MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Sunday, June 23, 2013

Kereta Lelong

semalam pegi ke penang di sebuah tempat lelong kereta.
disana kereta byk murah ada yg serendah rm8000 sj. mungkin kerta yg ditarik balik oleh pihak bank.

paling teruja picanto rm8000
rexton rm20 000
ford fiesta rm 50 000

byk kereta yg belasan rm saja. ada yg masih ok ada boleh2 jelah.
byk lg kereta mercedez, honda, produa, camry yg boleh membeliakkan mata..

apa yg pnting sediakn wang anda dan sedia untuk merebut dgn pesaing lain dlm meletakkan harga...
semoga brjaya...

Friday, June 14, 2013

Jahitan Seluar Slack

salam semua, alhamdulillah kali ini talah tiba bula jun dan hanya tinggal sebulan untuk bulan ramadan menjengah. kali ini rid nak berkongsi pengalaman dalm pembuatan seluar slack. rid tidk dapat menerangkan cara ia rumit dan berperingkat.
kursus yng rid hadiri selama 4 hari. walaupun rid berasa janggal namun akhirnyarid mendpt banyak input baru terutamanya penggunaan mesin.
peringkat 1 adalh mengukur saiz lbuh seluar, kaki seluar, cawat, pinggang, punggung dan paha.
peringkat 2 adalah melkarkannya diatas kerta mahjong dgn lkaran yg tepat. ia merupakan bahagan plg rumit. semuanya bermula disini.
peringkat 3 melakarkan diaa  melakarkan diass kain sebenar. lakaran perlu tepat mggunakan rillcerta kertas tekap.
peringkat 4 adalah membuat lakaran poket.
peringkat 5 adalah ,emulakan jahitan.

Thursday, June 6, 2013

KONVOKESYEN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN 2013

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)





















MENU MASAKAN 9



BISKUT KLUSTER

BAHAN-BAHAN

Badam 500 gm digoreng.
Cornflakes 1 kotak
Coklat brand beryl’s (milk compound) dicairkan.
Serbuk roti secukup rasa.


Cara penyediaan
1.       Badam digoreng sehingga sedikit garing, sebelum itu, badam terlebih dahulu perlu kisar menjadi lebih kecil.
2.       Campurkan badam, cornflakes satu kotak beserta serbuk roti dan gaulkan sehingga rata.
3.       Selepas itu, panaskan coklat dengan menggunakan air. Letakkan coklat didalam sebuah bekas. Dibawahnya terdapat sebuah bekas lain yang mengandungi air yang dipanaskan. Kacau coklat sehingga benar2 cair.
4.       Tuangkan coklat ke dalam bahan tadi. Gaul sehingga rata.
5.       Masukkan ke dalam bekas kecil sebagai acuan.
6.       Masukkan ke dalam peti ais.







Pandangan

Hasil biskut manis, anda boleh mengurangkan kandungan coklat yang digunakan

MENU MASAKAN 8





BISKUT POPIA NESTUM

BAHAN-BAHAN

1 bungkus besar popia
Lidi satey untuk menggulung (pilihan)
Tepung sebagai bahan pelekat ( dicampur sedikit air)
Minyak masak untuk menggoreng
½ cawan gula – kisar halus
1 cawan nestum – kisar halus
½ cawan susu tepung


Cara penyediaan

1.       Gulungkan kulit popia dengan lidi atau tangan. Akhirkan gulungan dengan meletakkan larutan tepung untuk melekatkannya. Selesaikan.
2.       Potongkan gulungan tadi dengan menggunakan gunting secara menyerong 2-3 cm.. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
3.       Gorengkan kulit popia tersebut dengan api yang kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
4.       Setelah popia digoreng, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian taburkan dengan susu, gula dan nestum kisar. Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.

Pandangan
Resepi ini biasa dan selalu orang buat. Rasanya hebat dan sedap. Anda boleh menggoreng kulit popia tersebut sehingga garing betul2 untuk mendapatkan kerangupan yang luar biasa.


















MENU MASAKAN 7



BISKUT FAMOUS AMOS

Bahan-bahan A


1 cawan gula
1 cawan gula perang
1 cawan mentega ( 150 gm)
1 cawan minyak
1 telor
Secubit garam
1 sudu besar segar @ susu tepung
1 sudu the esen vanilla

Bahan B
4 cawan tepung gandum di ayak
2 sudu besar serbuk koko diayak
2 sudu besar tepung jagung diayak
1 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chips

Cara-caranya :
1.       Satukan kesemua bahan-bahan A ke dalam mangkuk besar. Pukul ke semuanya sampai sebati. Gula perang perlu dikisar untuk untuk mempercepatkan gula larut dalam adunan.
2.       Bila telah sebati baru masukkan bahan-bahan B pula ke dalam adunan tadi. Gaulkan menggunakan senduk atau spatula sahaja. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan B itu. Panaskan oven dahulu pada suhu 160 celsius. Masaka 15-20 minit mengikut keadaan.
3.       Sudukan adunan tersebut ke dalam dulang pembakar.
Pandangan

Hasil daripada membuat biskut ini sangat menarik seperti chipsmore. Ia simple but agak manis. Anda boleh mengurangkan jumlah gula mengikut kesukaan anda. Pastikan tidak hangus dengan menggunakan pemanas atas dan bawah. Selamat mencuba.











MENU MASAKAN 6


Cheese Tart

Tart Crust

Bahan-bahan :
170gm                   marjerin
50gm                     gula asing
1 biji                       telur gred C
290gm                   tepung gandum
1 sudu kecil         esen vanilla

Cara-cara
1.       Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2.       Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4.       Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk denga garfu sebelum dibakar.
5.       Bakar  pada suhu 170 C sehingga masak.
6.       Masa dalam 20 minit.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm                   cream cheese
50gm                     gula kastor/gula halus
1 biji       telur
½ sudu the          esen vanilla/esen lemon

Cara-cara
1.       Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.       Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.       Masukkan filling ke dalam tat.
4.       Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. sntuh cream dengan hujung jari. Jika, tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.


·         Hasil daripada rid buat bersama kawan2 di kolej komuniti ini sangat mengagumkan dan sedap. Rasa tidak puas dan nak lagi. Kami juga sempat melukis corak diatas setiap tart dengan menggunakan pelbagai warna mengikut kreativiti masing-masing. Anda boleh mencubanya pasti Berjaya….terima kasih kepada kawan2 yg join skali.. anda menceriakan suasana dengan lawak2 kering.






MENU MASAKAN 5


Snow Cheese Cake

Bahan-bahan

6 biji       telur ayam (buang 2 putihnya)
100gm   gula halus
100gm   tepung hong kong/blue key superfine/ self rising flour
60gm     tepung jagung (maizena)
50ml      air sejuk dari peti ais
1 sk        baking powder
2sb         ovellet
75gm     mentega (dicairkan dgn api)
Esen vanilla


Untuk krim
1 kotak cream cheese Philadelphia/cream cheese
1 cawan susu pekat
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping
½ kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

1.       Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.       Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhirnya masukkan mentega cair. Putar sehingga kembang.
3.       Sediakan acuan dengan kertas minyak atau telah disapu dengan sedikit butter.
4.       Bakarkan dengan api atas dan bawah dengan suhu 150o selama 45-1jam
5.       Apabila te;lah masak, biarkan sejuk. potongkan kek kepada dua bahagian atas dan bawah.
6.       Sapukan krim cheese diatas separuh kek tadi, kemudian letakkan semula separuh kek ke atsnya.
7.       Sapukan kesemua krim di seluruh bahagian kek agar ia ditutupi.
8.       Taburkan cheese kraf yang telah diparut pada keseluruhan bahagian kek tersebut sebagai toppingnya.
9.       Masukkan dalam peti ais diantara 30 minit hingga 1jam sahaja.
·         Semasa kek dibakar, sediaan krim turut boleh disimpan dalam peti sejuk.










MENU MASAKAN 4


Rojak Tepung
Bahan-bahan Kuah
10-15 tangkai cili kering
40g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60g biskut tawar, kisar halus @ biskut cream
3 camca besar gula melaka
6-7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * (*dikisar halus)

Bahan-bahan tepung (cucur)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar yis segera
3 camca the gula halus
½ camca the garam
½ camca the serbuk kunyit @ pewarna kuning
Air secukupnya

Bahan-bahan lain
Timun dihiris
Sengkuang dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng danbelah
Tempe goreg dan potong
Kentng rebus empuk, goreng dan belah
Salad dikerat2
Ayam goreng
Mee kuning dicelur
Kangkung dicelur
Taugeh dicelur

Cara membuat
1.       Untuk cucur
Satukan semua bahan cucur kecuali air, kacau rata. Tuang sedikit2 air agar tidak terlalu pekat. Seperti bancuhan sekodok. Perap 1 jam. Goreng sehingga masak.

2.       Kuah
Cili kering dicuci bersih dan ditoskan. Goreng hingga harum. Kisar lada tadi dgn bahan2 bertanda* hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga harum. Masukkan air dan biarkan mendidih. Tambahkan kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka. Kacaukan rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambahkan sedikit lagu gula pasir, masak sehingga pekat.

MENU MASAKAN 3



Roti Sosej- asas pembuatan roti
Bahan-bahan
500 gm                  tepung gandum
1 sudu kecil         bread improver
1 sudu kecil         bread softener
20gm                     susu tepung
75gm                     gula kastor
3 sudu teh           yis
1 sudu the           garam
1 biji telur            dipukul
150 ml                   air – ikut keadaaan doh
60 gm                    mentega
2 bekas                 sosej
Sos cili
Sos tiram
Sayur campur
Bijan
mayonis
Potassium sobate            500gm tepung = 1 gram potassium sobate sebagai bahan tahan lama kepada roti.

Cara-cara
1.       Masukkan tepung gandum, berad improver, bread softener, susu tepung , gula kastor, yis, garam setelah ditimbang ke dalam satu bekas. Gaulkan rata. Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.
2.       Masukkan mentega, uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi kenyal. Biarkan selaa 30-40 minit. Setelah itu doh ditutup.
3.       Setelah sesuai dan kembang doh, corakkan doh menjadi bentuk roti kesukaan anda. Masukkan sosej ke dalamnya.
4.       Bakarkan doh yang telah siap dihias dengan sos cili, sos tiram, bijan, sayur campur serta mayonis ke dalam oven. Biar selama 15-20 minit dengan suhu 170 0C.














MENU MASAKAN 2


Potato and Crab Meat Au Gratin
Bahan-bahan
100 gm                  kentang (lenyek)- dipotong dan direbus terlebih dahulu sehingga lembut.
1 biji                       bawang besar
70 gm                    sos keju (prego)
50 gm                    jejari ketam (dipotong kecil)
20 gm                    cendawan butang (dipotong)
10 gm                    keju parmesan
                                Sedikit minyak

 

Daun bay                             penambah rasa
Kiub ayam                          



Cara memasak
1.       Masukkan mentega sebagai minyak dan tumiskan bawang besar sehingga kekuningan.
2.       Kemudian masukkan jejari ketam dan cendawan.
3.       Masukkan sos keju dan perasakan dengan menambahkan baun bay dan kiub ayam.
4.       Campurkan ketang yang telah dilenyek sehingga sebati.
5.       Angkat dan letakkan di dalam bekas kaca dan ratakan. Kemudian taburkan keju diatas permukaannya dengan elok.
6.       Masukkan ke dalam bekas pembakar.
7.       Bakar pada suhu 180 0C selama 10-20 minit.






















MENU MASAKAN 1


HERB ROASTED CHICKEN & ROSEMARY SAUCE
Bahan-bahan
1 biji       bawang besar
3 ulas     bawang putih
2 s/b      dried thyme
2 s/b      dried rosemary
                Parsley – (cincang)
                Jus lemon
                Garam & pepper
                Olive oil
                Mustard
                Chicken stock
Utk          caijun
Tambah   black pepper
Rasa        Paprika
xwajib   Origano
               










Cara masakan
1.       Campurkan kesemua bahan yang telah disediakan.
2.       Sediakan ayam yang telah dibasuh dan letakkan di atas dulang pemanas.
3.       Lumurkan campuran yang telah disediakan ke atas ayam tersebut, urut isi ayam supaya marinated terserap ke dalam. Perapkan sebentar.
4.       Sediakan oven pada suhu 350 0C. masukkan ayam dan biarkan selama 20 minit. Pada 10 minit pertama perhatikan permukaan ayam. Sekiranya terdapat sedikit warna brown kekuningan, terbalikkan ke permukaan satu lagi agar ia masak dengan sekata.
5.       Sementara menunggu ayam dibakar, sediakan sosnya pula












Bahan Sos
Demi glace          (dibancuh dengan air- 1 liter air = 100g demi glace)
Bawang besar
Bawang putih
Dried rodemary
Salt
Pepper


Tepung                 jika perlu utk pekat dan tambah rasa
Daun bay

Cara memasak
1.       Tumis bawang putih beserta bawang merah dengan menggunakan mentega. Masukkan dried thyme.
2.       Masukkan demi glace yang dibancuh sehingga ia mendidih dan biarkan.
3.       Letakkan pepper dan salt mengikut citarasa anda.
4.       Letakkan tepung dan daun bay sekiranya perlu @ creamy.