MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, January 25, 2010

barisan kepimpinan

Suka saya menceritakan isu ini yang dilihat begitu hangat ketika slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang seharusnya memegang jawatan tersebut. Adakah anda memilih berdasarkan prestasi wakil tersebut atau sekadar melihat parti apa yang mereka bernaung. Oleh sebab terlalu taksub memilih parti lebih dari segala kepentingan lain, timbullah berbagai keadaan dimana wakil tersebut tidak mampu melakukan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat yang menjadi sengsara. Malahan isu-isu seperti rasuah dan sogok ataupun menjaga kaum kerabat berlaku secara berleluasa. Wakil yang dipilih pula berusaha memenangi hati pihak atasan agar sentiasa layak menduduki kerusi yang dipegang dengan melaburkan sejumlah wang yang besar bagi mendapat undi yang banyak. Sayidina Umar pernah bertanya kepada sahabatnya:’jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?’ sahabat-sahabatnya menjawab: ‘sudah tentu, wahai Amirul Mukminin…’ sebaliknya umar menjawab : ‘belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!’
Bagaimana dengan barisan kepimpinan di Malaysia??? Adakah berlaku seperti dialog seperti di atas, baru-baru ini ada diperkenalkan KPI(kalau tak silap) dlam menilai prestasi setiap menteri. Satu usaha yang agak baik tetapi kita akan melihat kepada ketelusan pencapaiannya. Pertama, perlu ditekankan bahawa pemimpin yang dipilih perlulah brfikir dia perlu memberi bukan sekadar menerima. Dimana bermaksud sanggup mengorbankan wang, tenaga, ilmu, masa, dan lain dlam membangunkan bangsanya. Sebenarnya dia menerima tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Bukannya goyang kaki menerima duit sekadar mungkin. Kalau kita lihat situasi semasa pernah dilontarkan oleh seorang tokoh yang popular dengan pemikiran kritisnya bahwa puteri umno perlu dimansuhkan adakah ada kewajarannya??? Mungkin, apakah fungsi mereka..?? mereka menjalankan tanggungjawab dis etiap daerah/cawangan.,? atau sekadar menyusun tarikh untuk melakukan lawatan perlancongan bulanan/tahunan seperti yang saya dengar. Tidak perlu berfikir terlalu negative, sebaliknya saya menyeru kepada semua agar berani mempertahankan hak, kalau berani berdepan dan menyoal apa fungsi dan sumbangan mereka agar mereka sentiasa peka dengan tugas mereka. Saya tidak menjurus kepada golongan ini sahaja tetapi mungkin ada pertubuhan lain yang serupa.
Persoalannya mengapa kebejatan remaja kita pada hari ini semakin-hari semakin merunsing, sekiranya golongan terpilih ini menjalankan tanggungjawab yang diberi insyaallah masalah ini dapat dikendurkan. Kepada mereka yang terpilih, jangan sekadar mengharap pendapatan bulanan ataupun kereta besar tapi ingatlah tanggungjawab mereka yang bakal disoal di akhirat kelak. Pejuangkanlah nasib agama atau bangsa dengan sebenarnya.
Kita sebagai golongan biasa juga perlulah bertindak dan jangan alpa tentang nasib bangsa kita walupun apa jua status yang dipegang sama ada pelajar, guru, doctor, penoreh getah, pekerja kilang, pembantu pengurusan, menteri dan sebagainya.
Terima kasih kerana membaca. Sebarkan artikel ini. Semoga mendapat keberkatan dalam berdakwah.

No comments:

Post a Comment