salam semua, kali ni rid nak berkongsi dengan semua perasaan beraya kali ni. sebelum ni rid berpraktikum 2 di sekolah SS1, tak dapat dinafikan memang selalu teringatkan keluarga di kampung rasa tak sabar nak beraya bila dengar cikgu-cikgu kat sana bercerita tentang baju raya, kuih raya, duit raya..oops ada juga ek?
walaupun perasaan sebegitu, rid sangat bersyukur kerana masih berpeluang untuk beraya lagi kali ni. Allah panjangkan umur kita semua. bila masa-masa begini rasa nak makan lemang dan rendang dah terliur sangat.
baju raya tak beli lagi!!!! argh..... tertekan tau bila fikir baju raya tak beli seminggu sebelum raya. akhirnya decide beli di Perak je. harga tak mahal beli yang sederhana je dalam RM 59.90. itupun dah cari yang cantik kat taiping, tapi tak jumpa... jadi ronda-ronda di Kuala Kangsar.
akhir terjumpa lah satu di kedai Hari2...
wah, cantik gak baju ni warna merah... beserta sulaman ringkas bahagian leher dan tangan. pada mulanya nak beli baju kurta... ish2... tak sedar diri ni melayu..silap2 kena marah dengan mak..hahaha.. amik ko.
rasa puas dapat beli baju raya. esoknya aku g bazar taiping beli songkok bukit, mahal sikitlah berbanding songkok biasa. RM 25 sekali dengan corak keliling songkok.
selain tu g the store untuk beli seluar kasual... pilih yang ada potongan je jenama DP... huhu puas baju tak perlu beli coz kakak dan tolong belikan jenama Crocodile... hoi tengok harga over rm 100. betoi ke ni.... sejuk rase pakai... dapat kain pelikat lagi huhu... syukur2 rezeki melimpah2..
raya kali ni oklah. khutbah kali ni banyak bercerita tentang puak2 kristian yang semakin mengganas di Malaysia dengan menyebarkan dakyah diorang serta berkenaan dengan isu murtad yang tak sudah2....
masayarakat kita sebenarnya semakin kurang sensitif untuk menjaga agama kita. kadang-kala rasa risau juga dengan fenomena sebegini.
masa sembahyang di masjid dapatlah berjumpa dengan kawan2 bertanya khabar dan melawat pusara. hepi rasanye.. kawan lamakan....huhu
tapi ramai juga kawan2 yang balik kampung, so aku tak boleh nak ronda2 hari ni.
pagi ni juga saudara berkunjung dari kl... seronok lama tak jumpa rasa kasih sayang tu mekar semula.,,
petang tu kami sekeluarga melawat saudara dan rakan ayah pula... memang lemang sentiasa dalam mulut...macam2 jenis rendang jumpa... perut memang membuncit semulalah...hua222
petang tu juga saudara datang dari ipoh sekali dengan anak2 saudara.. hepi dapat mereka semua..hari raya kali rasa sungguh beerti dan ceria...
No comments:
Post a Comment