MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, November 24, 2011

POLITIC FOR ALL


baru-baru ini kerajaan telah membenarkan pelajar universiti melibatkan diri dalam politik.. adakah ia munasabah?

namun masih banyak perkara yang tidak diperjelaskan lagi..
-tidak membenarkan politik kepartian

terdapat banyak pros and cons dalam perkara ini..

mungkin kita terfikir berkenaan dengan sejauh mana hak golongan sebegini didengari, fokus terhadap pembelajaran, kesan terhadap keamanan, dan apakah ia akan diteruskan sehingga satu jangka masa yang lama?

Kebanyakan universiti di negara maju seperti Eropah, utara Amerika dan beberapa negara Asia membenarkan mahasiswa di negara mereka terbabit dalam politik, malah sesetengahnya membenarkan parti politik memasuki kampus.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata universiti di negara maju sudah lama mengamalkan keterbukaan dan membenarkan pelajar mereka menyokong dan menyertai mana-mana parti politik.

Sementara itu, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata pada awal era 60-an, mahasiswa di seluruh dunia bebas berpolitik dan menyatakan pendapat mereka, tetapi akibatnya golongan itu tidak dapat dikawal sehingga menimbulkan banyak kekecohan dan kepincangan dalam pelajaran dan politik.
“Jika mereka ingin berbincang soal politik, itu tidak jadi masalah tetapi untuk terbabit dalam politik di luar kampus, ia agak membimbangkan. Daripada pengalaman saya sendiri ketika menuntut, ahli politik menjadikan universiti sebagai medan utama untuk menyebarkan ideologi mereka,” katanya.


No comments:

Post a Comment