MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, April 29, 2016

Awaken..

jun 2014 adalah pos rid yang terakhir. telah lama rid tidak bergema disini. kini rid kembali... terlalu banyak momen2 yang berlalu sejak dlu dan terlepas untuk dikongsikan bersama...

doakan agar rid akan terus berdiskusi dan bercerita dengan anda...tq.

Anugerah Kematangan..

mudahkah untuk menjadi seorang manusia. manusia ialah hamba Allah yang paling baik ciptaannya. Dia yang maha mengetahui setiap apa yang kita fikirkan dan buat. kerap kali kita culas sama ada secara sengaja atau tidak, namun ingatlah Allah maha pengampun. pengampunannya mengatasai kemurkaannya. sabarlah dalam menempuh hidup ini yang kadang kala tidak adil pada pandangan kita namun baik bagi ciptaanNya..

orang kerap mengata kita sekiranya kita tidak sehaluan dengan mereka. dan, kita juga kerap menghina mereka pabila tiada serasi. di manakah titik pertemuannya? bukan mudah tapi sukar.

orng sibuk menilai tanpa tahu asal usul kejadian, orang asyik membanding kerna suka kesempurnaan, orang asyik mengeji kerna tiada bahagia dihati, orang asyik memulau keran tidak cuba serasi, orang asyik berpendirian sendiri kerna diri sendiri yang terbaik..

adakah ia istidraj? kesempurnaan yang engkau miliki engkau nafikan haknya...

matanglah wahai diriku.. dunia tidak selamnya indah.. ayunlah langkahmu ke arah kesejahteraan. bina dan yakinlah akan dirimu dan ciptaanya...