MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, October 3, 2011

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH


Teknik-post-it-notes

Sebelum ni telah ada 2 teknik yang rid poskan, mungkin ada orang baca atau tidak endah. Tidak mengapa.. apa yang penting ia disampaikan untuk keperluan rid dan orang lain.

Teknik yang ke-3 ni hanya menggunakan kertas dan pen.

Seperti yang kita ketahui, murid mempunyai pelbagai emosi, masalah, keyakinan yang berbeza. Hal ini berdasarkan diri rid sendiri semasa sekolah rendah.

Apa kata kita cungkil semua itu.

Terdapat murid yang sukar meluahkan apa yang tersirat dihati tetapi riak wajah berkerut seribu kedutan… mungkin dia takut kita yang terlampau garang….

Mesti kita semua kelirukan… nak mengajar pun rasa tak minat

Secara personal mungkin kita boleh bertemu dengan murid itu dan Tanya keadaannya…

Kalau dia beritahu mudah kalau tidak beritahu pun mudah..hahaha

Apapun sekiranya dia memiliki masalah

Contoh

Saya takut dan gementar menduduki peperiksaan OTI 2 minggu depan

Tindakan- kita boleh tulis ‘yakin anda boleh, usaha pasti anda berjaya’ diatas sekeping kertas kecil

Serahkan kepada murid tersebut… pastikan dia memegang kertas itu dalam poket, pencil box, dalam baju atau sebagainya…

Apabila dia rasa kurang keyakinan… dia akan melihat semula kertas itu dan yakin bahwa kita memberi sokongan kepada dia… serahkan kepingan kertas dengan senyuman yang ikhlas…. Best nyer kalau cikgu buat macam tu kat kita……. J

No comments:

Post a Comment