MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, October 31, 2011

PERBINCANGAN HUDUD DAN PERLAKSANAANNYA.. JOM DENGAR

sila lawati laman ini ini bersama2....... yang dianjurkan oleh SINAR HARIA

MY DREAM CAR














Paling suka design kereta ni yng dari Korea... rasa macam skuad CSI kalau dapai pakai... teruja... kalau tengok kereta ni bila lalu sebelah...

but watch out harga die RM 136000...

TUKAR je.....



ah.. shaft kereta?? betul ker ejaan tu?? pape pun terpaksa ditukar utk kedua2 kiri dan kanan... mahal doi... cari sendiri harganya ek..hehe ikut kedailah...


memang dh burukkan sebelah ni... papepun lepas tukar rasa macam bawa tucson hyundai...amboi terbang jauh nampak.....

SUP ORIGINAL


bertempat dihadapan stesen kereta api taiping yang sedang mengalami perubahan yang sangat pesat... dan bakal menjadi sangat moden..

terletak sebuah kedai sup sedap...
sup die original... simple... dan dekat dengan jalan raya.... haha feel habis.. sampai berpeluh... kalau lambat tak merasalah oii...

tapi aku tak pasti 2 tahun akan dtg kedai ni ada lagi atau tidak.. sebab stesen kereta api elektrik kat sini bakal merubah segala-galanya.....

JUALAN ALATAN KOMPUTER TAIPING



sempat berkunjung ke sini... tak sebesar PC Fair dan tak meriah sangat... barang sedikit jer...

sempat tinau external hard disk dier.. paling murah RM170 . sempat beli cooler pad 2.. ade jugak kenangan

MEMANAH KE TU?



walaupun tak pandai memanah... nak try jugak.. sia2 tak amik peluang...

sangat mengujakan... ops!!! berhati2 kalau amateur tu kena buat latihan tali dulu...huhu

satu pengalaman menyeronokkan... sipi2 dapat 10 hahah.... usaha tangga kejayaan. kepuasan bila dapat tarik tali dier...

GUJAPPA CAR WASH




pengalaman mencuci kereta di GUJAPPA... pernah dengar??? aku pun tak pasti mungkin hanya ada di perak jer kot....

perkhidmatan die baik... bermula dari membasahkan kereta, meletakkan sabun, membilas, mengelap, vakum, jemur.. siap... jangan lupa semburan pewangi... pulang dengan ceria... bermula dengan harga serendah RM 8.. mai2 datang....satu malaysia!!!

kawasan luas, selesa, pekerja profesional, dan harga berpatutan... check it out this picture....


SENAMAN ALA- ALAHAI...




satu hari tu aku bersama rakanku sempat berjoging di taman sekitar bukit besar terengganu.. aktiviti hujung minggu.. first time datang...

kawasan die dekat ngan bandar bangunan2 penting tumpuan ramai mydin dan mahkamah..

happy dapat g sebab dapat joging dengan ramai orang....

udara segar sesuai utk pertumbuhan badan kita yg asyik tension ngan pelajaran dan tekanan mayb...

bukan tu je... ade jugak kelas aerobik nampak gayanya.... huhu nak turut serta malulah...just tengok2 dulu...

terharu bile tengok orang lain berlari kencang tanpa henti berkali2 kawasan tuh... wah.. fit nyer diroang...

ade jugak peralatan senaman yang hampir rosak.. ops!!! bahaya tau silap2 terbunuh diri sendiri.. pastikan anak2 anda berada dalam pandangan anda sebelum mereka menggunakan alat tersebut.... wajib diperbaiki....

next.. aku raasa nk naik bukit besar..tak tau bile.. hati je besar... sorry gambar senget...senget kepala

PAIP SANA SINI



haritu aku sempat menolong saudara ku.. membuat pemasangan saluran paip di rumah.. pertama kali.. tapi aku suka.. best..
diatas ni sebahagian bahan2 yang aku jumpai di kedai hardware.. check it out!! tak tau pulak ada harga semurah rm 1...haha.. kalu ade sape2 yg pakar dlm bab2 paip ni ajarin aku ek...huhu


Wednesday, October 19, 2011

SEDAR DIRI


awal pagi kita selalu tersedar dek bunyi-bunyian kendereaan yang mnderum. kalau diikiutkan kita tidak mahu bangun. badan berasa penat dan letih. sungguh liat untuk bangun kerana dek diikat oleh syaitan laknatullah..

lihat jam telah menyoroti pukul 7.30 pagi. waktu subuh telah berlalu pergi. sekilas sahaja lihat dijam. mata dilelapkan semula. rasanya hujung cuti ini aku perlu qada tidur hari lain.

tilam itu empuk menampung sekujur badan. telinga tuli dan tidak mengendahkan. tiada sesiapa yang dapat mengganggu tidurku ini. sungguh damai..

namun pada hari ini, suara damai ayam dan burung telah menggamit diriku untuk bangun seawal mungkin.

namun kali ini sungguh berasa berbeza, aku berasa sungguh dibuai oleh ketenangan dan kelembutan...

terduduk sementara menghadap kearah tingkap lalu membukanya luas. hembusan angin dari luar menyapa mukaku........ terasa sejuk..

satu perasaan menyelinap masuk ke dalam diriku tanpa kusedari... ia sangat mendalam dan sukar dimengerti....

aku bingkas bangun dan tanpaku duga titisan airmata membasahi pipi......

berasa sangat sayu melihat makhluk yang dicipta Allah terbuai perlahan melereti derusan angin..

segar teringat dalam diriku, kali ini pertama kali ku bangun menyeru panggilanmu...

aku merasai diriMu begitu dekat dengan diriku... sangat hampir dalam diriku....

dunia sememangnya banyak mengkhayalkan aku dalam kehidupan..

aku begitu takut menghadapi..

masih aku ingat perjanjian yang telah diikat untuk antara diriku dan diriMU disaat ku belum lahir lagi...

kerana itu aku menangis pabila melihat dunia ketika ku dilahirkan..

aku terkejut melihat keadaan dunia yang sangat kucar kacir dan dipenuhi dengan segala kemaksiatan.. aku menangis tanpa henti sehinggalah satu seruan yang satu kepada Allah dikumandangkan...... aku berasa selamat

pada saat itu juga aku melihat tingkap, aku seakan rebah memikirkan dosa yang telah kulakukan...aku sangat leka dengan dunia ini.. aku leka lupa lalai... agamaku ini sangat mulia namun dicaci dan diinjak dunia sana, aku tidak endah aku kecewa... aku leka... aku menyangka hiburan segala-galanya....

hari-hariku diisi dengan permainan video, movie, tv, gelak ketawa dan suka ria entah dari mana...

aku teringat bahwa nabi pernah mengingatkan tiada tawa dibumi ini kerana ia menandakan kelalaian..

baru aku mengerti bahwa tiada ketawa sekiranya kita benar benar mengerti dunia ini sementara...

bagaimana kita menghembuskan nafas terakhir ini... adakah dengan cara baik mahupun buruk..

zahir kita sangat rapuh menmpuh dugaan dan dan cabaran dunia ini..

tidak pernah terfikir untuk kita menggilap hati dan rohani kita....

ia semakin kusam dan tidak bertona semakin dipenuhi dengan titik hitam yang sukar ditanggal ...

titisan air mata semakin deras membasahi pipi......

aku berasa sangat kecil dan sangat rapuh... Engkau Maha Agung... menciptakan dunia ini serta isinya... terlalu banyak bukti kewujudanMu namun tidak pernah ku endah...

ku lupa ku lupa dan terus leka.... aku leka dengan dunia, dunia teknologi ini... aku leka melayani mereka semua yang sudah pasti sementara..... aku menyisihkan diri dari mengingatimu... dalam doa ku hanya sementara... tergesa-gesa... tidak peduli... sedang DiriMu sangat dekat dan ingin mendengar rintihan hambanya....

aku masih lupa, mengingatkan kejayaan dunia segala-galanya... aku leka walaupun telah diingatkan oleh rakan-rakanku.....

sedarlah... sedar dan sedar... dunia bukan sekadarnya... engkau mengejar sesuatu yang sementara... gapai dan carilah kebenaran..... garap ilmu agama mu sedalamnya....

perkukuhkan dirimu, eratkan semangat jihad dalam dirimu.... tidak terfikir ? bagaimana umar al khattab, abu bakar as siddiq begitu agung dan sempurna sifatnya.... tidak pernah menjadi seperti mereka....

jelas, diri begitu rapuh menerima dugaan dunia akhir zaman sebegini.. diri ini tidak kuat... oleh itu aku panjatkan doa selalu memohon bimbingan dariMU....

hindari segala bentuk sifat lalai, lupa dan jauhi kami dari segala keburukan...

aku masih lupa... begitu rumit.. disaat mentari semakin cerah menyinar... nafsu diri semakin membuak mengejar dunia... baru tadi aku terduduk sayu memikirkan diri ini namun aku menjadi semakin gusar.....

aktiviti manusia mengsirna fikiran... menutupi segala kebenaran... sekali lagi aku tersungkur menahan perasaan ini..... bimbingi diri ku ini Ya Allah...

Engkau sentiasa dekat aku tahu... aku yakin Dikau mengerti Engkau Mengetahui.....

pohon dengan kesayuan tempat daku dalam kalangan yang diredai oleh Mu Ya Allah.....

sungguh aku masih mencari kebenaran itu, tetapkan aku di atas jalan lurusMu itu....

anugerahi aku pasangan hidup yang solehah dan menyejukkan hati ini... yang mampu memahat keimanan seteguh gunung mencengkam bumi ini......

berikan kesedaran dalam diri ini selalu.. aku yakin.. Engkau Maha Mendengar... Engkau Dekat... bimbingilan keluargaku, rakan-rakanku.. dan umat islam ini...

dunia sana telah lama bertumpah darah, aku gusar keadaan itu berlaku dibumi ini.... iman harus dipupuk,.. jihad harus ditumbuh....

bimbingi aku agar aku tidak mengejar dunia tapi mengejar akhirat.........Ya Allah


OLEH RIDUAN ANUAR 8PAGI


MENGINSAFKAN..........

salam, selama ini kita berfikir banyak perkara remeh dunia yang menyebabkan kita berasa sedih. namun malam ini aku secara tidak sengaja mengunjungi satu blog yang sangat mengejutkan...

hati aku tersentak dan berasa pilu, aku bersyukur sangat berada di malaysia, aku bersyukur masih selamat

namun aku tidak tahu bagaimana cara kita semua akan mati...

oleh itu kepada sesiapa yang berani dan berumur lebih 18 tahun boleh merujuk blog dibawah

Tuesday, October 18, 2011

TV tidak sesuai dengan kanak-kanak


Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam. Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.
Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.
Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain. Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik. Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat. AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP

Borang Penilaian


orang kata borang penilaian ini boleh merubah segala kehidupan kita. kalau sebagai guru pelatih, kita turut dinilai oleh pensyarah semasa berpraktikum...

kadang-kala memang berkudis kita terpaksa berfikir tentang nasihat dan amanat mahupun kritikan pedas. tapi its ok sebab kita memerlukan kritikan, namun biarlah ia realistik.... pensyarah memang suka sukicakap apa saja seperti mereka expert sangat dlm hal sebegitu.. no wonder mereka boleh menjadi pensyarah...

satu hari bila di maktab ada borang penilaian secara online perlu diisi oleh guru pelatih kepada pensyarah....
kita perlu bertindak jujur atau bersikap penuh kasihan???
hahah... bagi aku ajdilah pihak tengah...

what i mean, bersifat sederhana jangan terlalu kritis sebab diorang pun manusia... walaupun kita pun ditegur sewaktu praktikum selamba saja..huhu

bagi aku dalam mengisi borang ini kita perlu jujur. mereka adalah pesyarah dan mempunyai par/level yang tinggi dlm melahirkan guru seperti kita... maka segala kualiti bermula dari mereka...

aku sangat hormati bagi pensyarah yang sangat kreatif dlm mengajar dalam masa sama mereka layak memberi kritikan terhadap kita....

so, janganlah takut2 nak isi borang tu. sebagai manusia kita perlu sedar bahwa semua tidak sempurna tapi kita perlu realistik..

beri kritikan membina dan tidak menyinggung perasaan.. sebab bukan apa semakin tinggi level kita lazimnya kita semakin ego dan sukar menerima pendapat orang lain... dek konon2 nya lebih pakar....

satu perjalanan-muzim terengganu





haritu aku sempat pergi ke muzium terengganu, rasa best sangat sebab pertama kali. muzium ni terbesar dekat asia tenggara... sampai2 sana memang besar gedabak.... orang kata tak cukup sehari melawat...

tiket untuk orang dewasa rm 5, kalu pelajar tu dapat murah rasanya rm2

pengalaman g sana sangat seronok.. first naik tangga besar dan tinggi dia dh rasa best..haha.
pintu gerbang dia besar.

dalam muzium tu ada banyak artifak2 lama, seperti batu bersurat, rangka manusia, pelbagai jenis kain, senjata, alatan diraja, malah ada juga bahagian khas utk syarikat petronas...

tak ketinggalan bahagian luar muzium tu ada kapal yang besar.. boleh naik tau n bergambar... rumah2 pondok.. yang sesuai utk tangkap2 gambar...

tak rugi kalau korang datang tertamanya kalau minat bab2 sejarah nih....

Sunday, October 16, 2011

TASIK TERCANTIK DUNIA
















taman tasik Plitvice di eropah merupakan taman tasik tercantik.... ia dikelilingi 3 buah gunung yang boleh berubah warnaa... akibat musim dan mineral malah cahaya matahari. kalau berpeluang mahu ke sana terbang...........




malaysia memiliki taman tasik taiping yang sangat cantik juga....... (2 gambar diatas)


Saturday, October 15, 2011

TAHI LALAT MUNCUL


Tahi lalat disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan abnormal dari sel-sel pigmen di bawah kulit yang lebih dalam. Tiap orang mempunyai tahi lalat. Jumlahnya bervariasi antara 10 - 40, meskipun ada juga yang sampai mempunyai 100-an tahi lalat. Kebanyakan tahi lalat muncul dari bayi lahir hingga usia 20 tahun, tetapi ada juga yang muncul selama proses perkembangan janin. Orang yang sering berjemur di bawah terik Matahari mempunyai lebih banyak tahi lalat.

Dalam perkembangannya tahi lalat ini mula-mula agak berwarna gelap, kemudian membesar, dan mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeda-beda. Ada yang berbentuk oval, ada yang bulat, ada yang ditumbuhi rambut, ada yang polos, ada yang berwarna cokelat, hitam, dan merah muda. Ada tahi lalat yang berbahaya, ada juga yang tidak. Jika tahi lalat Anda terasa gatal atau sakit, atau terus membesar atau berdarah, sebaiknya periksakan ke dokter, sebab ada kemungkinan tahi lalat ini berkembang menjadi kanker kulit.

Disarankan juga agar tidak berjemur tanpa pelindung kulit di terik Matahari lebih dari dua jam, karena sinar Matahari dapat menambah kecenderungan kulit mengalami melanoma (kanker kulit).

JAMBATAN PALING TINGGI DI DUNIA



teringin nak berkunjung dan berlari2 sambil menari diatas jambatan ini.......... ia terletak di utara perancis..
Puncak tertinggi jambatan ini mencecah 343 meter dari bawah tanah iaitu bersamaan dengan 1,125 kaki . Ketinggian ini adalah 19 meter (62 kaki) lebih tinggi daripada Menara Eiffer!

HOTEL PELIK DI DUNIA




antara hotel yang sangat comel dan yang aku nak duduk...huhu

Friday, October 14, 2011

AGAMA- Hudud: satu perspektif


Hukum Hudud yang kini gempar diutarakan dan menjadi salah satu faktor yang mencetuskan pergolakan dalam arena politik telah mengcetuskan rasa keperihatinan yang menggunung dalam diri saya. Oleh itu satu inisiatif untuk mendapatkan pendapat kedua tentang isu ini telah dijalankan dengan merujuk kepada Imam dikawasan saya yang berbangsa Algeria.

Dengan segala patuh dan rasa hormat, saya ingin menyentuh tentang tujuan sebenar Hukum Hudud ini. Sebelum kita mengkritik dan memberi pandangan haruslah kita melapik perdebatan kita dengan ilmu. Kerana kata-kata tanpa ilmu diibaratkan membelah kayu api diatas kaki sendiri. Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu mesti berdasarkan atas ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan yang menciptakan. Oleh itu mari kita hayati apakah sebab musabab lahirnya Hukum Hudud ini, bila harus dipraktikkan, untuk siapa, serta apakah platform yang perlu ada sebelum Hukum Hudud diimplementasikan.

Bukan semua Negara Islam mampu mengimplementasikan Hukum Hudud ini oleh kerana ditakuti mencetus kontoversi apatah lagi pada rakyat yang bukan Muslim. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Hukum Hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. Kecil disini bukan dimaksudkan dengan diambil ringan mahupun hanya sebagai alternatif terakhir. Yang ingin disampaikan adalah kecil yang bermaksud hadirnya hukum itu adalah pada keadaan yang memaksa disebabkan kesalahan disisi syariat yang jelas telah dilakukan. Sebagai contoh, untuk membuktikan mereka yang berzina (fornication) bukanlah suatu yang mudah. Tetapi perbuatan itu nyata perlukan Hukum Hudud jika kita hadirkan 4 orang saksi yang dipercayai untuk membuktikan tuduhan itu, melainkan perbuatan zina itu dilakukan dikhalayak ramai.

Jika kita merujuk pada surah An-Nur 1-19, Allah telah merangka hukum berzina kepada umat Islam dengan terang dan nyata. Disini saya sertakan sedikit dari potongan ayat itu untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang bukan Muslim.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]

“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]

Sekarang mari kita berpindah pada isi kedua yakni untuk siapakah Hukum Hudud ini patut dilaksanakan. Dalam makluman saya, justifikasi yang ingin dijalankan dengan Hukuh Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.

Dalam menyeru kepada menegakkan agama diatas keredhaan Allah Taala dengan melaksanakan agama Islam yang syumul (menyeluruh) ini dalam segala perspektif, kita harus berfikir sejenak (lebih lama lebih baik) jika terdapat lubang-lubang kelemahan dalam idea untuk mengaplikasikan Hukum Hudud ini. Ini membawa kita pada perbincangan tentang platform yang perlu ada untuk menyeru pada perlaksanaan Hukum Hudud. Untuk melaksanakan Hukum Hudud, pastinya kita perlukan kepada dua perkara; rakyat yang berugama Islam serta pucuk pimpinan dari seorang Muslim yang nyata.

Untuk ini saya akan membentangkan ertikata sebenar rakyat Islam yang dimaksudkan. Umat Islam disini harus dilihat dari sudut yang lebih agresif, mengapa? Ramai yang mengakui mereka beragama Islam tetapi tidak mendakap perasaan taat setia pada agama (Islam hanya pada nama) na’uzubillah. Oleh itu, adalah penting jika kita memastikan sebelum Hukum Hudud dilaksanakan, kita mengukur sejauh mana Islamiknya umat kita ni. Adakah mereka menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang utuh dan patuh pada ajaran agama? Apakah dari segi akhlak, perlakuan, pemikiran serta pertuturan menunjukkan identiti Islam yang diakui? Jika tidak jawapannya, kita masih mentah dalam mempraktikkan ad-deen (cara hidup Islam) tetapi berlagak besar untuk menjalankan hukuman Hudud yang berat dan tidak boleh dipandang enteng ini. Ini dapat dianologikan seperti ingin mengupas buah dengan pisau yang tumpul dan bekarat.

Bagi mendefinisikan pemimpin Muslim yang dinamik ini, kita harus mencontohi corak pemerintahan Rasulullah sebagai pemimpin yang sempurna. Seorang pemimpin (Ameer) itu haruslah terdiri dari mereka yang dalam ilmu agamnya dimana mukanya bersinar cahaya keimanan, tingkah laku nya sejajar dengan kalimah Islamik yang dipertuturkannya dan kecerdasan mindanya membuktikan sifat khalifah yang telah Allah kurniakan padanya. Sifat Islamik yang ingin saya tekankan disini dapat dilihat dengan menghayati ayat ini: “Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara ugama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)” [Asy-Syura:10].

Dalam satu sudut pandangan yang lain pula, saya ingin mengajak para pembaca cuba akalkan beberapa perkara.

a. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang ditetapkan agama jika diri tidak mempunyai hajat atau niat melakukan kesalahan?

b. Mengapa harus kita takut pada hukuman yang dijalankan didunia? Apakah kepercayaan kita kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan itu tidak cukup untuk membina landasan taqwa(takut) pada Allah?

c. Daripada menyeru kepada Hukum Hudud, mengapa tidak kita menyeru kepada perlaksanaan cara hidup Islam (Ad-deen) yang lebih utuh dengan harapan kita bukanlah hanya sebuah Negara Islam yang dikenali dari segi material. Agar kita dapat menarik lebih ramai manusia melihat betapa Indah dan syumulnya agama suci Allah ini dimana setiap kalimah Quran membuktikan keesaan (satu dan yang tiada sekutu buatNya) dan kebesaranNya dan bukan menakut-nakutkan mereka dengan keadilan yang disalah interpretasikan.

"Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga kesuatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. Oleh yang demikian itu, maka serulah (mereka-wahai Muhammad – kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: “Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil diantara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami, dan bagi kamu amal kamu. Tidakkah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)” [Asy-Syura:14&15]

kredit kepada Nur Akma Naim

http://www.freewebs.com/suaraanum/0508b02.htm


Thursday, October 13, 2011

KESIHATAN- vitamin E punca barah prostat


Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara. Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
“Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland.
Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak. “Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein. Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu.

PERUBAHAN DIRI INDIVIDU


setiap manusia itu adalah berbeza dan membawa satu citra warna dan aura yang tersendiri. si A tidak mungkin menjadi si B dan si C. mereka mempunyai satu identiti yang tersendiri yang sangat kompleks dan sukar difahami.

diri manusia berbeza mengikut latar belakang dan budaya mereka. sikap individu sudah pasti boleh berubah mengikut peredaran suasana sekeliling. apakah reaksi anda sekiranya secara tiba-tiba sebuah jentolak ingin meruntuhkan rumah anda?

bagaimana emosi dan sikap anda ketika itu? adakah sama atau berubah.

bagaimanakah cara anda berfikir ? adakah sama dengan orang lain?

sudah pasti tidak! boleh seseorang yang lain memaksa individu lain berkelakuan seperti mereka?
adakah mereka berjaya? adakah mereka bahagia? diterima atau disisihkan?

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI, tetapi awas jangan sesekali mengetepikan pendapat dan pandangan orang lain terhadap kita. seharusnya kita berlapang dada menerima teguran yang membina.

mungkin pada ketika dahulu anda seorang yang sangat sopan dan baik hati namun mungkin selepas 5 tahun berlalu sikap anda boleh berubah secara total..........

banyak faktor mempengaruhi antaranya faktor orang sekeliling, cara pemikiran individu, hasrat hati yang belum tercapai, penghargaan, mahupun dendam.

oleh itu jangan kita berfikir bahwa seseorang yang baik tidak mampu membalas dengan kata2 nista ataupun bersikap kurang ajar, kerana perkara ini semuanya dipengaruhi faktor sekeliling......

mungkin kita terkejut sekiranya melihat individu itu yang dahulunya pasif namun kini begitu 'arrogant' mencantas kritikan pedas dari orang lain. lalu kita berfikir bahwa mereka menjadi sombong??? adakah benar?

cuba kita berfikir............. adakah diri anda turut membantu perubahan dalam diri individu tersebut? apakah tindakan dan sikap anda terhadap individu tersebut........... ia mempengaruhi emosi?

nah, jangan menyangka air yang tenang tiada buaya.......... jangan disangka yang lembut itu tiada bersuara.......

dan jangan berfikir dan menghina bahwa golongan yang pendiam itu adalah sombong........ jangan sesekali berfikiran sedemikian selagi kita kita tidak pernah mencuba berkomunikasi mahupun menyoal soal tingkah mereka............

jangan sesekali mengatakan orang yang banyak cakap itu tidak sombong......... tetapi nilailah melaui apa yang mereka ucapkan....... adakah dengan mengherdik rakan, menghina dianggap peramah???

buka minda dan buka mata., mungkin kita takut rakan kita berubah secara drastik. tapi perlu difikirkan mengapa mereka berubah. namun apa yang perlu kita percayai diri asal mereka masih seperti dahulu, itu adalah identiti mereka yang telah ditetapkan oleh Nya.........

diri sendiri juga bukanlah mulia, mungkin kita berfikir kita tidak melakukan sesuatu keburukan yang dilakukan orang lain kita berbangga.

mungkin kita merasa suka melihat mereka tersinggung kerana anda merasakan diri anda hebat..

namun anda tidak pernah terfikir bahwa Allah itu maha kaya...... yang menciptakan makhluk pelbagai rupa dan sikap. terimalah mereka seadanya, nasihatilah mereka, hargailah, senyumlah, dan percayalah bahwa rakan yang memberikan kita teguran sebenarnya rakan yang mengiginkan perubahan dalam diri kita untuk kepentingan pada masa depan.


kita pernah berdoa agar dikurniakan rakan yang baik. namun pernahkah kita terfikir bahwa rakan sekeliling kita sebenarnya telah mendidik diri kita menjadi dewasa, agar kita berfikir dan melihat melalui sudut positif.

mungkin kita merasa berat bahwa rakan kita menasihati kita agar menjaga sikap agar lebih baik. kita tidak dapat menerinanya kerana telah dimalukan.

namun, percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... kita telah berdoa, dan Allah telah menurunkan satu ujian terhadap kita berhadapan dengan situasi sedemikian. ini semua untuk kita menjadi dewasa................

terima mereka seadanya wahai sahabat........ dan serahkan segalanya kepada yang Maha Mengadili...............

jangan merasa diri hebat kerana kita semua adalah sama terbina dari himpunan tulang yang sama... kita tetap akan hancur dimamah tanah.


Wednesday, October 12, 2011

TEKNOLOGI MASA DEPAN

semakin moden maka setiap manusia itu semakin hampir dengan keadaan yang berbahaya...

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH (cawan polisteren)


caranya mudah............

teknik ini digunakan untuk melihat dan mengkaji punca maslah murid disekolah yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah..

sediakan beberapa cawan politeren. labelkan setiap cawan tersebut dengan perkataan seperti

- keluarga -rakan - kerja sekolah - bersukan - tidur - tidur/makan

atau perkara lain yang sesuai


kemudian sediakan satu jag air bersaiz sederhana yang mengandungi air.

minta murid yang bermasalah tersebut menuangkan air kedalam setiap cawan polisteren mengikut pemberatan mereka. (semakin banyak air diisi ke dalam cawan semakin banyak masa, fokus diberikan)

gunakan air tersebut sehingga habis

akhir sekali guru melihat jumlah air dalam setiap bekas. lazimnya murid yg mempunyai masalah dalam menyiapkan kerja sekolah menuangkan sedikit sahaja air ke dalam cawan berlabel kerja sekolah...

oleh itu kini anda telah mengetahui bahwa murid ini perlu menambah sedikit masa atau perhatian kepada kerja sekolah.. anda boleh memberi nasihat dengan cara yang tidak langsung...

berikan mereka penjelasan dan ambil cakna maslah mereka dirumah.

Friday, October 7, 2011

HABUAN GURU

betul ke? dengar cerita gaji guru naik saparuh gaji bulanan. huhu memang wajarlah. pada pendapat rid memang perlu sebab guru bukan satu kerja yang mudah. banyak benda yang perlu dilakukan. sehinggakan pada satu tahap perlu bawa kerja balik rumah.. tak kira lagi bawa murid keluar sekolah aktiviti itu dan ini...

buat kerja pengkeranian yang banyak... menyediakan bahan ABM....

sudah tiba masanya guru kembali disanjung seperti zaman2 dulu..........

Wednesday, October 5, 2011

Tidak MAHU kuliah- satu luahan


tidak tahu mengapa hari ini aku rasakan bahawa esok aku tidak mahu ke sekolah...

jiwa ini kecewa oleh pelbagai sebab dan faktor..

mungkin terasa bebanan yang tidak sebesar mana..

kadang2 aku terlalu memikirkan perkara yang kecil dianggap besar

aku merasakan mempunyai satu deria lain yang mampu meneka 'future event'

aku boleh mengesan sesuatu kejadian buruk, orang yang tidak suka kita melalui pergerakan dan riak wajah....

aku juga boleh menjangkakan banyak perkara yang orang lain tidak terfikir... kadang kala ia benar2 terjadi sedikit sahaja yang tidak berlaku...

aku rasa mungkin deria enam ini ada bersama ku setelah melalui liku hidup dari sekolah rendah yang agak mencabar,,.. dari dulu aku sentiasa 'alert' dengan situasi sekeliling...huhu

kadang2 pening kepada fikir benda2 yang belum terjadi dan ia sungguh memenatkan....

aku tak tahu ia satu kebaikan atau keburukan... apa yang paling mengelirukan aku boleh berfikir terlalu mendalam dari dua sudut positif dan negatif sesuatu perkara...

sungguh merimaskan... tapi ia berada dalam diri ini... dan ia terbawa2 sehingga kehidupan seharian..

oleh itu, aku mudah menjadi lupa tentang perkara yang baru dibuat semalam...ahahu... mungkin ramai yang tak faham.. namun inilah diriku.....

cuma satu aku minta agar memberikan kesabaran dalam diriku., tenangkan jiwaku dan pimpinlah langkahku Ya Allah...

aku boleh berubah watak yang berbeza2.. aku sendiri tak mengerti mengapa jadi begitu....

aku mengiginkan watak yang sejati dan teguh pendirian.

perkara yang paling menjelikkan apabila orang lain menggunakan kata kesat terhadap kita namun mereka tidak dapat menerima kata kesat daripada kita pula....

hari ini aku pening mungkin perubahan diri yang meningkat dewasa....

dalam sudut kecil hati, aku ingin benar berpindah maktab.... aku ingin berhijarah dan melihat suasana dan masyarakat berbeza....

aku merindui rakan dansahabat yang memahami dan saling membantu...

aku tidak suka mereka yang merahsiakan kerja, kejayaan, pencapaian...
aku lelah mengikut semua itu... tiada keihklasan... bilalah perkongsian itu boleh berlaku saling berlumba dan menjatuhkan..... pimpinlah orang lain ....


aku tidak suka mereka yang bongkak dengan kejayaan.. bercakap besar.... merendahkan diriku walaupun aku tahu banyak kelemahan... nah, aku manusia biasa yang perlu hidup cuma hidupku baru bermula semenjak 7 tahun yang lalu...

anggaplah aku baru dilahirkan didunia dan tidak mengenal apa2... aku cuba pasrah dengan suratan ini...
aku baru ingin mengenal dunia ini, namun sebabnya tidak mungkin dapat kuungkapkan disini...

aku tahu ada kalangan rakan yang membaca disini.. terima perkara ini dengan hati terbuka ek.. jangan terkejut pulak..

sejarah hidup dari kecil sehingga besar memang mendukacita jugak... ahaha... tak perlu diceritakan... terus saja ke hadapan....

aku masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana aku masih mencari pengalaman hidup yang masih belum cukup....

blabalabala................mmmm, susah nak berfikir mungkin terlalu panjang dan aku pasti orang lain jua mempunyai sejarah tersendiri.

aku tidak mahu hadir kuliah esok.. emosi aku masih belum stabil... haha kehadiran masih diambill.... sometimes terfikir betulkah aku di dalam bidang ini?? terima kasih kepada rakan yang membaca nukilan ini.......

DEBARAN HATI DARI EMOSI


bukan mudah untuk menilai emosi seseorang..

namun secara umum memahami bahwa lelaki mempunyai emosi yang teguh manakala perempuan memiliki emosi yang lemah...

namun kajian yang dijalankan emosi kedua-dua pihak adalah sama cuma lelaki lebih pandai menyimpannya kerana keegoaan.

namun bagaimanakah emosi seorang lelaki yang dibesarkan dengan cara perempuan?
dan bagaimana pula dengan emosi seorang perempuan yang dibesarkan dengan cara lelaki?

adakah mereka dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah mereka perolehi?

hal ini amat sukar untuk diceritakan oleh orang biasa terutamanya bagi golongan yang tidak pernah menghadapinya....

seorang lelaki yang mudah menitiskan air mata? apakah pandangan masyarakat?
seorang wanita yang menghamburkan kata2 kasar? apakah pandangan anda?

sesungguhnya cabaran itu mendewasakan diri. setiap individu memiliki sejarah hidup yang tersendiri??

bagaimanakah karakter lelaki yang dibesarkan dengan sepasang ibu bapa yang penuh dengan semangat dan didikan dan pengetahuan??

bagaimana pula karakter lelaki/perempuan yang dibesarkan dalam keluarga dengan penuh kemiskinan?? bagaimana emosi mereka? pernah mereka terfikir?

bagaiman pula karakter individu yang dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah yang memiliki seorang bapa yang sangat garang dan suka mengamuk tetapi sebaliknya menerima seorang ibu yang sangat penyayang... adakah emosi mereka mudah terguris??

mereka dididik dari kecil dengan cara masing2... namun manusia sekeliling pernah mengkaji latar belakang mereka...?

mereka sendiri perlu survive dengan keadaan diri mereka... mungkin keceriaan terpancar dari diri mereka namun siapa menduga seribu kesedihan terbuku dihati....

siapa yang mahu mendengar, siapa yang mahu memahami? siapa yang mahu membantu?

golongan ini sebenarnya sedang mencari identiti diri, menongkah kehidupan dengan kepayahan dan memohon dikurniakan sahabat sejati.... mereka sentiasa berdoa agar dunia ini tidak kejam pada diri mereka.

moral : setiap manusia memiliki personaliti masing2, kita seharusnya membantu antara satu sama lain agar jangan ada yang berasa terasing kerana tanggungjawab ini dipikul oleh semua penggnut islam. setiap bantuan yang diberikan akan dinilai oleh Allah s.w.t

Monday, October 3, 2011

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH-kotak hitam dan putih


salam, riduan disini, suka berkongsi dengan anda tentang teknik dalam kelas yang rid terbaca..

teknik KOTAK PUTIH DAN KOTAK HITAM

menurut teknik ini ia berperanan dalam mengekpresikan emosi kita sebagai guru atau murid.

pertama hanya sediakan kotak hitam dan putih utk diri sendiri mahupun murid-murid

kotak2 ini berperanan memberitahu emosi kita pada waktu itu

kotak putih- rasa gembira, senang, dan selesa

kotak hitam- rasa kecewa sedih, marah

oleh itu, guru atau murid hanya perlu mempamerkan kotak hitam atau putih diatas meja. jadi kita tahu keadaan mereka

sebagai contoh, murid A letak kotak hitam atas meja.. maksud dia tidak gembira, jadi guru boleh menyoalnya selepas habis kelas tntg masalah dia.. atau mungkin dia tidak mahu diganggu

kalau kotak putih pula- murid ini ceria dan gembira, maka kita boleh tanya dia soalan macam2 tntg pengajaran haritu..

kaedah ini sebenarnya lebih menjurus kepada penghargaan emosi murid..

kalau murid tu asyik letak kotak hitam saja... mungkin dia ada problem besar yang dihadapi... oleh itu, guru boleh merujuk pakar motivasi...

selamat mencuba!! nantikan teknik seterusnya

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH (sticky tape)


seterusnya teknik yang boleh disesuaikan dalam bilik darjah Malaysia mengikut keadaan,

teknik sticky tape sebenarnya sangat mudah...

teknik ini ditujukan kepada murid yang kerap kali melukakan hati rakan yang lain...

apa yang guru boleh lakukan..ambil sekeping kertas, koyakkan dihadapan murid tersebut

tanya murid itu bagaimana ingin menyambungkannya semula, mungkin dia mengatakan tidak boleh

jangan kecewa, berikan dia soletep(sticky tape)- suruh dia sambungkan kertas tersebut dengan elok

apa yang ingin disampaikan disini adalah , rid memahami bahwa apabila sekeping kertas dikoyak ia membawa pengertian kesakitan yang dirasai oleh hati murid yang dihina/ diherdik( terang kepada murid berkenaan secara positif dan bijaksana)

setiap manusia memerlukan pujukan dan penghargaan dari orang lain... maka analogi meminta maaf diumpamakan dengan menyambungkan semula kertas terkoyak dengan sticky tape- terang kepada murid tersebut bahwa kita seharusnya ringan mulut untuk meminta maaf dan cuba tidak mengeruhkan keadaan dengan melakukan sesuatu yang positif....

kaedah ini mungkin berjaya atau tidak tapi pendekatan yang lemah lembut dengan intonasi suara boleh membantu ia mencapai objektif. kalau boleh rendahkan posisi badan guru dengan bertinggung di samping murid...

selamat mencuba- usaha tangga kejayaan

nantikan teknik seterusnya!!

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH


Teknik-post-it-notes

Sebelum ni telah ada 2 teknik yang rid poskan, mungkin ada orang baca atau tidak endah. Tidak mengapa.. apa yang penting ia disampaikan untuk keperluan rid dan orang lain.

Teknik yang ke-3 ni hanya menggunakan kertas dan pen.

Seperti yang kita ketahui, murid mempunyai pelbagai emosi, masalah, keyakinan yang berbeza. Hal ini berdasarkan diri rid sendiri semasa sekolah rendah.

Apa kata kita cungkil semua itu.

Terdapat murid yang sukar meluahkan apa yang tersirat dihati tetapi riak wajah berkerut seribu kedutan… mungkin dia takut kita yang terlampau garang….

Mesti kita semua kelirukan… nak mengajar pun rasa tak minat

Secara personal mungkin kita boleh bertemu dengan murid itu dan Tanya keadaannya…

Kalau dia beritahu mudah kalau tidak beritahu pun mudah..hahaha

Apapun sekiranya dia memiliki masalah

Contoh

Saya takut dan gementar menduduki peperiksaan OTI 2 minggu depan

Tindakan- kita boleh tulis ‘yakin anda boleh, usaha pasti anda berjaya’ diatas sekeping kertas kecil

Serahkan kepada murid tersebut… pastikan dia memegang kertas itu dalam poket, pencil box, dalam baju atau sebagainya…

Apabila dia rasa kurang keyakinan… dia akan melihat semula kertas itu dan yakin bahwa kita memberi sokongan kepada dia… serahkan kepingan kertas dengan senyuman yang ikhlas…. Best nyer kalau cikgu buat macam tu kat kita……. J