MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, October 5, 2011

DEBARAN HATI DARI EMOSI


bukan mudah untuk menilai emosi seseorang..

namun secara umum memahami bahwa lelaki mempunyai emosi yang teguh manakala perempuan memiliki emosi yang lemah...

namun kajian yang dijalankan emosi kedua-dua pihak adalah sama cuma lelaki lebih pandai menyimpannya kerana keegoaan.

namun bagaimanakah emosi seorang lelaki yang dibesarkan dengan cara perempuan?
dan bagaimana pula dengan emosi seorang perempuan yang dibesarkan dengan cara lelaki?

adakah mereka dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah mereka perolehi?

hal ini amat sukar untuk diceritakan oleh orang biasa terutamanya bagi golongan yang tidak pernah menghadapinya....

seorang lelaki yang mudah menitiskan air mata? apakah pandangan masyarakat?
seorang wanita yang menghamburkan kata2 kasar? apakah pandangan anda?

sesungguhnya cabaran itu mendewasakan diri. setiap individu memiliki sejarah hidup yang tersendiri??

bagaimanakah karakter lelaki yang dibesarkan dengan sepasang ibu bapa yang penuh dengan semangat dan didikan dan pengetahuan??

bagaimana pula karakter lelaki/perempuan yang dibesarkan dalam keluarga dengan penuh kemiskinan?? bagaimana emosi mereka? pernah mereka terfikir?

bagaiman pula karakter individu yang dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah yang memiliki seorang bapa yang sangat garang dan suka mengamuk tetapi sebaliknya menerima seorang ibu yang sangat penyayang... adakah emosi mereka mudah terguris??

mereka dididik dari kecil dengan cara masing2... namun manusia sekeliling pernah mengkaji latar belakang mereka...?

mereka sendiri perlu survive dengan keadaan diri mereka... mungkin keceriaan terpancar dari diri mereka namun siapa menduga seribu kesedihan terbuku dihati....

siapa yang mahu mendengar, siapa yang mahu memahami? siapa yang mahu membantu?

golongan ini sebenarnya sedang mencari identiti diri, menongkah kehidupan dengan kepayahan dan memohon dikurniakan sahabat sejati.... mereka sentiasa berdoa agar dunia ini tidak kejam pada diri mereka.

moral : setiap manusia memiliki personaliti masing2, kita seharusnya membantu antara satu sama lain agar jangan ada yang berasa terasing kerana tanggungjawab ini dipikul oleh semua penggnut islam. setiap bantuan yang diberikan akan dinilai oleh Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment