MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, November 7, 2011

RAYA AIDILADHA DIPERANTAUAN 2011





salam semua, sudah lama tidak menulis, rindu rasanya..

pada kali ni rid menyambut perayaan di perantauan. perasaan kali ni tidak terlampau sedih sebab baru lagi balik rumah minggu lepas cuti seminggu. malah, minggu depan rid akan balik kampung untuk cuti akhir tahun.

kali ini selepas menunaikan solat di Masjid Padang Nenas yang solatnya pukul 8 pagi.. rushing sangat haritu.. sebab ingatkan pukul 8.30 pagi.... khutbah yang disampaikan sangat berkobar2... banyak berkenaan siu2 semasa antaranya isu kesatuan ummat islam, cabaran, desakan yang diterima... meremang bulu roma... namun, rid berharap agar semua mukmin akan lebih cakna dan bukan sekadar mendengar atau bercakap sebaliknya perlulah ada usaha konkrit untuk memartabatkan semula Islam di Malaysia ini...

pop..pop... pagi ni saudara sebelah rumah hantar setalam hidangan makanan.. sedap sungguh.. tak menyangka dia hantar. terubat sedikit rasa ingin makan masakan ibu..

menyoroti pukul 9 rid dengan rakan turun membantu jiran untuk menyembelih lembu... sebelum ni pernah tengok je... kali ni rid merasai bagaimana pegang kaki lembu untuk dibuang kulit...hahah... berat badannya... lepas buang kulit, kerat bahagian pahanya pula.. tapi kena berhati2 kot2 tertoreh bahagian usus dia keluar najis pulak...Memang dh terjadi pun.. bukan rid buat orang lainyer.... melantong bau najis... cepat2 ditutup bahagian tu agar tidak menyerap dalam bau daging pulak....

ringkas nyer... lepas tu daging tu digantung di tiang rumaah.. sebab dh tak de tempat lain... apa lagi rid dan rakan melapah daging tu sampai habis... huhu.. best jugak... yang unik nyer kami hanya menggunakan pisau dapur memotong sayur....hahaha.... bayak kali ditegur... buat dek jer...tup3 siap juga... pengalaman baru tau.. apapun pastikan pisau anda cukup tajam...

lepas tu proses menimbang... untuk dibahagikan kepada 7 bahagian.. ikutlah ada juga orang beli ikut bahagian... 5 bahagian, 1 bahagaian... tak silap satu bahagian dalam rm 300 lebih.... check it out sendiri ek.. harga seekor lembu plak dlm rm2700 ikut tempat gak.... lepas selesai timbang tu bahagi2kan kepada orang lain... tak menyangka dapat daging jugak.. terharu nya.... niat datang hanya sekadar menolong tak terfikir dapat daging...

seterusnya rid membantu jiran yang sedikit jauh dari rumah untuk melakukan pemotongan daging kepada bahagian2 kecil... katanya nak buat aqiqah. berpeluh jugak.. tanganpun jadi keras juga..

sebelah petang tu, rid dijemput makan dirumah jiran.wah, sungguh bahagia.. hari yang sungguh bermakna kali ini....

No comments:

Post a Comment