MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Wednesday, November 16, 2011

ISTILAH MENGIKUT ZAMAN....

Jika kita marah >> TOPUP wuduk untuk menyejukkan jiwa

Jika kita bingung >> KLIK doa agar tenang hati

Jika kita dipuji - RELOAD syukur supaya tidak alpa

Jika kita gagal - DOWNLOAD usaha untuk memberi semangat

Jika kita kecewa - RESTART tenaga agar sentiasa sedar

Jika kita bersedih - SELECT ibu bapa untuk meluahkan perasaan

Jika kita berdosa - UNDO perangai itu dan bersolat taubat

Jika kita berdendam - DELETE buruk sangka supaya bersih hati

Jika kita berbohong - BACKSPACE kata-kata untuk memperbetulkan keadaan

Jika kita buat maksiat - REGISTER SOFTWARE sikap baru dan bertaubat nasuha


bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain. kalau orang tegur nilai dulu betul ke tak? kalau betul berubahlah. kalau nak tegur orang pula fikirkan dulu diri sendiri sama juga ke? orang yang berterus terang dengan kehikmahan sebenarnya orang yang boleh menjadi sahabat sejati dalam hidup kita walaupun kita kerap kali terasa hati...

Sunday, November 13, 2011

PEPERIKSAAN MENJELMA


bukan sesuatu kerja yang mudah untuk meluluskan diri dalam sesebuah peperiksaan. namun usaha tetap perlu diteruskan. namun, kita semakin yakin dari hari ke hari kita semakin matang menghadapi segala bentuk situasi yang menjelma di sekeliling kitakan.

ia bermula dengan belajar secara sendiri dan cuba memahami sesuatu fakta. ia bukanlah sesuatu yang mudah dan kadang kala kita memerlukan satu penerangan yang lebih detail terutamanya daripada pensyarah.

proses menghafal paling membebankan kerana perlu mengingatkan setiap words yang dibaca. kalau sedikit tak mengapa namun kalau banyak sangat meletihkan.

proses pembicangan secara berkumpulan pula, memerlukan beberapa orang ahli. bagi aku dalam 3 atau 4 orang sudah mencukupi. tidak wajar lebih nanti ke lain perginya. dalam melakukan perbincangan, jangan sesekali kita lupa untuk mendengar pendapat orang lain, memberi respon, jangan diam sahaja. cuba memberikan jawapan yang memuaskan hati..

kalau orang tu kurang pandai atau jawab salah, ahli yang lain boleh gelak namun singkatkan gelak tu sebaliknya beritahu jawapan yang sebenar. elakkan daripada memerli secara berterusan seseorang itu kerana ia mewujudkan ketidak selesaan.

seterusnya, kalau kita melihat orang tu asyik mendiamkan diri saya tanpa memberikan idea, cubalah bertanya mereka.. cuba memberikan ransangan secara positif dan hargai kehadiran mereka...

kalau nak bercakap pun berfikir dululah jangan asyik teka saja nanti orang cepat bosan.

jangan memandang ahli yang kurang menyerlah dengan pandangan merendahkan mereka. selalu juga bertanyakan mereka dan tingkatkan keyakinan mereka.

kalau ada sebarang sumber jangan lupa kongsi-kongsikan dengan orang lain. ia membawa berkat. membantu orang lain untuk turut berjaya. namun biar berpada-pada..

kurangkan bercakap banyakkan mendengar kalau ada idea yang kreatif jangan lupa luahkan. kalau pendapat orang lain lebih ok.. cuba sokong dan 'bungakan' lagi idea itu dengan pendapat kita pula, agar ia diterima.. jangan tolak mentah2 idea itu...

elakkan terlalu banyak kali menyebut nama rakan yang sama.. contoh ali.. jawapan ko apa..ali...ali... habis bilalah si abu nak dapat beri idea...
itu sebenarnya menunjukkan pihak tersebut lebih cenderung dengan si Ali...
stay calm abu... cuba sebut nama si abi yang suka sangat panggil ali.. cuba minta pendapat dia beberapa kali, cuba mulakan terlebih dahulu....

akhir sekali jangan lupa ucapkan terima kasih secara keseluruhan kepada sesiapa yang terlibat jangan spesifik kepada seorang saja.. terasa yang lain...


bila masuk time exam.. ada pulak yang meniru0niru, tanya kanan kiri... kalau tengok diorang ni memang asli pandai tapi masih meniru..ish3.. kesian gak... tapi pernah gak terlibat dulu.. zaman tak matang lagi...hahah harap2 tak mengulanginya lagi..

lepas habis exam, suka juga orang berbincang soalan.. bagi aku boleh gak tapi kurangkan sebab kita tidak boleh kembali.. semua dah berlaku just go on.. kalau salah itu kelemahan kita.. terima takdir tersebut.

# kepada sesiapa yang tindak menggemari artikel ni tak perlu masukkan dalam hati ambil sekadar picisan ok.
# kadang-kala terdapat artikel yang copy-paste hal ini dilakukan kerana-
- pertama sebab kita tak mahir dalam bidang tu, mereka lebih mahir,
- artikel tu menarik,
- tapi jangan lupa bahagian bawah sekali turut disertakan pendapat peribadi iaitu dibawah URL. - kebenaran telah diminta daripa pihak berkenaan.
# kepada pembaca budiman, semoga anda terhibur dan mengambil iktibar daripada semua ini..

Friday, November 11, 2011

BUDAYA MENIPU


Kalau ada yang kata tak pernah menipu, mungkin dia sedang berbohong. Buktinya amat sukar untuk menemui orang yang tak pernah menipu terutama di kalangan anak muda masa sekarang. Waima nampak macam baik2 tu pun ada jugak yang menipu. Mungkin dalam hasil tulisan ni juga ada unsur2 penipuan...Mungkin?
Sebagai contoh, rata2 anak-anak muda mahupun yang dah tua mempunyai friendster. Kalau dah kata friendster tu, memang jelas lagi nyata ramailah suka menipu. Hatta sahabat yang pernah kita kenali sebagai "budak baik" sudah pandai menipu. Ini bukan omongan kosong. Cuba perhatikanlah sahaja status mereka. Yang belum bekahwin dikata sudah berkahwin. Yang dah berkahwin dikata pula belum berkahwin. Di mana nilai kejujuran antara kita? Kita hendaklah merahsiakan apa-apa yang ada pada diri kita bagi mengelakkan kita teraniaya terutaama dalam alam maya. Ya, benar! tapi menipu tetap menipu. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud

Daripada Ibn Mas'ud ra, Nabi saw bersabda:

"Berwaspadalah kamu dengan penipuan. Sesungguhnya penipuan membawa kepada maksiat. Maksiat membawa ke neraka. Seseorang itu akan berterusan dan bersungguh-sungguh menipu sehinggalah ia dicatatkan sebagai penipu."~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Dan bukankah menipu itu juga menrupakan ciri orang munafik seperti yang diriwayatkan di dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang membawa maksud

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

"Tiga petanda orang: Apabila bercakap ia berbohong, apabila ia berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah is mengkhianatinya."

Balasan bagi orang menipu pula adalah neraka seperti yang pernah dinyatakan dalam Hadis Bukhari dan Muslim

Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari ra, Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan; dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu-daya adalah menipu."

Nah, begitu banyak dalil yang mengharamkan kita daripada menipu. Dan untuk apa kita menipu?

Jikalau yapun nak rahsiakan status diri atau apa2 perkara mengenai diri atauppun tak nak orang kacau kita baik tak payah buat friendster kalau itulah sebab kita nak menipu usia, status perkahwinan-bujang atau bercinta-

Menipu juga meletakkan sesuatu bukan pada tempatnyya. Maknanya individu yang menipu itu telah melakukan kezaliman. Dan ingatlah balasan bagi orang yang menipu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Ada dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw bermaksud

Daripada Abdullah bin Umar ra, Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat."

~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~

Apa2 ana bukan nak menghakimi mana-mana pihak. Cumaterkilan budaya menipu semakin berleluasa. Tak malukah kita pada teman2 dengan menyatakan diri sudah berkahwin walhal masih bujang lagi. Seolah2 gersang sangat nak status kahwin. Orang yang dah kahwin lagi sanggup kata masih bujang. Lagi malu kalau mak ayah kita buka friendster, myspace,hi5,facebook,tagged atau lain2...Lagi malu pada Allah..

KREDIT KEPADA ‘INDAHNYA DISINI’

namun dalam kehidupan seharian kita, seharusnya kita berusaha merubahkan diri agar tidak terjebak dengan budaya menipu ini. kadang-kala kita tidak perasan bahwa kita menipu. kadang-kala kita menganggap ia sangat mudah dan tidak memberikan kesan. selalunya dalam kita membuat lawak kita lazim menipu dan membuatkan orang lain ketawa. selepas itu kita tidak memberitahukan hal yang sebenarnya semula. kadang kalakita berfikir dengan menipu dapat menceriakan keadaan atau suasana, tetapi pernah kita fikirkan kesannya? kita akan menjadi insan yang tidak serius dalam kehidupan. kita akan gemar melakukan apa yang penting untuk diri sendiri sahaja dan sebagainya.

Wednesday, November 9, 2011

MENINJAU KEBULURAN DI SOMALIA



apabila kita meninjau kepada nasib umat seaqidah kita di negara lain, sesungguhnya kita berasa tersentak dan berasa sangat bersyukur dengan keadaan negara kita ini. walaupun begitu, kita di Malaysia turut melalui saat2 getir walaupun ia bukan dari segi peperangan atau kebuluran namun bahana yang menyerang umat kita adalah melalui pemikiran pula. penularan bahana ini bermula daripada media sana sini yang sangat jelik mempengaruhi kehidupan kita..

Al-FatIhah dihulurkan kepada Noramfaizul Mohd. Nor, jurukemera BERNAMA TV akibat terkena tembakan curi sehingga menembusi paru2 nya ketika berada di Somalia pada 2 September lalu.. beliau dikategori sebagai syahid oleh mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

pembaziran yang kita lakukan di sini seharusnya diberikan bantuan kepada penduduk Somalia yang majoritinya beragama Islam. dalam tiga bulan yang lalu krisis kebuluran telah melanda dan meragut kira2 29,000 nyawa kanak2 berumur lima tahun ke bawah. pihak PBB dalam masa yang sama telah berusaha mengumpulkan dana sebanyak RM 7.16 billion darpda negara2 anggota namun hanya separuh jumlah sahaja dapat dikumpulkan. malahn lebih terharu apabila sebuah badan kebajikan dari Gaza pula aktif dan berusaha membantu pensusuk Somalia walaupun mereka sendiri dalam kesempitan... sesungguhnya golongan yang merasai kepahitan sahaja memahami perasaan mereka yang berada dalam kondisi yang sama.

melalui pembacaan keadaan sedemikian berlaku di Somalia bermula dari penggulingan presiden Said Barre 20 tahun dahulu.. telah dicemari dengan kekacauan dan sistema anarki..

campur tangan kuasa asing seperti Amerika telah merumitkan peluang keamanan negara ini. mereka cuba menentukan arah tuju negara ini melaui bertopengkan program kemanusiaan PBB pada tahun 1992 hingga 1993. hal ini semuanya kerana potensi minyak yang dimiliki somalia..

alhasil, penentangan berlaku kewujudan lanun2 telah banyak menggugat keamanan Laut Aden dimana mencuri kapal2 dagang melaluinya.. satu ketika dahulu kapal malaysia pernah menjadi mangsa...

kebangkitan Kesatuan Penagdilan Islam (UIC) telah ditentang oleh Kerajaan Persekutuan SEmentara (TFG) yang mendapat sokongan daripada Washington. mereka mengatakan pertubuhan islam ini mempunyai kaitan dengan al-qaeda. perang gerila yang terjadi antara kedua pihak ini telah menyebabkan penghantaran segala bentuk bantuan makanan terhalang dan merupakan faktor kematian wartawan malaysia tersebut.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN BOLEHLAH MELAUI DENGAN MENGHUBUNGI SEKRITARIAT DI TALIAN 013-3596574 ATAU SEBARANG SUMBANGAN BOLEH DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN AGRO BANK MISI KEMANUSIAAN SOMALIA, PERSATUAN BELIA SRI AL-AIN, NOMBOR AKAUN : 2-00-5561-000013190

kesimpualan daripada keadaan ini, dari pandangan Rid menyimpulkan agar kita membina semula penyatuan ummah dantara kita semula, elakkan sikap tamak haloba dan utama agama islam kita. satu kuasa islam besar perlu diwujudkan dan diaktifkan bagi menjaga ummah kita daripada dibelenggu oleh kemiskinan. keuntungan yang diperolehi oleh Arab dalam rukun ke 5 haji seharusnya disalurkan kepada kemajuan ekonomi negara2 islam sewajarnya.., kesedaran yang boleh digembelengkan oleh para guru di sekolah seharusnya menerapkan satu mekanisma efektif memberi kesedaran kepada murid2 dengan menceritakan peristiwa, video, gambar yang sedikit sebnyak dapat mendidik nilai dalam diri murid daripada terus terbelenggu dengan facebook, game, movie, hiburan dan sebagainya... golongan yang memikirkan ummah islam seharusnya dibentuk sejak dari kecil lagi.. dan ini merupakan tanggungjawab ibu bapa dan terutamanya guru di sekolah...

walaupun usaha ini bukanlah mengambila masa sehari dua namun kita perlu bermula dari sekarang. Malaysia walaupun bertindak secara sederhana dalam hal2 sedemikian saya yakin di Malaysia kita masih mempunyai peluang untuk bersuara untuk menyatakan perasaan dan sebagainya.. walaupun kita tidak secara totalli berada dalam sebuah negara islam yang sebenar secara sebenarnya... namun kebangkitan golongan intelektual semakin bertambah dan seharusnya kita perlu menyokong... apa yang saya lihat kini malaysia sedang diuji dari segenap segi oleh mata2 negara luar mahupun dari dalam negara sendiri... kebangkitan islam yang berlaku dimalaysia sebenarnya menarik minat kuasa asing untuk menyebarkan dakyah dan fitnah yang boleh merosakkan perpaduan kita semua.. oleh itu.. apa yang penting kita semua perlu bersatu.. elakkan perbezaan2 yang kecil.. sesungguhnya manusia itu diciptakan untuk saling berfahaman antara satu sama lain..

Tuesday, November 8, 2011

SISTEM PARKIR AUTOMATIK DI TERENGGANU



















sistem parkir automatik ini terdapat di terengganu, ianya sangat mudah digunakan dan menjimatkan ruang. anda boleh menonton video ini


mungkin dalam kalangan kita telah mengetahuinya, saya rasa...
hanya perlu meletakkan kenderaan anda dibahagian yang kosong .

sistem ini berfungsi dengan membuat pusingan. beberapa prosedur yang perlu diikuti pada papan kekunci. pemandu tidak sama sekali dibawa naik ke atas. hanya kenderaan sahaja.

setiap set boleh memuatkan 10 kenderaan mengikut jenis2nya.ia juga sangat menjimatkan masa.

(pasti anda pening gambar terbalik!!)

Monday, November 7, 2011

KEMBARA ANGKASAWAN


sebuah buku yang merangkumi satu inspirasi perjalanan seorang wira yang sangant dikagumi...
kesusahan yang dihadapi, cabaran, kekuatan, kejayaan, semangat, harapan yang terangkum dalam buku ini....

buku ini mendidik jiwa berjiwa besar.. dan berfikir positif.. dengan harga rm 25 anda akan banyak mengetahui bagaimana sesuatu misi angkasa lepas dilaksanakan.. latihan yang diperolehi.. adat2 yang harus diikuti... dan kesukaran apabila mendarat...

MAJALAH READER DIGEST


majalh antarabangsa yang sangat informasi... merangkumi isu kehiduapan, kesihatan, sains, motivasi.. keamananan yang perlu dimiliki oleh kita semua

apa yang penting ia mampu memperbaiki kemahiran english kita semua... tidak rugi membelinya hanya sekadar rm15