MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, November 23, 2011

PERTANDINGAN ROBOCON PERINGKAT ANTARABANGSA


ABU Asia Pacific Robot Contest (ABU ROBOCON) ialah acara pertandingan robot tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2002 dan terbuka kepada pelajar-pelajar universiti, kolej dan politeknik di rantau Asia Pasifik. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memupuk semangat setiakawan dikalangan belia yang mempunyai kecenderungan yang sama, serta membantu memajukan kejuruteraan dan teknologi di rantau ini.

Pada setiap tahun, Malaysia telah menghantar pasukan ke pertandingan peringkat antarabangsa di mana pasukan yang dipilih mewakili negara adalah juara pertandingan ROBOCON peringkat kebangsaan. Bagi pertandingan ROBOCON 2011, pihak Jawatankuasa Induk Pertandingan ROBOCON Kebangsaan telah memutuskan agar tema Robocon peringkat Kebangsaan tidak mengikut tema yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. Ini mengambilkira sensitivi umat Islam dan maklumbalas daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui surat bertarikh 4 November 2010 (Nombor Rujukan: JAKIM/(3.00)/535/13 Jld.3).

No comments:

Post a Comment