MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Saturday, January 23, 2010

cara menggilap potensi diri anda



Kita kerap kali menghadap keadaan dimana menemui kegagalan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kadang kala kita berasa kecewa kerana tidak mampu menjadi seperti orang lain yang sentiasa mudah mencapai kejayaan. Sehinggakan kita meletakkan bahwa orang itu telah dikurniakan kelebihan dan keistimewaan yang berganda daripada kita. Mereka cemerlang dari segi intelektual, fizikal, dan rohani dan mempunyai pelbagai kemahiran kelangsungan untuk terus hidup. Masakan tidak kita berasa kecewa melihat golongan seperti itu sedangkan kita turut berusaha gigih sama seperti mereka atau melebihi mereka. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Kadang kala perkara ini terjadi disebabkan oleh halangan yang boleh dilihat mahupun ujian yang perlu kita tempuhi.
Oleh itu, kejayaan itu akan dicapai sekiranya kita mempunyai niat yang betul. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘setiap amalan adalah dengan niat’. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Saiidina Umar al-Khattab), oleh itu niat kita yang asal perlulah betul sama ada kita melakukan ibadah mahupun amalan biasa.
Malahan setiap cita-cita yang ingin dicapai perlulah mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas dan kukuh. Ada cerita tiga orang pekerja binaan. Apabila ditanya apakah wawasan atau matlamat mereka bekerja:
Pekerja pertama : ‘saya nak cari makan.’
Pekerja kedua : ‘saya nak siapkan dinding bangunan ini’
Pekerja ketiga : ‘saya hendak membina sebuah Bandar yang indah dan permai’
Sudah pasti jawapan pekerja ketiga menepati matlamat yang kukuh dan berwawasan walaupun ia merupakan satu imaginasi tetapi perlu kita mempunyai cita-cita yang diluar dugaan agar menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan juga. Tetapi dalam mencapai kejayaan ini bukanlah menghalalkan segala cara sebaliknya kita sebagai islam khususnya perlu berpegang pada prinsip islam yang luhur agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Adakah anda seorang yang berani dan sanggup berkorban dalam mecapai cita-cita? Nilai ini factor kejayaan yang bakal dicapai. Lihat saja tokoh-tokoh islam terdahulu yang sanggup untuk bersusah payah. Di mana Imam alNawawi dalam menuntut ilmu, beliau menghabiskan masa dengan belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.
Nialai seterusnya adalah leinginan dalam menambah ilmu. Sejauh mana anda meningkatkan potensi diri anda dengan melakukan pembacaan ilmiah, atau menambah kemahiran menguasai bahasa ketiga atau keempat.
Focus yang tinggi dalam mencapai matlamat adalah sangat penting. Hal ini bermakna keinginan yang sentiasa tinggi walau menghadapi pelgai cabaran yang tiba. Nah, lihat saja bagaimana Jabir bin Abdullah yang sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis. Metaforanya, kita lihat dari fiziknya, bahwa cahaya matahari yang difokuskan kepada kanta cembung mampu menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga api.
Fikirkan jua sejauh mana daya tahan dalam diri anda. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah dilakukan dengan bijaksana dan tenang. Hindari daripada berputus asa dan perlulah komited dan istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan malahan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t.
Dalam mencapai cita-cita, kita perlulah bersifat warak dimana sentiasa bersedia menempuhi alam akhirat tanpa mengenepikan duniawi. Sifat warak seperti pemurah, penyayang dan sebagainya dapat menyuburkan keimanan, ketenganan, dalam diri kita. Malahan orang sekeliling juga menyayangi dan membantu.
Kesabaran yang tinggi juga dituntut dalam menempuh liku-liku cabaran. Nilai ini menetukan sejauh mana pencapai yang bakal kita gapai. Nah, cuba bayangkan bagaimana Ibn Hajar mengarang kitab Fath al Bari dan Muqaddimah dalam tempoh 32 tahun dan Abu Ubaid mengarang kitab al-Gharib dalam masa 40 tahun!
Contohi orang yang Berjaya! Ini bermakna anda perlu mempunyai mentor atau tokoh yang anda kagumi dan boleh anda contohi terutamanya di dalam bidang yang anda ceburi. Sejarah membuktikan bahwa Ibn Sina sendiri membaca buku al-Farabi sebanayak 40 kali sebelum menghasilkan karya agungnya.
Anda juga perlu tekun dan membina kerjaya di dalam bidang yang anda ceburi.
Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Ini bermaksud anda perlu mengembara dan mengambil pengajaran yang berlaku di segenap pelusuk yang anda temui. Hal ini memberi pengalaman dan memaksa anda berfikir dan berfikiran terbuka. Sebagai contoh, Ibnu Batututa pula mengelilingi dunia selama 30 tahun.
Masa muda anda per dimanfaatkan sebaiknay sehingga ke tahap optimum. Lihat saja Imam al-Ghazali pula menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar pada usia 9 tahun!
Untuk menjadi orang cemerlang anda harus amanah dan jujur dalam semua aspek. Dua peristiwa penting berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab. Ketika beliau bertemu dengan seorang budak pengembala kambing dan berpura-pura untuk membeli seekor kambing tanpa diketahui tuan punya kambing. Budak itu enggan melakukannya, kerana amanahnya.
Tambahan lagi, seseorang itu, akan Berjaya sekiranya mereka bergerak secara berjemaah. Mereka memiliki semangat kekeluargaan dalam organisasi. Dalam mencapai keputusan, mereka melakukan perbincangan yang harmoni dan berkesan.
Orang cemerlang ibarat sebuah empanagan, apabila semua anak-anak sungai dari hulu atau gunung mengalirkan air ke dalamnya, lama kelamaan empangan itu akan penuh. Seterusnya ia akan membantu dalam menjana tenaga elektrik dan sumber air yang teratur dan tenang kepada kawasan sekeliling. Maksudnya, jika kita menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat orang cemerlang , diri anda akan menjadi cemerlang tanpa anda perlu berasa bimbang takut-takut diri anda tidak cemerlang.

No comments:

Post a Comment