
caranya mudah............




salam, riduan disini, suka berkongsi dengan anda tentang teknik dalam kelas yang rid terbaca..
teknik KOTAK PUTIH DAN KOTAK HITAM
menurut teknik ini ia berperanan dalam mengekpresikan emosi kita sebagai guru atau murid.
pertama hanya sediakan kotak hitam dan putih utk diri sendiri mahupun murid-murid
kotak2 ini berperanan memberitahu emosi kita pada waktu itu
kotak putih- rasa gembira, senang, dan selesa
kotak hitam- rasa kecewa sedih, marah
oleh itu, guru atau murid hanya perlu mempamerkan kotak hitam atau putih diatas meja. jadi kita tahu keadaan mereka
sebagai contoh, murid A letak kotak hitam atas meja.. maksud dia tidak gembira, jadi guru boleh menyoalnya selepas habis kelas tntg masalah dia.. atau mungkin dia tidak mahu diganggu
kalau kotak putih pula- murid ini ceria dan gembira, maka kita boleh tanya dia soalan macam2 tntg pengajaran haritu..
kaedah ini sebenarnya lebih menjurus kepada penghargaan emosi murid..
kalau murid tu asyik letak kotak hitam saja... mungkin dia ada problem besar yang dihadapi... oleh itu, guru boleh merujuk pakar motivasi...
selamat mencuba!! nantikan teknik seterusnya

seterusnya teknik yang boleh disesuaikan dalam bilik darjah Malaysia mengikut keadaan,
teknik sticky tape sebenarnya sangat mudah...
teknik ini ditujukan kepada murid yang kerap kali melukakan hati rakan yang lain...
apa yang guru boleh lakukan..ambil sekeping kertas, koyakkan dihadapan murid tersebut
tanya murid itu bagaimana ingin menyambungkannya semula, mungkin dia mengatakan tidak boleh
jangan kecewa, berikan dia soletep(sticky tape)- suruh dia sambungkan kertas tersebut dengan elok
apa yang ingin disampaikan disini adalah , rid memahami bahwa apabila sekeping kertas dikoyak ia membawa pengertian kesakitan yang dirasai oleh hati murid yang dihina/ diherdik( terang kepada murid berkenaan secara positif dan bijaksana)
setiap manusia memerlukan pujukan dan penghargaan dari orang lain... maka analogi meminta maaf diumpamakan dengan menyambungkan semula kertas terkoyak dengan sticky tape- terang kepada murid tersebut bahwa kita seharusnya ringan mulut untuk meminta maaf dan cuba tidak mengeruhkan keadaan dengan melakukan sesuatu yang positif....
kaedah ini mungkin berjaya atau tidak tapi pendekatan yang lemah lembut dengan intonasi suara boleh membantu ia mencapai objektif. kalau boleh rendahkan posisi badan guru dengan bertinggung di samping murid...
selamat mencuba- usaha tangga kejayaan
nantikan teknik seterusnya!!

Teknik-post-it-notes
Sebelum ni telah ada 2 teknik yang rid poskan, mungkin ada orang baca atau tidak endah. Tidak mengapa.. apa yang penting ia disampaikan untuk keperluan rid dan orang lain.
Teknik yang ke-3 ni hanya menggunakan kertas dan pen.
Seperti yang kita ketahui, murid mempunyai pelbagai emosi, masalah, keyakinan yang berbeza. Hal ini berdasarkan diri rid sendiri semasa sekolah rendah.
Apa kata kita cungkil semua itu.
Terdapat murid yang sukar meluahkan apa yang tersirat dihati tetapi riak wajah berkerut seribu kedutan… mungkin dia takut kita yang terlampau garang….
Mesti kita semua kelirukan… nak mengajar pun rasa tak minat
Secara personal mungkin kita boleh bertemu dengan murid itu dan Tanya keadaannya…
Kalau dia beritahu mudah kalau tidak beritahu pun mudah..hahaha
Apapun sekiranya dia memiliki masalah
Contoh
Saya takut dan gementar menduduki peperiksaan OTI 2 minggu depan
Tindakan- kita boleh tulis ‘yakin anda boleh, usaha pasti anda berjaya’ diatas sekeping kertas kecil
Serahkan kepada murid tersebut… pastikan dia memegang kertas itu dalam poket, pencil box, dalam baju atau sebagainya…
Apabila dia rasa kurang keyakinan… dia akan melihat semula kertas itu dan yakin bahwa kita memberi sokongan kepada dia… serahkan kepingan kertas dengan senyuman yang ikhlas…. Best nyer kalau cikgu buat macam tu kat kita……. J