MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Sunday, August 28, 2011

DISKUSI DIRIKU 1- pertuturan korang..





salam semua, sekarang ni rid nak berkongsi dengan korang semua satu nilai yang orang kata dah lama terhakis iaitu menjaga pertuturan.

pernah tak korang bercakap kasar dengan orang lain? korang tahu apa itu bercakap kasar? apa definisinya bagi korang?

pada pendapat rid, bercakap kasar atau tidak menjaga pertuturan ni adalah satu luahan perasaan seseorang terhadap orang lain dengan cara tidak baik atau menyakitkan hati orang itu atau percakapannya dipandang dengkel oleh masayarakat....

kamu semua terasa tak sekiranya kawan-kawan bercakap kasar seperti :
wei! hang ni lembaplah!, hang ni bodohlah sudahlah bengap!, ko ingat ko bagus sangat ke?

bercakap kasar juga boleh dilakukan dengan cara tidak langsung seperti dalam penulisan dalam wall2 atau sebagainya... semua ini dilakukan untuk menyampaikan rasa tidak puas hati.

namun, kenapa kita tidak boleh positifkan setiap kata2 yang dikeluarkan?

sukarkah berbuat begitu?
kita seakan-akan hilang nilai untuk bersikap secara baik...

perlu kita sedari hati manusia itu berbeza , tidak sama. cara mereka menterjemahkan setiap ucapan juga sangat berbeza.

mungkin bagi mereka ia biasa2 saja, mungkin bagi yang lain satu bebanan yang cukup berat.

apapun rid nak nasihat kat sini dalam kita berkomunikasi dengan orang lain cubalah berkomunikasi dengan positif tidak kira siapa mereka. cuba hormati setiap pendapat mereka dan kalau boleh serba sedikit ikut rentak cara mereka berkomunikasi....

kalau kita mempunyai masalah dengan seseorang sebenarnya bertindak secara terbuka dan berterus terang secara berhikmah dengan pihak tersebut.
kita tidak mahu menjadi minyak yang membangkitkan lagi kemarahan...

kadang-kala diam itu cara terbaik, tapi ia praktikal sekiranya dilakukan pada peringkat permulaan, selepas 2hari pergaduhan lebih baik terangkan permasalahannya... jangan tunggu sehingga sebulan... kerana pada ketika itu syaitan lebih gemar menyebabkan kita berprasangka buruk...

rid juga menasihatkan diri rid dan semua pembaca agar sentiasa menjaga hati tidak berprasangka buruk, cuba berkomunikasi dan berbaik dengan rakan2. cari penyelesaian dengan meyedarkan pihak satu lagi, berdoa dan paling penting perlu difahami setiap manusia mempunyai kelemahan masingmasing.... kalau nak hina orang lain, fikir-fikirkan kelemahan sendiri dan berapa orang yang memihak kepada kamu, luahkan perasaan pada orang dipercayai, jangan bawa2 cerita kerna ia jadi mengumpat berdosa... silap2 makan daging saudara sendiri....

ok semua, semua permasalahan ini pernah rid hadapi malah sedang dan mungkin akan menghadapinya lagi... oleh itu kesabaran dalam diri sangat2 rid perlu jaga. wasalam.

No comments:

Post a Comment