MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, October 12, 2011

TEKNIK DALAM BILIK DARJAH (cawan polisteren)


caranya mudah............

teknik ini digunakan untuk melihat dan mengkaji punca maslah murid disekolah yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah..

sediakan beberapa cawan politeren. labelkan setiap cawan tersebut dengan perkataan seperti

- keluarga -rakan - kerja sekolah - bersukan - tidur - tidur/makan

atau perkara lain yang sesuai


kemudian sediakan satu jag air bersaiz sederhana yang mengandungi air.

minta murid yang bermasalah tersebut menuangkan air kedalam setiap cawan polisteren mengikut pemberatan mereka. (semakin banyak air diisi ke dalam cawan semakin banyak masa, fokus diberikan)

gunakan air tersebut sehingga habis

akhir sekali guru melihat jumlah air dalam setiap bekas. lazimnya murid yg mempunyai masalah dalam menyiapkan kerja sekolah menuangkan sedikit sahaja air ke dalam cawan berlabel kerja sekolah...

oleh itu kini anda telah mengetahui bahwa murid ini perlu menambah sedikit masa atau perhatian kepada kerja sekolah.. anda boleh memberi nasihat dengan cara yang tidak langsung...

berikan mereka penjelasan dan ambil cakna maslah mereka dirumah.

No comments:

Post a Comment