tidak tahu mengapa hari ini aku rasakan bahawa esok aku tidak mahu ke sekolah...
jiwa ini kecewa oleh pelbagai sebab dan faktor..
mungkin terasa bebanan yang tidak sebesar mana..
kadang2 aku terlalu memikirkan perkara yang kecil dianggap besar
aku merasakan mempunyai satu deria lain yang mampu meneka 'future event'
aku boleh mengesan sesuatu kejadian buruk, orang yang tidak suka kita melalui pergerakan dan riak wajah....
aku juga boleh menjangkakan banyak perkara yang orang lain tidak terfikir... kadang kala ia benar2 terjadi sedikit sahaja yang tidak berlaku...
aku rasa mungkin deria enam ini ada bersama ku setelah melalui liku hidup dari sekolah rendah yang agak mencabar,,.. dari dulu aku sentiasa 'alert' dengan situasi sekeliling...huhu
kadang2 pening kepada fikir benda2 yang belum terjadi dan ia sungguh memenatkan....
aku tak tahu ia satu kebaikan atau keburukan... apa yang paling mengelirukan aku boleh berfikir terlalu mendalam dari dua sudut positif dan negatif sesuatu perkara...
sungguh merimaskan... tapi ia berada dalam diri ini... dan ia terbawa2 sehingga kehidupan seharian..
oleh itu, aku mudah menjadi lupa tentang perkara yang baru dibuat semalam...ahahu... mungkin ramai yang tak faham.. namun inilah diriku.....
cuma satu aku minta agar memberikan kesabaran dalam diriku., tenangkan jiwaku dan pimpinlah langkahku Ya Allah...
aku boleh berubah watak yang berbeza2.. aku sendiri tak mengerti mengapa jadi begitu....
aku mengiginkan watak yang sejati dan teguh pendirian.
perkara yang paling menjelikkan apabila orang lain menggunakan kata kesat terhadap kita namun mereka tidak dapat menerima kata kesat daripada kita pula....
hari ini aku pening mungkin perubahan diri yang meningkat dewasa....
dalam sudut kecil hati, aku ingin benar berpindah maktab.... aku ingin berhijarah dan melihat suasana dan masyarakat berbeza....
aku merindui rakan dansahabat yang memahami dan saling membantu...
aku tidak suka mereka yang merahsiakan kerja, kejayaan, pencapaian...
aku lelah mengikut semua itu... tiada keihklasan... bilalah perkongsian itu boleh berlaku saling berlumba dan menjatuhkan..... pimpinlah orang lain ....
aku tidak suka mereka yang bongkak dengan kejayaan.. bercakap besar.... merendahkan diriku walaupun aku tahu banyak kelemahan... nah, aku manusia biasa yang perlu hidup cuma hidupku baru bermula semenjak 7 tahun yang lalu...
anggaplah aku baru dilahirkan didunia dan tidak mengenal apa2... aku cuba pasrah dengan suratan ini...
aku baru ingin mengenal dunia ini, namun sebabnya tidak mungkin dapat kuungkapkan disini...
aku tahu ada kalangan rakan yang membaca disini.. terima perkara ini dengan hati terbuka ek.. jangan terkejut pulak..
sejarah hidup dari kecil sehingga besar memang mendukacita jugak... ahaha... tak perlu diceritakan... terus saja ke hadapan....
aku masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana aku masih mencari pengalaman hidup yang masih belum cukup....
blabalabala................mmmm, susah nak berfikir mungkin terlalu panjang dan aku pasti orang lain jua mempunyai sejarah tersendiri.
aku tidak mahu hadir kuliah esok.. emosi aku masih belum stabil... haha kehadiran masih diambill.... sometimes terfikir betulkah aku di dalam bidang ini?? terima kasih kepada rakan yang membaca nukilan ini.......
No comments:
Post a Comment