MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

MELAKA MEMPESONAKAN...

sejajar pulang dari Kuala Lumpur, kami meneruskan perjalanan ke Melaka pula.
pertama kali tiba di Melaka, tiba agak lewat di Melaka sebelah malam, tidak banyak yang dapt dilihat.
menyewa rumah dua tingkat. maaf kami lewat..huhu.
malam itu kami mencari ikan bakar... ohohoh... kami lewat, kerusi dan meja yang banyak itu sudah dipenuhi dengan manusia. penat mencari, akhirnya kami ke bandar untuk mencari fast food sahaja.. KFC. mmmm... bolehlah... semua lahap makan. sampai dirumah terlentang tidur dan kepenatan.
esoknya pula, misi bakal bermula...

Kuala Lumpur dan Selamanya...

selepas melancong di Genting Highlands, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. kuala lumpur seperti biasa sibuk, seperti biasa menginap dirumah banglo di Petaling Jaya. selesa untuk melalskan penat seharian perjalanan.

perjalanan dengan menggunakan kereta Forte kelihatan lancar dan mengujakan. aq duduk di sebelah pemandu iaitu abang ipar aq. menjadi penunjuk jalan sekiranya terlepas laluan.huhu. seronok.

matlamat utama berada di kuala lumpur adalah untuk membeli barangan keperluan seperti pakaian dan sebagainya. banyak2 mall2 besar kami jelajahi seperti Bandar Seri Utama dan saya pun tak ingat. mungkin dulu, aq tidak pernah terfikir untuk berada di tempat seperti itu, dulu faktor kekangan wang banyak menyekat segala. dulu ia sangat janggal dan menakutkan berada di tempat seperti itu.

kini, tempat seperti itu menyeronokkan bagi aku, banyak perkara dan barang baru dapat aku lihat. mudah. senang.

barang2 seperti beg roda, pakaian dan sebagainya dapat aku beli secara pukal. selain di sana, tempat utama yang dituju adalah gedung jualan akhir tahun, penghabisan stok. di sana baju berkualiti dapat ku beli dengan harga yang murah. puas aku membeli secara banyak.....

memang bagi aku, ia akan menjadi rutin akhir tahun, untuk mendapatkan barang2 berkualiti dengan harga yang rendah. Oh, KL tunggu ye kehadiran aq tahun 2014....

Ripley's Believe it or not Genting Highland

pengembaraan diteruskan selepas memasuki rumah hantu. ruangan ini lebih sesuai untuk penggemar sejarah dunia yang pelik2.
menyusuri ruang ini pada hemat aq biasa saja. ia banyak menyingkap peristiwa pelik yang berlaku diseluruh dunia seperti penggal kepala, lelaki terkecil, lelaki tang boleh bertahan dalam mesin ketuhar, kereta emas, ikat kaki dan banyak sangat.

aku menyusuri nya dengan agak cepat namun sempat singgah sebentar untuk mebaca sejarah2 yang menarik perhatian aku.

di sini memang aq ada mengambil gambar, sekiranya berpeluang aku akan berkongsi memori indah itu bersama kalian semua...

selepas itu, bersama keluarga kami berlegar2 kawasan sekeliling, cantik dan menarik. namun bagi aq ia masih biasa mungkin sekadar 3 bintang. pada ketika itu outdoor themepark sedang dibaiki. maka ramai yang bertumpu dalam indoor themepark, sesak.

apapun hasrat aq telah tercapai untuk sampai di sana. InsyaAllah jika Allah mengizinkan, aku akan tiba semula di sana pada tahun 2016 selepas semua kerja2 penaiktarafan taman teme Fox kelas dunia siap sepenuhnya. tak sabar menanti. dengar2 cerita di Aman Jaya Ipoh pun turut akan diadakan taman tema ala2 disneyland besar. mungkin sebab itu pihak genting highland bertindak segera memajukan taman permainan mereka. syabas diucapkan.

pengalaman itu sangat bermakna dan terpahat dalam memori.

Rumah Hantu Genting Highland

assalamualaikum semula, terasa diri ini benar-benar melalui proses kematangan berganda. tahun lepas pelbagai cabaran terpaksa diharungi bersendirian, kekecewaan, kesungguhan, sunyi, semangat dan senyuman bercampur aduk membuahkan sebuah erti kedewasaan.

cuti hujung tahun 2013 kiranya merupakan post mortem beerti untuk diri memantapkan kemahiran, naun ia masih tidak dapat dicapai. banyak perancangan awal gagal diusahakan dek faktor kekangan masa dan perkara penting yang mendahului. namun, rid sangat bersyukur dapat bertemu keluarga tercinta di kampung. rindu yang sudah lama terpadam kembali mekar dengan haruman mewangi. usai bercuti beberapa hari di sekolah serta Sibu bersama kawan, ia kembali membuka semula kenagna dulu. pernah satu ketika dulu terfikir, adakah persahabatn ini berkhir selesai saja pengajian di maktab perguruan, sangkaan itu meleset.
memang hasrat untuk mengukuhkan hubungan persahabatan dalam kalnagn kawan-kawan berada dalam agenda peribadiku. menghubungkan persaudaraan akan memanjangkan umur tanpa perasaan hasad dengki dan marah-marah. hidup aman, gembira dan ceria pasti umur boleh panjang dengan takdir Allah s.w.t.

setibanya di KLIA , aku berasa sangat lega dan syukur. pertama tidak sabar untuk menjenguk ke rumah baru keluarga di kampung boyan, taman medan bersatu. sebelum ini, aku sendiri terlibat dalam proses pembelian rumah tersebut. banyak pengetahuan diperolehi. kadang2 aku berfikir, sekiranya kita tidak memiliki keinginan untuk melakukan sesuatu perkara baru untuk diterokai, kita sememangnya berada dalam keadaan yang sama.
alhamdullihah, kenduri kesyukuran di rumah baru keluarga juga telah berjaya diadakan. bertungkus lumus dalam menyediakan juadah terbaik, daripada menempah makanan, mengambil, memotong menyusun, membasuh dan bermesra dengan tetamu yang hadir.
tidak ku sangka pada majlis itu, aku dapat menghasilkan teh tarik dan air sejuk merah mendapat pujian.aku memghasilkan dalam kuantiti yang agak banyak. itu adalah kali pertama aku menghasilkan teh tarik, yang menghasilkan buih serta pekat persis teh tarik di kedai. memang puas, walaupun kecil, ia satu kejayaan.

sebelum majlis itu berlangsung, beberapa hari sebuelumnya, aku, abang ipar, 2 orang kakak serta ibu bersama anak2 saudara sempat bercuti di genting highland, kuala lumpur dan melaka.
destinasi adalah genting highland, sudah lama aku berhasrat untuk kesana, akhirnya sampai, perlu menaiki kereta kabel atau bas untuk sampai ke puncah. memang jauh jaraknya. bayaran untuk menaiki kereta kabel tersebut rm6 untuk satu hala.
setibanya di sana, cuaca agak sejuk terasa seperti di Cameron Highland dulu. kami memasuki indoor theme park. puas aku menjelajah rumah hantu yang panjang secara bersendirian serta ripley's believe it or not. semua secara bersendirian, kerana yang lain hanya mahu berjalan-jalan diluar.
hormon adrenalin aku memang mencanak keluar sewaktu menerokai rumah hantu. pertama perlu menaiki sebuah kereta usang ke arah atas untuk tiba di rumah hantu tersebut. suasana gelap. syukur ketika itu turut ada 4 orang lelaki dan perempuan muda cina mungkin tingkatan 3 yang menyertai ekspedisi itu.
kami saling bertolakan siapa yang mahu menjadi pendahuluan, akhirnya aku memilih yang paling akhir kerana bergalar lelaki dan menjaga perempuan berada di tengah. pintu rumah dibuka. kami menyusuri perlahan-lahan.
kerap kali terkejut dek bunyi kaca pecah, hentakan pintu, patung2 hantu ngeri serta video yang menakutkan. suasana amat gelap.
walaupun aku berusaha untuk tidak menjerit seperti perempuan, akhirnya suara aku tetap keluar apabila hantu palsu tersembul keluar sambil menghulurkan tangan. kami semua menjerit. kecut. perjalanan masih jauh. aku buat2 berani dalam ketakutan, ketika itu tiada guna membawa kamera kerana tiada sebarang gambar dapat dirakamkan.
lama menyusuri dan beberapa kali terkejut besar.
nilai yang aku perolehi dalam pengalaman ini adalah kesatuan yang terbina apabila menghadapi ancaman yang sama. kami saling tidak mengenali antara satu sama lain, namun kami bekerjasama menempuh cabaran yang ada di hadapan.