pengalaman mengajar di sekolah SKSS1 sedikit sebanyak memberi pengalaman yang sangat baru. aku boleh membuat kesimpulan bahawa murid sekarang mempunyai satu citarasa yang luar biasa.
mereka boleh dikatakan hampir sejajar dengan pengetahuan kita terutamanya dari segi teknologi. lihat berapa ramai yang mempunyai FB.
mereka boleh dikatakan hampir sejajar dengan pengetahuan kita terutamanya dari segi teknologi. lihat berapa ramai yang mempunyai FB.
murid sekarang juga turut menginginkan seorang guru yang ceria, baik, berinspirasi, moden, bersemangat, kreatif, aktif, berinisiatif dan bersahabat dengan apa yang mereka tahu.
ia sesuatu cabaran yang sangat besar untuk cikgu zaman sekarang.
tiada lagi rasa sedih atau terguris diendahkan. guru perlu tabah dengan melihat pelbagai kerenah murid yang luar biasa.
cikgu sekarang perlu bijak memotivasikan murid dengan cara yang kreatif kerana murid kini sudah pandai menjawab.
penggunaan teknologi seharusnya diletakkan pada tahap maksimum. guru harus mengikuti peredaran zaman.
yang paling mencabar adalah kaedah menghukum murid perlu dilakukan dengan betul, bijak dan memberi kesan positif.
bukan mudah menerapkan nilai2 agama dalam pengajaran, kerana sesetengan mereka mula menetang dan menolak. guru seharusnya tidak berputus asa dan terus berusaha.
setiap hari guru perlu berfikir apakah pembaharuan yang ingin dibawa dalam pengajaran untuk hari esok !
guru perlu bekerja keras kerana minda murid kini adalah minda murid kelas pertama...
No comments:
Post a Comment