bukan sesuatu kerja yang mudah untuk meluluskan diri dalam sesebuah peperiksaan. namun usaha tetap perlu diteruskan. namun, kita semakin yakin dari hari ke hari kita semakin matang menghadapi segala bentuk situasi yang menjelma di sekeliling kitakan.
ia bermula dengan belajar secara sendiri dan cuba memahami sesuatu fakta. ia bukanlah sesuatu yang mudah dan kadang kala kita memerlukan satu penerangan yang lebih detail terutamanya daripada pensyarah.
proses menghafal paling membebankan kerana perlu mengingatkan setiap words yang dibaca. kalau sedikit tak mengapa namun kalau banyak sangat meletihkan.
proses pembicangan secara berkumpulan pula, memerlukan beberapa orang ahli. bagi aku dalam 3 atau 4 orang sudah mencukupi. tidak wajar lebih nanti ke lain perginya. dalam melakukan perbincangan, jangan sesekali kita lupa untuk mendengar pendapat orang lain, memberi respon, jangan diam sahaja. cuba memberikan jawapan yang memuaskan hati..
kalau orang tu kurang pandai atau jawab salah, ahli yang lain boleh gelak namun singkatkan gelak tu sebaliknya beritahu jawapan yang sebenar. elakkan daripada memerli secara berterusan seseorang itu kerana ia mewujudkan ketidak selesaan.
seterusnya, kalau kita melihat orang tu asyik mendiamkan diri saya tanpa memberikan idea, cubalah bertanya mereka.. cuba memberikan ransangan secara positif dan hargai kehadiran mereka...
kalau nak bercakap pun berfikir dululah jangan asyik teka saja nanti orang cepat bosan.
jangan memandang ahli yang kurang menyerlah dengan pandangan merendahkan mereka. selalu juga bertanyakan mereka dan tingkatkan keyakinan mereka.
kalau ada sebarang sumber jangan lupa kongsi-kongsikan dengan orang lain. ia membawa berkat. membantu orang lain untuk turut berjaya. namun biar berpada-pada..
kurangkan bercakap banyakkan mendengar kalau ada idea yang kreatif jangan lupa luahkan. kalau pendapat orang lain lebih ok.. cuba sokong dan 'bungakan' lagi idea itu dengan pendapat kita pula, agar ia diterima.. jangan tolak mentah2 idea itu...
elakkan terlalu banyak kali menyebut nama rakan yang sama.. contoh ali.. jawapan ko apa..ali...ali... habis bilalah si abu nak dapat beri idea...
itu sebenarnya menunjukkan pihak tersebut lebih cenderung dengan si Ali...
stay calm abu... cuba sebut nama si abi yang suka sangat panggil ali.. cuba minta pendapat dia beberapa kali, cuba mulakan terlebih dahulu....
akhir sekali jangan lupa ucapkan terima kasih secara keseluruhan kepada sesiapa yang terlibat jangan spesifik kepada seorang saja.. terasa yang lain...
bila masuk time exam.. ada pulak yang meniru0niru, tanya kanan kiri... kalau tengok diorang ni memang asli pandai tapi masih meniru..ish3.. kesian gak... tapi pernah gak terlibat dulu.. zaman tak matang lagi...hahah harap2 tak mengulanginya lagi..
lepas habis exam, suka juga orang berbincang soalan.. bagi aku boleh gak tapi kurangkan sebab kita tidak boleh kembali.. semua dah berlaku just go on.. kalau salah itu kelemahan kita.. terima takdir tersebut.
# kepada sesiapa yang tindak menggemari artikel ni tak perlu masukkan dalam hati ambil sekadar picisan ok.
# kadang-kala terdapat artikel yang copy-paste hal ini dilakukan kerana-
- pertama sebab kita tak mahir dalam bidang tu, mereka lebih mahir,
- artikel tu menarik,
- tapi jangan lupa bahagian bawah sekali turut disertakan pendapat peribadi iaitu dibawah URL. - kebenaran telah diminta daripa pihak berkenaan.
# kepada pembaca budiman, semoga anda terhibur dan mengambil iktibar daripada semua ini..
berusaha sendiri lebih mendapat kepuasan...
ReplyDeleteexam exam...hahah
salam imtihan
ReplyDeleteya , betul tu,.. salam semua
ReplyDelete