MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, September 9, 2011

RINTIHAN ANAK KEPADA SEORANG IBU


saat ini aku sedang dibuai mimpi, aku jauh diperantauan negeri orang namun aku bermimpi bahawa ibuku sedang memanggil diriku... aku meruntun sedih melihat diri ibuku, kedutan diwajahnya yang semakin bertambah dari hari ke hari. kedutan tersebut membayangkan betapa onak dan duri membalutinya semenjak membesarkan aku..

dalam mimpi itu, aku terdengar kata-kataaku yang lalu yang mungkin mengguriskan hati ibu kembali bergema di pendengaranku... aku ingin berlari memeluk ibu yang melihat dengan sayu, namun langkahan terasa berat.... aku memohon maaf ibu

ibu bersusah payah menyuapkan kami makan dengan kudratnya, ibu bersusah payah menemani diriku ketika di sekolah menghantarku dengan apa jua kenderaan basikal berjalan kaki.. ibu berlelah menyuapkan nasi kosong bersama ikan bilis goreng, ibu bersusah payah memaksaku mengikuti kelas agama, ibu bersusah payah mengejut ku ketika sahur, ibu bersusah payah menjaga adabku ibu bersusah payah menjaga tutur katanya agar ku tidak terguris, ibu bersusah payah mengeluarkan duit untuk memberiku baju baru, pendidikan dan sebagainya

ibu kau permata hatiku.. aku masih tidak dapat berfikir sekiranya dikau tiada suatu hari nanti.. dunia ini ku rasa malap... ku berdoa dalam solat agar dikau sentiasa dirahmati dan panjang umur..

ibu aku tahu kau terseksa dahulu dengan sikap degilku.. engkau pernah menangis tetapi aku tidak pernah peduli.. kini aku menagis mengingati perkara itu ibu..
ibu engkau seorang yang sunggu tabah, engkau ratu dihatiku.. engkau bertahan demiku, pernah ku melihat mu keletihan mengurusku.. engkau tidak mengeluh

kini aku dimenara gading, jauh darimu.. harapanmu aku pulang dengan kejayaan, engkau sentiasa berdoa keslamatanku.. diriku sentiasa dihatimu

anak ini semakin besar semakin ego.. maaf ibu.. mungkin pertuturan ini mengguriskan anakmu.. engkau bersabar dan cuba memahamiku.... engkau seorang wira ibu

engkau mendengar segala keluh resah jiwa ini dissat jiwa lain tidak pernah mahu mendengar

engkau menyambut kepulanganku dengan peluk cium setiba dari perantauan... engkau berasa puas

tapi aku kerap kali lupa dirimu... diri ini penuh kelalaian dunia sehingga aku bermimpi tentang dirimu yang melihat diriku...

aku menitiskan air mata di kala pagi dinihari, tersrdear dari tidur panjang... sungguh lama aku tidak menelefonmu ibu...

ibu semakin hari dikau menjadi semakin pelupa, ingatanmu tidak kuat sudah, kudratmu tidak seperti dulu.. namun engkau masih memelukku dengan kasih sayang ketika ku pulang beraya

aku bersyukur dikurniakan ibu sepertimu

aku berdoa dan berharap suatu hari aku dapat membalas jasamu selama ini

tunggulah diri ini ibu... bertahanlah ibu... aku mengejarmu ibu.... aku pulang ibu ingin memeluk erat dan memohonampun diatas segala keslahan yang tealh dilakukan kerana keegoaan ku

aku mudah mentah yang memerlukan panduan... maaf ibu... maaf ibu

aku tahu dihati sekeping hati yang mulia dan sentiasa memaafkan ku

engkau permataku ibu..ibuku sayang.........................

No comments:

Post a Comment