MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Monday, November 7, 2011

MAJALAH GENQ


majalah ni majalah islamik yang sangat ringan... sesuai untuk para remaja yang inginkan motivasi secara santai....

sangat informatif... dan mendidik jiwa... harga dalam rm7 saja..

tak rugi baca.. sekurang2nya duit kita telah dibelanjakan kepada jalan yang baik.. salah satu pelaburan akhirat...

buku ini menyingkap pelbagai situasi kehiduapan dan cara mengatasinya dengan santai.. sangat penting dimiliki oleh remaja kita sekarang bagi memperbaiki moral semua... bacalah...

MAJALAH INFINITY


majalah ni sesuai untuk semua terutamanya untuk golongan yang meminati sains...

banyak info yang terbaru, pelik, dan tidak terjangkau akal.

sesuai para guru sains yang ingin berkongsi cerita dalam bilik darjah...

majalah ini boleh membuka minda kita, untuk mengetahui apa diluar dunia sana dan membuat kita berasa bersyukur....

SARAPAN PAGI


wow!!! terliur mulut bila teringat sarapan pagi ni beberapa hari yang lalu... jiran yang bagi...

ada ketupat
kari ikan
ayam masak merah
tapai

meremang tekak bila dapat makan.. sedap tak terkata...

ALAT KERETA



di sebelah ni gambar alat kereta yang telah diganti... watch out kepada kita untuk memastikan bearing tayar, dan tabung gas air (setiap 2 tahun perlu ditukar) untuk memastikan enjin tidak bermasalah.... bearing air cond yang tidak elok akan menghasilkan bunyi yang kuat.. kadang kala kita keliru dengan timing kereta... malah ingat jugak jangan lupa mencuci bahagian simpanan air agar karat2 tidak termendam didalam enjin... besar lagi masalahnya....

lagi satu, kalau kereta berbunyi nyaring mungkin ia berpunca daripada tali enjin yang tidak sesuai saiz.. so, checklah kat kedai....

CLAY SINTETIK




haritu.. sama tarikh dengan PC fair ada jualan barangan pendidikan di sebelahnya TTC...

sempat berkunjung bayak aktiviti seperti nasyid, pertandingan mewarna dan jualan buku2..dll

paling menarik rid terjumpa satu booth yang menjual clay... clay ni sintetik punya iaitu daripada polimer...

dibuat di Korea asalnya... apa yang unik ia ringan, tidak melekit, senag digubah.. tak berbau... harga dia pun mahal sekotak dalam rm 4o lebih...

pelayan gerai ni pun cantik orang nya... asyik senyum2 jer... berdebar rasa hati..hahaha

bahan ni sesuai untuk kanak2 dan sesia saja yang kreatif nak menggubah.. bahan ni bila diletakkan/dibiarakan terkena udara untuk beberapa minit akan menjadi keras... lepas tu apabila ingin dilembutkan semula , rendamkan di dalam air...huhu... selamat mencari.......

JOGING DI BUKIT BESAR





kali ni rid berjoging diBukit Besar pula... pada mulanya was2 sebab seakan -akan hujan sahaja. tapi apabila sampai di sana tidak hujan.. ramai sungguh manusia yang berpusu-pusu ke sana. rid lihat banyak yang sebaya dan muda tratantang....heheh

terkejut bila, kecerunana dia menaik secara mendadak... rasa macam nak terbalik ke belakang saja... ada yang berlari naik bukit.. apa cite nih... hero sangatlah tu... tup4... akhirnya dapat dipotong 5 minit slepas tu.. teringat kisah sang arnab dan kura2 pula... naik dan terus mendaki sampailah be bahagian.. perkataan ALLAH , memang besar.. dan part tulah yang palin cerun...

teruskan perjalanan lagi... sampai kemuncak ada TM dan celcom punya pencawang.... kalau nak bandingkan dengan bukit larut taiping, di taiping lebih jauh dan mencabar... kalau kat taiping ada bayaka stesen2 untuk berehat... dan sangat jarang orang sampai ke puncak kecuali naik land rover je..

apabila pulang dari bukit besar ni terserampak pula dengan kuda yang comel.. tengok saja.. lepas tu, terus mencari tempat makan..haha

RAYA AIDILADHA DIPERANTAUAN 2011





salam semua, sudah lama tidak menulis, rindu rasanya..

pada kali ni rid menyambut perayaan di perantauan. perasaan kali ni tidak terlampau sedih sebab baru lagi balik rumah minggu lepas cuti seminggu. malah, minggu depan rid akan balik kampung untuk cuti akhir tahun.

kali ini selepas menunaikan solat di Masjid Padang Nenas yang solatnya pukul 8 pagi.. rushing sangat haritu.. sebab ingatkan pukul 8.30 pagi.... khutbah yang disampaikan sangat berkobar2... banyak berkenaan siu2 semasa antaranya isu kesatuan ummat islam, cabaran, desakan yang diterima... meremang bulu roma... namun, rid berharap agar semua mukmin akan lebih cakna dan bukan sekadar mendengar atau bercakap sebaliknya perlulah ada usaha konkrit untuk memartabatkan semula Islam di Malaysia ini...

pop..pop... pagi ni saudara sebelah rumah hantar setalam hidangan makanan.. sedap sungguh.. tak menyangka dia hantar. terubat sedikit rasa ingin makan masakan ibu..

menyoroti pukul 9 rid dengan rakan turun membantu jiran untuk menyembelih lembu... sebelum ni pernah tengok je... kali ni rid merasai bagaimana pegang kaki lembu untuk dibuang kulit...hahah... berat badannya... lepas buang kulit, kerat bahagian pahanya pula.. tapi kena berhati2 kot2 tertoreh bahagian usus dia keluar najis pulak...Memang dh terjadi pun.. bukan rid buat orang lainyer.... melantong bau najis... cepat2 ditutup bahagian tu agar tidak menyerap dalam bau daging pulak....

ringkas nyer... lepas tu daging tu digantung di tiang rumaah.. sebab dh tak de tempat lain... apa lagi rid dan rakan melapah daging tu sampai habis... huhu.. best jugak... yang unik nyer kami hanya menggunakan pisau dapur memotong sayur....hahaha.... bayak kali ditegur... buat dek jer...tup3 siap juga... pengalaman baru tau.. apapun pastikan pisau anda cukup tajam...

lepas tu proses menimbang... untuk dibahagikan kepada 7 bahagian.. ikutlah ada juga orang beli ikut bahagian... 5 bahagian, 1 bahagaian... tak silap satu bahagian dalam rm 300 lebih.... check it out sendiri ek.. harga seekor lembu plak dlm rm2700 ikut tempat gak.... lepas selesai timbang tu bahagi2kan kepada orang lain... tak menyangka dapat daging jugak.. terharu nya.... niat datang hanya sekadar menolong tak terfikir dapat daging...

seterusnya rid membantu jiran yang sedikit jauh dari rumah untuk melakukan pemotongan daging kepada bahagian2 kecil... katanya nak buat aqiqah. berpeluh jugak.. tanganpun jadi keras juga..

sebelah petang tu, rid dijemput makan dirumah jiran.wah, sungguh bahagia.. hari yang sungguh bermakna kali ini....