelesaikan masalah etnik dalam Mingguan Malaysia bertarikh 27.12.2009, saya dikecam, dihentam dan digodam. Pada saya, itulah formula keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Terbaru, Centre for Policy Initiative (CPI) yang diketuai oleh Lim Teck Ghee mahukan formula tersebut diguna pakai dalam perkhidmatan awam disebabkan oleh dominasi orang Islam dalam sektor ini, agar tidak berlaku zero sum game.


Tidak ada seorangpun yang marah atau mengecam beliau, malah boleh dikatakan semua bersetuju. Dahulu, formula ini ditentang, sekarang terhegeh-hegeh mahu ianya diterima. Inilah sifat yang perlu disisihkan untuk mendepani dunia yang makin mencabar. Bila rasa kurang, mahu ditambah. Bila sudah terlebih, didiamkan sahaja, kalau boleh mahu ditambah lagi sehingga membukit. Asyik mahu menang besar atau ultra kiasu. Siapakah yang sebenarnya mengamalkan zero some game? Saya yakin CPI sudah ada jawapannya.Sebelum ini, parti-parti komponen BN yang tidak perlu saya sebutkan lagi, sibuk mendesak kerajaan mahukan sektor perkhidmatan awam mestilah mencerminkan populasi kaum iaitu penguasaan 25 peratus orang Cina, 15 peratus lain-lain kaum. Persoalannya, kenapakah formula ini tidak diaplikasikan dalam bidang ekonomi atau sektor swasta yang didominasi bukan Islam? Bukankah ini yang dinamakan keadilan?Kajian demi kajian yang dilakukan, sudah memberikan jawapan bahawa bukan Melayu tidak berminat bekerja dalam perkhidmatan awam kerana gaji yang rendah. Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar iaitu jawatan berpangkat tinggi. Dalam perkhidmatan polis misalnya, daripada 250 belia bukan Melayu yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan tinggi kepolisan berbanding jawatan pangkat rendah. Kajian ini sudah jelas menunjukkan psiki bangsa-bangsa yang ada di negara kita akan kecenderungan mereka. Cubalah fahami hakikat ini dan berlapang dada. Ternyata, trend sengaja menonjolkan yang negatif atau yang masih belum cukup dengan sengaja menyembunyikan perkara yang positif, semakin menjadi-jadi.



Golongan ini sengaja memejamkan mata akan sejarah perkhidmatan awam di negara ini, yang tidak dapat lari daripada perkara 154 perlembagaan persekutuan. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Menurut Mohd Suffian Hashim (1987), rasional perkara ini adalah pada awal kemerdekaan, bilangan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan awam terlampau ramai, berbanding Melayu di buminya sendiri. Pada ketika itu, orang bukan Melayu lebih terdedah kepada pendidikan di bandar berbanding Melayu yang rata-rata berada di luar bandar.Menurut kajian Comber (2007), penyertaan kaum bukan Melayu (Cina) tidak ramai hari ini dalam perkhidmatan awam, kerana mereka lebih terpesona kepada sektor korporat atau perniagaan sendiri. Ia dilihat sebagai satu kerjaya yang lebih baik berbanding makan gaji dalam sektor awam sekadar cukup makan. Lagipun, kaum ini berjiwa besar, bangga dengan tamadun mereka, tidak mahu diperintah dan lebih suka memerintah dengan berdikari. Psiki ini perlu difahami semua. Kajian juga menunjukkan wujud persepsi, adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam kerana sektor ini telah dibolot oleh orang Islam atau persekitaran Melayu.




Jika berjayapun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu sukar untuk mendapat kenaikan pangkat. Hujah ini turut disokong bahawa bukan Melayu agak tidak selesa bekerja dalam persekitaran Melayu, kerana asuhan atau sosialisasi politik mereka yang berbau perkauman seperti tempat tinggal, pendidikan, media dan sebagainya (Yew Yeok Kim, 1982). Tambahan pula, syarat kepujian dalam Bahasa Melayu adalah antara halangannya.Sebenarnya, kerajaan telah memberi dan membuka peluang kepada bukan Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Kita lihat banyak muka-muka bukan Melayu memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha kementerian, jawatan-jawatan kanan dan sebagainya, berbanding sebelumnya. Tidakkah ini satu perubahan dan keterbukaan? Dalam sektor perbankan misalnya, banyak bank yang dipunyai oleh orang Islam, menampakkan bilangan bukan Melayu yang agak ramai berbanding dengan muka Melayu dalam bank bukan Melayu. Inilah satu satu ciri keterbukaan agama Islam. Saya minta Teck Ghee buat kajian berapa peratus orang Melayu diterima bekerja dalam syarikat bukan Melayu serta berapa ramai yang diperalatkan untuk melariskan jualan? Justeru, tidakkah wajar Melayu berada dalam perkhidmatan awam? Barulah menang-menang.Isu yang dibangkitkan oleh CPI ini mengingatkan saya kepada bantuan RM15 juta diluluskan oleh kabinet untuk membantu ibu-ibu tunggal yang beragama Islam. Isu ini terus dimanipulasikan tanpa henti saban hari oleh penulis dan media ultra kiasu. Mereka mendesak kerajaan agar ibu-ibu tunggal bukan Islam mesti turut dibantu. Saya tidak menafikan bahawa kerajaan perlu membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan ideologi.



Prinsip Islam amat jelas dalam menangani isu ini.Selaku Yang DiPertua PIBG sekolah menengah majoriti bukan Islam, sayalah paling banyak meluluskan bantuan yuran sekolah ke atas pelajar bukan Islam berbanding pelajar Islam, kerana merekalah lebih ramai yang memerlukan bantuan setelah disiasat latar belakangnya. Jangan tuduh saya racis pulak, sekadar menyahut seruan 1Malaysia, tanpa mengambil kesempatan. Tidak salah membantu kafir zimmi, selagi mana mereka tidak menentang Islam. Yang dibimbangi ialah segelintir yang digelar kafir harbi, yang terang-terang menghina dan menentang Islam. Golongan ini tidak layak berada di bumi bertuah ini.Saya tidak selicik ultra kiasu yang memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk memenuhi cita-cita mereka. Saya juga ingin melihat keadilan turut dipraktiskan sama di bawah negeri ultra kiasu yang mencanangkan mahu mengikut pemerintahan Umar Abdul Aziz. Kenapa CPI tidak membuat kajian atau memberikan pandangan yang sama di negeri ultra kiasu tersebut dari segi agihan ekonomi. Tidakkah Khalifah Umar Abdul Aziz mahu melihat keadilan ini dilaksanakan? Termasuk gerai-gerai orang Islam yang sedang rancak dirobohkan? Kenapa dasar-dasar Umar Abdul Aziz tidak muncul-muncul? Saya ingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan dasar Middle Malaysia, termasuk think-tank mereka yang cuba berlagak seolah-olah bebas tanpa berpihak. Sebenarnya ada niat tersembunyi untuk memenuhi agenda tersurat dan tersirat ultra kiasu. Saya menyarankan supaya kajian demi kajian dilakukan, berasaskan formula 60-40 dalam semua bidang dengan bertunjangkan perlembagaan, bukannya mengikut emosi dan mahu menjadi jaguh untuk mendapatkan 1 = 1. Semua pihak faham, bahawa pendapatan per kapita orang Islam masih ketinggalan berbanding dengan bukan Islam.





Ini bermakna, dari segi logik, oleh kerana populasi Islam agak besar, sudah tentu lebih ramai kalangan mereka yang perlu dibantu berbanding dengan bukan Islam. Sama juga dalam isu ekonomi, penguasaan bukan Melayu telah melebihi 70 peratus, bermakna, ibu tunggal bukan Melayu sudah tentu lebih banyak mempunyai peluang daripada ibu tunggal Islam. Lagipun cara hidup ibu tunggal Islam berbeza dengan kehidupan bukan Islam. Ibu tunggal bukan Islam boleh bekerja dalam semua sektor tanpa mengira halal haram. Tetapi ibu tunggal Islam ada batasannya. Mereka tidak boleh mencari rezeki di tempat-tempat subahat seperti kedai judi, arak, riba, kelab malam atau mendapatkan rezeki secara mungkar, walaupun saya tidak nafikan ada yang bekerja di tempat tersebut. Maknanya, peluang Islam agak terhad dalam bidang pekerjaan berbanding dengan bukan Islam. Pada masa sama, orang Islam pula janganlah terlalu memilih kerja. Saya jarang melihat orang Melayu Islam dalam sektor perburuhan, berbanding buruh Indonesia. Sedih teramat sangat melihat belia remaja dan anak muda kita sanggup melepak dan membuang masa tanpa kerja. Namun, terasa bangga pula membaca berita sebahagian kecil orang Islam sanggup mencari rezeki dalam timbunan sampah sehingga kehilangan nyawa. Walaupun berita ini menyedihkan, tetapi semangat untuk mencari rezeki yang halal patut dipuji. Golongan sebeginilah yang mesti dilihat secara serius oleh kita semua dan dibantu melalui Dasar Ekonomi Baru serta tidak ketinggalan bantuan zakat. Sebenarnya tidak timbul masalah ibu tunggal dan kemiskinan, jika institusi zakat digerakkan sepenuhnya dengan telus.Hari ini kita menghadapi masalah sebab ada segelintir orang Islam yang kaya mahu terus menjadi kaya tanpa menghiraukan orang lain. Sifat mahu jadi kaya adalah amat baik dan mulia. Tetapi harta itu milik Allah, ia harus dikongsi dengan orang lain atau menyelamatkan ibu-ibu tunggal. Jangan terlalu sibuk mengahwini segelintir artis yang mahu hidup mewah.





Perkara ini perlu dihentikan. Masih ramai ibu ibu tunggal yang perlukan pembelaan dan boleh diselamat dengan membantu dan mengahwini mereka. Saya amat bangga melihat pemimpin negara dan isteri mereka sanggup turun padang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang kurang upaya. Saya fikir, sudah sampainya rakyat Malaysia yang berkemampuan tampil ke hadapan dan menjadi juara rakyat dalam isu ini. Jangan simpan harta banyak-banyak. Bila mati nanti, bukannya boleh dibawa ke kubur. Jika kekayaan digunakan untuk membantu anak bangsa, kekayaan tersebut akan terus berkembang dan mengembang. Jika tidak, kita akan terus dengar cerita hartawan Islam, kahwin cerai, kahwin cerai. Ada yang hari ini kahwin, esok bercerai atau sebulan bercerai. Perkahwinan adalah terlalu murni dan suci, bukan main-main. Janganlah habis manis sepah dibuang. Kita selalu disindirkan oleh bukan Islam kerana membenarkan poligami. Sedangkan poligami itu adalah sesuatu yang mulia sekiranya dijaga dengan baik, berbanding mereka tidak boleh berpoligami tetapi menyimpan perempuan atau mistres. Saya harap ultra kiasu tidak marah dengan hujah ini sebab mereka yang menghalalkan zina sebelum ini. Dalam membina 1Malaysia yang lebih baik, asas-asas ini perlu difahami.Apapun, budaya mendesak dan menuntut apa yang orang Islam dapat, orang bukan Islam mesti dapat, perlu difikirkan secara rasional dan logik. Jika kita terima pakai formula ini, maka akhirnya nanti kita akan lihat setiap taman perumahan, ada 1 masjid, 1gereja, 1 kuil, 1 tokong dan setiap 1 untuk mereka yang tidak menyembah apa-apaun, walaupun sebenarnya mereka tidak memerlukan. Keperluan mesti dilihat dari segi sejarah bangsa, konsep asas beragama dan populasi penduduk, yang bertunjangkan perlembagaan. Barulah ini dinamakan keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya? Inilah intipati gagasan 1Malaysia pada hemat saya. Jika tidak, nanti orang Islam akan menuntut kek ekonomi berasaskan formula 60-40. Sanggupkah bukan Melayu berkorban dan berkongsi dengan lebih 70 peratus penguasaan ekonomi mereka? Jika tidak sanggup, tidak perlulah mencari publisiti murahan sebegini. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan asyik menuduh orang lain yang merosakkan hubungan kaum di negara ini! Sebenarnya sifat ultra kiasu inilah punca kepada segala-galanya.




Akhirnya, kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga kedatangan tahun harimau akan menurunkan sifat ultra kiasu harimau kepada kurang kiasu. Tahun harimau mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam segala aspek kehidupan. Hindari perasaan dendam dan iri hati, lebihkan sikap bersyukur dan menerima pendapat orang lain. Sikap ini akan menjadi kita tidak mudah jatuh, kerana sekali kita jatuh, mungkin kita sudah tidak berdaya untuk bangun kembali. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis Posted by RIDHUAN TEE

Monday, February 15, 2010

PROGRAM INTERAKSI DI KUALA BERANG (BAHAGIAN 2)


Pada hari ketiga kami bermula dengan solat berjemaah di madrasah. Kuliah subuh disampaikan oleh YDP Kelantan. Walaupun mengantuk tahap dewa ketika itu, aku cuba juga membuka mata seluas-luasnya. Pada pandangan aku sekiranya kuliah ingin diberikan pada waktu pagi sebegitu perlulah diselitkan dengan unsure-unsur ‘humor’atau menerima bantuan daripada alatan seperti ‘slide’ or what whatever suitable for that kind of purpose.



Sejurus itu, kami bersiap dan menjamu selera pagi. Apapun selepas itu sedikit bosan sebab terlalu lama menunggu di dataran menanti agar ke semua fc berkumpul. Terdapat yang baru mandi ketika kami telah menanti di dataran. Air btol diberikan pada setiapa kami hasilan osmosis yang rasanya tidak menyegarkan tetapi cukup untuk menghilangkan dahaga.
Perjalanan dimulakan dengan membahagi kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan. Perempuan mendahului perjalanan jungle trekking. Perjalanan yang dipenuhi dengan tahi kerbau sungguh mengharukan. Kami terpaksa mengelakkan sekerap mungkin. Setelah tiba di satu kawasan sekumpulan kerbau berlarian memerhati kami yang ramai ini. Mungkin pada pemikiran mereka kami adalah musuh. Lihat bagaimana dalam mempertahankan diri mereka bekerjasama dan bergerak secara berkumpulan.



Perjalanan lebih mencabar pabila bukit perlu didaki dengan berpaut kepada ranting dan akar yang menyusut di tanah. Perjalanan semakin meletihkan pabila perlu mengharungi sungai beraliran sederhana. Berhenti seketika sementara menanti peserta lain tiba. Kami sempat mengamil gambar bersama. Sungguh mengharukan. Perjalanan diteruskan dengan menuruni cerun bukit dan akhirnya tiba di sebatang sungai yang sesuai untuk bermandi manda. Pada mulanya saya berfikir bahwa tidak perlu mandi tetapi kami diseur melakukan demikian. Melihatkan seorang fc yang tidak tahu malu membuka baju dan tenang menyelami sungai membuatkan aku sedikit tersentak. Sejurus itu bertaburan wanita dan lelaki mengikuti jejak dan mandi bersama di dalam sungai tersebut. Aku bergerak menjauhi sedikit terkejut meihat suasana tersebut.beberapa orang fc lelaki bertindak memgang dan mengangkat fc wanita dan dilambung ke dalam air membuatkan aku berfikir inikan budaya persatuan ….. ini.



Kecewa teramat sangat kerna budaya barat benar-benar telah meresap didalam diri kita melayu islam ini. Hati hanya mengeji dan tidak tahu mengadu kepada siapa. Kami pulang sejurus pabila semua peserta telah basah dihujani air. Setiba di kem kembali kami bersegera menyiapkan segala pakaian menyusun segala barangan untuk pulang. Sebelum itu terdapat satu majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Kami sempat bergambar sejurus itu dan meminta maaf kepada ahli kumpulan. Bertukar-tukar alamat untuk dihubungi dan ceria untuk pulang.



Sesungguhnya kem ‘interaksi’ ini benar-benar membuka mata saya, dan berfikir sejenak di mana sebenarnya diri kita ini. Sebagai umat akhir zaman ini aku menyeru kita menjaga akhlak kita demi menjamin keredhaan Allah. Terima kasih kepada pembaca dan rakan-rakan yang lain.

Sunday, February 14, 2010

PROGRAM INTERAKSI ANTARA IPT DI KUALA BERANG (PART 1)

Selama 3 hari kami berkampung di Kuala Berang di sebuah kem yang agak terpencil tetapi mempunyai kemudahan yang baik. Pada masa ini adalah cuti tahun baru cina dan kerna itu aku tidak pulang ke kampong. Pada mulanya agak was-was untuk mengikuti program seperti ini kerana takut tidak mendatangkan apa-apa faedah dan kami perlu membayar RM 50 untuk menyertai program ini.
Tidak ramai yang terlibat sekitar 69 orang peserta dari pelbagai IPT sekitar pantai timur termasuk dari Pahang. Hari pertama kami bertolak sebelum solat jumaat dan mengerjakan solat di masjid berkenaan. Kawasan perkampungan yang banyak terdiri daripada golongan remaja. Selesai itu, kami mendaftar diri di kem tersebut. Tetapi majlis pembukaan sedikit lewat kerana sebuah kumpulan peserta tiba lewat. Permulaan ucapan yang menarik daripada ketua fasilitator yang penuh semangat dan ‘hectic’. Cuma terdapat kelemahan dalam pengurusan masa dan jadual dimana waktu solat asar yang tidak tetap dan agak lewat. Memang hati ni rasa sedikit gusar dengan keadaan sebegitu kerna apa jua perkara yang kita lakukan, solat yang wajib perlu diberi keutamaan..
Mengorak ke sebelah malam, kami diperkenalkan dengan para fasilitator yang agak berkaliber dan psycho. Ada juga fasilitator wanita yang tidak menutup aurat bahagian lengannya. Kecewa jugak. Aktiviti membina logo, moto, cheer kumpulan seperti biasa dilakukan. Kumpulan berada di dalam kebingungan ketika itu ketandusan idea kami di ‘push’ beberapa kali oleh fasilitator sehingga menimbulkan perasaan meluat. Sejurus itu aktiviti membina banggunan menggunakan surat khabar amatlah mencabar minda daya krativiti kami. Walaupun idea kami berubah kerna’ masalah kegawatan ekonomi’ tetapi tercetus dipemikiran saya bahwa bangunan yang direka itu sebenarnya mampu turut dilepaskan ke angksa seperti sebuah roket. Tetapi ketua kumpulan kami amat ‘cool’ dan bijak menjawab soalan.
Satu lagi yang menggentarkan kami apabila kami disuruh mengingati nama-nama peserta program tersebut dan memberitahu kepada semua peserta lain dihadapan. Menakjubkan kami mampu mengingatinya dengan baik walaupun terdapat beberapa orang yang merangkak mengingati menyebut. Mungkin jugak hal ini kerana mereka tidak focus ataupun bersangkutan dengan perbuatan harian mereka.
Pagi esoknya kami menari poco-poco. Pernahkah kita terfikir darimana asalnya tarian ini. Saya pernah terbaca artikel bahawa tarian ini turut merupakan dakyah barat terhadap kita. Wallahualam. Makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja Cuma hari terakhir baru kami dapat merasakan sedikit kenikmatan gulai masak lemak. Pagi itu terdapat ceramah tentang ….. sungguh murni ucapan dengan penuh keikhlasan tetapi menimbulkan persoalan mengapa kita tidak dibenarkan mengkaji apa yang tok guru syahadah.. adakah perkara ini boleh diringan-ringankan.?
Aktiviti lain seperti memecahkan belon, mengngkat pudding menggunakan kayu penyepit, dan meniup tepung medapatkan coklat seperti perbutan sia-sia dan tidak berfaedah bagi sayalah. Ia Cuma dapat meningkatkan tahap kecerdasan kita tetapi seakan menjatuhan maruah dan bodoh. Tapi kami enjoy melakukan aktiviti ini.
Explore race benar-benar menguji ketahanan badan kami dan melihat sejauh mana kerjasama kami. Kami bersatu padu dengan baik sekali. Sekali lagi soal solat menjadi pertikaian kami mengapa kami tidak diberi waktu yang mencukupi dan sesuai menunaikan solat?
Petang itu suasana dicemari dengan sekumpulan pelatih yang bermain air kea rah wanita/lelaki yang agak keterlaluan dan memalukan. Budaya barat benar-benar telah menyerap masuk dalam diri mereka. Malam itu kami dimarahi kerana lewat dating ke dewan. Suasana tegang dan kami didenda melakukan aktiviti berjalan itik. Seterusnya kami disuruh melakukan aktiviti membina UFO dan tanglung. Terdetik difikiran saya mengapa tanglung dijadikan subjek. Masih banyak unsure keislaman yang boleh dijadikan subjek.

Wednesday, February 10, 2010

USAHA TERANCANG ZIONIS UNTUK ROBOH AL-AQSA

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa Yahudi.Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis. Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif.


Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran. Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.



Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.



Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.





Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.”




Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.




Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.




Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Sunday, February 7, 2010

kenali musuh islam: the bloodline

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)
Nama orang Cina terbina daripada dua atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk nama mereka.Simbol pertama bagi nama orang Cina adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang merupakan nama yang diberi kepada individu.Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500 nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ), bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.Nama keturunan atau keluarga Cina yang kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula, nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar peratusnya.Nama keluarga Li adalah sangat popular di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri untuk mengekalkan garis darah.Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM), kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan, bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin menjadi Maharaja.Malah ada juga teori mengatakan keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei. Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin) selain Lim dan Lei.Juga terdapat teori-teori yang mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama baru.Terdapat tiga nama Li yang menonjol dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew. Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.Li Peng dikenali sebagai salah seorang tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama seperti membenci komunis?)Ideologi Red China memainkan peranan penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi komunisme di tanah besar China.Li Peng merupakan anak kepada seorang berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union (kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi pakar dalam selok belok komunisme. (Komunisme adalah satu ideologi yang terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet Union, seterusnya ke China membentuk Red China)Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu. Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears, kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya kepada penganut agama Allah.Kembali kepada era kemerdekaan China daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika, Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).

zionis bakal menggila 2010

Isnin , 01/02/2010 – Jawatankuasa Jerusalem di bawah Majlis Perundangan Palestin (PLC), pada Rabu lalu memberi amaran tahun 2010 akan menyaksikan lebih banyak keganasan rejim Israel dan serangan-serangan yang lebih dahsyat ke atas segalanya di kota Jerusalem yang kini dijajah Israel, terutamanya berkaitan komplot memusnahkan Masjid Aqsa. Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyebut bahawa aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin pantas dijalankan akan menyebabkan berlaku runtuhan dan retakan yang besar di dalam Masjid Aqsa, ruang legarnya, dan juga penempatan-penempatan lama masyarakat Arab di Jerusalem. Jawatankuasa itu juga kuatir Israel akan mempercepatkan proses pemusnahan Masjid suci itu dengan mencipta gempa bumi buatan manusia di kawasan Negev.Jawatankuasa itu telah merayu kepada Organisasi Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengadakan persidangan dan mesyuarat tergempar untuk membincangkan situasi yang semakin kritikal di Jerusalem dan ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

Monday, January 25, 2010

barisan kepimpinan

Suka saya menceritakan isu ini yang dilihat begitu hangat ketika slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang seharusnya memegang jawatan tersebut. Adakah anda memilih berdasarkan prestasi wakil tersebut atau sekadar melihat parti apa yang mereka bernaung. Oleh sebab terlalu taksub memilih parti lebih dari segala kepentingan lain, timbullah berbagai keadaan dimana wakil tersebut tidak mampu melakukan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat yang menjadi sengsara. Malahan isu-isu seperti rasuah dan sogok ataupun menjaga kaum kerabat berlaku secara berleluasa. Wakil yang dipilih pula berusaha memenangi hati pihak atasan agar sentiasa layak menduduki kerusi yang dipegang dengan melaburkan sejumlah wang yang besar bagi mendapat undi yang banyak. Sayidina Umar pernah bertanya kepada sahabatnya:’jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?’ sahabat-sahabatnya menjawab: ‘sudah tentu, wahai Amirul Mukminin…’ sebaliknya umar menjawab : ‘belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!’
Bagaimana dengan barisan kepimpinan di Malaysia??? Adakah berlaku seperti dialog seperti di atas, baru-baru ini ada diperkenalkan KPI(kalau tak silap) dlam menilai prestasi setiap menteri. Satu usaha yang agak baik tetapi kita akan melihat kepada ketelusan pencapaiannya. Pertama, perlu ditekankan bahawa pemimpin yang dipilih perlulah brfikir dia perlu memberi bukan sekadar menerima. Dimana bermaksud sanggup mengorbankan wang, tenaga, ilmu, masa, dan lain dlam membangunkan bangsanya. Sebenarnya dia menerima tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Bukannya goyang kaki menerima duit sekadar mungkin. Kalau kita lihat situasi semasa pernah dilontarkan oleh seorang tokoh yang popular dengan pemikiran kritisnya bahwa puteri umno perlu dimansuhkan adakah ada kewajarannya??? Mungkin, apakah fungsi mereka..?? mereka menjalankan tanggungjawab dis etiap daerah/cawangan.,? atau sekadar menyusun tarikh untuk melakukan lawatan perlancongan bulanan/tahunan seperti yang saya dengar. Tidak perlu berfikir terlalu negative, sebaliknya saya menyeru kepada semua agar berani mempertahankan hak, kalau berani berdepan dan menyoal apa fungsi dan sumbangan mereka agar mereka sentiasa peka dengan tugas mereka. Saya tidak menjurus kepada golongan ini sahaja tetapi mungkin ada pertubuhan lain yang serupa.
Persoalannya mengapa kebejatan remaja kita pada hari ini semakin-hari semakin merunsing, sekiranya golongan terpilih ini menjalankan tanggungjawab yang diberi insyaallah masalah ini dapat dikendurkan. Kepada mereka yang terpilih, jangan sekadar mengharap pendapatan bulanan ataupun kereta besar tapi ingatlah tanggungjawab mereka yang bakal disoal di akhirat kelak. Pejuangkanlah nasib agama atau bangsa dengan sebenarnya.
Kita sebagai golongan biasa juga perlulah bertindak dan jangan alpa tentang nasib bangsa kita walupun apa jua status yang dipegang sama ada pelajar, guru, doctor, penoreh getah, pekerja kilang, pembantu pengurusan, menteri dan sebagainya.
Terima kasih kerana membaca. Sebarkan artikel ini. Semoga mendapat keberkatan dalam berdakwah.

Saturday, January 23, 2010

adakah anda memberi....


Tajuk di atas amat menarik untuk diulas di mana menimbulkan persoalan adakah kita rajin member atau sekadar suka menerima? Fakta yang perlu kita ketahui bahwa pabila kita berada di dalam keadaan berduka bagi menggembirakan hati kita rajinlah member sesuatu kepada orang lain sekaligus ia akan menyebabkan kita berasa gembira. Mengapa? Kerna sebagai contoh, kita berda dalam keadaan kecewa kerana sebab tertentu tetapi kita membelanja rakan makan di kedai, automatiknya kita telah menyebabkan orang lain gembira dan menyayangi kita dan menyebabkan kita menerima kegembiraannya juga. Tetapi perkara ini perlu dilakukan dengan keihlasan. Member bukan sekadar dari wang ringgit tetapi lain seperti senyuman, tenaga, ilmu, sokongan, idea, pinjaman dan sebagainya. Adakah anda mengetahui bahwa kebanyakan pesakit jiwa adalah terdiri daripada golongan yang tidak suka member sebaliknya suka menerima sahaja. Ini menyebabkan seseorang itu tidak bahagia, tertekan kerna menanti pemberian dan risau takut kehabisan harta. Kadang-kala kita tidak menyedari bahwa pemberian itu sangat penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Tiga perkara yang tidak akan hilang setelah kita mati adalah sedekah, doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. Sekiranya diluaskan skop, sebagai seorang pelajar perlulah berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Golongan yang berada di tahap/kemampuan yang lebih baik perlulah bersedia member dengan mengajar orang lain agar dia mendapat kasih sayand dan bukannya dibenci oleh rakan-rakannya.
Terdapat beberapa alas an yang menyebabkan kita sukar member kerana member akan mengurangkan. Adakah benar? Sebenarnya niat awal seseorang perlulah ikhlas untuk member, sebenarnya pemberian ersebut member peluang kepada kita memperolehi saham akhirat di sisi Allah. Di samping menyuburkan harta yang kita ada. Sebagai contoh apabila kita mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas, dengan mencabut sebahagiannya, baki anak pokok yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat. Malahan dengan kerap kita member ia sekaligus mendorong kita untuk terus berusaha mencari rezeki. Seeloknya kita mengamalkan prinsip 3M mencari, memiliki, dan memberi. Apa yang sekarang saya lakukan sekarang juga adalah memberi.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita tidak menggunakan teknologi yang kita ada sebagai medium untuk berdakwah. Sebaliknya kita menggunakannya sekadar untuk berhibur dan tidak member sebarang manfaat kepada kita dan orang lain. Kita perlu menjadi tekno-daei dimana mampu mengembangkan islam dengan berdakwah selari dengan teknologi sedia ada. Kita perlu menjadi hebat seperti teknologi yang ada. Bukan sahaja hanya dengan berceramah secara bersemuka tetapi gunakanlah kelengkapan canggih yang ada.
Selain itu, factor orang yang menerima tidak mahu berterima kasih juga mengapa kita tidak member. Rasionalnya, itu memang lumrah atau sunatullah yang ditetapkan. Manusia memang sukar berterima kasih. Tetapi pernahkah kita terfikir bahwa Allah sentiasa member tetapi tidak pernah meminta balasan. Adakah Dia menghentikan pemberian itu?? Tidak dia terus member dan memberi.
Tidak mempunyai apa yang hendak diberi. Pengertian member jangan disempitkan, pemberian adalah meluas termasuk ilmu, idea, tenaga, kekuatan, doa dan sebagainya.
Seterusnya bimbang dieksploitasi dan dimanipulasi.. soal hati manusia tidak perlu kita fikir secara mendalam kerana ia merupakan tugas Allah s.wt. kita tetap memperolehi pahala diatas apa yang dilakukan.
Selain itu, tidak adil untuk kita yang berusaha, perlu diketahui adalah kita adalah hamba dan makhluk Allah yang perlu member. Segala tenaga, harta dan sebagainya adalah kuniaannya. Apa yang kita ada bukan sahaja untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang lain. Kita sebagai saluran untuk membuka rezeki orang lain. Sekiranya kita tutup tidak berkembang sesuatu perkara itu. Sedangkan kita juga memperolehi ilmu dari seorang guru sejak kecil. Sekiranya kita tidak berguru adakah kita Berjaya??
Malahan, mereka berfikir bahawa tida mendapat balasan. Nah, sekiranya pemikiran itu subur di dalam hati setiap manuasi musnahlah dunia ini. Perlu kita sedari bahwa walaupun sebesar zarah apa yang kita lakukan akan dinilai dan mendapat pahala di sisi Allah. Sedangkan di dunia juga kita memperolehi balasan seperti ketengan jiwa kasih sayang.
Memberikan kemaafan juga merupakan pemberian yang agung, hal ini kerana ia akan menyebabkan kita terlepas dari belenggu kemarahan. Pernah anda terfikir, bahwa sekiranya anda tidak memaafkan maka anda terikat dan sentiasa memikirkan perkara tersebut dalam jangka masa yang lama sekaligus menyebabkan dendam. Kita manusia biasa yang sentisa melakukan kesalahan dan urusan ini selayaknya dinilai oleh Allah kerana kita terlalu bodoh untuk menentukan setiap ketentuan-Nya.
Silakan hulurkan pandangan/kritikan di alamat friendster, facebook,myspace/YM – rid_mich1989@yahoo.com.my
Terima kasih kerana sudi membaca- nantikan artikel seterusnya.

cara menggilap potensi diri anda



Kita kerap kali menghadap keadaan dimana menemui kegagalan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kadang kala kita berasa kecewa kerana tidak mampu menjadi seperti orang lain yang sentiasa mudah mencapai kejayaan. Sehinggakan kita meletakkan bahwa orang itu telah dikurniakan kelebihan dan keistimewaan yang berganda daripada kita. Mereka cemerlang dari segi intelektual, fizikal, dan rohani dan mempunyai pelbagai kemahiran kelangsungan untuk terus hidup. Masakan tidak kita berasa kecewa melihat golongan seperti itu sedangkan kita turut berusaha gigih sama seperti mereka atau melebihi mereka. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Kadang kala perkara ini terjadi disebabkan oleh halangan yang boleh dilihat mahupun ujian yang perlu kita tempuhi.
Oleh itu, kejayaan itu akan dicapai sekiranya kita mempunyai niat yang betul. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘setiap amalan adalah dengan niat’. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Saiidina Umar al-Khattab), oleh itu niat kita yang asal perlulah betul sama ada kita melakukan ibadah mahupun amalan biasa.
Malahan setiap cita-cita yang ingin dicapai perlulah mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas dan kukuh. Ada cerita tiga orang pekerja binaan. Apabila ditanya apakah wawasan atau matlamat mereka bekerja:
Pekerja pertama : ‘saya nak cari makan.’
Pekerja kedua : ‘saya nak siapkan dinding bangunan ini’
Pekerja ketiga : ‘saya hendak membina sebuah Bandar yang indah dan permai’
Sudah pasti jawapan pekerja ketiga menepati matlamat yang kukuh dan berwawasan walaupun ia merupakan satu imaginasi tetapi perlu kita mempunyai cita-cita yang diluar dugaan agar menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan juga. Tetapi dalam mencapai kejayaan ini bukanlah menghalalkan segala cara sebaliknya kita sebagai islam khususnya perlu berpegang pada prinsip islam yang luhur agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Adakah anda seorang yang berani dan sanggup berkorban dalam mecapai cita-cita? Nilai ini factor kejayaan yang bakal dicapai. Lihat saja tokoh-tokoh islam terdahulu yang sanggup untuk bersusah payah. Di mana Imam alNawawi dalam menuntut ilmu, beliau menghabiskan masa dengan belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.
Nialai seterusnya adalah leinginan dalam menambah ilmu. Sejauh mana anda meningkatkan potensi diri anda dengan melakukan pembacaan ilmiah, atau menambah kemahiran menguasai bahasa ketiga atau keempat.
Focus yang tinggi dalam mencapai matlamat adalah sangat penting. Hal ini bermakna keinginan yang sentiasa tinggi walau menghadapi pelgai cabaran yang tiba. Nah, lihat saja bagaimana Jabir bin Abdullah yang sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis. Metaforanya, kita lihat dari fiziknya, bahwa cahaya matahari yang difokuskan kepada kanta cembung mampu menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga api.
Fikirkan jua sejauh mana daya tahan dalam diri anda. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah dilakukan dengan bijaksana dan tenang. Hindari daripada berputus asa dan perlulah komited dan istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan malahan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t.
Dalam mencapai cita-cita, kita perlulah bersifat warak dimana sentiasa bersedia menempuhi alam akhirat tanpa mengenepikan duniawi. Sifat warak seperti pemurah, penyayang dan sebagainya dapat menyuburkan keimanan, ketenganan, dalam diri kita. Malahan orang sekeliling juga menyayangi dan membantu.
Kesabaran yang tinggi juga dituntut dalam menempuh liku-liku cabaran. Nilai ini menetukan sejauh mana pencapai yang bakal kita gapai. Nah, cuba bayangkan bagaimana Ibn Hajar mengarang kitab Fath al Bari dan Muqaddimah dalam tempoh 32 tahun dan Abu Ubaid mengarang kitab al-Gharib dalam masa 40 tahun!
Contohi orang yang Berjaya! Ini bermakna anda perlu mempunyai mentor atau tokoh yang anda kagumi dan boleh anda contohi terutamanya di dalam bidang yang anda ceburi. Sejarah membuktikan bahwa Ibn Sina sendiri membaca buku al-Farabi sebanayak 40 kali sebelum menghasilkan karya agungnya.
Anda juga perlu tekun dan membina kerjaya di dalam bidang yang anda ceburi.
Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Ini bermaksud anda perlu mengembara dan mengambil pengajaran yang berlaku di segenap pelusuk yang anda temui. Hal ini memberi pengalaman dan memaksa anda berfikir dan berfikiran terbuka. Sebagai contoh, Ibnu Batututa pula mengelilingi dunia selama 30 tahun.
Masa muda anda per dimanfaatkan sebaiknay sehingga ke tahap optimum. Lihat saja Imam al-Ghazali pula menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar pada usia 9 tahun!
Untuk menjadi orang cemerlang anda harus amanah dan jujur dalam semua aspek. Dua peristiwa penting berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab. Ketika beliau bertemu dengan seorang budak pengembala kambing dan berpura-pura untuk membeli seekor kambing tanpa diketahui tuan punya kambing. Budak itu enggan melakukannya, kerana amanahnya.
Tambahan lagi, seseorang itu, akan Berjaya sekiranya mereka bergerak secara berjemaah. Mereka memiliki semangat kekeluargaan dalam organisasi. Dalam mencapai keputusan, mereka melakukan perbincangan yang harmoni dan berkesan.
Orang cemerlang ibarat sebuah empanagan, apabila semua anak-anak sungai dari hulu atau gunung mengalirkan air ke dalamnya, lama kelamaan empangan itu akan penuh. Seterusnya ia akan membantu dalam menjana tenaga elektrik dan sumber air yang teratur dan tenang kepada kawasan sekeliling. Maksudnya, jika kita menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat orang cemerlang , diri anda akan menjadi cemerlang tanpa anda perlu berasa bimbang takut-takut diri anda tidak cemerlang.

Sunday, January 3, 2010

salam perkenalan

penulis memperkenalkan diri sebagai ridmich atau nama sebenar mohamad riduan anuar dan masih menutut disebuah institusi pendidikan. selamat mengunjungi laman blog..