MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Tuesday, August 30, 2011

HARI RAYA AIDILFITRI- mengapa disambut?


PERAYAAN TRADISI

i)NAMA PERAYAAN/NAMA LAIN

Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagiHari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau HariLebaran. Ia jugadinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), ShemaiEid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).

ii)PIHAK/ETNIK/KAUM YANG TERLIBAT

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaanini ialah seluruh Umat Islam di seluruhdunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayuyang beragama Islam.

iv)TUJUAN PERAYAAN

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapatmengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itubukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan danminum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaanmenghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di manasekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

LATAR BELAKANG

i)SEJARAH/ASAL USUL PERAYAAN

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Bagindamendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. ApabilaRasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawabbahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turuntemurun

daripada

datuk

nenek

mereka.Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikandua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Rayakorban

atau

Aidiladha

dan

Hari

Raya

Fitrah

atau

Aidilfitri.Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan ituadalah satu ibadat.Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapatmengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sajamenang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada sianghari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkaradilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allahmenganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripadakemenangan itu.Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusiabalik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadianmanusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

ii)UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari rayaitu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hariraya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan

solat sunat, bertasbih, bertakbirdan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.Dalam

sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik

dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan

mati, iaitu hari kiamat.”Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-

siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkanukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.Perludiingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampaubatas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnyamelakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-matauntuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.Pada zamanRasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, katasahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana

saya tidak ada baju baru."Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain,

agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna

Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajarandaripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik denganmempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan denganbersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.Konsep hari raya selalunyadikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secaraberlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun danbunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakatkita hidup dalam kemewahan.Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepadasaudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.Satulagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata denganharapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan danprasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.Menyentuh soal wang ini, satukewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialahzakat

fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang

tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkansyariat.Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihatbeberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangandan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama

iii)INDIVIDU YANG MENGETUAI UPACARA KHUSUS

Individu yang akan mengetuai upacara solat raya ialah imam.Di rumah,individu yang

akan mengetuai upacara ialah tuan rumah atau orang yang lebih tua.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI- BAHAGIAN SATU


salam semua, kali ni rid nak berkongsi dengan semua perasaan beraya kali ni. sebelum ni rid berpraktikum 2 di sekolah SS1, tak dapat dinafikan memang selalu teringatkan keluarga di kampung rasa tak sabar nak beraya bila dengar cikgu-cikgu kat sana bercerita tentang baju raya, kuih raya, duit raya..oops ada juga ek?

walaupun perasaan sebegitu, rid sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk beraya lagi kali ni. Allah panjangkan umur kita semua. bila masa-masa begini rasa nak makan lemang dan rendang dah terliur sangat.

baju raya tak beli lagi!!!! argh..... tertekan tau bila fikir baju raya tak beli seminggu sebelum raya. akhirnya decide beli di Perak je. harga tak mahal beli yang sederhana je dalam RM 59.90. itupun dah cari yang cantik kat taiping, tapi tak jumpa... jadi ronda-ronda di Kuala Kangsar.
akhir terjumpa lah satu di kedai Hari2...

wah, cantik gak baju ni warna merah... beserta sulaman ringkas bahagian leher dan tangan. pada mulanya nak beli baju kurta... ish2... tak sedar diri ni melayu..silap2 kena marah dengan mak..hahaha.. amik ko.

rasa puas dapat beli baju raya. esoknya aku g bazar taiping beli songkok bukit, mahal sikitlah berbanding songkok biasa. RM 25 sekali dengan corak keliling songkok.

selain tu g the store untuk beli seluar kasual... pilih yang ada potongan je jenama DP... huhu puas baju tak perlu beli coz kakak dan tolong belikan jenama Crocodile... hoi tengok harga over rm 100. betoi ke ni.... sejuk rase pakai... dapat kain pelikat lagi huhu... syukur2 rezeki melimpah2..


raya kali ni oklah. khutbah kali ni banyak bercerita tentang puak2 kristian yang semakin mengganas di Malaysia dengan menyebarkan dakyah diorang serta berkenaan dengan isu murtad yang tak sudah2....

masayarakat kita sebenarnya semakin kurang sensitif untuk menjaga agama kita. kadang-kala rasa risau juga dengan fenomena sebegini.

masa sembahyang di masjid dapatlah berjumpa dengan kawan2 bertanya khabar dan melawat pusara. hepi rasanye.. kawan lamakan....huhu

tapi ramai juga kawan2 yang balik kampung, so aku tak boleh nak ronda2 hari ni.

pagi ni juga saudara berkunjung dari kl... seronok lama tak jumpa rasa kasih sayang tu mekar semula.,,

petang tu kami sekeluarga melawat saudara dan rakan ayah pula... memang lemang sentiasa dalam mulut...macam2 jenis rendang jumpa... perut memang membuncit semulalah...hua222

petang tu juga saudara datang dari ipoh sekali dengan anak2 saudara.. hepi dapat mereka semua..hari raya kali rasa sungguh beerti dan ceria...

Sunday, August 28, 2011

DISKUSI DIRIKU 1- pertuturan korang..





salam semua, sekarang ni rid nak berkongsi dengan korang semua satu nilai yang orang kata dah lama terhakis iaitu menjaga pertuturan.

pernah tak korang bercakap kasar dengan orang lain? korang tahu apa itu bercakap kasar? apa definisinya bagi korang?

pada pendapat rid, bercakap kasar atau tidak menjaga pertuturan ni adalah satu luahan perasaan seseorang terhadap orang lain dengan cara tidak baik atau menyakitkan hati orang itu atau percakapannya dipandang dengkel oleh masayarakat....

kamu semua terasa tak sekiranya kawan-kawan bercakap kasar seperti :
wei! hang ni lembaplah!, hang ni bodohlah sudahlah bengap!, ko ingat ko bagus sangat ke?

bercakap kasar juga boleh dilakukan dengan cara tidak langsung seperti dalam penulisan dalam wall2 atau sebagainya... semua ini dilakukan untuk menyampaikan rasa tidak puas hati.

namun, kenapa kita tidak boleh positifkan setiap kata2 yang dikeluarkan?

sukarkah berbuat begitu?
kita seakan-akan hilang nilai untuk bersikap secara baik...

perlu kita sedari hati manusia itu berbeza , tidak sama. cara mereka menterjemahkan setiap ucapan juga sangat berbeza.

mungkin bagi mereka ia biasa2 saja, mungkin bagi yang lain satu bebanan yang cukup berat.

apapun rid nak nasihat kat sini dalam kita berkomunikasi dengan orang lain cubalah berkomunikasi dengan positif tidak kira siapa mereka. cuba hormati setiap pendapat mereka dan kalau boleh serba sedikit ikut rentak cara mereka berkomunikasi....

kalau kita mempunyai masalah dengan seseorang sebenarnya bertindak secara terbuka dan berterus terang secara berhikmah dengan pihak tersebut.
kita tidak mahu menjadi minyak yang membangkitkan lagi kemarahan...

kadang-kala diam itu cara terbaik, tapi ia praktikal sekiranya dilakukan pada peringkat permulaan, selepas 2hari pergaduhan lebih baik terangkan permasalahannya... jangan tunggu sehingga sebulan... kerana pada ketika itu syaitan lebih gemar menyebabkan kita berprasangka buruk...

rid juga menasihatkan diri rid dan semua pembaca agar sentiasa menjaga hati tidak berprasangka buruk, cuba berkomunikasi dan berbaik dengan rakan2. cari penyelesaian dengan meyedarkan pihak satu lagi, berdoa dan paling penting perlu difahami setiap manusia mempunyai kelemahan masingmasing.... kalau nak hina orang lain, fikir-fikirkan kelemahan sendiri dan berapa orang yang memihak kepada kamu, luahkan perasaan pada orang dipercayai, jangan bawa2 cerita kerna ia jadi mengumpat berdosa... silap2 makan daging saudara sendiri....

ok semua, semua permasalahan ini pernah rid hadapi malah sedang dan mungkin akan menghadapinya lagi... oleh itu kesabaran dalam diri sangat2 rid perlu jaga. wasalam.

Saturday, August 27, 2011

LALAT DALAM TEH TARIK, kena makan ke?






pernah anda mendengar lalat yang berada dalam air minuman kita, uweks rasa macam nak buang je kan...

tapi nabi kita pernah gtau, kalau ada lalat dalam minuman, maka celupkan terus lalat tersebut dalam air... rasanya kita buat tak? lu pikirlah sendiri..

mula-mula memang rase macam genyi je tapi bile dibuat pembacaan berganda, aku terus berjumpa dengan informasi yang menarik

1) sebelah sayap lalat membawa penyakit
2) sebelah satu lagi sayap membawa penawar
3) apabila lalat dalam bentuk lava ia sangat produktif merembaeskan protein yang mampu membunuh bakteria dan kuman


semua info kat atas ni penemuan sains tau, ish3, memang hebat pengetahuan nabi melampaui zaman.. jadi yakinilah apa saja yang baginda sampaikan kepada kita semua..

kerana itu, celupkan saja lalat itu kesemuanya kerana ia mengandungi penawarnya...

tak percaya? saintis barat memang dh buat ujikaji terhadap pembiakan kultur dengan pengaruh lalat ini.. nah memang terbukti apabila celup keseluruhan lalat, bakteria dalam kultur tak dapat hidup.... ush4... kecian mereka...

lendir yang dihasilkan oleh larva ni dapat membunuh kuman seperti staphylococcus aureus, clostridium welchii...

lalat ni sebenarnya mempunyai bakteriofaj- dimana berperanan membunuh patogen berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit..

Friday, August 26, 2011








PERNAH TAK KORANG DENGAR ISU TENTANG PENGGUNAAN EMAS UNTUK KECANTIKAN??

PERNAH TAK ANDA TERFIKIR, MENYELIMUTI MUKA DENGAN EMAS-EMAS BERSAIZ HALUS?

isu ni baru aku dengar, hal ini menjadi terkenal pabila teknologi nano mula berkembang pada negara Jepun.. semua nak buat nano..huhu

yang kita tahu emas ni sejenis logam yang tidak bertindak balas, maksudnya die jenis yang baik dan pasiflah...

so, kalau dalam islam orang pompuan je bleh guna emas ini, namun lelaki diharamkan but ade gak yang gatal2 badan nak guna dan pakai gak..degil sungguh



yelah memang ada pada zaman nabi dlu orang laki guna emas tapi ia hanya digunakan pada keadaan terdesak dan untuk perubatan sahaja...

cuma kali ini demi memperolehi kecantikan yang ulung, teknologi nano diaplikasikan pada emas ni sehingga menjadi sangat kecil dan boleh menyerap kedalam kulit dengan mudah.

caranya

dengan menempekkan salutan emas ke atas muka, lepas tu atom2 die akan menyerap masuk kedalam muka secara perlahan..

kesannya kulit menegang dan melambatkan penuaan, muka nampak bersihlah..
dia seakan mirip susuk..kalu susuk memasukkan jaruk logam emas ke dalam muka dan guna ilmu sihir...

papepun tak pasti kaedah moden ini diterima halal atau haram... jadi pakar saintifik dan agamawan harus berbincang agar kita semua tidak terjebak dengan benda2 macam ni..

Monday, August 22, 2011

persembahan yang boleh tahanlah terutamanya tarian... huhu. rase nak menari plak

percaya x robot ini memang wujud?

Saturday, August 13, 2011

PERUBAHAN

syalala dibuatnya, rasa nak menjerit je. saat kerja kursus datang ni banyak benda kena pk. yang paling tak bes bile ade je pertukaran tugasan tu.. he'ele agak menyusahkan. tapi nak watcam mane dh gitu cite nyer kena ikut je lah. apapun tima kasih kepada kengkawan yang sangat memahami..

Friday, August 12, 2011

MURID SK BUKIT BESAR
JETI LUMUT

TAMAN TASIK TAIPING


ARTIS YANG DIPILIH

LAKONAN ALI BABA,
BERSAMA ULAR DI BUKIT MERAH

PENGALAMAN MELAWAT PEMPROSESAN TEH BOH...
PENGALAMAN DI CAMERON HIGHLAND-
BATU FERINGGI- PENGALAMAN DIPUKUL OMBAK- BEST!

PENGALAMAN MELAWAT TAMAN BUNGA PULAU PINANG,
SUNGGUH MENYERONOKKAN DAPAT BERSAMA KELUARGA DAN ANAK-ANAK SAUDARA TERCINTA


PENGALAMAN MELAWAT TAMAN BUNGA PULAU PINANG
bukan mudah untuk berdepan dengan satu perasaan unik dalam diri. saat itu juga kekecewaan lain melanda. namun aku masih tahu bersyukur, walau apapun terjadi atas diriku semuanya ada hikmah..
salam semua.. hari ini kesedihan melanda apabila laptop diformat nah semua penulisan aq hilang begitu saja...