MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, October 13, 2011

PERUBAHAN DIRI INDIVIDU


setiap manusia itu adalah berbeza dan membawa satu citra warna dan aura yang tersendiri. si A tidak mungkin menjadi si B dan si C. mereka mempunyai satu identiti yang tersendiri yang sangat kompleks dan sukar difahami.

diri manusia berbeza mengikut latar belakang dan budaya mereka. sikap individu sudah pasti boleh berubah mengikut peredaran suasana sekeliling. apakah reaksi anda sekiranya secara tiba-tiba sebuah jentolak ingin meruntuhkan rumah anda?

bagaimana emosi dan sikap anda ketika itu? adakah sama atau berubah.

bagaimanakah cara anda berfikir ? adakah sama dengan orang lain?

sudah pasti tidak! boleh seseorang yang lain memaksa individu lain berkelakuan seperti mereka?
adakah mereka berjaya? adakah mereka bahagia? diterima atau disisihkan?

JADILAH DIRI ANDA SENDIRI, tetapi awas jangan sesekali mengetepikan pendapat dan pandangan orang lain terhadap kita. seharusnya kita berlapang dada menerima teguran yang membina.

mungkin pada ketika dahulu anda seorang yang sangat sopan dan baik hati namun mungkin selepas 5 tahun berlalu sikap anda boleh berubah secara total..........

banyak faktor mempengaruhi antaranya faktor orang sekeliling, cara pemikiran individu, hasrat hati yang belum tercapai, penghargaan, mahupun dendam.

oleh itu jangan kita berfikir bahwa seseorang yang baik tidak mampu membalas dengan kata2 nista ataupun bersikap kurang ajar, kerana perkara ini semuanya dipengaruhi faktor sekeliling......

mungkin kita terkejut sekiranya melihat individu itu yang dahulunya pasif namun kini begitu 'arrogant' mencantas kritikan pedas dari orang lain. lalu kita berfikir bahwa mereka menjadi sombong??? adakah benar?

cuba kita berfikir............. adakah diri anda turut membantu perubahan dalam diri individu tersebut? apakah tindakan dan sikap anda terhadap individu tersebut........... ia mempengaruhi emosi?

nah, jangan menyangka air yang tenang tiada buaya.......... jangan disangka yang lembut itu tiada bersuara.......

dan jangan berfikir dan menghina bahwa golongan yang pendiam itu adalah sombong........ jangan sesekali berfikiran sedemikian selagi kita kita tidak pernah mencuba berkomunikasi mahupun menyoal soal tingkah mereka............

jangan sesekali mengatakan orang yang banyak cakap itu tidak sombong......... tetapi nilailah melaui apa yang mereka ucapkan....... adakah dengan mengherdik rakan, menghina dianggap peramah???

buka minda dan buka mata., mungkin kita takut rakan kita berubah secara drastik. tapi perlu difikirkan mengapa mereka berubah. namun apa yang perlu kita percayai diri asal mereka masih seperti dahulu, itu adalah identiti mereka yang telah ditetapkan oleh Nya.........

diri sendiri juga bukanlah mulia, mungkin kita berfikir kita tidak melakukan sesuatu keburukan yang dilakukan orang lain kita berbangga.

mungkin kita merasa suka melihat mereka tersinggung kerana anda merasakan diri anda hebat..

namun anda tidak pernah terfikir bahwa Allah itu maha kaya...... yang menciptakan makhluk pelbagai rupa dan sikap. terimalah mereka seadanya, nasihatilah mereka, hargailah, senyumlah, dan percayalah bahwa rakan yang memberikan kita teguran sebenarnya rakan yang mengiginkan perubahan dalam diri kita untuk kepentingan pada masa depan.


kita pernah berdoa agar dikurniakan rakan yang baik. namun pernahkah kita terfikir bahwa rakan sekeliling kita sebenarnya telah mendidik diri kita menjadi dewasa, agar kita berfikir dan melihat melalui sudut positif.

mungkin kita merasa berat bahwa rakan kita menasihati kita agar menjaga sikap agar lebih baik. kita tidak dapat menerinanya kerana telah dimalukan.

namun, percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... kita telah berdoa, dan Allah telah menurunkan satu ujian terhadap kita berhadapan dengan situasi sedemikian. ini semua untuk kita menjadi dewasa................

terima mereka seadanya wahai sahabat........ dan serahkan segalanya kepada yang Maha Mengadili...............

jangan merasa diri hebat kerana kita semua adalah sama terbina dari himpunan tulang yang sama... kita tetap akan hancur dimamah tanah.


No comments:

Post a Comment