MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, January 25, 2010

barisan kepimpinan

Suka saya menceritakan isu ini yang dilihat begitu hangat ketika slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat yang seharusnya memegang jawatan tersebut. Adakah anda memilih berdasarkan prestasi wakil tersebut atau sekadar melihat parti apa yang mereka bernaung. Oleh sebab terlalu taksub memilih parti lebih dari segala kepentingan lain, timbullah berbagai keadaan dimana wakil tersebut tidak mampu melakukan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat yang menjadi sengsara. Malahan isu-isu seperti rasuah dan sogok ataupun menjaga kaum kerabat berlaku secara berleluasa. Wakil yang dipilih pula berusaha memenangi hati pihak atasan agar sentiasa layak menduduki kerusi yang dipegang dengan melaburkan sejumlah wang yang besar bagi mendapat undi yang banyak. Sayidina Umar pernah bertanya kepada sahabatnya:’jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik?’ sahabat-sahabatnya menjawab: ‘sudah tentu, wahai Amirul Mukminin…’ sebaliknya umar menjawab : ‘belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya!’
Bagaimana dengan barisan kepimpinan di Malaysia??? Adakah berlaku seperti dialog seperti di atas, baru-baru ini ada diperkenalkan KPI(kalau tak silap) dlam menilai prestasi setiap menteri. Satu usaha yang agak baik tetapi kita akan melihat kepada ketelusan pencapaiannya. Pertama, perlu ditekankan bahawa pemimpin yang dipilih perlulah brfikir dia perlu memberi bukan sekadar menerima. Dimana bermaksud sanggup mengorbankan wang, tenaga, ilmu, masa, dan lain dlam membangunkan bangsanya. Sebenarnya dia menerima tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. Bukannya goyang kaki menerima duit sekadar mungkin. Kalau kita lihat situasi semasa pernah dilontarkan oleh seorang tokoh yang popular dengan pemikiran kritisnya bahwa puteri umno perlu dimansuhkan adakah ada kewajarannya??? Mungkin, apakah fungsi mereka..?? mereka menjalankan tanggungjawab dis etiap daerah/cawangan.,? atau sekadar menyusun tarikh untuk melakukan lawatan perlancongan bulanan/tahunan seperti yang saya dengar. Tidak perlu berfikir terlalu negative, sebaliknya saya menyeru kepada semua agar berani mempertahankan hak, kalau berani berdepan dan menyoal apa fungsi dan sumbangan mereka agar mereka sentiasa peka dengan tugas mereka. Saya tidak menjurus kepada golongan ini sahaja tetapi mungkin ada pertubuhan lain yang serupa.
Persoalannya mengapa kebejatan remaja kita pada hari ini semakin-hari semakin merunsing, sekiranya golongan terpilih ini menjalankan tanggungjawab yang diberi insyaallah masalah ini dapat dikendurkan. Kepada mereka yang terpilih, jangan sekadar mengharap pendapatan bulanan ataupun kereta besar tapi ingatlah tanggungjawab mereka yang bakal disoal di akhirat kelak. Pejuangkanlah nasib agama atau bangsa dengan sebenarnya.
Kita sebagai golongan biasa juga perlulah bertindak dan jangan alpa tentang nasib bangsa kita walupun apa jua status yang dipegang sama ada pelajar, guru, doctor, penoreh getah, pekerja kilang, pembantu pengurusan, menteri dan sebagainya.
Terima kasih kerana membaca. Sebarkan artikel ini. Semoga mendapat keberkatan dalam berdakwah.

Saturday, January 23, 2010

adakah anda memberi....


Tajuk di atas amat menarik untuk diulas di mana menimbulkan persoalan adakah kita rajin member atau sekadar suka menerima? Fakta yang perlu kita ketahui bahwa pabila kita berada di dalam keadaan berduka bagi menggembirakan hati kita rajinlah member sesuatu kepada orang lain sekaligus ia akan menyebabkan kita berasa gembira. Mengapa? Kerna sebagai contoh, kita berda dalam keadaan kecewa kerana sebab tertentu tetapi kita membelanja rakan makan di kedai, automatiknya kita telah menyebabkan orang lain gembira dan menyayangi kita dan menyebabkan kita menerima kegembiraannya juga. Tetapi perkara ini perlu dilakukan dengan keihlasan. Member bukan sekadar dari wang ringgit tetapi lain seperti senyuman, tenaga, ilmu, sokongan, idea, pinjaman dan sebagainya. Adakah anda mengetahui bahwa kebanyakan pesakit jiwa adalah terdiri daripada golongan yang tidak suka member sebaliknya suka menerima sahaja. Ini menyebabkan seseorang itu tidak bahagia, tertekan kerna menanti pemberian dan risau takut kehabisan harta. Kadang-kala kita tidak menyedari bahwa pemberian itu sangat penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Tiga perkara yang tidak akan hilang setelah kita mati adalah sedekah, doa anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan. Sekiranya diluaskan skop, sebagai seorang pelajar perlulah berkongsi ilmu dengan rakan-rakan yang lain. Golongan yang berada di tahap/kemampuan yang lebih baik perlulah bersedia member dengan mengajar orang lain agar dia mendapat kasih sayand dan bukannya dibenci oleh rakan-rakannya.
Terdapat beberapa alas an yang menyebabkan kita sukar member kerana member akan mengurangkan. Adakah benar? Sebenarnya niat awal seseorang perlulah ikhlas untuk member, sebenarnya pemberian ersebut member peluang kepada kita memperolehi saham akhirat di sisi Allah. Di samping menyuburkan harta yang kita ada. Sebagai contoh apabila kita mencabut sebahagian anak pokok sayur di atas batas, dengan mencabut sebahagiannya, baki anak pokok yang masih di atas batas itu akan tumbuh lebih subur dan lebat. Malahan dengan kerap kita member ia sekaligus mendorong kita untuk terus berusaha mencari rezeki. Seeloknya kita mengamalkan prinsip 3M mencari, memiliki, dan memberi. Apa yang sekarang saya lakukan sekarang juga adalah memberi.
Pernahkah kita terfikir mengapa kita tidak menggunakan teknologi yang kita ada sebagai medium untuk berdakwah. Sebaliknya kita menggunakannya sekadar untuk berhibur dan tidak member sebarang manfaat kepada kita dan orang lain. Kita perlu menjadi tekno-daei dimana mampu mengembangkan islam dengan berdakwah selari dengan teknologi sedia ada. Kita perlu menjadi hebat seperti teknologi yang ada. Bukan sahaja hanya dengan berceramah secara bersemuka tetapi gunakanlah kelengkapan canggih yang ada.
Selain itu, factor orang yang menerima tidak mahu berterima kasih juga mengapa kita tidak member. Rasionalnya, itu memang lumrah atau sunatullah yang ditetapkan. Manusia memang sukar berterima kasih. Tetapi pernahkah kita terfikir bahwa Allah sentiasa member tetapi tidak pernah meminta balasan. Adakah Dia menghentikan pemberian itu?? Tidak dia terus member dan memberi.
Tidak mempunyai apa yang hendak diberi. Pengertian member jangan disempitkan, pemberian adalah meluas termasuk ilmu, idea, tenaga, kekuatan, doa dan sebagainya.
Seterusnya bimbang dieksploitasi dan dimanipulasi.. soal hati manusia tidak perlu kita fikir secara mendalam kerana ia merupakan tugas Allah s.wt. kita tetap memperolehi pahala diatas apa yang dilakukan.
Selain itu, tidak adil untuk kita yang berusaha, perlu diketahui adalah kita adalah hamba dan makhluk Allah yang perlu member. Segala tenaga, harta dan sebagainya adalah kuniaannya. Apa yang kita ada bukan sahaja untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk orang lain. Kita sebagai saluran untuk membuka rezeki orang lain. Sekiranya kita tutup tidak berkembang sesuatu perkara itu. Sedangkan kita juga memperolehi ilmu dari seorang guru sejak kecil. Sekiranya kita tidak berguru adakah kita Berjaya??
Malahan, mereka berfikir bahawa tida mendapat balasan. Nah, sekiranya pemikiran itu subur di dalam hati setiap manuasi musnahlah dunia ini. Perlu kita sedari bahwa walaupun sebesar zarah apa yang kita lakukan akan dinilai dan mendapat pahala di sisi Allah. Sedangkan di dunia juga kita memperolehi balasan seperti ketengan jiwa kasih sayang.
Memberikan kemaafan juga merupakan pemberian yang agung, hal ini kerana ia akan menyebabkan kita terlepas dari belenggu kemarahan. Pernah anda terfikir, bahwa sekiranya anda tidak memaafkan maka anda terikat dan sentiasa memikirkan perkara tersebut dalam jangka masa yang lama sekaligus menyebabkan dendam. Kita manusia biasa yang sentisa melakukan kesalahan dan urusan ini selayaknya dinilai oleh Allah kerana kita terlalu bodoh untuk menentukan setiap ketentuan-Nya.
Silakan hulurkan pandangan/kritikan di alamat friendster, facebook,myspace/YM – rid_mich1989@yahoo.com.my
Terima kasih kerana sudi membaca- nantikan artikel seterusnya.

cara menggilap potensi diri anda



Kita kerap kali menghadap keadaan dimana menemui kegagalan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kadang kala kita berasa kecewa kerana tidak mampu menjadi seperti orang lain yang sentiasa mudah mencapai kejayaan. Sehinggakan kita meletakkan bahwa orang itu telah dikurniakan kelebihan dan keistimewaan yang berganda daripada kita. Mereka cemerlang dari segi intelektual, fizikal, dan rohani dan mempunyai pelbagai kemahiran kelangsungan untuk terus hidup. Masakan tidak kita berasa kecewa melihat golongan seperti itu sedangkan kita turut berusaha gigih sama seperti mereka atau melebihi mereka. Mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Kadang kala perkara ini terjadi disebabkan oleh halangan yang boleh dilihat mahupun ujian yang perlu kita tempuhi.
Oleh itu, kejayaan itu akan dicapai sekiranya kita mempunyai niat yang betul. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ‘setiap amalan adalah dengan niat’. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Saiidina Umar al-Khattab), oleh itu niat kita yang asal perlulah betul sama ada kita melakukan ibadah mahupun amalan biasa.
Malahan setiap cita-cita yang ingin dicapai perlulah mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas dan kukuh. Ada cerita tiga orang pekerja binaan. Apabila ditanya apakah wawasan atau matlamat mereka bekerja:
Pekerja pertama : ‘saya nak cari makan.’
Pekerja kedua : ‘saya nak siapkan dinding bangunan ini’
Pekerja ketiga : ‘saya hendak membina sebuah Bandar yang indah dan permai’
Sudah pasti jawapan pekerja ketiga menepati matlamat yang kukuh dan berwawasan walaupun ia merupakan satu imaginasi tetapi perlu kita mempunyai cita-cita yang diluar dugaan agar menghasilkan kejayaan yang di luar dugaan juga. Tetapi dalam mencapai kejayaan ini bukanlah menghalalkan segala cara sebaliknya kita sebagai islam khususnya perlu berpegang pada prinsip islam yang luhur agar mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.
Adakah anda seorang yang berani dan sanggup berkorban dalam mecapai cita-cita? Nilai ini factor kejayaan yang bakal dicapai. Lihat saja tokoh-tokoh islam terdahulu yang sanggup untuk bersusah payah. Di mana Imam alNawawi dalam menuntut ilmu, beliau menghabiskan masa dengan belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.
Nialai seterusnya adalah leinginan dalam menambah ilmu. Sejauh mana anda meningkatkan potensi diri anda dengan melakukan pembacaan ilmiah, atau menambah kemahiran menguasai bahasa ketiga atau keempat.
Focus yang tinggi dalam mencapai matlamat adalah sangat penting. Hal ini bermakna keinginan yang sentiasa tinggi walau menghadapi pelgai cabaran yang tiba. Nah, lihat saja bagaimana Jabir bin Abdullah yang sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari sepotong hadis. Metaforanya, kita lihat dari fiziknya, bahwa cahaya matahari yang difokuskan kepada kanta cembung mampu menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga api.
Fikirkan jua sejauh mana daya tahan dalam diri anda. Setiap pekerjaan yang dilakukan perlulah dilakukan dengan bijaksana dan tenang. Hindari daripada berputus asa dan perlulah komited dan istiqamah dalam melakukan perkara kebaikan malahan jangan lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t.
Dalam mencapai cita-cita, kita perlulah bersifat warak dimana sentiasa bersedia menempuhi alam akhirat tanpa mengenepikan duniawi. Sifat warak seperti pemurah, penyayang dan sebagainya dapat menyuburkan keimanan, ketenganan, dalam diri kita. Malahan orang sekeliling juga menyayangi dan membantu.
Kesabaran yang tinggi juga dituntut dalam menempuh liku-liku cabaran. Nilai ini menetukan sejauh mana pencapai yang bakal kita gapai. Nah, cuba bayangkan bagaimana Ibn Hajar mengarang kitab Fath al Bari dan Muqaddimah dalam tempoh 32 tahun dan Abu Ubaid mengarang kitab al-Gharib dalam masa 40 tahun!
Contohi orang yang Berjaya! Ini bermakna anda perlu mempunyai mentor atau tokoh yang anda kagumi dan boleh anda contohi terutamanya di dalam bidang yang anda ceburi. Sejarah membuktikan bahwa Ibn Sina sendiri membaca buku al-Farabi sebanayak 40 kali sebelum menghasilkan karya agungnya.
Anda juga perlu tekun dan membina kerjaya di dalam bidang yang anda ceburi.
Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China. Ini bermaksud anda perlu mengembara dan mengambil pengajaran yang berlaku di segenap pelusuk yang anda temui. Hal ini memberi pengalaman dan memaksa anda berfikir dan berfikiran terbuka. Sebagai contoh, Ibnu Batututa pula mengelilingi dunia selama 30 tahun.
Masa muda anda per dimanfaatkan sebaiknay sehingga ke tahap optimum. Lihat saja Imam al-Ghazali pula menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar pada usia 9 tahun!
Untuk menjadi orang cemerlang anda harus amanah dan jujur dalam semua aspek. Dua peristiwa penting berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar al-Khattab. Ketika beliau bertemu dengan seorang budak pengembala kambing dan berpura-pura untuk membeli seekor kambing tanpa diketahui tuan punya kambing. Budak itu enggan melakukannya, kerana amanahnya.
Tambahan lagi, seseorang itu, akan Berjaya sekiranya mereka bergerak secara berjemaah. Mereka memiliki semangat kekeluargaan dalam organisasi. Dalam mencapai keputusan, mereka melakukan perbincangan yang harmoni dan berkesan.
Orang cemerlang ibarat sebuah empanagan, apabila semua anak-anak sungai dari hulu atau gunung mengalirkan air ke dalamnya, lama kelamaan empangan itu akan penuh. Seterusnya ia akan membantu dalam menjana tenaga elektrik dan sumber air yang teratur dan tenang kepada kawasan sekeliling. Maksudnya, jika kita menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat orang cemerlang , diri anda akan menjadi cemerlang tanpa anda perlu berasa bimbang takut-takut diri anda tidak cemerlang.

Sunday, January 3, 2010

salam perkenalan

penulis memperkenalkan diri sebagai ridmich atau nama sebenar mohamad riduan anuar dan masih menutut disebuah institusi pendidikan. selamat mengunjungi laman blog..