apabila kita meninjau kepada nasib umat seaqidah kita di negara lain, sesungguhnya kita berasa tersentak dan berasa sangat bersyukur dengan keadaan negara kita ini. walaupun begitu, kita di Malaysia turut melalui saat2 getir walaupun ia bukan dari segi peperangan atau kebuluran namun bahana yang menyerang umat kita adalah melalui pemikiran pula. penularan bahana ini bermula daripada media sana sini yang sangat jelik mempengaruhi kehidupan kita..
Al-FatIhah dihulurkan kepada Noramfaizul Mohd. Nor, jurukemera BERNAMA TV akibat terkena tembakan curi sehingga menembusi paru2 nya ketika berada di Somalia pada 2 September lalu.. beliau dikategori sebagai syahid oleh mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.
pembaziran yang kita lakukan di sini seharusnya diberikan bantuan kepada penduduk Somalia yang majoritinya beragama Islam. dalam tiga bulan yang lalu krisis kebuluran telah melanda dan meragut kira2 29,000 nyawa kanak2 berumur lima tahun ke bawah. pihak PBB dalam masa yang sama telah berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM 7.16 billion darpda negara2 anggota namun hanya separuh jumlah sahaja dapat dikumpulkan. malahn lebih terharu apabila sebuah badan kebajikan dari Gaza pula aktif dan berusaha membantu pensusuk Somalia walaupun mereka sendiri dalam kesempitan... sesungguhnya golongan yang merasai kepahitan sahaja memahami perasaan mereka yang berada dalam kondisi yang sama.
melalui pembacaan keadaan sedemikian berlaku di Somalia bermula dari penggulingan presiden Said Barre 20 tahun dahulu.. telah dicemari dengan kekacauan dan sistema anarki..
campur tangan kuasa asing seperti Amerika telah merumitkan peluang keamanan negara ini. mereka cuba menentukan arah tuju negara ini melaui bertopengkan program kemanusiaan PBB pada tahun 1992 hingga 1993. hal ini semuanya kerana potensi minyak yang dimiliki somalia..
alhasil, penentangan berlaku kewujudan lanun2 telah banyak menggugat keamanan Laut Aden dimana mencuri kapal2 dagang melaluinya.. satu ketika dahulu kapal malaysia pernah menjadi mangsa...
kebangkitan Kesatuan Penagdilan Islam (UIC) telah ditentang oleh Kerajaan Persekutuan SEmentara (TFG) yang mendapat sokongan daripada Washington. mereka mengatakan pertubuhan islam ini mempunyai kaitan dengan al-qaeda. perang gerila yang terjadi antara kedua pihak ini telah menyebabkan penghantaran segala bentuk bantuan makanan terhalang dan merupakan faktor kematian wartawan malaysia tersebut.
SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN BOLEHLAH MELAUI DENGAN MENGHUBUNGI SEKRITARIAT DI TALIAN 013-3596574 ATAU SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN AGRO BANK MISI KEMANUSIAAN SOMALIA, PERSATUAN BELIA SRI AL-AIN, NOMBOR AKAUN : 2-00-5561-000013190
kesimpualan daripada keadaan ini, dari pandangan Rid menyimpulkan agar kita membina semula penyatuan ummah dantara kita semula, elakkan sikap tamak haloba dan utama agama islam kita. satu kuasa islam besar perlu diwujudkan dan diaktifkan bagi menjaga ummah kita daripada dibelenggu oleh kemiskinan. keuntungan yang diperolehi oleh Arab dalam rukun ke 5 haji seharusnya disalurkan kepada kemajuan ekonomi negara2 islam sewajarnya.., kesedaran yang boleh digembelengkan oleh para guru di sekolah seharusnya menerapkan satu mekanisma efektif memberi kesedaran kepada murid2 dengan menceritakan peristiwa, video, gambar yang sedikit sebnyak dapat mendidik nilai dalam diri murid daripada terus terbelenggu dengan facebook, game, movie, hiburan dan sebagainya... golongan yang memikirkan ummah islam seharusnya dibentuk sejak dari kecil lagi.. dan ini merupakan tanggungjawab ibu bapa dan terutamanya guru di sekolah...
walaupun usaha ini bukanlah mengambila masa sehari dua namun kita perlu bermula dari sekarang. Malaysia walaupun bertindak secara sederhana dalam hal2 sedemikian saya yakin di Malaysia kita masih mempunyai peluang untuk bersuara untuk menyatakan perasaan dan sebagainya.. walaupun kita tidak secara totalli berada dalam sebuah negara islam yang sebenar secara sebenarnya... namun kebangkitan golongan intelektual semakin bertambah dan seharusnya kita perlu menyokong... apa yang saya lihat kini malaysia sedang diuji dari segenap segi oleh mata2 negara luar mahupun dari dalam negara sendiri... kebangkitan islam yang berlaku dimalaysia sebenarnya menarik minat kuasa asing untuk menyebarkan dakyah dan fitnah yang boleh merosakkan perpaduan kita semua.. oleh itu.. apa yang penting kita semua perlu bersatu.. elakkan perbezaan2 yang kecil.. sesungguhnya manusia itu diciptakan untuk saling berfahaman antara satu sama lain..
No comments:
Post a Comment