MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, July 20, 2012

KEFAHAMAN SUKAR DIMENGERTI


KEFAHAMAN SUKAR DIMENGERTI
Untuk memberikan kefahaman kepada seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap individu memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Kadang kala sesuatu tugasan itu tidak dapat dilaksanakan bersama atas sebab terdapat komitmen lain. Perkara ini selalunya membuatkan salah faham dalam kalangan mereka. Cara berfikir setiap individu sudah pasti berbeza. Kadang kala sesuatu perkara itu dilihat secara fizikal benar-benar salah dan mereka terus membuat penilaian. mereka menutup telinga dan mata tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak terbabit. mereka merasakan mereka benar. mereka tidak terfikir bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk mengingatkan rakan sekerja mereka. Hampir kita kecundang, mereka berasa suka pula halnya ingin membalas dendam.
Syukurnya, m menyelamatkan keadaan dan menanya kita hal tugasan berkenaan. Kita sudah pasti terpana terlepas pandang. Mengapa mereka tidak mengingatkan kita? Mengapa kita terlalu cuai? Mengapa tiada kerjasama? Mengapa tugas itu tidak pernah merujuk kita? Semua nak mula buat sendiri. Memang runsing bila difikirkan tentang mereka. Penting diri atau mahu tunjuk hebat nah telah berpengalaman dalam bidang tersebut. Kita menerima dengan hati rela. Kita ingin menjadi pembantu. Cuma selepas persembahan itu, mereka menghamburkan kritikan terhadap kita. Itu dan ini. Namun, kita terima dengan hati rela diatas ingin belajar dari kesilapan. Memang berbeza selepas itu, lain macam suasana tidak mesra seperti selalu senyuman seperti terpaksa rasanya dari mereka. Rasa mereka mula dengki.
Menyingkap dari permulaan, kita takut dengan tugas yang besar ini kerana tiada pengalaman namun mereka begitu yakin dan Nampak gagah. Kita bersedia sebagai pembantu kerana tiada pengalaman. Ironinya, pelan itu mereka tidak bincang dengan kita sejujurnya aleh2 sudah siap. Kita terima seadanya dan berfikir positif.
Kembali bersambung, mereka memulakan tugas itu tidak memanggil kita. Nah, nasib kita ada tugas diatas. Namun, kita kecewa tidak dijemput. Mereka membuat ‘bising’ bahawa mereka bersendirian dan kita di’sound’. Apa harga kita disini hati berdetik. Kita redha dan membantu rela.

Banyak perkara diberikan bersama anak-anak kecil. Seronok dan ceria kita membantu. Yah, siap sudah kami membina itu.
Kemudian harinya, kita tidak hadir atas komitmen lain. Mereka masam muka dan lari. ‘mereka kata busy’. ‘yah, setiap orang busy, sangkal kita’
Zon tegang bermula, zon tidak kita gemari sebagai rakan lama. Mereka tidak menegur kita lagi. Berada dihadapan nya seperti bayang-bayang yang tidak berwarna lutsinar. Hati kita merintih. Kita ingin membantu namun tidak tahu, bahan tiada. Dering hp tertera mereka mengata kita tidak buat kerja. Mereka tidak menegur kita lagi. Tegang itu seperti sebuah gempa yang bakal meletus. Kita tidak dan enggan kerana mereka Nampak keras hati.
Petang itu, komitmen dari sana datang lagi. Kita tidak dapat hadir dan mohon maaf. Tidak berbalas. Esoknya, hari sebenar dan tidak ke tempat itu lagi. Ramai antara tempat itu bertanya dimana kita, mereka menjawab tidak tahu. Ramai menduga sesuatu tidak baik antara kita dan mereka.
Dua akhir itu kita ingin menebus ‘kesalahan’. Kita ingin bekerja, namun mereka tidak melayan. Kita merayu dan kita buat juga kerja mengemas. Kita sedikit lega. Mereka marah dan menghambur banyak kata2.
Kata orang lain ‘kita dan mereka bagai langit dan bumi sangat berbeza’. Lembut dan      keras.
Apa penyelesaiannya. ‘dah siap semua’.
Kita dituduh bermain dan senang. Kita menggantikan tugas itu sebenarnya.
Kita tegur tidak jawab. No voice communication. So, no solution.
Dia kata biar mereka cool dulu

Kita lupa, tiada kerjasama. Kita dianggap peniru. Sumpah tidak kita hanya merujuk dan mengambil apa yang perlu. Kenapa mereka suka kita kecundang. Tidak halal.
Nah, halalkah sikap mereka kepada kita seperti itu, 3 tahun dulu telah kita berfikir. Sikap mereka dari kenal dulu kita baikkah?
Kita malu di’sound’ depan mereka2 dan budak kecil itu. Maruah kita tercalar.
Mereka2 memahami kita just say ‘u so polite, u take it positively..
Kita tidak tahu perhubungan selepas itu bagaimana dengan mereka harap baik. Kita tidak tahu berapa ramai orang2 mereka telah tahu dan berfikir negative tentang kita.
Mereka terlalu keras untuk memaafkan… never learn.
Kita penat, untuk menerangkan.. kita redha dan cuba berubah next day.
Cuma kita dapat simpulkan beberapa perkara
1) perasaan cemburu dan dengki terhadap orang lain boleh membawa kehancuran diri dan orang sekeliling
2) hati keras tidak akan membantu minda untuk menggunakan akal
3) memaafkan orang lain merupakan satu anugerah besar
4) menyebar fitnah dan memalukan orang lain bukanlah perkara yang baik
5) belajarlah dari pengalaman lampau
6) jangan menilai berdasarkan semata dilihat namun turut dengar apa yang mereka ingin katakan..
7) prinsip islam yang dijunjung dalam ideology perlu disuburkan dalam akhlak diri
8) walaupun hebat, berbincang dan berkongsi dengan mereka yang ingin belajar
9) jangan menerima pandangan dan pendapat dari golongan yang terkenal dengan sifat buruk mereka. Dengarlah pendapat positif untuk mendapatkan kesan positif.
10) kerana satu keburukan rosak semua kebaikan. Nilailah kebaikan yang terdapat dalam diri seseorang

Saya insan yang baru belajar mengenal dunia…


-adaptasi dari siri monolog emosi-