MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

PASSION

my passion is singging, ia semacam telah mekar dalam diri ini. walaupun tahu suara tidak seberapa, tapi aku suka bermain dengan suara.
suara merupakan suara hati yang menggambarkan jiwa. suara yang keluar juga melambangkan emosi semasa. sekarang masih belajar berkaitan suara melalui internet, menyeronokkan dan banyak pengetahuan baru yang aku dapat. walaupun tidak mudah untuk dilakukan secara praktikal kerana memerlukan banyak latihan dan cuba jaya. kini aku tahu range suara aku dimana. panjang nafas dengan sebutan 'ssss' aku mencapai 50 saat.
banyak yang perlu aku terokai, style dalam nyanyian dan melisma perlu diperbaiki.
cita-citaku untuk menyanyi bersama dengan live orchestra harap tercapai. masih meniti hari dan menunggu.
sebelum itu aku perlu pastikan suara dan ilmu vokal berada pada tahap yang baik.
benarlah kata orang minat tidak dapat dihalang serlahkan ia selagi anda mampu menyerlahkannya dengan bijaksana.

Tuesday, September 10, 2013

tenang

aku malas keluar ke pekan terdekat belaga, walaupun kawan aku dbelaga sentiasa menanti kedatanagan. aku simple dan mudah. sometimes aku tidak faham siapa diri aq. mungkin kearah lebih intrapersonal yang lebih suka menyendiri but not critical. orang baik dengan aku, aku baik dengan mereka. simple. tiada kata kesat dan jarang berlaku. mudah. senyum sokmo.
menjadi guru sebahgiannya adalah diriku. namun aku pernah bercita2 berkerjaya yang lebih besar tanpa perlu bertemu dengan orag yang terlalu ramai. sesuatu yang berprestij dan bergaji besar. aku minat berniaga. namun, bilalah cita2 itu boleh tercapai.
blog aku ini adalah coretan hati yang terpendam, salah satu medium untuk berdiskusi dengan diri anda semua.
guru jangan anda pandang remeh, tugas mereka berat mendidik anak bangsa.
kembali isu isteri, memang lama telah aku berdoa dipertemukan isteri yang baik, masih menunggu dengan sabar siapa calonnya. aku yakin ketentuannya. bila, masih rahsiaNya.
aku ingin menjadi diri sendiri tidak mahu meniru orang lain, apa yang aku minat aku buat.. sudah tiba masanya menjadi lebih matang.
semua orang ada seribu macam masalah, hadapilah dengan tabah, sabar dan berusahalah menjadi lebih baik.

Permata sekolah baru

berada jauh di perantauan memang menggamit seribu kenangan bersama keluarga. di sini, pada pandangan aku yang kritikal penduduknya ada yang ramah dan ada yang menjauhkan diri. mula berada disini masih mencari kesesuaian diri, aku banyak belajar dari pengalaman lalu dalam mendekati orang. aku tidak mahu difitnah, tidak mahu ditikam dari belakang dan diejek dengan sesuka hati. aku tidak banyak berbicara. banyak kisah peribadi yang tidak boleh kucoretkan disini, biarlah menjadi rahsia di Sisi Allah.
mengenali murid disini memang luar biasa, terkejut dengan disiplin mereka. kuat bercakap, bising dan agak tidak menghormati ditambah degil yang tidak berkesudahan. mula2 aq mencuba pelbagai pendekatan, garang dan lembut. penat. setiap hari masuk kelas yang sama. bosan.
aku tidak mampu hipokrit lama untuk menjadi garang, akhirnya aku menjadi diri sendiri yang lebih sifatnya penyanyang. namun ada kesannya. aku ada melatih budak menari, semua perempuan, agak janggal. kesannya juga negatif dalam kalangan murid. pelik, apa lelaki tidak boleh menari.
keadaan terkawal. namun aku tidak suka murid yang melihat pelik.
bertemu dengan kakak yang berada disini, mereka agak 'open' dari segi fikiran. urban sungguh dengan hal2 xx tu. janggal. malas masuk campur, aku diam..mereka bosan, padan muka. adab islam masih berakar dalam diriku.
ingin mesra dengan si anak kecil, mereka seakan tidak suka, bosanlah... kenapa risau aku apa2kan anak mereka.. come onlah... aku guru yang tahu batas2.. takkan nak buat perkara tidak baik kepada kanak2 4tahun. aku hormati mereka, lebih berdiam.
dalam seminggu 3 kali kelas tambahan dengan duration 1jam. ditambah KK pada hari rabu 2jam serta latihan sukan mingguan setiap hari selasa.
sometimes, aq rasa happy disini but sometimes tertanya2 dalam fikiran apabila mencari kawan yang memiliki minat yang sama dalam berkebun dan muzik. sunyi jugak.
aku pasrah saja, berfikiran positif adalah perlu. persoalan yang berlegar difikiran aku 'perkara yang aku tidak minati adakah wajar aku lakukan demi mengikut sekelompok masyarakat?'
aku bertekad diatas kesederhanaan. semua, tolonglah hormati minat setiap orang, jangan memandang pelik sekiranya minat dan hobi kita berbeza. open your mind please!!!

masih mencari erti hidup. isteri? oh, memang banyak berfikir tentang itu. bila? mungkin umur 26 tahun. siapa mahukan aku? aku kurang yakin. isteri yang aku inginkan seorang yang menerima diri ini seadanya, boleh menghormati dan dengar kata serta baik akhlak dan rupa parasnya.. aku masih menunggu. kalau kawan2 ada terjumpa calon yg sesuai utk aku bolehlah beri fbnyer. aku rasa time untuk serius memikirkan masa depan. langkah pertama perlu aku atur...