MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Saturday, June 28, 2014

TELUK BATIK PERAK















BALIK CUTI HARITU sempat bersama2 keluarga berjalan ke teluk batik, perak. dari pagi hingga petang. sudah lama tiak erkunjung ke sana. cantik tempatnya. waktu itu ramai orang berkunjung ke sana. tak dapat lupa jugak teringin nak naik banana boat... tapi tak bawa baju mandi. malu jugak sebeb dah beso.... so just lepaking kat tepi sana sambil bergambo... sempat gak pergi ke SWC yang baru dibuka... mcm kat Nilai... banyak brg2 seperti kain especially untuk rumah korang... baru sangat.. byk kedak xbuka lagi.. papepun yg pasti dh sampai.. lepas nih kalu aku nak kahwin, dh taulah pot barangan hantaran byk kat sini dan murah2.....

KOREA SELATAN AKU DATANG







dengan rasa rendah diri rid mahu berkongsikan pengalaman berada di korea selama seminggu di sana. masih rid tidak dapat lupakan pengalaman ini. dulu rid rasa mustahil untuk sampai ke sana.

harini, rid telah berjaya menjejakkan kaki ke luar negara. semua ini berkat rid bekerja di pedalaman. semua itu ada hikmahnya. memori iniakan tetap mekar dalam ingatan rid. kelompok kami bergerak ke korea seramai 20 ornag. semua kawan2 rid dari pelbagai maktab. kepada geng kecil rid yang dipanggil geng monopod, amin, ustazah amira dan rid sendiri, you are the best. mari kita lihat gambar2 pengalaman rid berada di sana........













Perjalanan secara backpackers ini begitu teruja buat kami. Kami bersama2 mencari arah tuju ke tempat2 yang ingin kami pergi.
Perjalanan menaiki keretapi lajunya untuk menuju ke seoul amat mengujakan. Berkelajuan hamper 300km/j, terasa begitu laju menerobos laluan berliku, terowong serta kawasan perkampungan dari Busan ke Seoul. Jauh dan lama perjalanan tersebut. Aku rasa bahagia.

Cantik pemandangan sepanjang perjalanan. Korea masih mengekalkan kehijauan sepanjang perjalan rid pada waktu itu. Mereka mensyukuri nikmat yang diberikan dengan meraikan kehijauan muka bumi. Apa yang rid kagum, terdapat trak berbasikal dan berjoging yang amat panjang dan dijaga dengan rapi dalam perjalanan tersebut. Malah ia terletak bersebelahan dengan sungai yang mengalir sungguh tenag dan jernih. Subhanallah, rid terasa ingin berada di situ lebih lama namun rid hanya dapat memerhati sepanjang menaiki train laju itu.
















Kagum dengan keindahan bandar2 korea. Bayangkan kami dapat melihat dari sudut tepi sepanjang perjalanan dari Busan ke Korea, mana nak dapat. Kami menuju ke homestay di seoul. Aku sendiri tidak dapat mengingati nama2 bandar2 di sana. Hihihi. Tapi quest house nya sangat selesa dan memuaskan hati walaupun terpaksa membayar dengan mahal.
Malam itu, kami keluar beramai2 ronda2 melihat suasana malam. Huhuhu. Ramai anak muda korea ketika itu. Berpacaran kesana kemari. Ada yang mabuk. Kami hanya memerhati budaya mereka. Sempat juga kami singgah membeli ais krim halal turki sambil ‘ dipermainkan’ oleh uncle penjual ais krim. Kami terhibur.






















Berita sedih ketika berada di sana, masuk hari kedua, kamera digital mengalami kerosakan. Sepanjang haritu aku beras gelisah dan sedih. Ish2… tak menyangka. Kamera itu baru rid beli. Redha dengan keadaan, nasib kwan aku amin serta ustazah Amira setia bersama dan kami geng monopod berjumba mengambil gambar tanpa rasa malu. Malu nak tunjuk kat sini gambar2 ‘sulit’ itu….hahahah bukan sulit negative yerk… maksud nya gambar yang agak posing nyer over… satu gambar di tepi pantai di lerengnya dihiasi bangunan pencakar serta perkampungan berbukit yang sungguh indah… boleh pulak kami berbaring sambil bermonopod. Kalau tengok sekali lagi gambar tu macam tak sedar diri… macam kambing masuk reban ayam pulak… nice memories…


Berada di trick eyes museum oklah best nyer… dapat posing2….. tak sangka hasil gambar macam real jer..pengalaman pertama dapat g tempat begitu. Paling suka gambar di mulut ikan besar..


dari kamera rid tak banyak gambo  nyer.. kerana telah rosak. namun memori tersimpan dalam kalangan kami geng monopod...huhu.. byak yang dikongsikan ada di dalam fb jugak. pengalaman di everland theme park dengan menaiki roller coaster 14 tingkat membuat degup jantung kencang. ketinggian itu, anda dilepaskan... rasa seperti nak terpelanting. belokan tajamnya tak dapat ditandingi. pada mulanya pejam mata... kesian ustazah aq lihat sentiasa menunduk kebawah.... aq dengan amin kami strunggle buka mata.. akhirnya berjaya.. kuatkan hati dan ingat ia jihad ketika itu aku laung..huhu.

95% permainan di taman tema itu kami naik... termasukpermainan kanak2.. kami bantai saja. yg pasti kami geng2 monopod happy gler....bila penat kami menjilat ais krim. permainan yang paling tidak dapat dilupakan gitarberpusing... gerun. anda duduk, gitar diputar sebanyak 360 darjah, berulang kali ke belakang dan ke depan... dengan ketinggian 5 tingkat bagunanan... harus, hingus aq terkeluar. 

kepada ustazah, aq memang tabik spring... kami semua geng2 giler nih walaupun nampak mcm blur2 dan skema je... tapi kegilaan akhirnyer terserlah... geng2 lain pun terkejut, kami dapat habiskan puluhan permainan dari seawal 11 pagi hingga 6 petang... berterusan. rehat seketika untuk solat dibawah pokok..sebab tak jumpa surau walaupun sebenarnya ada, dek taman tema yg terlalu besar....huhu.

ko memang berani ustazah... ustazah rock..hihi walaupun 3 kali muntah air, ko masih terus ikut rid n amin main roller coster yg ketiga...huhu. katanya, lepas nih tak dapat dah. kagum tinggi betul aku. 

byk lagi tempat2 lain kami g sperti namsara tower..eh betul ke ejaan nyer, tebing tinggi. di sana kami sempat menaiki sebuah kapal untuk menyususri sebuah tebing yg sgt tinggi... kami naik kapal. pada mulanya tak tahu rupanya keadaan laut sgt bergelora. bygkan tanpa dsediakan life jacket, kami atas kapal terhuyung hayang mcm nak terpelanting ke dalam sungai... ish3 mcm kat lautan atlantik pulak... tapi pengalaman tu gler best. kali ni aq dan amin terpisah dgn ustazah, sebab die nk berselfie ikut jalan darat...xpe2.......

tempat lain seperti pasar jagalchi, perkampungan bukit, nami island dan byak lagi sehingga aku sendiri tak ingat....

best gler.... yg pasti sebelum korang nk g make sure korang tahu jugak vocab 2 asas korea... sebab org sana memang hampir semua xtahu ckp english. mcm ckp antara itik dan ayam je....

nilai positif dari trip nih...

1) sistem pengangkutan diorg superb
2) diorg sgt komited dgn kerja
3) bandar yg sgt terancang
4) 70% mengekalkan kehijauna
5) sgt memntingkan pembangunan bangsa
6) almost semua kedai adalah produk tempatan
7) cantik2 dan smart serta 'fit' gler laki n pompuan nyer... jeles aq...
8) byk makan tumbuh2tumbuhan
9) cuaca panas yg menasyikkan
10) berdisiplin
11) agak peramah
12) maju, walaupun bandar paling hulu dah macam bandar kl
13) xda jambatan atas, semua guna bawah tanah jd bandar nampak kemas gler bab1.....
14) awek dan owek yg cun, diorg romantik gler... tibe2 rase nk berpunya pulak time tu
15) lane yang luas
16) pengkutan yang terancg
17) mudah nak g manan2 sebab jelas
18) bersih
19) sungai tengah2 bandar yg fuhyo jernih siap ada itik renag2 lg n ada guard jaga sungai..uols...
20) budaya yang dipertahankan
21) kalu pompuan sorg2 kluar pukul 3 pagi  masih selamat...hahahah, jenayah yg rendah.


negatif

1) malam suka mabuk, tapi korang xdiusik pon
2) diorg agak pemarah kalu korg buat silap
3) kurang tempat mknan halal
4) terbuka
5) suka melekat ngan gadjet masing2
6) tgok pelik pada org g bertudung
7) subway sokmo
8) agak mahal
9) xtau ckp english
10) sifat kebagsaan yg kuat....

jadi itusedikit coretan... huhu, untuk next trip ke vietnam dan bali, rid crite kemudian, selamat bertemu lagi. bye.. as salam. peace yo.....