MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, October 29, 2012

PENYEBAB EMOSI MARAH


Manusia itu sekujur tubuh yang sangat istimewa. Segala keistimewaan terdapat dalam dirinya dari luaran mahupun dalaman. Sejak dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki terdapat kehikmahan yang sangat besar. Hasil ciptaan ini manusia seudah pasti perlulah bersyukur. Namun, kali ini Rid bukan ingin berduskusi berkenaan dengan kelebihan fizikal kita itu namun rid lebih terdorong untuk meneroka dunia emosi manusia yang hidup melata atas dunia ini.

Manusi memiliki emosi yang berlainan. Tiada seorangpun didunia ini yang mampu memahami emosi orang leain secara menyeluruh. Manusia itu terlalu unik hasil ciptaan Allah S.W.T. emosi gembira dan sedih sring kita lihat diskeliling. Malah, terdapat juga golongan yang pandai menunjukkan emosi yang berbeza sebuah anugerah yang besar diberikan kepada mereka. Namun, sayangnya terdapat juga manusia yang tidak mampu meralisasikan sesetengah emosi dalam dirinya walaupun dia sedang merasai emosi tersebut namun ia terpendam, sebagai contoh emosi marah. Seseorang yang marah lazimnya menunjukka wajah yang berkerut serta bewarna merah dan mengeluarkan percakapan yang kasar namun bagi mereka yang tidak mampu menonjolkan emosi ini mereka berada dalam dilemma.

Masalah timbul apabila dia marah namun orang lain tidak dapat merasainya. Sedangkan di dalam hati mereka kemarahan semakin bergellojak. Lazimnya golongan ini kerap berdiskusi secara tenang dlam menghadapi kritikan dan cacian orang. Pendekatan untuk menghindar dan mempertahan kan diri lazimnya diambil oleh mereka. Kesukaran besar timbul apabila pihak lain tidak bertindak mengundur diri sebaliknya terus menerus membuat dia marah. Hal ini sebenarnya mengundang kemarahan yang lebih besar. Walaupun golongan ini sebenarnya tidak memiliki menonjolkan emosi pada peringakat awal namun mereka berkecenderungan untuk menonjolkan emosi yang maha hebat pada peringkat tertinggi setelah segala kerahan tenaga diberikan secara dalaman kepada emosi marah tersebut. Golongan ini mungkin boleh bertindak kasar seperti menampar, menumbuk malah membunuh.

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang sabar. Memang benar kesabaran dalam diri merupakan tayar yang sanggup meredah pelbagai struktur dataran yang terpaksa dilalui. Namun, perlu diingat sebuah tayar juga mampu pancit atau pecah sekiranya kesabaran tersebut dibiarkan lama atau tekanan yang terlalu besar. Perkara mudah yang boleh dilakukan oleh manusia biasa lain
1) bertenang dalam berkomunikasi
2) elak daripada berdebat secara lanjutan
3) mengaku kalah walaupun kita berasa kita berada dipihak yang benar
4) lirikkan senyuman ikhlas dari hati
5) rendahkan suara, cuba fahami situasi diri orang tersebut
6) elakkan dari bersikap mengkritik
7) jangan bersifat hipokrit dalam persahabatan
8) saling membantu dalam kepentingan bersama seperti urusan kebersihan rumah seperti membuang sampah, mencuci lantai, menyapu sampah, mencuci tandas, membersihkan halaman
9) hundari diri dari mengkritik sahaja sebaliknya diri sendiripun membuat kesilapan yang sama
10) hormati penghuni lain dengan memahami keperluan mereka
11) berterus terang dalam pertuturan secara berhikmah
12) berikan nasihat yang membina keyakinan
13) jangan merasakan diri kita sahaja yang bagus dan benar
14) hargai pemberian orang sekiranya pemberian kita orang lain hargai
15) janji perlu ditepati
16) hindari daripada menipu

Hati bagaikan istana yang sungguh indah. Disana pelbagai perasaan boleh dihuni. Semaikan perasaan dari hati yang suci. Cuma satu, perpaduan itu sbeenarnya amat sukar dicapai sekiranya kita umat Islam tidak bersedia untuk berjemaah bersama-sama membentuk ummah yang berjaya. Solat merupakan satu cara yang mulia dan terbaik mempereratkan hubungan. Kukuhkanlah hubungan dengan solat bersma, sucikan hati pasti sinar menjelma. Dahulukanlah diri sekiranya anda memiliki ilmu untuk menjadi Imam. Sekiranya kita tidak menjadi pendahulu, maka siapa lagi akan memulakannya?
 Lagi satu, dalam kehidupan janganlah letakkan kelebihan dan kelemahan seseorang itu dalam memilih persahabatan. Akhlak mulia seharusnya dijadikan priority utama kerna akhlaklah yang akan membawa diri kita diingati apabila mati kelak. Mungkin di zaman muda kita ini kita tidak mempunyai kesedraan ia tidak terlambat namun sungguh kasihan sekiranya sikap buruk itu masih ada dlaam diri walaupun umur telah banyak…peringatan ini adalah untuk diri saya dan tatapan semua. TQ.

No comments:

Post a Comment