MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, October 17, 2013

PEMBUKA RASA

bersendirian di bilik hotel ini menyegarkan aku untuk menulis disini, hati aq tenang sekarang. kursus yang menyeronokkan. dapat bertemu dengan Sarahana, IPG sama ketika dulu. bertemu ramai kawan2 baru. best. sempat kami mereka cipta sejenis makanan dalam kerja berkumpulan tadi, dinamakan karipap lapis or layer curry puff.
ia berbentuk piramid, berintikan kelima2 jenis makanan yang diperlukan oleh badan. seperti kentang, telur, daging, pisang, mustard, mayonis, kacang panjang dan tepung. kami puas menghasilkan produk sendiri. nama itu daripada idea aq sendiri terbit dari benak fikiran xsemena2 nak buat bentuk piramid.
dibungkuskan dalam bekas plastik dan dibawah kerjasama rakan2 dari sk segaham, sk uma masop-firdaus, sk telawan hafiz, sk airport-saya, sk punanba-rafi. gempak idea itu, dan melelehkan air liur kami semua.

minggu ni lari dari kesibukan sekolah berkursus selama 3 hari. lega dan suka. mmmm... aq telah tinggal penari sekolah selama seminggu semenjak bercuti di sibu hari itu. nanti aq ceritakan bagaimana di sibu, semua tunggu tau, kalau xnak dengarpun xpe kerna ini merupakan diari online aq untuk tatapan semua. bagi aq ini one of the way untuk kita berkongsi cerita bersama....

bertolak ke sibu dari belaga pada mulanya amat menggembirakan, tak terbayang keseronokan dapat menaiki bot ekspress burung mas. namun perjalanan yang terlalu panjang sehingga lebih 8 jam menyebabkan aku hilang punca diatas bot itu.
bot pada mulanya bertolak dan singgah sementara di kapit. sejurus itu meneruskan perjalanan ke sibu.

tiba disibu aq bersama rakan2 aq melabuhkan badan di sebuah hotel plaza inn. rm70 bayaran untuk semalam. ok. lewat petang itu kami sempat ronda dan makan di sebuah restoran muslim yang menghidangkan hidangan lazat. nasi thailand unik.malam itu, aq bertemu dengan rakan2 ipgkdri yang telah lama ditinggalkan. berkumpul dan makan besar bersama2 di kampung melayu.

meriah dan sempat melawat ke sebuah rumah kawan pijah. dapat juga bertemu kawan baru farid. kiranya selepas ini kalau aq ingin ke sibu, call saje si farid ini.
pada hari kedua di sana, awal pagi dalam 8.30 kami mula menapak di sekitar kwasan bandar sibu, menulusuri bank dan kawasan sekitar. wisma sanya turut kami lawati untuk membli pakaian dan cerderahati untuk murid.
sempat jugak bersama2 kawan2 lain melawati medan mall, melakukan aktiviti 5D bersama, bowling dan makan besar di pizza hut. kenyangnya tidak terkira, dapat merasakan hampir semua hidangan di sana. lega dan kami berkongsi untuk membayar bersama2.

malam itu pula kami beramai2 menonton wayang bertajuk escape, seronok dan puas. malam terasa singkat, kami terpaksa berpisah dan entah bila akan bertemu kembali.
pulang ke hotel, aku mengemas pakaian kerna awal pagi perlu berangkat pulang.

tidur lena, kawanku hafiz sempat mengejutkan aku sewal jam 4.30 pagi untuk bersiap pulang. bergerak ke jeti dengan menggnakan khidmat teksi. aq turut bersama puan ellis dari sekolah yg sama menaiki bot ekspress. dan perjalanan bermula.