MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Sunday, September 25, 2011

HARI KECEWA

mungkin ramai diantara kita yang pernah merasai hari-hari yang kecewa dalam hidup mereka... namun siapakah yang mampu bertahan dengan kekecewaan yang dihadapi sepanjang hari atau beberapa hari???

hal ini bertambah rumit apabila kita tidak mempunyai tempat mengadu apabila menghadapi masalah ini..
perasaan ini terpaksa dipendam dan dipendam untuk satu jangka masa yang lama...ia mungkin mengambil masa...

apa yang mengecewakan tiada rakan yang boleh memahami atau memberi kata2 perangsang kepada diri... keluarga pula jauh di sana... bagaimana caranya?? kerja kursus pula perlu diselesaikan...

pernahkah anda menemui rakan2 yang bersikap pelik seperti mengamuk di rumah dengan menghentak dinding, menjerit dan sebagainya??

pernahkah anda menemui rakan2 yang tidak ambil berat terhadap tugasan kursus bersama anda??

pernahkah anda menemui rakan2 yang asyik2 membuli anda melaksanakan satu tugas??

pernahkah anda menghadapi maslah keluarga yang tidak selesai??

pernahkah anda menghadapi bahwa diri ini rasa disisihkan???


memang banyak permaslahan yang dihadapi oleh kita.. namun ianya datamg serentak...
orang kata perlu bersabar... memang kini sedang bersabar tapi tiadakah pengakhirannya???


Ya Allah, aku memohon kepada mu, kurniakanlah aku rakan2 yang mampu mendengar isi hatiku, menasihatiku, membimbingku, menyejukkan hati ku...

dan Ya Allah, engkau hindari aku dari segala bentuk kejahatan dari diriku.. tenagkan hatiku, tabahkan hatiku untuk meneruskan kehidupan ini...

kepada semua sahabat sesiapa sahaja, hargai rakan anda dan fahamilah hati mereka...

Thursday, September 22, 2011

PEMBENTANGAN-FESYEN futuristik


selamat tengah hari semua... rid kat siti nak bercerita tentang pengalaman menjalankan aktiviti di kelas bersama dengan ahli kumpulan ridz yang bez2

tugasan tu kami diminta untuk bepersatuan dan kami memilih persatuan reka cipta

next, kami buat aktiviti reka fesyen futuristik bertemakan barang2 biasa seperti kertas, kotak, kain, surat khabar dan sebagainya

mula2nya risau takut tak tercapai objektif.. tapi bile dh buat.. syukur berjaya....

semua ahli kumpulan beri komitmen.
cuba anda bayangkan mereka boleh menghasilkan pakaian sukan, perkahwinan, perayaan, pahlawan dan evening dress dengan menggunakan bahan2 yang simple sungguh mengujakan...

Sunday, September 18, 2011

PERSEMBAHAN KEMERDEKAAN


hari ini aq berpeluang menjadi penyanyi dipentas, sangat teruja....

aq tak sangka banyak show yang aq dapat di maktb... sangat2 seronok

aq dapat nyanyi depan owang ramai satu kepuasan terutamanya apabila mereka gembira...

aq tak pernah terfikir jadi begini...

cuma dalam hati aq menyimpan hasrat untuk buat album dan berduet bersama artis tempatan.. cuma tak tahu caranya.....

aq berharap cita2 ini tercapai....

aq ingin menyampaikan lagu2 kebaikan.. help me Allah.. thank for everything..

BIG sem 6

salam,
suka bila teringatkan big sem 6 ni. ianya mudah dan menyeronokkan..

kami cuma melawat kawasan sekolah dan berkongsi ilmu bersama dengan guru besar cemerlang..

pengalaman menjadi pengacara majlis memang menyeronokkan

huhu, kesilapan yang aq buat aq tak kisah dah pun....
yang pasti keyakinan aq semakin bertambah bila berdepan dgn orang ramai..

aq bersyukur kerana Allah SWT telah mengaturkan kehidupan aq sebegini... banyak sangat hikmah yang aq perolehi...


Sunday, September 11, 2011

DISKUSI DIRIKU 2 - teguran pedas


salam..

memang tidak salah memberi teguran kepada kawan2 kita kerana ia sebenarnya menjauhkan seseorang dari kelalaian dan kekurangan namun biarlah dengan cara yang betul

tegur dengan penuh hikmah dan kreatif, kalu boleh jangan terlalu direct

biasakan diri bercakap dengan tone yang rendah, tenang dan maniskan muka... lagi satu kalau nak buat teguran perlulah secara santai dan memandang dengan tenang wajah kawan itu...

contoh teguran buruk

hei, makanan kau ke yang atas meja tu? kenapa tak habis! pergilah buang kalau kesian dekat semut2 tu...(buruk)- disertai dengan wajah masam dan serius dan keadaan tergesa-gesa.

contoh teguran yang baik

salim, tadi aku lihat ada makanan atas meja dan dikerumuni semut. awak punya ke? saja tanya. awak terlupa nak letak di dalam peti ais ye? akupun selalu begitu.. (baik)- disertai dengan senyuman dan ketenangan.


jangan sesekali menyakiti hati orang lain, bersikap secara adil bukan hanya ingin memenuhi nafsu marah sahaja. fikir2kan setiap kata itu... mungkin anda telah terdidik dengan cara begitu di rumah namun kawan anda yang lain cara didikannya... ok semua bubey.....


Friday, September 9, 2011

RINTIHAN ANAK KEPADA SEORANG IBU


saat ini aku sedang dibuai mimpi, aku jauh diperantauan negeri orang namun aku bermimpi bahawa ibuku sedang memanggil diriku... aku meruntun sedih melihat diri ibuku, kedutan diwajahnya yang semakin bertambah dari hari ke hari. kedutan tersebut membayangkan betapa onak dan duri membalutinya semenjak membesarkan aku..

dalam mimpi itu, aku terdengar kata-kataaku yang lalu yang mungkin mengguriskan hati ibu kembali bergema di pendengaranku... aku ingin berlari memeluk ibu yang melihat dengan sayu, namun langkahan terasa berat.... aku memohon maaf ibu

ibu bersusah payah menyuapkan kami makan dengan kudratnya, ibu bersusah payah menemani diriku ketika di sekolah menghantarku dengan apa jua kenderaan basikal berjalan kaki.. ibu berlelah menyuapkan nasi kosong bersama ikan bilis goreng, ibu bersusah payah memaksaku mengikuti kelas agama, ibu bersusah payah mengejut ku ketika sahur, ibu bersusah payah menjaga adabku ibu bersusah payah menjaga tutur katanya agar ku tidak terguris, ibu bersusah payah mengeluarkan duit untuk memberiku baju baru, pendidikan dan sebagainya

ibu kau permata hatiku.. aku masih tidak dapat berfikir sekiranya dikau tiada suatu hari nanti.. dunia ini ku rasa malap... ku berdoa dalam solat agar dikau sentiasa dirahmati dan panjang umur..

ibu aku tahu kau terseksa dahulu dengan sikap degilku.. engkau pernah menangis tetapi aku tidak pernah peduli.. kini aku menagis mengingati perkara itu ibu..
ibu engkau seorang yang sunggu tabah, engkau ratu dihatiku.. engkau bertahan demiku, pernah ku melihat mu keletihan mengurusku.. engkau tidak mengeluh

kini aku dimenara gading, jauh darimu.. harapanmu aku pulang dengan kejayaan, engkau sentiasa berdoa keslamatanku.. diriku sentiasa dihatimu

anak ini semakin besar semakin ego.. maaf ibu.. mungkin pertuturan ini mengguriskan anakmu.. engkau bersabar dan cuba memahamiku.... engkau seorang wira ibu

engkau mendengar segala keluh resah jiwa ini dissat jiwa lain tidak pernah mahu mendengar

engkau menyambut kepulanganku dengan peluk cium setiba dari perantauan... engkau berasa puas

tapi aku kerap kali lupa dirimu... diri ini penuh kelalaian dunia sehingga aku bermimpi tentang dirimu yang melihat diriku...

aku menitiskan air mata di kala pagi dinihari, tersrdear dari tidur panjang... sungguh lama aku tidak menelefonmu ibu...

ibu semakin hari dikau menjadi semakin pelupa, ingatanmu tidak kuat sudah, kudratmu tidak seperti dulu.. namun engkau masih memelukku dengan kasih sayang ketika ku pulang beraya

aku bersyukur dikurniakan ibu sepertimu

aku berdoa dan berharap suatu hari aku dapat membalas jasamu selama ini

tunggulah diri ini ibu... bertahanlah ibu... aku mengejarmu ibu.... aku pulang ibu ingin memeluk erat dan memohonampun diatas segala keslahan yang tealh dilakukan kerana keegoaan ku

aku mudah mentah yang memerlukan panduan... maaf ibu... maaf ibu

aku tahu dihati sekeping hati yang mulia dan sentiasa memaafkan ku

engkau permataku ibu..ibuku sayang.........................

Tuesday, September 6, 2011

PENGALAMAN PRAKTIKUM 2



pengalaman mengajar di sekolah SKSS1 sedikit sebanyak memberi pengalaman yang sangat baru. aku boleh membuat kesimpulan bahawa murid sekarang mempunyai satu citarasa yang luar biasa.
mereka boleh dikatakan hampir sejajar dengan pengetahuan kita terutamanya dari segi teknologi. lihat berapa ramai yang mempunyai FB.
murid sekarang juga turut menginginkan seorang guru yang ceria, baik, berinspirasi, moden, bersemangat, kreatif, aktif, berinisiatif dan bersahabat dengan apa yang mereka tahu.

ia sesuatu cabaran yang sangat besar untuk cikgu zaman sekarang.
tiada lagi rasa sedih atau terguris diendahkan. guru perlu tabah dengan melihat pelbagai kerenah murid yang luar biasa.

cikgu sekarang perlu bijak memotivasikan murid dengan cara yang kreatif kerana murid kini sudah pandai menjawab.

penggunaan teknologi seharusnya diletakkan pada tahap maksimum. guru harus mengikuti peredaran zaman.

yang paling mencabar adalah kaedah menghukum murid perlu dilakukan dengan betul, bijak dan memberi kesan positif.

bukan mudah menerapkan nilai2 agama dalam pengajaran, kerana sesetengan mereka mula menetang dan menolak. guru seharusnya tidak berputus asa dan terus berusaha.

setiap hari guru perlu berfikir apakah pembaharuan yang ingin dibawa dalam pengajaran untuk hari esok !

guru perlu bekerja keras kerana minda murid kini adalah minda murid kelas pertama...