MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, May 18, 2012

KESEDERHANAAN BERTEMPAT..

sejak akhir2 ini pelbagai perkara yang telah berlaku.. pertama rasa macam terlalu kesian mengikuti sorotan semasa negara. mendukacitakan..
semua kerana politik dan semua cerita terbongkar sama ada betul atau tidak memang sungguh fitnah telah tersebar akhir zaman dengan banyak...
aku ambil tau tapi malas nak masuk dalam hati.. perkara ini macam budak2 bermula dengan akan berpilihan raya, tuduhan seks, LGBT, bersih dan macam2 lagi...
kita telah menjadi sebuah bangsa yang suka dengan perkara sedemikian.. berdemonstrasi, memburukkan, memalukan, menghina, menuduh, dan merebut kuasa dan menggenggam kuasa... memang akan hancur suatu hari...
media bnyak main peranan, kita mudah terpengaruh.. terlalu banyak ideologi dan semua merasa mereka adalah yang benar...
biar besederhana, fikirkan agama dan bangsa kita... adakah dengan melakukan keadaan itu akan menjadikan sesutu yang lebih sempurna?
adakah dengan mempertahankan isu itu... dapat mempertahankan kuasa?
sangat sedih memang tiada kematangan... apapun keadilan perlu ditegakkan but agak merunsing apabila terdapat golongan yang ingin menegakkan nilai tersebut pun tidak mengamalkan nilai yang sewajarnya...
pada aku tunjukkan lah sikap yang mulia wahai umat islam ....

duduk berfikir demi kepentingan bersama... musuh sudah lama mengintai kita masih leka... umat kita rapuh seperti buih2 dilautan menunggu untuk pecah dek pusaran air sekeliling.... kukuhkan ikatan.. sangat rugi kita berada dalam keadaan ini.....

kita seakan sengaja menghimpit diri ke arah kehancuran... demi dunia...
wahai bagsa ku masih banyak perkara penting dan utama yang perlu diselesaikan... isu moral, akhlak, ekonomi yang perlu difikirkan....

sungguh kita sedang terkulai hanya menanti angin bertiup.... siramlah dengan air segera agar ia tidak terus kecundang...

buka mata buka minda wahai insan terpelajar... fikir2 dan jangan henti untuk menerima teguran... kerana disitu terdapat seribut hikmat...

zikir selalu agar hati sentiasa tenang, mudahkan diri jangan terlalu taksub dengan ideologi dan politik kita boleh binasa... negara ini negara kita yang tercinta but please berfikirlah secara waras.... jangan merasakan diri sendiri sahaja yang betul....

setiap manusia punyai kesalahannya...

cuma pesananku... fikir dan zikir. biar besederhana dan jaga akhlakmu... tiada guna ilmu melangit akhlak terkulai menyembah bumi.