MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

Kuala Lumpur dan Selamanya...

selepas melancong di Genting Highlands, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. kuala lumpur seperti biasa sibuk, seperti biasa menginap dirumah banglo di Petaling Jaya. selesa untuk melalskan penat seharian perjalanan.

perjalanan dengan menggunakan kereta Forte kelihatan lancar dan mengujakan. aq duduk di sebelah pemandu iaitu abang ipar aq. menjadi penunjuk jalan sekiranya terlepas laluan.huhu. seronok.

matlamat utama berada di kuala lumpur adalah untuk membeli barangan keperluan seperti pakaian dan sebagainya. banyak2 mall2 besar kami jelajahi seperti Bandar Seri Utama dan saya pun tak ingat. mungkin dulu, aq tidak pernah terfikir untuk berada di tempat seperti itu, dulu faktor kekangan wang banyak menyekat segala. dulu ia sangat janggal dan menakutkan berada di tempat seperti itu.

kini, tempat seperti itu menyeronokkan bagi aku, banyak perkara dan barang baru dapat aku lihat. mudah. senang.

barang2 seperti beg roda, pakaian dan sebagainya dapat aku beli secara pukal. selain di sana, tempat utama yang dituju adalah gedung jualan akhir tahun, penghabisan stok. di sana baju berkualiti dapat ku beli dengan harga yang murah. puas aku membeli secara banyak.....

memang bagi aku, ia akan menjadi rutin akhir tahun, untuk mendapatkan barang2 berkualiti dengan harga yang rendah. Oh, KL tunggu ye kehadiran aq tahun 2014....

No comments:

Post a Comment