MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, February 17, 2010

IKTIBAR TAHUN HARIMAU, BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA


Selamat Menyambut Tahun Baru CinaMingguan Malaysia, 14 Januari 2010Apabila saya mengemukakan formula keadilan dan perpaduan mengikut statistik penduduk 60 – 40 (Islam – bukan Islam) berkaitan hak pembinaan rumah ibadat, agihan ekonomi dan politik dalam menyelesaikan masalah etnik dalam Mingguan Malaysia bertarikh 27.12.2009, saya dikecam, dihentam dan digodam. Pada saya, itulah formula keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Terbaru, Centre for Policy Initiative (CPI) yang diketuai oleh Lim Teck Ghee mahukan formula tersebut diguna pakai dalam perkhidmatan awam disebabkan oleh dominasi orang Islam dalam sektor ini, agar tidak berlaku zero sum game.


Tidak ada seorangpun yang marah atau mengecam beliau, malah boleh dikatakan semua bersetuju. Dahulu, formula ini ditentang, sekarang terhegeh-hegeh mahu ianya diterima. Inilah sifat yang perlu disisihkan untuk mendepani dunia yang makin mencabar. Bila rasa kurang, mahu ditambah. Bila sudah terlebih, didiamkan sahaja, kalau boleh mahu ditambah lagi sehingga membukit. Asyik mahu menang besar atau ultra kiasu. Siapakah yang sebenarnya mengamalkan zero some game? Saya yakin CPI sudah ada jawapannya.Sebelum ini, parti-parti komponen BN yang tidak perlu saya sebutkan lagi, sibuk mendesak kerajaan mahukan sektor perkhidmatan awam mestilah mencerminkan populasi kaum iaitu penguasaan 25 peratus orang Cina, 15 peratus lain-lain kaum. Persoalannya, kenapakah formula ini tidak diaplikasikan dalam bidang ekonomi atau sektor swasta yang didominasi bukan Islam? Bukankah ini yang dinamakan keadilan?Kajian demi kajian yang dilakukan, sudah memberikan jawapan bahawa bukan Melayu tidak berminat bekerja dalam perkhidmatan awam kerana gaji yang rendah. Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar iaitu jawatan berpangkat tinggi. Dalam perkhidmatan polis misalnya, daripada 250 belia bukan Melayu yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan tinggi kepolisan berbanding jawatan pangkat rendah. Kajian ini sudah jelas menunjukkan psiki bangsa-bangsa yang ada di negara kita akan kecenderungan mereka. Cubalah fahami hakikat ini dan berlapang dada. Ternyata, trend sengaja menonjolkan yang negatif atau yang masih belum cukup dengan sengaja menyembunyikan perkara yang positif, semakin menjadi-jadi.



Golongan ini sengaja memejamkan mata akan sejarah perkhidmatan awam di negara ini, yang tidak dapat lari daripada perkara 154 perlembagaan persekutuan. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Menurut Mohd Suffian Hashim (1987), rasional perkara ini adalah pada awal kemerdekaan, bilangan orang bukan Melayu dalam perkhidmatan awam terlampau ramai, berbanding Melayu di buminya sendiri. Pada ketika itu, orang bukan Melayu lebih terdedah kepada pendidikan di bandar berbanding Melayu yang rata-rata berada di luar bandar.Menurut kajian Comber (2007), penyertaan kaum bukan Melayu (Cina) tidak ramai hari ini dalam perkhidmatan awam, kerana mereka lebih terpesona kepada sektor korporat atau perniagaan sendiri. Ia dilihat sebagai satu kerjaya yang lebih baik berbanding makan gaji dalam sektor awam sekadar cukup makan. Lagipun, kaum ini berjiwa besar, bangga dengan tamadun mereka, tidak mahu diperintah dan lebih suka memerintah dengan berdikari. Psiki ini perlu difahami semua. Kajian juga menunjukkan wujud persepsi, adalah sukar untuk mendapat jawatan dalam perkhidmatan awam kerana sektor ini telah dibolot oleh orang Islam atau persekitaran Melayu.




Jika berjayapun mendapatkan sesuatu jawatan itu, terlalu sukar untuk mendapat kenaikan pangkat. Hujah ini turut disokong bahawa bukan Melayu agak tidak selesa bekerja dalam persekitaran Melayu, kerana asuhan atau sosialisasi politik mereka yang berbau perkauman seperti tempat tinggal, pendidikan, media dan sebagainya (Yew Yeok Kim, 1982). Tambahan pula, syarat kepujian dalam Bahasa Melayu adalah antara halangannya.Sebenarnya, kerajaan telah memberi dan membuka peluang kepada bukan Melayu dalam sektor perkhidmatan awam. Kita lihat banyak muka-muka bukan Melayu memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha kementerian, jawatan-jawatan kanan dan sebagainya, berbanding sebelumnya. Tidakkah ini satu perubahan dan keterbukaan? Dalam sektor perbankan misalnya, banyak bank yang dipunyai oleh orang Islam, menampakkan bilangan bukan Melayu yang agak ramai berbanding dengan muka Melayu dalam bank bukan Melayu. Inilah satu satu ciri keterbukaan agama Islam. Saya minta Teck Ghee buat kajian berapa peratus orang Melayu diterima bekerja dalam syarikat bukan Melayu serta berapa ramai yang diperalatkan untuk melariskan jualan? Justeru, tidakkah wajar Melayu berada dalam perkhidmatan awam? Barulah menang-menang.Isu yang dibangkitkan oleh CPI ini mengingatkan saya kepada bantuan RM15 juta diluluskan oleh kabinet untuk membantu ibu-ibu tunggal yang beragama Islam. Isu ini terus dimanipulasikan tanpa henti saban hari oleh penulis dan media ultra kiasu. Mereka mendesak kerajaan agar ibu-ibu tunggal bukan Islam mesti turut dibantu. Saya tidak menafikan bahawa kerajaan perlu membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan ideologi.



Prinsip Islam amat jelas dalam menangani isu ini.Selaku Yang DiPertua PIBG sekolah menengah majoriti bukan Islam, sayalah paling banyak meluluskan bantuan yuran sekolah ke atas pelajar bukan Islam berbanding pelajar Islam, kerana merekalah lebih ramai yang memerlukan bantuan setelah disiasat latar belakangnya. Jangan tuduh saya racis pulak, sekadar menyahut seruan 1Malaysia, tanpa mengambil kesempatan. Tidak salah membantu kafir zimmi, selagi mana mereka tidak menentang Islam. Yang dibimbangi ialah segelintir yang digelar kafir harbi, yang terang-terang menghina dan menentang Islam. Golongan ini tidak layak berada di bumi bertuah ini.Saya tidak selicik ultra kiasu yang memperalatkan gagasan 1Malaysia untuk memenuhi cita-cita mereka. Saya juga ingin melihat keadilan turut dipraktiskan sama di bawah negeri ultra kiasu yang mencanangkan mahu mengikut pemerintahan Umar Abdul Aziz. Kenapa CPI tidak membuat kajian atau memberikan pandangan yang sama di negeri ultra kiasu tersebut dari segi agihan ekonomi. Tidakkah Khalifah Umar Abdul Aziz mahu melihat keadilan ini dilaksanakan? Termasuk gerai-gerai orang Islam yang sedang rancak dirobohkan? Kenapa dasar-dasar Umar Abdul Aziz tidak muncul-muncul? Saya ingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan dasar Middle Malaysia, termasuk think-tank mereka yang cuba berlagak seolah-olah bebas tanpa berpihak. Sebenarnya ada niat tersembunyi untuk memenuhi agenda tersurat dan tersirat ultra kiasu. Saya menyarankan supaya kajian demi kajian dilakukan, berasaskan formula 60-40 dalam semua bidang dengan bertunjangkan perlembagaan, bukannya mengikut emosi dan mahu menjadi jaguh untuk mendapatkan 1 = 1. Semua pihak faham, bahawa pendapatan per kapita orang Islam masih ketinggalan berbanding dengan bukan Islam.





Ini bermakna, dari segi logik, oleh kerana populasi Islam agak besar, sudah tentu lebih ramai kalangan mereka yang perlu dibantu berbanding dengan bukan Islam. Sama juga dalam isu ekonomi, penguasaan bukan Melayu telah melebihi 70 peratus, bermakna, ibu tunggal bukan Melayu sudah tentu lebih banyak mempunyai peluang daripada ibu tunggal Islam. Lagipun cara hidup ibu tunggal Islam berbeza dengan kehidupan bukan Islam. Ibu tunggal bukan Islam boleh bekerja dalam semua sektor tanpa mengira halal haram. Tetapi ibu tunggal Islam ada batasannya. Mereka tidak boleh mencari rezeki di tempat-tempat subahat seperti kedai judi, arak, riba, kelab malam atau mendapatkan rezeki secara mungkar, walaupun saya tidak nafikan ada yang bekerja di tempat tersebut. Maknanya, peluang Islam agak terhad dalam bidang pekerjaan berbanding dengan bukan Islam. Pada masa sama, orang Islam pula janganlah terlalu memilih kerja. Saya jarang melihat orang Melayu Islam dalam sektor perburuhan, berbanding buruh Indonesia. Sedih teramat sangat melihat belia remaja dan anak muda kita sanggup melepak dan membuang masa tanpa kerja. Namun, terasa bangga pula membaca berita sebahagian kecil orang Islam sanggup mencari rezeki dalam timbunan sampah sehingga kehilangan nyawa. Walaupun berita ini menyedihkan, tetapi semangat untuk mencari rezeki yang halal patut dipuji. Golongan sebeginilah yang mesti dilihat secara serius oleh kita semua dan dibantu melalui Dasar Ekonomi Baru serta tidak ketinggalan bantuan zakat. Sebenarnya tidak timbul masalah ibu tunggal dan kemiskinan, jika institusi zakat digerakkan sepenuhnya dengan telus.Hari ini kita menghadapi masalah sebab ada segelintir orang Islam yang kaya mahu terus menjadi kaya tanpa menghiraukan orang lain. Sifat mahu jadi kaya adalah amat baik dan mulia. Tetapi harta itu milik Allah, ia harus dikongsi dengan orang lain atau menyelamatkan ibu-ibu tunggal. Jangan terlalu sibuk mengahwini segelintir artis yang mahu hidup mewah.





Perkara ini perlu dihentikan. Masih ramai ibu ibu tunggal yang perlukan pembelaan dan boleh diselamat dengan membantu dan mengahwini mereka. Saya amat bangga melihat pemimpin negara dan isteri mereka sanggup turun padang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang kurang upaya. Saya fikir, sudah sampainya rakyat Malaysia yang berkemampuan tampil ke hadapan dan menjadi juara rakyat dalam isu ini. Jangan simpan harta banyak-banyak. Bila mati nanti, bukannya boleh dibawa ke kubur. Jika kekayaan digunakan untuk membantu anak bangsa, kekayaan tersebut akan terus berkembang dan mengembang. Jika tidak, kita akan terus dengar cerita hartawan Islam, kahwin cerai, kahwin cerai. Ada yang hari ini kahwin, esok bercerai atau sebulan bercerai. Perkahwinan adalah terlalu murni dan suci, bukan main-main. Janganlah habis manis sepah dibuang. Kita selalu disindirkan oleh bukan Islam kerana membenarkan poligami. Sedangkan poligami itu adalah sesuatu yang mulia sekiranya dijaga dengan baik, berbanding mereka tidak boleh berpoligami tetapi menyimpan perempuan atau mistres. Saya harap ultra kiasu tidak marah dengan hujah ini sebab mereka yang menghalalkan zina sebelum ini. Dalam membina 1Malaysia yang lebih baik, asas-asas ini perlu difahami.Apapun, budaya mendesak dan menuntut apa yang orang Islam dapat, orang bukan Islam mesti dapat, perlu difikirkan secara rasional dan logik. Jika kita terima pakai formula ini, maka akhirnya nanti kita akan lihat setiap taman perumahan, ada 1 masjid, 1gereja, 1 kuil, 1 tokong dan setiap 1 untuk mereka yang tidak menyembah apa-apaun, walaupun sebenarnya mereka tidak memerlukan. Keperluan mesti dilihat dari segi sejarah bangsa, konsep asas beragama dan populasi penduduk, yang bertunjangkan perlembagaan. Barulah ini dinamakan keadilan, meletakkan sesuatu pada tempatnya? Inilah intipati gagasan 1Malaysia pada hemat saya. Jika tidak, nanti orang Islam akan menuntut kek ekonomi berasaskan formula 60-40. Sanggupkah bukan Melayu berkorban dan berkongsi dengan lebih 70 peratus penguasaan ekonomi mereka? Jika tidak sanggup, tidak perlulah mencari publisiti murahan sebegini. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan asyik menuduh orang lain yang merosakkan hubungan kaum di negara ini! Sebenarnya sifat ultra kiasu inilah punca kepada segala-galanya.




Akhirnya, kepada semua yang meraikan Tahun Baru Cina, saya ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga kedatangan tahun harimau akan menurunkan sifat ultra kiasu harimau kepada kurang kiasu. Tahun harimau mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam segala aspek kehidupan. Hindari perasaan dendam dan iri hati, lebihkan sikap bersyukur dan menerima pendapat orang lain. Sikap ini akan menjadi kita tidak mudah jatuh, kerana sekali kita jatuh, mungkin kita sudah tidak berdaya untuk bangun kembali. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis Posted by RIDHUAN TEE

Monday, February 15, 2010

PROGRAM INTERAKSI DI KUALA BERANG (BAHAGIAN 2)


Pada hari ketiga kami bermula dengan solat berjemaah di madrasah. Kuliah subuh disampaikan oleh YDP Kelantan. Walaupun mengantuk tahap dewa ketika itu, aku cuba juga membuka mata seluas-luasnya. Pada pandangan aku sekiranya kuliah ingin diberikan pada waktu pagi sebegitu perlulah diselitkan dengan unsure-unsur ‘humor’atau menerima bantuan daripada alatan seperti ‘slide’ or what whatever suitable for that kind of purpose.



Sejurus itu, kami bersiap dan menjamu selera pagi. Apapun selepas itu sedikit bosan sebab terlalu lama menunggu di dataran menanti agar ke semua fc berkumpul. Terdapat yang baru mandi ketika kami telah menanti di dataran. Air btol diberikan pada setiapa kami hasilan osmosis yang rasanya tidak menyegarkan tetapi cukup untuk menghilangkan dahaga.
Perjalanan dimulakan dengan membahagi kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan. Perempuan mendahului perjalanan jungle trekking. Perjalanan yang dipenuhi dengan tahi kerbau sungguh mengharukan. Kami terpaksa mengelakkan sekerap mungkin. Setelah tiba di satu kawasan sekumpulan kerbau berlarian memerhati kami yang ramai ini. Mungkin pada pemikiran mereka kami adalah musuh. Lihat bagaimana dalam mempertahankan diri mereka bekerjasama dan bergerak secara berkumpulan.



Perjalanan lebih mencabar pabila bukit perlu didaki dengan berpaut kepada ranting dan akar yang menyusut di tanah. Perjalanan semakin meletihkan pabila perlu mengharungi sungai beraliran sederhana. Berhenti seketika sementara menanti peserta lain tiba. Kami sempat mengamil gambar bersama. Sungguh mengharukan. Perjalanan diteruskan dengan menuruni cerun bukit dan akhirnya tiba di sebatang sungai yang sesuai untuk bermandi manda. Pada mulanya saya berfikir bahwa tidak perlu mandi tetapi kami diseur melakukan demikian. Melihatkan seorang fc yang tidak tahu malu membuka baju dan tenang menyelami sungai membuatkan aku sedikit tersentak. Sejurus itu bertaburan wanita dan lelaki mengikuti jejak dan mandi bersama di dalam sungai tersebut. Aku bergerak menjauhi sedikit terkejut meihat suasana tersebut.beberapa orang fc lelaki bertindak memgang dan mengangkat fc wanita dan dilambung ke dalam air membuatkan aku berfikir inikan budaya persatuan ….. ini.



Kecewa teramat sangat kerna budaya barat benar-benar telah meresap didalam diri kita melayu islam ini. Hati hanya mengeji dan tidak tahu mengadu kepada siapa. Kami pulang sejurus pabila semua peserta telah basah dihujani air. Setiba di kem kembali kami bersegera menyiapkan segala pakaian menyusun segala barangan untuk pulang. Sebelum itu terdapat satu majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Kami sempat bergambar sejurus itu dan meminta maaf kepada ahli kumpulan. Bertukar-tukar alamat untuk dihubungi dan ceria untuk pulang.



Sesungguhnya kem ‘interaksi’ ini benar-benar membuka mata saya, dan berfikir sejenak di mana sebenarnya diri kita ini. Sebagai umat akhir zaman ini aku menyeru kita menjaga akhlak kita demi menjamin keredhaan Allah. Terima kasih kepada pembaca dan rakan-rakan yang lain.

Sunday, February 14, 2010

PROGRAM INTERAKSI ANTARA IPT DI KUALA BERANG (PART 1)

Selama 3 hari kami berkampung di Kuala Berang di sebuah kem yang agak terpencil tetapi mempunyai kemudahan yang baik. Pada masa ini adalah cuti tahun baru cina dan kerna itu aku tidak pulang ke kampong. Pada mulanya agak was-was untuk mengikuti program seperti ini kerana takut tidak mendatangkan apa-apa faedah dan kami perlu membayar RM 50 untuk menyertai program ini.
Tidak ramai yang terlibat sekitar 69 orang peserta dari pelbagai IPT sekitar pantai timur termasuk dari Pahang. Hari pertama kami bertolak sebelum solat jumaat dan mengerjakan solat di masjid berkenaan. Kawasan perkampungan yang banyak terdiri daripada golongan remaja. Selesai itu, kami mendaftar diri di kem tersebut. Tetapi majlis pembukaan sedikit lewat kerana sebuah kumpulan peserta tiba lewat. Permulaan ucapan yang menarik daripada ketua fasilitator yang penuh semangat dan ‘hectic’. Cuma terdapat kelemahan dalam pengurusan masa dan jadual dimana waktu solat asar yang tidak tetap dan agak lewat. Memang hati ni rasa sedikit gusar dengan keadaan sebegitu kerna apa jua perkara yang kita lakukan, solat yang wajib perlu diberi keutamaan..
Mengorak ke sebelah malam, kami diperkenalkan dengan para fasilitator yang agak berkaliber dan psycho. Ada juga fasilitator wanita yang tidak menutup aurat bahagian lengannya. Kecewa jugak. Aktiviti membina logo, moto, cheer kumpulan seperti biasa dilakukan. Kumpulan berada di dalam kebingungan ketika itu ketandusan idea kami di ‘push’ beberapa kali oleh fasilitator sehingga menimbulkan perasaan meluat. Sejurus itu aktiviti membina banggunan menggunakan surat khabar amatlah mencabar minda daya krativiti kami. Walaupun idea kami berubah kerna’ masalah kegawatan ekonomi’ tetapi tercetus dipemikiran saya bahwa bangunan yang direka itu sebenarnya mampu turut dilepaskan ke angksa seperti sebuah roket. Tetapi ketua kumpulan kami amat ‘cool’ dan bijak menjawab soalan.
Satu lagi yang menggentarkan kami apabila kami disuruh mengingati nama-nama peserta program tersebut dan memberitahu kepada semua peserta lain dihadapan. Menakjubkan kami mampu mengingatinya dengan baik walaupun terdapat beberapa orang yang merangkak mengingati menyebut. Mungkin jugak hal ini kerana mereka tidak focus ataupun bersangkutan dengan perbuatan harian mereka.
Pagi esoknya kami menari poco-poco. Pernahkah kita terfikir darimana asalnya tarian ini. Saya pernah terbaca artikel bahawa tarian ini turut merupakan dakyah barat terhadap kita. Wallahualam. Makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja Cuma hari terakhir baru kami dapat merasakan sedikit kenikmatan gulai masak lemak. Pagi itu terdapat ceramah tentang ….. sungguh murni ucapan dengan penuh keikhlasan tetapi menimbulkan persoalan mengapa kita tidak dibenarkan mengkaji apa yang tok guru syahadah.. adakah perkara ini boleh diringan-ringankan.?
Aktiviti lain seperti memecahkan belon, mengngkat pudding menggunakan kayu penyepit, dan meniup tepung medapatkan coklat seperti perbutan sia-sia dan tidak berfaedah bagi sayalah. Ia Cuma dapat meningkatkan tahap kecerdasan kita tetapi seakan menjatuhan maruah dan bodoh. Tapi kami enjoy melakukan aktiviti ini.
Explore race benar-benar menguji ketahanan badan kami dan melihat sejauh mana kerjasama kami. Kami bersatu padu dengan baik sekali. Sekali lagi soal solat menjadi pertikaian kami mengapa kami tidak diberi waktu yang mencukupi dan sesuai menunaikan solat?
Petang itu suasana dicemari dengan sekumpulan pelatih yang bermain air kea rah wanita/lelaki yang agak keterlaluan dan memalukan. Budaya barat benar-benar telah menyerap masuk dalam diri mereka. Malam itu kami dimarahi kerana lewat dating ke dewan. Suasana tegang dan kami didenda melakukan aktiviti berjalan itik. Seterusnya kami disuruh melakukan aktiviti membina UFO dan tanglung. Terdetik difikiran saya mengapa tanglung dijadikan subjek. Masih banyak unsure keislaman yang boleh dijadikan subjek.

Wednesday, February 10, 2010

USAHA TERANCANG ZIONIS UNTUK ROBOH AL-AQSA

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa Yahudi.Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis. Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif.


Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran. Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.



Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman.



Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.





Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.”




Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan.




Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.




Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Sunday, February 7, 2010

kenali musuh islam: the bloodline

LI BLOODLINE (Kunci Illuminati di Asia)
Nama orang Cina terbina daripada dua atau tiga abjad simbol. Satu kajian di Peking pada 1970-an mengenai nama orang Cina menunjukkan, sebelum 1966 kira-kira 90 peratus daripada nama orang Cina mempunyai tiga simbol. Namun hari ini, separuh daripada populasi masyarakat Cina hanya menggabungkan dua simbol untuk membentuk nama mereka.Simbol pertama bagi nama orang Cina adalah daripada nama keluarga Xiang bagi Cina etnik Han iaitu majoriti masyarakat Cina hari ini. Bagi yang menggabungkan tiga simbol, abjad di tengah biasanya mewakili nama generasi terdahulu dan ada juga yang merupakan nama yang diberi kepada individu.Bagi orang Han, terdapat lebih 3,500 nama keluarga yang digunakan. Tetapi tiga nama keturunan yang merupakan jumlah terbesar dalam masyarakat Cina di seluruh dunia hari ini seperti Li ( ) juga dengan ejaan Lee dalam tulisan rumi, Zhang ( ) dan Wang ( ), bilangan orang Cina yang berketurunan Li mewakili 22 peratus daripada keseluruhan orang Cina di seluruh dunia.Nama keturunan atau keluarga Cina yang kerap diguna di negara-negara Barat pula adalah Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin, dan Fong. Manakala di Tanah Besar China pula, nama keluarga Chen, Li, Zhang, He, dan Huang adalah yang paling besar peratusnya.Nama keluarga Li adalah sangat popular di China dan serata dunia dan setiap orang Cina yang membawa nama Li menganggap mereka adalah bersaudara, mempunyai pertalian darah walaupun pada hakikatnya ia tidak semestinya mempunyai hubungan darah. Bahkan ada di antara dua individu yang menggunakan nama Li akan mengahwinkan anak-anak mereka dengan keluarga lain yang turut mengguna nama Li bagi tujuan mengikat hubungan darah. Ia adalah budaya yang tersendiri yang diamalkan oleh masyarakat Cina berketurunan Li di China. Malah ia juga sama dengan amalan keturunan Collin, berkahwin sesama keturunan sendiri untuk mengekalkan garis darah.Menurut kamus nama orang Cina iaitu Xing Zuan, sejarah keturunan Li mempunyai sejarah yang panjang dan bermula dengan Maharaja Zhuanzu pada sekitar tahun 2000 SM. Juga direkodkan dalam Xing Zuan, ketika zaman Dinasti Tang (618 hingga 906 SM), kira-kira 15 pembesar dianugerahkan nama Li sebagai nama keturunan, bahkan keturunan Dinasti Tang juga menggunakan nama Li apabila Li Shimin menjadi Maharaja.Malah ada juga teori mengatakan keturunan Cina yang mewarisi nama Li (Lee) terutama di Eropah dan Amerika turut beberapa kali mengalami perubahan menjadi Lim dan Lei. Lain-lain teori pula mengatakan keturunan Li turut berpecah kepada beberapa nama keluarga lain menjadi Liew dan Chin atau Xin (mungkin nama Chin atau Xin terhasil selepas gabungan antara simbol-simbol lain dengan simbol Li menerusi perkahwinan sehingga membentuk nama Chin) selain Lim dan Lei.Juga terdapat teori-teori yang mengatakan nama orang Cina boleh dibentuk menjadi nama-nama lain selepas dua atau tiga nama digabungkan dalam satu simbol menjadi satu nama baru.Terdapat tiga nama Li yang menonjol dalam dunia moden iaitu iaitu Li Ka Shing, Li Peng dan Lee Kuan Yew. Kita fokus kepada Li Peng dan Lee Kuan Yew.Li Peng dikenali sebagai salah seorang tokoh dalam kerajaan Red China (1928-1976) atau dikenali sebagai Askar Merah Komunis China ketika China dikenali dengan nama People’s Republic of China. Ketika period pemerintahan Red China, direkodkan Rockerfeller dan Rothschild mempunyai hubungan dengan Red China, juga direkodkan Li Peng pernah bertemu Rockerfeller dan Rothschild di New York. Timbul persoalan, kenapa Li Peng yang berfahaman komunis bertemu Rothschild dan Rockerfeller di New York sedangkan Amerika hingga kini dikenali sebagai Negara kuasa besar yang menentang komunis (atau hanya sekadar berdrama seperti membenci komunis?)Ideologi Red China memainkan peranan penting bagi keluarga Li dalam menjayakan New World Order menerusi komunisme di tanah besar China.Li Peng merupakan anak kepada seorang berfahaman komunis. Li Peng menerima pendidikan di Moscow, Soviet Union (kini Rusia) dan diasuh seperti golongan elit yang lain supaya menjadi pakar dalam selok belok komunisme. (Komunisme adalah satu ideologi yang terhasil selepas pertemuan Anne Collin, Pierre du Pont dan beberapa keturunan Illuminati yang lain termasuk golongan pecahan Merovingian Rusia atau saki baki Tsar dalam pertemuan yang diadakan di Jerman untuk mencapai objektif New World Order, ideologi ini kemudian diserap masuk ke Jerman dan Rusia sehingga membentuk Nazi dan Soviet Union, seterusnya ke China membentuk Red China)Pada 1976, Lee Kuan Yew mengadakan pertemuan dengan ketua kerajaan Red China, Mao Tse Tung yang juga mempunyai pertalian darah dengan keturunan Li.Intipati sebenar pertemuan itu pula tidak mempunyai penjelasan kukuh, ia hanya dikenali sebagai pertemuan untuk merapatkan hubungan sejarah antara perdagangan China dengan Singapura ketika sebelum era kolonialisme di Tanah Melayu. Mao juga melantik Li Ta Chao sebagai ketua komunis di utara China semasa peperangan antara puak pro-demokrasi. Li Ta Chao juga adalah ahli pertubuhan rahsia Red Spears, kita lebih kerap menggunakan istilah kongsi gelap apabila merujuk kepada kegiatan rahsia masyarakat Cina, ia sebenarnya lebih sesuai dinamakan pertubuhan rahsia yang mempunyai agenda besar dan berbahaya kepada penganut agama Allah.Kembali kepada era kemerdekaan China daripada penjajahan British, tokoh yang terkenal dalam sejarah kemerdekaan China moden ialah Sun Yat Sen. Tokoh ini yang merupakan pemimpin kepada 268 cawangan pertubuhan rahsia di China, Amerika, Singapura dan Malaysia (Tanah Melayu ketika itu) seperti pertubuhan Chung Wo Tong, Tai Luk Shan dan Kwok On Wui, dia juga memainkan peranan besar dalam menggulingkan pemerintahan sistem monarki di China dan menubuhkan republik. Sun Yat Sen juga mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan menerima pendidikan barat.Secara sulitnya, Sun Yat Sen juga direkodkan sebagai ahli Freemason menurut sumber-sumber Freemason, dia adalah individu terpenting dalam penyebaran fahaman komunis di sekitar Asia termasuk di Malaysia (sila baca semula buku sejarah Malaysia mengenai bab kemunculan komunis di Malaya, dan fahami sentimen apakah yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya).

zionis bakal menggila 2010

Isnin , 01/02/2010 – Jawatankuasa Jerusalem di bawah Majlis Perundangan Palestin (PLC), pada Rabu lalu memberi amaran tahun 2010 akan menyaksikan lebih banyak keganasan rejim Israel dan serangan-serangan yang lebih dahsyat ke atas segalanya di kota Jerusalem yang kini dijajah Israel, terutamanya berkaitan komplot memusnahkan Masjid Aqsa. Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyebut bahawa aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin pantas dijalankan akan menyebabkan berlaku runtuhan dan retakan yang besar di dalam Masjid Aqsa, ruang legarnya, dan juga penempatan-penempatan lama masyarakat Arab di Jerusalem. Jawatankuasa itu juga kuatir Israel akan mempercepatkan proses pemusnahan Masjid suci itu dengan mencipta gempa bumi buatan manusia di kawasan Negev.Jawatankuasa itu telah merayu kepada Organisasi Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab untuk mengadakan persidangan dan mesyuarat tergempar untuk membincangkan situasi yang semakin kritikal di Jerusalem dan ancaman Israel terhadap Masjid Aqsa.sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/