MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, June 6, 2013

MENU MASAKAN 5


Snow Cheese Cake

Bahan-bahan

6 biji       telur ayam (buang 2 putihnya)
100gm   gula halus
100gm   tepung hong kong/blue key superfine/ self rising flour
60gm     tepung jagung (maizena)
50ml      air sejuk dari peti ais
1 sk        baking powder
2sb         ovellet
75gm     mentega (dicairkan dgn api)
Esen vanilla


Untuk krim
1 kotak cream cheese Philadelphia/cream cheese
1 cawan susu pekat
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping
½ kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara

1.       Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.       Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhirnya masukkan mentega cair. Putar sehingga kembang.
3.       Sediakan acuan dengan kertas minyak atau telah disapu dengan sedikit butter.
4.       Bakarkan dengan api atas dan bawah dengan suhu 150o selama 45-1jam
5.       Apabila te;lah masak, biarkan sejuk. potongkan kek kepada dua bahagian atas dan bawah.
6.       Sapukan krim cheese diatas separuh kek tadi, kemudian letakkan semula separuh kek ke atsnya.
7.       Sapukan kesemua krim di seluruh bahagian kek agar ia ditutupi.
8.       Taburkan cheese kraf yang telah diparut pada keseluruhan bahagian kek tersebut sebagai toppingnya.
9.       Masukkan dalam peti ais diantara 30 minit hingga 1jam sahaja.
·         Semasa kek dibakar, sediaan krim turut boleh disimpan dalam peti sejuk.










MENU MASAKAN 4


Rojak Tepung
Bahan-bahan Kuah
10-15 tangkai cili kering
40g kacang tanah, goreng dan kisar halus
60g biskut tawar, kisar halus @ biskut cream
3 camca besar gula melaka
6-7 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih * (*dikisar halus)

Bahan-bahan tepung (cucur)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar yis segera
3 camca the gula halus
½ camca the garam
½ camca the serbuk kunyit @ pewarna kuning
Air secukupnya

Bahan-bahan lain
Timun dihiris
Sengkuang dihiris
Tauhu, goreng dan dihiris
Telur, rebus, goreng danbelah
Tempe goreg dan potong
Kentng rebus empuk, goreng dan belah
Salad dikerat2
Ayam goreng
Mee kuning dicelur
Kangkung dicelur
Taugeh dicelur

Cara membuat
1.       Untuk cucur
Satukan semua bahan cucur kecuali air, kacau rata. Tuang sedikit2 air agar tidak terlalu pekat. Seperti bancuhan sekodok. Perap 1 jam. Goreng sehingga masak.

2.       Kuah
Cili kering dicuci bersih dan ditoskan. Goreng hingga harum. Kisar lada tadi dgn bahan2 bertanda* hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga harum. Masukkan air dan biarkan mendidih. Tambahkan kacang kisar, biskut kisar dan gula melaka. Kacaukan rata dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambahkan sedikit lagu gula pasir, masak sehingga pekat.

MENU MASAKAN 3



Roti Sosej- asas pembuatan roti
Bahan-bahan
500 gm                  tepung gandum
1 sudu kecil         bread improver
1 sudu kecil         bread softener
20gm                     susu tepung
75gm                     gula kastor
3 sudu teh           yis
1 sudu the           garam
1 biji telur            dipukul
150 ml                   air – ikut keadaaan doh
60 gm                    mentega
2 bekas                 sosej
Sos cili
Sos tiram
Sayur campur
Bijan
mayonis
Potassium sobate            500gm tepung = 1 gram potassium sobate sebagai bahan tahan lama kepada roti.

Cara-cara
1.       Masukkan tepung gandum, berad improver, bread softener, susu tepung , gula kastor, yis, garam setelah ditimbang ke dalam satu bekas. Gaulkan rata. Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga menjadi doh.
2.       Masukkan mentega, uli selama 10-15 minit sehingga doh menjadi kenyal. Biarkan selaa 30-40 minit. Setelah itu doh ditutup.
3.       Setelah sesuai dan kembang doh, corakkan doh menjadi bentuk roti kesukaan anda. Masukkan sosej ke dalamnya.
4.       Bakarkan doh yang telah siap dihias dengan sos cili, sos tiram, bijan, sayur campur serta mayonis ke dalam oven. Biar selama 15-20 minit dengan suhu 170 0C.














MENU MASAKAN 2


Potato and Crab Meat Au Gratin
Bahan-bahan
100 gm                  kentang (lenyek)- dipotong dan direbus terlebih dahulu sehingga lembut.
1 biji                       bawang besar
70 gm                    sos keju (prego)
50 gm                    jejari ketam (dipotong kecil)
20 gm                    cendawan butang (dipotong)
10 gm                    keju parmesan
                                Sedikit minyak

 

Daun bay                             penambah rasa
Kiub ayam                          



Cara memasak
1.       Masukkan mentega sebagai minyak dan tumiskan bawang besar sehingga kekuningan.
2.       Kemudian masukkan jejari ketam dan cendawan.
3.       Masukkan sos keju dan perasakan dengan menambahkan baun bay dan kiub ayam.
4.       Campurkan ketang yang telah dilenyek sehingga sebati.
5.       Angkat dan letakkan di dalam bekas kaca dan ratakan. Kemudian taburkan keju diatas permukaannya dengan elok.
6.       Masukkan ke dalam bekas pembakar.
7.       Bakar pada suhu 180 0C selama 10-20 minit.






















MENU MASAKAN 1


HERB ROASTED CHICKEN & ROSEMARY SAUCE
Bahan-bahan
1 biji       bawang besar
3 ulas     bawang putih
2 s/b      dried thyme
2 s/b      dried rosemary
                Parsley – (cincang)
                Jus lemon
                Garam & pepper
                Olive oil
                Mustard
                Chicken stock
Utk          caijun
Tambah   black pepper
Rasa        Paprika
xwajib   Origano
               










Cara masakan
1.       Campurkan kesemua bahan yang telah disediakan.
2.       Sediakan ayam yang telah dibasuh dan letakkan di atas dulang pemanas.
3.       Lumurkan campuran yang telah disediakan ke atas ayam tersebut, urut isi ayam supaya marinated terserap ke dalam. Perapkan sebentar.
4.       Sediakan oven pada suhu 350 0C. masukkan ayam dan biarkan selama 20 minit. Pada 10 minit pertama perhatikan permukaan ayam. Sekiranya terdapat sedikit warna brown kekuningan, terbalikkan ke permukaan satu lagi agar ia masak dengan sekata.
5.       Sementara menunggu ayam dibakar, sediakan sosnya pula












Bahan Sos
Demi glace          (dibancuh dengan air- 1 liter air = 100g demi glace)
Bawang besar
Bawang putih
Dried rodemary
Salt
Pepper


Tepung                 jika perlu utk pekat dan tambah rasa
Daun bay

Cara memasak
1.       Tumis bawang putih beserta bawang merah dengan menggunakan mentega. Masukkan dried thyme.
2.       Masukkan demi glace yang dibancuh sehingga ia mendidih dan biarkan.
3.       Letakkan pepper dan salt mengikut citarasa anda.
4.       Letakkan tepung dan daun bay sekiranya perlu @ creamy.

Tuesday, May 14, 2013

Isu Bulan Ini

salam semua, sebenarnya tiada internet dirumah jadi susah sikit nak menaip di sini. apapun salam bulan ni, rid berminat untuk belajar menu2 baru...

setakat ni rid berjaya membuat roti gulung, daging lembaran, ayam semurlina, daging baktum, aym panggang ala barat, kuah rojak, cheese tart dan beberapa masakan lain yang sungguh enak. hujung minggu ni rid akan menerjah ke gopeng pula untuk mengikuti kursus laman web... kolej komuniti ini sebenarnya sangat berfaedah untuk insan seperti kita yang masih menganggur untuk menimba pengalamn. cuma rid masih menantikan kursus khat diadakan, masih menunggu. alhamdulillah, sayur yang rid tanam beberapa bulan lepas telah mengeluarkan hasil yang menakjubkan.. sungguh tak sangka. sayur petola, sawi bendi, bayam mekar menghiasi mruang rumah dan enak dinikmati. ras sangat puas hati... terung juga telah mula menghasilkan hasil yang banyak.. timun yang ranum sungguh mengujakn. memang hasrat digunung tinggi untuk memiliki kebun sendiri hahahha...

pengetahuan baru salam bulan ni yang saya dapat tentang hal2 perumahan.saya membantu saudar terdekat untuk mencari sebuah rumah untuk didiami. kini saya tahu prosedurnya bagaimana isian online, hal guaman, interest yang diletakkan oleh pemaju adalah berbeza, kawasan ru,ah serta harga sepatutnya, masa yang diambil, bayaran deposit, broker yang lazim mendapat untuk serta akhirnya...

nasihat saya, apabila anda ingin membeli rumah janganlah terlalu tergesa2, rujuk laman seperti mudah.com, syarikat2 pemaju sejarah mereka, rakan2, pejabat tanah dan pendapat penduduk sekeliling. ambil masa sehingga 6 bulan.

rumah yang telah siap berbanding rumah yang baru mula dibina adlah berlipat kali ganda harganya... jangan lupa harga guaman boleh mencecah rm4000 perlu diberi sejurus sebulan prosedur bermula. lazimnya loan akan diclaim kepada pemaju dalm 3 bulan oleh keraajaan di putrajaya...

advcantage kepada yg menggunakan loan kerajaan, peminjaman penuh diperolehi, tiada perubahan harga bayaran bulanan, miliki insuran islamik, rujuk kemampuan loan secara online.

sekiranya bank swasta, interest agak tinggi compare n rujuklah byk bank, interest bleh berubah ikut pasaran.
harga rtumah setiasa meningkat di taiping ni... tahun depan rumah teres 1 tingkat mencecah rm 220000 sebuah. jadi bagi yg dh bekerja belilah rumah tiada kerugian...

cerita lain....

selain mengajar dipusat tuisyen, rid suka menyampaikan salam bahagia kepada semua rakan2 yang berad di seluruh malysia. sekiranya ad kesempatan, rid akn berkongsi menu di sini...bye

Wednesday, March 13, 2013

PERTEMUAN SEMULA

assalamualaikum semua, telah lama rid tidak mencoretkan khabaran diruangan ini. rid bersyukur kerana masih dapat menghirup udara segar di atas bumi ini. tamat sesi study di IpG merupakan satu kenangan indah yang menakjubkan. banyak perkara yang telah rid lakukan sepanjang rid berada di rumah kembali. antaranya melibatkan diri dalam khusus komuniti, mempelajari bahasa mandarin asas, bekerja sebagai guru tuisyen di 3 buah pusat tuisyen selain pengalaman bekerja di kedai dobi. selain itu, minat membaca juga terlalu dalam menghantui diri ini. apa yang mampu rid akan coretkan di sini kerana terlalu banyak. mungkin akan memudahkan apabila rid memiliki tab kelak. selain itu, ridbersyukur sebab dapat mula menabur jasa kepada keluarga melalui gaji yang rid perolehi. kepada sahabat yang mengenali apa khabar semua, rid sangat kamu walaupun rid bertemu kamu semua. sejumlah sahabat telah mula berkhidmat dan itu satu peluang yang begitu cerah buat mereka tahniah. rid akan mencoretkan banyak pengalaman dan kenangan semasa berada disini. harap pertemuan selepas ini berterusan dan berkekalan.nantikan post dari rid ye. salam.