MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, November 11, 2011

BUDAYA MENIPU


Kalau ada yang kata tak pernah menipu, mungkin dia sedang berbohong. Buktinya amat sukar untuk menemui orang yang tak pernah menipu terutama di kalangan anak muda masa sekarang. Waima nampak macam baik2 tu pun ada jugak yang menipu. Mungkin dalam hasil tulisan ni juga ada unsur2 penipuan...Mungkin?
Sebagai contoh, rata2 anak-anak muda mahupun yang dah tua mempunyai friendster. Kalau dah kata friendster tu, memang jelas lagi nyata ramailah suka menipu. Hatta sahabat yang pernah kita kenali sebagai "budak baik" sudah pandai menipu. Ini bukan omongan kosong. Cuba perhatikanlah sahaja status mereka. Yang belum bekahwin dikata sudah berkahwin. Yang dah berkahwin dikata pula belum berkahwin. Di mana nilai kejujuran antara kita? Kita hendaklah merahsiakan apa-apa yang ada pada diri kita bagi mengelakkan kita teraniaya terutaama dalam alam maya. Ya, benar! tapi menipu tetap menipu. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud

Daripada Ibn Mas'ud ra, Nabi saw bersabda:

"Berwaspadalah kamu dengan penipuan. Sesungguhnya penipuan membawa kepada maksiat. Maksiat membawa ke neraka. Seseorang itu akan berterusan dan bersungguh-sungguh menipu sehinggalah ia dicatatkan sebagai penipu."~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Dan bukankah menipu itu juga menrupakan ciri orang munafik seperti yang diriwayatkan di dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang membawa maksud

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

"Tiga petanda orang: Apabila bercakap ia berbohong, apabila ia berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah is mengkhianatinya."

Balasan bagi orang menipu pula adalah neraka seperti yang pernah dinyatakan dalam Hadis Bukhari dan Muslim

Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari ra, Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan; dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu-daya adalah menipu."

Nah, begitu banyak dalil yang mengharamkan kita daripada menipu. Dan untuk apa kita menipu?

Jikalau yapun nak rahsiakan status diri atau apa2 perkara mengenai diri atauppun tak nak orang kacau kita baik tak payah buat friendster kalau itulah sebab kita nak menipu usia, status perkahwinan-bujang atau bercinta-

Menipu juga meletakkan sesuatu bukan pada tempatnyya. Maknanya individu yang menipu itu telah melakukan kezaliman. Dan ingatlah balasan bagi orang yang menipu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Ada dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw bermaksud

Daripada Abdullah bin Umar ra, Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat."

~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Apa2 ana bukan nak menghakimi mana-mana pihak. Cumaterkilan budaya menipu semakin berleluasa. Tak malukah kita pada teman2 dengan menyatakan diri sudah berkahwin walhal masih bujang lagi. Seolah2 gersang sangat nak status kahwin. Orang yang dah kahwin lagi sanggup kata masih bujang. Lagi malu kalau mak ayah kita buka friendster, myspace,hi5,facebook,tagged atau lain2...Lagi malu pada Allah..

KREDIT KEPADA ‘INDAHNYA DISINI’

namun dalam kehidupan seharian kita, seharusnya kita berusaha merubahkan diri agar tidak terjebak dengan budaya menipu ini. kadang-kala kita tidak perasan bahwa kita menipu. kadang-kala kita menganggap ia sangat mudah dan tidak memberikan kesan. selalunya dalam kita membuat lawak kita lazim menipu dan membuatkan orang lain ketawa. selepas itu kita tidak memberitahukan hal yang sebenarnya semula. kadang kalakita berfikir dengan menipu dapat menceriakan keadaan atau suasana, tetapi pernah kita fikirkan kesannya? kita akan menjadi insan yang tidak serius dalam kehidupan. kita akan gemar melakukan apa yang penting untuk diri sendiri sahaja dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment