MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA
ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..
Search This Blog
Wednesday, March 13, 2013
PERTEMUAN SEMULA
assalamualaikum semua, telah lama rid tidak mencoretkan khabaran diruangan ini. rid bersyukur kerana masih dapat menghirup udara segar di atas bumi ini. tamat sesi study di IpG merupakan satu kenangan indah yang menakjubkan. banyak perkara yang telah rid lakukan sepanjang rid berada di rumah kembali. antaranya melibatkan diri dalam khusus komuniti, mempelajari bahasa mandarin asas, bekerja sebagai guru tuisyen di 3 buah pusat tuisyen selain pengalaman bekerja di kedai dobi. selain itu, minat membaca juga terlalu dalam menghantui diri ini. apa yang mampu rid akan coretkan di sini kerana terlalu banyak. mungkin akan memudahkan apabila rid memiliki tab kelak. selain itu, ridbersyukur sebab dapat mula menabur jasa kepada keluarga melalui gaji yang rid perolehi. kepada sahabat yang mengenali apa khabar semua, rid sangat kamu walaupun rid bertemu kamu semua. sejumlah sahabat telah mula berkhidmat dan itu satu peluang yang begitu cerah buat mereka tahniah. rid akan mencoretkan banyak pengalaman dan kenangan semasa berada disini. harap pertemuan selepas ini berterusan dan berkekalan.nantikan post dari rid ye. salam.
Monday, October 29, 2012
PENYEBAB EMOSI MARAH
Manusia itu
sekujur tubuh yang sangat istimewa. Segala keistimewaan terdapat dalam dirinya
dari luaran mahupun dalaman. Sejak dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki
terdapat kehikmahan yang sangat besar. Hasil ciptaan ini manusia seudah pasti
perlulah bersyukur. Namun, kali ini Rid bukan ingin berduskusi berkenaan dengan
kelebihan fizikal kita itu namun rid lebih terdorong untuk meneroka dunia emosi
manusia yang hidup melata atas dunia ini.
Manusi memiliki
emosi yang berlainan. Tiada seorangpun didunia ini yang mampu memahami emosi
orang leain secara menyeluruh. Manusia itu terlalu unik hasil ciptaan Allah
S.W.T. emosi gembira dan sedih sring kita lihat diskeliling. Malah, terdapat
juga golongan yang pandai menunjukkan emosi yang berbeza sebuah anugerah yang
besar diberikan kepada mereka. Namun, sayangnya terdapat juga manusia yang
tidak mampu meralisasikan sesetengah emosi dalam dirinya walaupun dia sedang
merasai emosi tersebut namun ia terpendam, sebagai contoh emosi marah. Seseorang
yang marah lazimnya menunjukka wajah yang berkerut serta bewarna merah dan
mengeluarkan percakapan yang kasar namun bagi mereka yang tidak mampu
menonjolkan emosi ini mereka berada dalam dilemma.
Masalah timbul
apabila dia marah namun orang lain tidak dapat merasainya. Sedangkan di dalam
hati mereka kemarahan semakin bergellojak. Lazimnya golongan ini kerap
berdiskusi secara tenang dlam menghadapi kritikan dan cacian orang. Pendekatan untuk
menghindar dan mempertahan kan diri lazimnya diambil oleh mereka. Kesukaran besar
timbul apabila pihak lain tidak bertindak mengundur diri sebaliknya terus
menerus membuat dia marah. Hal ini sebenarnya mengundang kemarahan yang lebih
besar. Walaupun golongan ini sebenarnya tidak memiliki menonjolkan emosi pada
peringakat awal namun mereka berkecenderungan untuk menonjolkan emosi yang maha
hebat pada peringkat tertinggi setelah segala kerahan tenaga diberikan secara
dalaman kepada emosi marah tersebut. Golongan ini mungkin boleh bertindak kasar
seperti menampar, menumbuk malah membunuh.
Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang sabar. Memang benar kesabaran dalam diri merupakan tayar
yang sanggup meredah pelbagai struktur dataran yang terpaksa dilalui. Namun,
perlu diingat sebuah tayar juga mampu pancit atau pecah sekiranya kesabaran
tersebut dibiarkan lama atau tekanan yang terlalu besar. Perkara mudah yang
boleh dilakukan oleh manusia biasa lain
1) bertenang dalam
berkomunikasi
2) elak daripada
berdebat secara lanjutan
3) mengaku kalah
walaupun kita berasa kita berada dipihak yang benar
4) lirikkan
senyuman ikhlas dari hati
5) rendahkan suara,
cuba fahami situasi diri orang tersebut
6) elakkan dari
bersikap mengkritik
7) jangan bersifat
hipokrit dalam persahabatan
8) saling membantu
dalam kepentingan bersama seperti urusan kebersihan rumah seperti membuang
sampah, mencuci lantai, menyapu sampah, mencuci tandas, membersihkan halaman
9) hundari diri
dari mengkritik sahaja sebaliknya diri sendiripun membuat kesilapan yang sama
10) hormati
penghuni lain dengan memahami keperluan mereka
11) berterus
terang dalam pertuturan secara berhikmah
12) berikan nasihat
yang membina keyakinan
13) jangan
merasakan diri kita sahaja yang bagus dan benar
14) hargai
pemberian orang sekiranya pemberian kita orang lain hargai
15) janji perlu
ditepati
16) hindari
daripada menipu
Hati bagaikan
istana yang sungguh indah. Disana pelbagai perasaan boleh dihuni. Semaikan perasaan
dari hati yang suci. Cuma satu, perpaduan itu sbeenarnya amat sukar dicapai
sekiranya kita umat Islam tidak bersedia untuk berjemaah bersama-sama membentuk
ummah yang berjaya. Solat merupakan satu cara yang mulia dan terbaik
mempereratkan hubungan. Kukuhkanlah hubungan dengan solat bersma, sucikan hati
pasti sinar menjelma. Dahulukanlah diri sekiranya anda memiliki ilmu untuk
menjadi Imam. Sekiranya kita tidak menjadi pendahulu, maka siapa lagi akan
memulakannya?
Lagi satu, dalam kehidupan janganlah letakkan
kelebihan dan kelemahan seseorang itu dalam memilih persahabatan. Akhlak mulia
seharusnya dijadikan priority utama kerna akhlaklah yang akan membawa diri kita
diingati apabila mati kelak. Mungkin di zaman muda kita ini kita tidak mempunyai
kesedraan ia tidak terlambat namun sungguh kasihan sekiranya sikap buruk itu
masih ada dlaam diri walaupun umur telah banyak…peringatan ini adalah untuk
diri saya dan tatapan semua. TQ.
Sunday, October 28, 2012
Maaf Yang Ada Makna..
hampir tamat perjalanan aku di IPG ini, banyak perkara yang telah melakari perjalanan hidup ini. bukan mudah untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang silih berganti setiap hari. hanya dengan kesabaran dan ketabahan hati yang menetapkan jiwa ini sentiasa ingat kepadaMU ya Allah.
sukar digambarkan kegembiraan yang bakal ku gapai. mengakhiri dunia penuh dengan peperiksaan serta hiruk pikuk masyarakat sekeliling.
beberapa tapak sebelum meningglkan IPG aku masih berasa sedih mengenagkan peristiwa perit dan manis yang telah ku hadapi. penghinaan, cacian, pemulauan, kritikan, ketidakpercayaan serta kelemahan diri yang terjelma selama ini telah ku gulungkan untuk dijadikan sejarah yang membawa pengajaran dalam hidup ini.
kenangan manis juga tidak kurang banyaknya telah membuka minda dan jiwaku untuk berjiwa besar agar mengorak lebih cergas kelak. nanti hari perpisahan akan menjelma, kami semua akan berkumpul bersama...
aku mengharapkan tiada sikap hipokrit disitu. sekadar mengharapkan keihlasan dari semua dalam menuturkan maaf kepada sesama kita. jangan dijadikan perpisahan akhir ini sebagai trend untuk menyebut perkataan maaf tersebut.. sewajarnya kita sentiasa bersedia memohon maaf dari segala tindakan kita yang selama ini telah mengguris hati dan perasaan orang lain. sikap kita yang gopoh menindas perasaan, menengking sesuka hati, mengetepikan untuk kepentingan sendiri, menabur fitnah, manabur janji serta culas dalam tanggungjawab selama ini perlulah kita muhasabah diri.
jangan kerana perpisahan ini kita menangis sementara sengaja mewujudkan kesdihan yang tiada keihlasan. bagi aku, sekiranya kita ikhlas memohon kemaafan adalah setelah kita melakukan kesilapan tersebut bukan menanti selam ini memohon kemaafan. hati itu kita biarkan terlalu lama terluka dan kini kita hipokrit meminta kemaafan.
ayuh sedarlah manusia, kita hamba Allah yang serba lemah dan daif. tadahkan tangan mu mohon ampun diatas dosa yang kita telah lakukan. bersungguh-sungguhlah wahai sahabatku dalam membuat perubahan. nasihat kepada diri saya sendiri agar pandai membawa diri, hormati rakan serumah, berkomunikasilah dengan baik, hargailah mereka, laksanakan tugas bersama-sama, mudahkanlah komunikas jangan wujudkan tirai pemisahan.
tidak pernah terfikir hati manusia berbezabeza... sungguh aku cuba menerima semua ini dengan lapang dada walaupun kadangkala aku terdiam berfikir dan terus berfikir....
maaf bukanlah dari mulut namun perlu dari hati. maaf yang diberi tidak akan mendatang manfaat sekiranya kita masih sama membuat kesilapan seperti dulu. terlalu ego dengan kesempurnaan yang dimilki, berasa terlalu senag bergaul dengan rakan-rakan yang hebat. nah, memang aku mendoakan kesejahteraan untuk semua. hidup ini baru bermula bagiku, aku memerlukan sokongan yang ikhlas dari semua.
kepada golongan yang sering menghina dan merendahkan diri ini, aku redha dengan kedaifan diri ini. aku menerima semuanya walaupun pahit untuk ku telan. seketika nanti kita akan berpisah dan mungkin entah bila akan berjumpa semula. aku mengucapkan banyak terima kasih diatas teguran itu selama ini banyak meresahkan jiwa dan menitiskan air mata dalam hati ini. aku belajar dari sikap diri ini dan orang sekeliling. aku sedar bahawa jangan sesekali mengulangi kesilapan yang sama. aku juga mengingatkan kepada yang lain agar sentiasa sedar bahawa dunia ini bukan milik kita sahaja namun ia dihuni oleh pelbagai makhluk yang sentiasa memerlukan perhatian. sesuangguhnya maaf itu bukan mudah untuk diberikan.... namun sekiranya kita dapat maaf itu hargailah ia.......
Ilmu yang kita miliki tidak menggambarkan diri kita sebenar sekiranya kita tidak mempraktikkannya. usah anda mengatakan anda dari golongan agama, kelulusan tinggi langit, pencapaian itu dan ini sekiranya sikap anda terlalu kotor untuk diterima. sedarlah... sedarlah wahai kaumku semua... esok masih ada, Allah itu Maha Adil, setiap apa yang kita kerjakan pasti mendapat balasan kelak.....
aku bahagia kerna akhirnya dapat ketemu semula keluargaku yang jauh. mereka memahami diriku. menyokong, dan memberi semangat kepada diriku. mereka sumber kekuatanku selama ini. aku sedar sejak akhir ini aku banyak berubah. aku berubah kerna terpaksa, keadaan mendesak diriku untuk berbuat demikian. tiada kata lain boleh aku ucapkan. aku hanya tersenyum walaupun hati tetap berparut. teringin benar aku hilangkan parut itu, namun kesilapan yang sering diulang2 mendalamkan parut yang tersedia ada...
aku yakin ya Allah, engkau maha mendengar keluhan hati ini. engkau memahami emosi diriku. sesekali aku tidak pernah meminta keadaan sebegini, namun aku terima kerana pasti ada hikmah yang tersirat. hidup ini satu perjuangan yang baru bermula.

Thursday, August 30, 2012
HATI DAN JIWA BERBICARA
HARI INI
hari ini aku merasakan seperti selalu tiada perubahan, aku ingin terbang lebih tinggi, menggapai awan tinggi., cuba duduk diatasnya dan mengurai rambut bersama benih2 air hidrogen oksigen agar oksigen yang memenuhinya dapat ku hirup dalam.. dan aku berasa puas... sejak dari dulu aku telah berubah dan ingin terus berubah.. terlalu banyak pengajaran berlegar di pemikiran dan mematangkan seperti rambut hitam yang bertukar putih..
rambut bertukar warna kerana faktor tua, namun terdapat juga kerana faktr tidak tentu waktu tidur rambut berubah putih...
banyak telah ku susun setelah grade kelak.. fokus kearah kejayaan yang lebih gemilang seperti lagu 'bintang hatiku dilangit'.. sebuah lagu dalam fikiranku yang akanku terjemahkan...
maka, tempatkan aku dalam kalangan mereka yang engkau redha dan rahmati.. aku ingin suasana ceria dan mempunyai visi dan misi jelas.. rakan2 baik memang ku idam... aku menanti bila ia tiba aku lebih ceria tersenyum...
PENDIDIKAN
sebenarnya banyak yang kita perlu capai dalam kehidupan, mungkin kita merasakan telah mencapaikan semuanya.. namun benarkah? siapa tahu. benda masih tidak tersingkap dan bersembunyi..
selalu hati menginginkan namun kerap tidak digenggam.. ia pengajaran kepada diri kita.. kita perlu redha dengan diri usah putus asa, fikir sejarah dimana diri kita, belajar dari kesilapan untuk terus berjaya...
pendidikan untuk kita terus berfikir secara positif.. ++++ seakan nilai matawang yang kian bertambah begitulah sikap positif yang terus kita kumpulkan... fikir positif dimana sahaja akan mengukir senyuman bila tidak disedari... kita tersenyum tanpa disedari... namun orang lain tahu... tanda bahagia... refleksi diri berapa banyak kita tersenyum... ramai muka ketat.... longgarkan skrunya... terlalu banyak otot muka yang perlu kita aktifkan... dapat melambatkan penuaan umur...
KAYANGAN
hidup mekar diatas kelopak bunga merah dengan butiran jenih air menjadi bantal kepala ini... sejuk air memadamkan panas kepala. daun yang teruntai ke bawah seakan tangga menuju ke laluan titian yang sungguh cantik.. gerakan air menenangkan, kaki memijak perlahan sekan terayun ombak.. begitulah jiwa hati pabila tenag ia beralun harmoni.
terbang bersama pepatung kaki berjuntai ke bawah sesekali ku sapa sang rerama.. cantik sungguh warna.. satu tarikan..tarikan yang terdapat manusia yang memiliki ciri kacak dan cantik.. bahaya sungguh mata melihat... begitulah corakan bahaya yang terpampang kerap kali tersalah tafsir menjerumus diri ke dalam kehidupan lupa diri..
tirai kayangan mahligai angkasa diselak jejari, mulus dan pulus waran. ahruman kemboja.. singgah sana menyirna tempat mereka berjiwa baik..kayangan yang ingin ku gapai bukan satu namun penuh impian...impian dalam diri ini terlalu mengganas ingin menemui cabaran.... tahan jua... nanti tiba masanya aku berdikari dan berbakti..

Friday, July 20, 2012
KEFAHAMAN SUKAR DIMENGERTI
KEFAHAMAN
SUKAR DIMENGERTI
Untuk
memberikan kefahaman kepada seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap
individu memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Kadang kala sesuatu tugasan
itu tidak dapat dilaksanakan bersama atas sebab terdapat komitmen lain. Perkara
ini selalunya membuatkan salah faham dalam kalangan mereka. Cara berfikir
setiap individu sudah pasti berbeza. Kadang kala sesuatu perkara itu dilihat
secara fizikal benar-benar salah dan mereka terus membuat penilaian. mereka
menutup telinga dan mata tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak terbabit.
mereka merasakan mereka benar. mereka tidak terfikir bahawa mereka juga
bertanggungjawab untuk mengingatkan rakan sekerja mereka. Hampir kita
kecundang, mereka berasa suka pula halnya ingin membalas dendam.
Syukurnya,
m menyelamatkan keadaan dan menanya kita hal tugasan berkenaan. Kita sudah
pasti terpana terlepas pandang. Mengapa mereka tidak mengingatkan kita? Mengapa
kita terlalu cuai? Mengapa tiada kerjasama? Mengapa tugas itu tidak pernah
merujuk kita? Semua nak mula buat sendiri. Memang runsing bila difikirkan
tentang mereka. Penting diri atau mahu tunjuk hebat nah telah berpengalaman
dalam bidang tersebut. Kita menerima dengan hati rela. Kita ingin menjadi
pembantu. Cuma selepas persembahan itu, mereka menghamburkan kritikan terhadap
kita. Itu dan ini. Namun, kita terima dengan hati rela diatas ingin belajar
dari kesilapan. Memang berbeza selepas itu, lain macam suasana tidak mesra
seperti selalu senyuman seperti terpaksa rasanya dari mereka. Rasa mereka mula
dengki.
Menyingkap
dari permulaan, kita takut dengan tugas yang besar ini kerana tiada pengalaman
namun mereka begitu yakin dan Nampak gagah. Kita bersedia sebagai pembantu
kerana tiada pengalaman. Ironinya, pelan itu mereka tidak bincang dengan kita
sejujurnya aleh2 sudah siap. Kita terima seadanya dan berfikir positif.
Kembali
bersambung, mereka memulakan tugas itu tidak memanggil kita. Nah, nasib kita
ada tugas diatas. Namun, kita kecewa tidak dijemput. Mereka membuat ‘bising’
bahawa mereka bersendirian dan kita di’sound’. Apa harga kita disini hati berdetik.
Kita redha dan membantu rela.
Banyak
perkara diberikan bersama anak-anak kecil. Seronok dan ceria kita membantu.
Yah, siap sudah kami membina itu.
Kemudian
harinya, kita tidak hadir atas komitmen lain. Mereka masam muka dan lari.
‘mereka kata busy’. ‘yah, setiap orang busy, sangkal kita’
Zon
tegang bermula, zon tidak kita gemari sebagai rakan lama. Mereka tidak menegur
kita lagi. Berada dihadapan nya seperti bayang-bayang yang tidak berwarna
lutsinar. Hati kita merintih. Kita ingin membantu namun tidak tahu, bahan tiada.
Dering hp tertera mereka mengata kita tidak buat kerja. Mereka tidak menegur
kita lagi. Tegang itu seperti sebuah gempa yang bakal meletus. Kita tidak dan
enggan kerana mereka Nampak keras hati.
Petang
itu, komitmen dari sana datang lagi. Kita tidak dapat hadir dan mohon maaf. Tidak
berbalas. Esoknya, hari sebenar dan tidak ke tempat itu lagi. Ramai antara
tempat itu bertanya dimana kita, mereka menjawab tidak tahu. Ramai menduga
sesuatu tidak baik antara kita dan mereka.
Dua akhir
itu kita ingin menebus ‘kesalahan’. Kita ingin bekerja, namun mereka tidak
melayan. Kita merayu dan kita buat juga kerja mengemas. Kita sedikit lega. Mereka
marah dan menghambur banyak kata2.
Kata
orang lain ‘kita dan mereka bagai langit dan bumi sangat berbeza’. Lembut dan keras.
Apa penyelesaiannya.
‘dah siap semua’.
Kita
dituduh bermain dan senang. Kita menggantikan tugas itu sebenarnya.
Kita
tegur tidak jawab. No voice communication. So, no solution.
Dia kata
biar mereka cool dulu
Kita
lupa, tiada kerjasama. Kita dianggap peniru. Sumpah tidak kita hanya merujuk
dan mengambil apa yang perlu. Kenapa mereka suka kita kecundang. Tidak halal.
Nah,
halalkah sikap mereka kepada kita seperti itu, 3 tahun dulu telah kita
berfikir. Sikap mereka dari kenal dulu kita baikkah?
Kita
malu di’sound’ depan mereka2 dan budak kecil itu. Maruah kita tercalar.
Mereka2
memahami kita just say ‘u so polite, u take it positively..
Kita
tidak tahu perhubungan selepas itu bagaimana dengan mereka harap baik. Kita tidak
tahu berapa ramai orang2 mereka telah tahu dan berfikir negative tentang kita.
Mereka
terlalu keras untuk memaafkan… never learn.
Kita
penat, untuk menerangkan.. kita redha dan cuba berubah next day.
Cuma
kita dapat simpulkan beberapa perkara
1)
perasaan cemburu dan dengki terhadap orang lain boleh membawa kehancuran diri
dan orang sekeliling
2)
hati keras tidak akan membantu minda untuk menggunakan akal
3)
memaafkan orang lain merupakan satu anugerah besar
4)
menyebar fitnah dan memalukan orang lain bukanlah perkara yang baik
5)
belajarlah dari pengalaman lampau
6)
jangan menilai berdasarkan semata dilihat namun turut dengar apa yang mereka
ingin katakan..
7)
prinsip islam yang dijunjung dalam ideology perlu disuburkan dalam akhlak diri
8)
walaupun hebat, berbincang dan berkongsi dengan mereka yang ingin belajar
9)
jangan menerima pandangan dan pendapat dari golongan yang terkenal dengan sifat
buruk mereka. Dengarlah pendapat positif untuk mendapatkan kesan positif.
10)
kerana satu keburukan rosak semua kebaikan. Nilailah kebaikan yang terdapat
dalam diri seseorang
Saya
insan yang baru belajar mengenal dunia…
-adaptasi dari
siri monolog emosi-
Friday, June 29, 2012
ADAB BERTUTUR
1) berunsurkan kebaikan
2) jelas dan benar
3) tidak berlarutan
4) hinder banyak bicara
5) ulangi kata penting jika perlu
6) hindari kata bathil
7) jauhi perdebatan sengit
8) jauhi cela dan keji
9) hindari aib orang dan gelaran buruk
10) hindari dusta
11) hindari mengutuk dan mengadu domba
12) berhati-hati dan adil dalam memuji
13) hindari banyak bercanda
(majalah iman no. 4, m/s 51)
Subscribe to:
Posts (Atom)