MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Friday, March 2, 2012

Ingin mengayuh sampan seperti tidak berdaya
Ingin meredah lautan pasti kelemasan..

Jadi apa harus aku buat...

Nasi telah lama masak
bau tengik tidak lalu dihidu..

duduk bercanggung tepi beranda
terlentok pinggul diatas papan

apa pula maksudnya...

ironinya, manusia banyak pikiran...
banyak cerita dan ragamnya

banyak manusia banyak mulutnya
manis bahasanya siapa yang tahu?

megah berdiri bendera berkibar
ditarik tali layang-layang pula

Apa kaitan?

kucing mengiau
ikan baru digoreng..

tak ada rezeki?

hidup sendiri..
jiwa merana?

orang yang pikir

dunia berputar
manusia bergolek..

sudah tidak betul

fikiran melayang
fizikal terbenam...

sorok menyorok
dalam perigi

jatuh kelapa
jatuh perigi


pusing2
alih2
duduk disitu
orang yang sama

sejarah dahulu
suka berlagu

hafal selalu
tak masuk buku...



selamat menyambut bulan 3

Sunday, February 19, 2012

pengalaman mengajar di sebuah kelas baru-baru ini amat menggetarkan jiwa aku. tidak pernah sesukar ini aku terpaksa mengawal murid.

merupakan kelas yang terakhir , pada mulanya muridnya kelihatan baik dan tenang dan menurut perintah walaupun ada kedengaran suara-suara yang tinggi. aku menegur jangan selalu begitu kelak merosakkan peti suara. mereka menuruti..

aku memberikan teka untuk menaikkan keseronokan mereka. mereka memberikan perhatian. ia selesai. aku memberika helaian kertas serta mengajar satu persatu cara membuat robot di depan kelas, murid memberikan perhatian. kelas terkawal.

murid mula membuat bising apabila sebahagian mereka telah menyiapkan separuh tugasan. seorang budak merayau dalam kelas entah kemana.. dari kiri ke kanan. ke depan. aku turut bergerak melihat progress budak. budak itupun nak jadi macam cikgu. menegurnya buat kali pertama dia memberikan respon baik lalu duduk. beberapa murid lain turut mula bergerak ke arah kawan mereka sambil membawa lukisan. wah! kelas aku sungguh aktif, sangka aku...ilmiah sungguh saling bertukar idea...

membiarkan situasi berlalu.. aku memberikan perhatian kepada pelajar pasif.. menegur dan memberikan bantuan. murid tadi mula meronda semula tetapi keluar kelas dengan sendirinya.. aku terkejut., lalu memanggilnya.. masuk kelas! dia masuk namun tidak duduk. yang lain buat bisng. aku mengingatkan lima gambar terbaik bakal dipilih. mereka kelihatan biasa.

murid itu keluar semula kelas dengan sengaja ikut pintu belakang. darah aku sedikit naik. aku suruh masuk dan bertanya mengapa buat gtu? dia diam macam tak tahu berbahasa. sekali lagi bersabar dan monyoal siapakah bapanya? lulus. namun sayang dia tidak mengenal siapa ibunya.. aku pelik. siapa yang melahirkannya? wajahnya sungguh comel dan berpotensi berjaya. darah aku menurun tak jadi menghukum.

murid itu keluar semula, dan masuk kembali dan meniarap di atas simen. aku pelik dan geleng kepala. sungguh tak dapat kasih sayang sangkal aku. dia mula bergerak sekitar kelas dan mengambil peralatan dalam kelas dan mula bermain dengan murid lain. arahan suruh menyiapkan kerja tidak diendahkan. apabila ingin mendekati, mereka berlari jauh... aku bingung.

ramai pula yang buat perangai. kelas mula luar kawalan. arahan tidak diendahkan. mereka mula membuat bising. aku berteriak kuat.. high note. mereka terdiam dan duduk. aku memegang rotan. namun 5 minit kemudian mereka bising semula dan bergerak sekeliling kelas. aku tidak suka. rasa seperti di neraka apabila tidak mengendahkan arahan kita.

apabila kita bangun, dan ke belekang mereka berani kedepan. darah aku naik semula. dan mula memarahi beberapa orang budak yang asyik bermain. mereka sedang menguji kesabaran aku. arahan demi arahan diberikan mereka tidak endah.. aku menjerit kali kedua lalu bersedia memberikan hukuman. telingan murid itu dicapai. namun mudah dia memberitahu telinga saya berkudis. nah, nya memang berkudis dan berdarah sedikit. aku bersabar dan menyuruhnya diam dan duduk ditempatnya.

masalh nya dia mengulangi kesilapan.. aku terus touch dipipi sekadar mecubit sederhana. dia terdiam. kelas senyap. 5 minit kemudian, kelas bising semula.. satu perasaan lain sedang menyelinap. aku memberikan ugutan kepada sesiap yang tidak mendengar kata. mereka tidak endah. murid itu keluar kelas lagi dengan membawa geng kelas lain ke pintu. what the matter? aku soal dalam hati.

aku menarik rambutnya yang basah dan membawanya duduk. aku hilang sabar namun aku masih sedar batasannya. pada akhirnya aku menengking dan menolak perlahan murid duduk. aku tidak pernah marah budak sebegini.

mereka semua diam. 5 minit terakhir aku memberikan nasihat dan menegur perbuatan mereka. semua diam kecuali seorang, si hitam. dia melawan dengan keras. aku terpana. siapakah budak ini? dia menjawab dengan deras tanpa segan. aku menegur dan suruhnya mengulanginya. saya mempersoalkan tindakannya dan dia membuat mimik muka. tanpa aku sedari sebutir kata kasar telah aku katakan .......) aku tak rasa bersalah. memang budaya disini mengatakan perkataan tersebut. aku sangat jarang berkasar dalam pertuturan tapi dia telah mencabar aku.

aku keluar kelas dengan menahan kemarahan walaupun aku masih menerima tempias dari kanak2 itu. sesungguhnya bersabar dalam kemarahan merupakan satu jihad. aku bersabar dan terus senyum walaupun aku malu dengan orang lain. namun pelik budak2 menghulurkn tangan untuk bersalaman.

ia merupakan pengalaman terindah. selepas ini aku mesti berhati2 dan menggunakan kaedah yg sesuai. nasib baik kelas ganti...

aku menyoal seorang guru senior, dia turut menghadapi maslah yang sama. dia memahami dan mengiakan segalan luahan perasaan aku. aku bersyukur aku normal. dia tidak pelik apabila aku touch budak kelas tersebut. baru tadi aku lihat budak kena tampar dengan guru disiplin..

namun aku soal diri sendiri sampai bila guru perlu menghadapi semua ini. dan mengapa budak seteruk ini? aku ingin berjumpa keluarga mereka.... banyak perkara yang ingin disoal....

kebanyak mereka dari keluarga bermasalah.. dadah, cerai, curi.... aku bingung mencari penyelesaian yang sesuai... bayangkan sekiranya anda guru sebenar dan 6 waktu sehari face budak sebegitu... aku mual.. no wonder kalau boleh dpt darah tinggi.. aku harap sentiasa beringat.. bimbing aku YA ALLAH.

Wednesday, February 15, 2012

KATA DAN HARAPAN

sudah terlalu lama tidak menulis, ini merupakan entri yang terbaru. sebenarnya banyak benda nak tulis just shortkan saja

pertama nak menyentuh tentang sikap manusia yang terlalu melihat kelebihan diri orang.. kalau ada kelebihan maka diri seseorang disanjung, maka bagi yang serba kurang terperosok jauh.. sungguh duniawi

kedua, manusia sekarang terlalu mementingkan sanjungan, kalau dia dapat buat sesuatu yang luar biasa dengan niat nak kan sanjungan.. saya tak pasti apa kesannya.. cuma bagi saya buat sesuatu dengan ikhlas bukan kerna sanjungan.. orang macam ni slalunya kita bleh lihat daripada percakapannya.. dia selalu merendahkan orang lain dan menceritakan kelebihannya serta sering ketawa berdekah-dekah..

ketiga, diam itu lebih baik tetapi biar membantu. diam itu lebih baik kerna mengurangkan dosa.. kita tidak pasti apa yang kita cakapkan itu benar atau tidak sebenarnya.. kadang2 mengumpat, buang masa, sedangkan rakyat syria umat islam saling membunuh.. seagama, kita berketawa..

keempat, lawak tak habis2 nak kaitkan dengan seks.. benda ni hinggap dekat orang2 yang suka berkahwin.. berdosa ke? macam dah cerita kan hal dalam kain bini jer.. dosa yang kita tak sedar...

kelima, cikgu mengajar langsung tak integrate dengan nilai agama.. jiwa murid jadi kosong.. sebab itu budak ramai yang biadap..

keenam, isu penjagaan kesihatan yang tak berakhir.. macam2 taksub dengan perniagaan kawan dikesampingkan... semua orang ada pendapat sendiri. Allah menentukan kesihatan seseorang..

ketujuh, semakin kurang orang solat.. nampak alim tapi tak solat. ada yang keluar surau mengumpat orang pulak...peliknya manusia..

Sunday, December 25, 2011

SUMBER PROTEIN CIPTAAN SAINTIS


seorang saintis dari Belanda bernama Mark Post begitu optimis menghasilkan daging berkultur pertama di dunia secara kaedah in vitro..

kaedah ini melibatkan pengambilan sedikit bahagian daging asal haiwan kemudian digabungkan dengan pelbagai unsur lain seperti glukosa, asid amino, lipid dan mineral. ia dijangka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi semasa proses penternakan haiwan kerana ia dilakukan hanya di dalam makmal..

artikel ini yang dibaca melalui akhbar kosmo rencana utama 26 disember 2011 turut bakal memberikan impak kepada industri penternakan konvensional..

walaupun setakat ini post tidak mengeluarkan sebarang produk namun dalam beberapa tahun akan datang bakal muncul produk seperti sosej melalui kaedah ini.. menurut mereka yg telah mengujunya mengatakan ia tidak mempunyai rasa dan warna yang tidak menarik..

apapun, bagi memperolehi status halal bagi umat islam dilihat sukar dan mengambil masa yang panjang.. kaedah ini sememangnya berbahaya sekiranya pencampuran bahan-bahan yang sanagt berbahaya dan tidak sesuai.. sedangkan pihak yang menerajui kajian yang dilakukan dimana menannggung kos kaedah ini tidak mahu dipublicitikan kepada media..

seharusnya kita sebagai umat islam berhati-hati adakah kaedah ini merupakan salah satu cara penghapusan manusia oleh pihak tertentu melalui makanan.. sama-sama kita renungkan..

apa yang lebih penting adalah bersederhana dan menjaga kesihatan dengan mengikut sunnah dan piramid makanan.. wallahualam.

Monday, December 19, 2011

IKEA dan I-CITY






pengalaman melawat pelbagai jenis perabot dan peralatan rumah menyebabkan diri terpanggil untuk hadir kembali dengan niat untuk membeli pula..

di I-City sebuah bandar cahaya yang simple, dipenuhi orang, dan anda boleh enjoy di sana..

Thursday, December 8, 2011

KAITAN HAIWAN MEMERANG DENGAN EMPANGAN AIR



Hari Pertama Di Perkhemahan Musim Bunga

Hari pertama perkhemahan ini agak sibuk daripada hari-hari berikutnya kerana ibubapa Karim perlu memasang sebuah khemah dan mengeluarkan barang-barang mereka. Ketika mereka telah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, hari telah pun gelap. Jadi, Karim terpaksa menunggu sehingga pagi esok untuk melihat keadaan sekelilingnya.

Pagi berikutnya, Karim bangun awal dan membangunkan ayahnya dan mereka merancang untuk menjelajah perkhemahan tersebut, yang Karim belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Terdapat pokok-pokok besar di merata-rata tempat. Di sebalik pokok-pokok ini ialah sebatang sungai yang deras dengan bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni di tebing-tebingnya.

Karim gembira sekali mendengar bunyi air mengalir yang hampir menenggelamkan kicauan dan decitan lagu burung-burung. Pemandangan yang dilihatnya menyebabkannya merasa kagum dan mereka berada di sana beberapa lama. Tetapi hari telah lewat, dan ayahnya memberitahunya bahawa telah tiba masa untuk pulang, jadi mereka berpatah balik.

Karim memberitahu kakak, abang dan ibunya tentang pemandangan menakjubkan dan sungai yang telah mereka saksikan. Mereka menyatakan bahawa mereka juga berminat untuk pergi bersama dengannya esok. Mereka tertanya-tanya dari manakah bunyi bising itu datang.

Keesokan harinya, Karim, kakak dan abangnya merancang untuk menjelajah kawasan tersebut. Apabila mereka sampai di tebing sungai, Karim mendapati beberapa batang pokok yang dilihatnya semalam telah ditebang. Ia telah ditumbangkan dan hanya akarnya sahaja yang tinggal. Ketika Karim sedang tertanya-tanya siapakah yang menebang pokok-pokok tersebut dan mengapa, kakaknya memanggil:

“Lihat Karim, ada kayu balak di dalam air”.

Karim terperanjat. Dia tertanya-tanya mengapa ada orang yang melakukan perkara seperti ini. Dia juga tidak dapat melihat sesiapa di sekelilingnya. Selepas meluangkan masa yang agak lama di atas tebing sungai, mereka kembali ke perkhemahan.

Karim, kakak dan abangnya pergi semula ke tebing sungai tersebut beberapa hari kemudian, dan menjadi bertambah hairan kerana mereka mendapati setiap hari beberapa batang pokok telah ditebang dan dicampakkan ke dalam sungai. Tambahan pula, ranting-rantingnya telah dipisahkan daripada pokok dengan cermat, dan dilonggokkan dengan sengaja bersama dengan kayu balak. Sekarang bunyi bising sungai telah diperlahankan dan sebuah kolam kecil telah mula terbentuk. Karim mula memikirkan bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan. Seolah-olah ada orang yang bekerja keras di tebing sungai ini setiap hari dan melakukannya dengan tujuan tertentu. Siapakah orang yang penuh misteri itu?

Karim membuat rancangan untuk memuaskan hatinya. Dia bercadang untuk pergi ke tebing sungai lebih awal, untuk mencari siapa yang telah melakukan semua perkara ini. Dia memberitahu abangnya dan meyakinkannya untuk pergi bersamanya. Pagi berikutnya, mereka menjalankan rancangan mereka.

KARIM BERTEMU DENGAN ORANG ASING

YANG PENUH MISTERI

Apabila mereka hampir kepada sungai, Karim mula berjalan di atas hujung jari kakinya. Dia melihat lebih banyak ranting-ranting dan kayu balak di dalam air. Dia melihat sekeliling dan menyangka tiada sesiapa di kawasan sekitar. Dia hampir memanggil abangnya, apabila tiba-tiba dia melihat dua ekor haiwan yang cantik terapung-apung di atas air. Dia bersembunyi. Tanpa melihat Karim, haiwan-haiwan ini menyambung kerja mereka. Tidak lama kemudian, abangnya yang bernama Imran, datang dan berbisik kepada Karim dengan perasaan kagum: “Jadi memerang inilah yang menebang pokok-pokok dan membawanya ke dalam air”. Karim sangat gembira melihat memerang yang betul-betul hidup, yang telah dilihatnya di dalam buku-buku tetapi dia tidak tahu banyak tentangnya. Mereka memerhati kedua-dua haiwan yang menarik dan kuat bekerja ini sepanjang hari.

Abang Karim memberitahunya bahawa memerang ini sedang cuba mengempang air supaya mereka dapat membina sebuah rumah. Kelakuan memerang ini amat menakjubkan. Mereka meletakkan ranting-ranting yang mereka bawa dengan mulut mereka di hadapan longgokan terbesar yang mereka telah bawa ke dalam air. Kemudian mereka naik ke tebing dan menuju ke arah pokok-pokok berhampiran. Salah seekor memerang ini memakan daun-daun pokok, dan kemudian mula mengerit kulit pokok dengan giginya. Ia mengerit kayu di sekeliling batang pokok, dalam keadaan yang sama pada setiap bahagian. Ia melakukannya sehingga bahagian pokok yang pecah menjadi seperti sebatang pencil yang ditajamkan.

Ketika memerang tersebut mengerit batang pokok, Karim tertanya-tanya bagaimana haiwan yang kecil ini akan membawa pokok yang besar. Pada ketika itu juga, pokok itu jatuh ke dalam air, menyelesaikan masalah bagaimana ia akan dibawa.

Kemudian memerang yang seekor lagi pula datang dan mula mengerit sebatang pokok, yang sekali lagi jatuh terus ke dalam air. Kemudian, yang lain, kemudian yang lain... Semua pokok-pokok yang memerang-memerang tebang, tumbang dan jatuh ke dalam air. Seolah-olah ketika memerang-memerang itu mula mengerit pokok-pokok tersebut, mereka telah membuat pengiraan untuk memastikannya jatuh ke dalam air. Karim terperanjat kerana dia tidak terfikir cara seperti ini untuk membawa pokok-pokok tersebut. Dia memberitahu Imran apa yang difikirkannya dan mendapati dia juga berpendapat sedemikian.

Imran: Terus terang saya katakan, saya juga tidak terfikir bagaimana hendak melakukannya. Tetapi saya pernah terbaca tentangnya. Memerang membuat anggaran bagaimana untuk membolehkan pokok jatuh ke dalam air dan mengerit pokok pada sudut tertentu. Tetapi apabila mereka gagal, mereka akan mengheret pokok tersebut ke dalam air dengan gigi mereka. Karim, saya rasa sudah cukup untuk hari ini. Apakah kamu mahu saya beritahu kamu lebih banyak tentang memerang apabila kita kembali ke perkhemahan? Kita boleh membaca tentang mereka jika kamu mahu.

Karim: Ya, saya suka melakukannya. Saya kagum bagaimana memerang ini dapat membuat anggaran seperti itu dan bertindak dengan begitu bijaksana. Ia juga amat mengelirukan. Mengapa mereka mengempang sungai untuk membina sebuah rumah? Tidakkah gigi mereka rosak dengan memakan kulit pokok? Saya mempunyai banyak persoalan berkenaan dengannya. Saya boleh bercakap tentang mereka sepanjang malam.

Imran: Baiklah, tetapi kita mesti kembali ke perkhemahan sekarang. Kita banyak membuang masa berbual, dan hari sudah hampir gelap. Mari kita kembali sebelum ibu bimbangkan kita. Lagipun, saya merasa mengantuk dan letih. Marilah cepat.

Mereka bergegas pulang ke perkhemahan dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun, banyak persoalan-persoalan terlintas di fikiran Karim dalam perjalanan pulang. Sebaik sahaja mereka sampai ke perkhemahan, mereka menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh ibu mereka. Kemudian mereka mencari memerang di dalam buku-buku. Tetapi Karim mendapati Imran telah tertidur. Oleh itu Karim mula membaca sendirian.

Ini meninggalkan Karim sendirian bersama dengan persoalan-persoalan di dalam fikirannya. Jadi dia membuat rancangan baru. Dia akan bertemu dengan memerang-memerang tersebut pagi esok dan akan belajar daripada mereka apa yang mereka lakukan. Tidak lama kemudian dia pun tertidur...

SATU KEJUTAN BESAR

Karim bangun awal pagi dan segera pergi ke tebing sungai. Sekali lagi dia menemui memerang-memerang sedang bekerja. Dengan mengumpulkan keberaniannya, dia menghampiri mereka dan berkata:

“Helo, nama saya Karim. Bolehkah saya berkawan dengan awak?

Haiwan-haiwan tersebut mulanya merasa terkejut, tetapi melihatkan sikap persahabatan yang ditunjukkan Karim, memerang yang paling besar tampil ke hadapan dan membalas:

“Sudah tentu, nama saya Encik Memerang. Dan ini isteri saya Puan Memerang. Gembira bertemu dengan anda”.

Ini membuatkan Karim gembira, kerana sekarang dia dapat bertanya mereka apa yang menghairankannya. Jadi mereka mula berbual:

Karim: Saya telah memerhatikan kamu dengan rasa ingin tahu beberapa lama, dan terdapat banyak soalan yang hendak saya tanya kepada kamu... Bermula dengan batang-batang pokok. Encik Memerang, mengapa kamu mengheret batang-batang ini ke dalam air dan meletakkannya di atas yang lain?

Encik Memerang: Semua pasangan memerang, seperti kami, berpindah untuk membina rumah baru. Kami sampai ke sini tidak lama dahulu, dan baru berpindah ke sungai ini. Sekarang kami sedang membina kediaman kami. Tetapi untuk melakukannya, kami memerlukan air yang tenang. Jadi kami perlu menyekat aliran air dahulu. Kerana itulah kami longgokkan balak-balak ini untuk membentuk kolam tiruan.

Karim: Jadi kamu sedang membina sebuah empangan? Hebat. Adakah kamu tahu? Kami manusia juga membina empangan sejak beberapa lama dengan cara yang sama untuk menyekat aliran air. Sebelum ini guru geografi kami mengajar kami tentang empangan-empangan di dalam negara kami dan menjelaskan bagaimana ia dibina. Ia sungguh memeranjatkan, saya fikir sudah tentu ia amat sukar untuk membina sebuah tembok di hadapan air yang mengalir. Tetapi apa yang kamu lakukan adalah lebih menakjubkan dan sukar. Bagaimana kamu dapat menyekat aliran air yang deras? Bagaimana kamu menemui cara ini? Adakah kamu memilih untuk melakukannya dengan cara ini apabila kamu melihat empangan-empangan buatan manusia?...

Di dalam kekaguman ini, Karim telah menyoal satu demi satu soalan. Kata-katanya dan kekagumannya membuatkan Encik Memerang tersenyum, kerana apa yang mereka lakukan adalah terlalu mudah sehinggakan mereka tidak pernah memikirkannya.

Encik Memerang: Baik, Karim, berhenti seketika. Saya akan menjawab soalan-soalan kamu satu persatu. Jangan bimbang, kamu akan belajar semuanya. Pengetahuan kami tentang bagaimana untuk membina empangan-empangan dan untuk membina kediaman-kediaman seperti ini kami dapatinya secara semula jadi. Sudah tentu, pengetahuan ini tidak datang kepada kami secara kebetulan. Bukannya suatu hari tiba-tiba kami berkata, “Mari bina sebuah empangan dan membina sebuah kediaman di dalam air”. Kami telah memiliki pengetahuan ini, kerana ia telah diajarkan kepada kami sebelum kami lahir. Kerana itu, kami mengetahui apa yang perlu dilakukannya dengan begitu baik dan melakukan kerja-kerja kami dengan jayanya. Sekali lagi, terima kasih kepada pengetahuan ini, kami tahu bagaimana menumbangkan pokok-pokok besar dan membawanya ke dalam air.

Mendengar kepada Encik Memerang dengan penuh kekaguman, Karim telah dikejutkan oleh suara Imran di belakangnya:

“Saya boleh menjawab semua soalan-soalan kamu Karim. Tetapi sebelum itu kamu mesti jelaskan. Mengapa kamu meninggalkan perkhemahan sendirian? Sudah tentu kami akan bimbang jika kami tidak melihat surat ringkas kamu.

Karim: Saya... saya minta maaf. Saya begitu gembira sehinggakan tidak dapat menghalang daripada datang ke sini. Tapi saya tahu kamu pasti akan melihat surat ringkas saya. Bolehkah kamu beritahu saya siapakah yang mengajar memerang ini semua perkara ini?

Imran: Baiklah Karim. Kamu masih ingat kita membaca Al-Quran bersama-sama minggu lepas? Allah berfirman di dalam banyak ayat bahawa Dialah yang menjadikan segala yang ada di langit, di bumi dan di antara keduanya. Kita bercakap tentang haiwan-haiwan yang kita ketahui dan tentang perlakuan-perlakuan mereka yang istimewa. Kemudian kita merumuskan bahawa mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara ini sendiri dan sebenarnya mereka telah diajar bagaimana untuk bertindak oleh satu Pencipta.

Karim: Ya, saya ingat.

Imran: Semua hidupan bertindak berdasarkan apa yang telah diajarkan kepada mereka oleh Allah. Sejak mereka baru dilahirkan, mereka semua telah mengetahui bagaimana untuk bertindak. Untuk memahami tindakan-tindakan mereka, kita manusia melakukan kajian-kajian dan menjalankan penyelidikan-penyelidikan selama beberapa tahun; dan kita menggunakan alat-alat berteknologi, membaca buku-buku dan melakukan eksperimen-eksperimen. Tetapi perkara-perkara ini yang kita berusaha keras untuk memahaminya dilakukan dengan mudah oleh haiwan-haiwan. Contohnya, mereka membuat kiraan-kiraan yang membingungkan pakar-pakar sekalipun. Encik Memerang dan Puan Memerang melakukan apa yang telah diajarkan Tuhan kita kepada mereka untuk dilakukan. Jika Encik Memerang memberitahu kita lebih banyak tentang apa yang mereka lakukan, kamu akan dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan lebih baik.

Encik Memerang: Ya, Karim. Nanti saya akan memberitahu kamu secara terperinci tentang rumah yang sedang kami bina. Kamu juga akan mengetahui bahawa adalah mustahil untuk kami melakukan semua perkara ini dengan menggunakan kebijaksanaan kami sendiri.

Karim mendengar Encik Memerang dan Imran dengan teliti, kerana dia menyedari kepentingan perbualan ini. Jadi dia memutuskan untuk memberi perhatian terhadap apa yang mereka katakan dan bertanya tentang perkara-perkara yang gemar dipelajarinya.

Karim: Encik Memerang, saya rasa kamu menggunakan kaki dan gigi kamu menebang pokok-pokok untuk membentuk kolam ini. Tetapi mengapa gigi kamu begitu kuat? Gigi saya, misalnya, pasti akan patah jika saya cuba menggigit sebatang ranting. Saya tidak akan melakukannya.

Encik Memerang: Soalan yang baik, Karim. Saya dan isteri saya dapat menebang kira-kira 400 batang pokok setahun. Kami melakukannya dengan mengerit dengan gigi kami. Kami menggunakan empat gigi hadapan untuk mengerit ranting-ranting pokok. Gigi kami juga akan menjadi haus, walaupun bukan sehaus seperti gigi kamu, dan kadang kala patah. Tetapi ini tidak menjejaskan kami, kerana gigi hadapan kami, yang digelar gigi kacip, akan terus tumbuh sepanjang hidup kami.

Karim: Jadi gigi kamu tumbuh berterusan, sama seperti kuku kami, bukan?

Puan Memerang: Biar saya jawab soalan kamu karim. Ya, kamu betul. Allah menjadikan gigi kami berbeza daripada hidupan lain. Jika Dia tidak melakukannya, kami tidak akan dapat mencari makan dan membina rumah kami, yang pasti tidak baik untuk kami. Kerana anggota-anggota spesies kami akan mati kebuluran, spesies kami akan perlahan-lahan menjadi pupus, iaitu, kami tidak akan berada di sini hari ini. Kamu tidak akan menemui walau seekor pun memerang di muka bumi ini. Bagaimanapun, gigi saya, seperti juga gigi Encik Memerang dan semua memerang lain, tumbuh dengan cepat. Seperti yang dapat kamu lihat, gigi kami amat penting kepada kami.

Karim: Baiklah. Tetapi sekarang bagaimana kamu belajar berenang? Saya telah mempelajarinya baru-baru ini. Bagaimana kamu menjadi perenang yang sempurna?

Encik Memerang: Karim, semua memerang boleh berenang tidak lama selepas mereka dilahirkan. Ia amat mudah bagi kami, kerana tubuh kami sesuai untuk berenang. Contohnya, kaki kami berselaput, supaya kami dapat menolak air dengan mudah, dan selain daripada itu, ekor kami yang leper bertindak sebagai sirip, supaya kami dapat bergerak dengan mudah di dalam air. Seperti mana kamu memakai gogal untuk melindungi mata kamu daripada air dan membantu kamu melihat di dalam air, kami mempunyai gogal semula jadi. Dan telinga dan lubang hidung kami dapat menutup dengan rapat untuk menghalang air. Kami juga mempunyai tiga kelopak mata pada setiap mata. Salah satu daripadanya adalah separuh lut sinar, membolehkan kami melihat di dalam air dan juga melindungi mata kami daripada kemungkinan bahaya dalam air.

Karim: Sahabat-sahabat kecilku, saya juga boleh berenang dengan pantas dan mudah apabila saya memakai sirip renang di kaki saya. Ayah saya yang membelikan saya sirip renang itu, tetapi kamu memilikinya sejak lahir. Allah telah menjadikan kamu dengan sifat-sifat yang kamu perlukan.

Imran: Kamu betul, Karim. Encik Memerang bolehkah kamu tolong terangkan kepada kami lebih lanjut tentang empangan-empangan yang kamu bina?

Encik Memerang: Mula-mula, kami heret kayu-kayu balak dan ranting-ranting ke dasar sungai. Kemudian kami longgokkan ranting-ranting yang ringan di atas yang berat. Tetapi kami perlu meletakkannya dengan cermat di tempatnya, jika tidak air yang mengalir akan menghanyutkan apa yang telah kami bina. Kerana itulah, kami menambah kayu-kayu balak dan menguatkannya dengan batu-batu. Tetapi ia masih tidak begitu kuat, oleh itu, kami perlu menampungnya. Jadi kami lekatkan ranting-ranting ini bersama dengan satu campuran khas daripada lumpur dan daun-daun. Campuran kalis air ini juga tahan kepada kesan-kesan hakisan air.

Karim: Jika tidak sudah tentu kamu tidak dapat membina rumah yang kering di dalam air, segala usaha kamu akan sia-sia.

Puan Memerang: Kamu betul, Karim. Tetapi, empangan yang kami bina ini sangat kuat dan ia menjadi bertambah besar dan kuat setiap hari. Apabila empangan bertambah besar, paras air yang dikumpulkan sebelum ini meningkat. Oleh itu, selepas beberapa bulan, sebuah kolam empangan terbentuk. Tetapi apabila kolam menjadi bertambah besar, kami mesti menguatkan dan membaiki empangan ini. Seperti yang dikatakan oleh Encik Memerang, kami meletakkan di kawasan antara ranting-ranting ini dengan lumpur dan semak. Lagipun, terdapat satu lagi perkara yang sangat penting, adakah kamu perasan bentuk empangan kami? Ia kelihatan seperti sebuah lengkungan, bukankah begitu?

Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah mereka. Mereka melekatkan ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan lumpur.

Bentuk ini yang dilenturkan ke dalam dipanggil cekung. Semua empangan-empangan dibina memerang secara cekung. Kami cuba untuk menyekat air pada sudut 45 darjah.

Tertarik dengan apa yang Encik dan Puan Memerang ceritakan kepadanya, Karim menyampuk:

Karim: Bagaimana kamu mengetahuinya? Kami pernah pergi ke sebuah empangan bersama guru kami, dan pada hari itu dia memberitahu kami bahawa empangan-empangan moden telah dibina sama seperti kamu punya. Semuanya melengkung ke dalam. Dia juga memberitahu kami bahawa kerana bentuk ini, yang digelar cekung, manusia dapat mengempang air pada sudut 45 darjah tepat. Empangan-empangan cekung yang kuat adalah amat sesuai untuk menahan tekanan air. Tetapi bagaimana kamu memperoleh pengetahuan seperti ini, Encik dan Puan Memerang? Siapakah yang mengajar kamu? Saya tahu empangan tersebut telah dibina oleh jurutera-jurutera. Kakak saya juga seorang jurutera; dia terpaksa meluangkan masa bertahun-tahun untuk pengajian sebelum dia dapat menjadi seorang jurutera. Tetapi kamu tidak boleh pergi ke sekolah, jadi bagaimana kamu dapat mengetahuinya? Siapakah yang mengajarkan kamu pengetahuan ini?

Imran: Karim, adalah mustahil untuk keluarga memerang ini melakukan semua ini dengan cara yang rawak. Apakah kamu masih ingat kamu pernah bertanya kepada saya tentang seorang yang bernama Darwin? Di mana buku yang kamu baca menyatakan bahawa haiwan-haiwan telah wujud dan memperoleh ciri-ciri mereka secara kebetulan. Kamu dapati ia tidak masuk akal dan menganggap apa yang telah dikatakan oleh Darwin adalah satu pembohongan.

Karim: Ya, saya ingat. Dan saya memahami kamu dengan baik. Sudah tentu, Encik Memerang dan Puan Memerang tidak mempelajari perkara-perkara ini secara kebetulan. Sudah tentu Darwin telah menipu manusia.

Encik Memerang: Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, kami tahu bagaimana hendak melakukan semua ini sejak lahir. Kamu adalah seorang budak yang bijak, Karim. Sudah tentu saya tidak pernah pergi ke sekolah. Dan sudah tentu juga saya tidak menemui perkara ini dengan cara mencuba. Jika sesiapa mengemukakan pendapat yang tidak masuk akal ini, kamu dapat menyoalnya dengan beberapa soalan:

Jika kita anggarkan seekor memerang, mengetahui bagaimana hendak membina rumah ini secara kebetulan, kita lihat semua memerang membina rumah mereka dengan cara yang sama. Adakah mereka mengetahuinya secara kebetulan juga?

Apabila gigi saya telah haus, gigi yang baru akan tumbuh di tempatnya. Ia sama sahaja pada semua memerang. Bukankah telah jelas di sini bahawa ia tidak mungkin berlaku secara kebetulan?

Seperti yang dapat kamu lihat, seseorang itu perlu berfikir untuk melihat bagaimana mustahilnya perkara ini dan bagaimana tidak masuk akalnya dakwaan ini. Tolong tanya kakak kamu di dalam kursus yang mereka pelajari bahawa empangan mesti dibina pada sudut 45 darjah dan perkiraan apakah yang mereka perlu lakukan. Kemudian kamu akan lebih memahami saya.

Karim: Memang betul Encik Memerang. Jelaslah bahawa suatu Kebijaksanaan Tertinggi telah mengajar kamu semua perkara-perkara ini. Ibu saya memberitahu saya bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Ia adalah bukti kebijaksanaan Tuhan kita yang tiada tolak bandingannya maka Dia mengajarkan kepada kedua-dua kamu dan memerang-memerang lain dan begitu juga kepada memerang-memerang yang pernah hidup setakat ini. Saya juga tahu bahawa bukan kamu sahaja yang Allah ajarkan apa yang perlu dilakukan, tetapi juga kepada semua hidupan.

Imran: Ya, Karim. Allah menjadikan semua benda hidup dan menguasai semuanya. Seperti yang dinyatakan di dalam sepotong ayat Al-Quran:

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.( Surah An-Nuur: 45 )

PERBUALAN BERTERUSAN...

Karim: Encik Memerang kamu katakan bahawa kamu membina empangan ini untuk membina sebuah rumah. Tetapi saya tidak dapat melihat apa-apapun yang kelihatannya seperti sebuah rumah. Hanya terdapat longgokan kayu-kayu balak. Di mana kamu membina rumah kamu?

Encik Memerang: Memang betul. Kamu tidak dapat melihat rumah kami dari luar. Kami membinanya seperti ini bertujuan supaya ia menjadi tempat yang lebih selamat. Ketika membina empangan, kami juga menyediakan rumah kami di atas tebing kolam, berhampiran dengan darat. Rumah kami kelihatan seperti satu longgokan kayu-kayu daripada luar. Tetapi kamu jangan terpedaya dengannya; kami membina dalamannya dengan cermat. Paling utama, keselamatan amat penting kepada kami. Kerana itulah, satu-satunya pintu masuk ke rumah kami ialah di bawah air. Sudah tentu, tiada siapa yang dapat memasukinya dengan mudah. Kami melalui terowong-terowong rahsia untuk masuk dan keluar.

Karim: Sungguh hebat. Rumah kamu adalah seperti sebuah kubu yang dikelilingi oleh parit-parit. Ia hampir mustahil untuk dimasuki.

Encik Memerang dan Puan Memerang ketawa terhadap ulasan Karim.

Encik Memerang: Terowong ini membawa ke sebuah bilik. Kami pastikan bilik ini berada di atas paras air. Keluarga kami tinggal di dalam bilik yang kering dan selamat ini. Kadang kala kami membina rumah dua tingkat, di mana pintu masuk dan ruang tamu di tingkat pertama, dan bilik makan dan bilik tidur di tingkat kedua. Rumah yang kami bina mempunyai dua pintu masuk bawah air dan satu saluran pengudaraan di bahagian atas. Dengan cara ini, selain daripada selamat daripada bahaya luaran, kamu juga hidup dengan selesa.

Karim: Ini adalah perkara yang menakjubkan. Tidak nampak pun adanya sebuah bilik di bawahnya; ia kelihatan seolah-olah ia hanyalah longgokan kayu-kayu dan ranting-ranting. Ini adalah satu susunan yang hebat. Saya mempunyai satu lagi soalan: berapa dalamkah kolam ini? Dari sini ia kelihatan agak dalam.

Encik Memerang: Kadang-kadang ia sedalam 3 hingga 4 meter. Sebenarnya, kami tidak memerlukan air yang dalam untuk membina rumah kami. Tetapi, permukaan kolam akan membeku pada musim sejuk dan satu lapisan ais yang tebal terbentuk di atasnya. Jika air tidak cukup dalam, pembekuan akan turun ke bawah sehinggakan seluruh kolam akan beku sepenuhnya. Dalam keadaan ini, sudah tentu kami tidak dapat bergerak di sekeliling kolam ini. Oleh itu, kami dalamkan kolam ini sedalam yang boleh. Kemudian jika permukaannya beku, masih terdapat lapisan air di bawah kolam ini, yang membolehkan kami bergerak dan mencari makan.

Imran: Kamu tahu, Karim. Encik Memerang dan Puan Memerang mengetahui dengan baik apa yang mereka lakukan. Jika kita membina sebuah rumah di atas tasik, mungkin tidak satupun perincian ini yang kita terfikir tentangnya. Tetapi sahabat kita ini berfikir ke hadapan dan mengerjakan apa yang perlu dibuat. Sudah tentu Allahlah yang telah melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk memikirkan perincian yang sebegini teliti dan mengajar mereka apa yang perlu dilakukan.

Sekali lagi Karim memikirkan tentang kakaknya, seperti yang telah kamu sedia maklum, adalah seorang jurutera awam. Dia telah belajar selama beberapa tahun dan bekerja keras untuk menjadi seorang jurutera. Karim masih ingat ketika dia memasuki bilik kakaknya dan melihat kerja sekolahnya. Kemudian baru dia mengetahui bahawa dia melukis benda-benda seperti bangunan, jambatan dan lain-lain. Dia terperanjat apabila dia melihat hasil kerjanya dan tidak memahami apa-apapun. Apa yang dilakukannya memerlukan ketekunan yang tinggi, sukar dan rumit. Terdapat banyak garisan-garisan dan rajah-rajah di atas kertas yang tidak diketahui apakah maksudnya. Dia bertanya kepada kakaknya apakah semuanya itu, dan dia terperanjat apabila mendapat tahu sebuah bangunan akan dibina berdasarkan kepada lukisan-lukisan ini.

Sehingga hari tersebut, dia tidak mengetahui bahawa kejuruteraan awam begitu sukar. Tambahan pula, kakaknya telah memberitahunya bahawa dia hanya berurusan dengan reka bentuk bangunan sahaja. Pada peringkat berikutnya, pekerja-pekerja akan datang untuk bekerja dan membina bangunan, menggunakan berbagai peralatan dan material.

Karim: Ini sungguh menarik. Kamu membina rumah kamu berdasarkan kepada satu pelan yang telah dibuat terlebih dahulu sama seperti Zainab. Setiap benda yang kamu lakukan menunjukkan kebijaksanaan yang hebat. Saya masih ingat kakak saya bekerja keras selama beberapa jam untuk membuat perkiraan-perkiraan yang rumit...

Imran: Kamu betul. Saya juga memikirkan tentang Zainab. Tetapi sahabat kecil kita ini melakukan kerja-kerja berat sama seperti Zainab lakukan. Ini juga menunjukkan kemahiran menakjubkan yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Bagaimanapun, sahabat kecil, sekarang masanya untuk kami kembali semula ke perkhemahan. Terima kasih banyak-banyak di atas segalanya. Kamu telah memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan yang Karim ingin ketahui. Sekarang kami mesti ucapkan selamat tinggal.

Karim: Saya juga hendak mengucapkan terima kasih. Saya amat gembira dengan perbualan kita. Tetapi saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Saya ingin melawat kamu lagi, jika kamu tidak kisah.

Encik dan Puan Memerang: Selamat tinggal, Karim. Sudah tentu kamu boleh menziarahi kami bila-bila masa sahaja yang kamu mahu. Mungkin kamu hendak melihat rumah kami disempurnakan. Selamat tinggal.

Karim merasa kagum dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh memerang-memerang ini. Sekarang semua soalan-soalannya telah terjawab, dia ingin kembali ke perkhemahan dan memberitahu orang lain tentang apa yang telah dipelajarinya.

ALLAH YANG MENJADIKAN MEMERANG

Jadi kamu telah mempelajari tentang memerang bersama dengan Karim. Seperti yang dapat kamu saksikan, terima kasih kepada kemahiran-kemahiran yang dimilikinya semenjak lahir, sahabat baru Karim ini dapat mereka bangunan, yang merupakan satu tugas yang sangat sukar dan rumit. Kemudian mereka melaksanakan pelan ini dengan kemahiran yang hebat. Tidak seperti kakak Karim, memerang tidak pergi ke sekolah, dan juga tidak dilatih beberapa tahun. Tetapi mereka mengetahui dengan tepat apa yang hendak dilakukan, kerana terdapat Kekuasaan Tertinggi yang mengajar mereka semua perkara-perkara ini. Iaitu Allah, yang menjadikan semuanya, termasuk kita.

Ingat! Seekor memerang tidak dapat memperoleh kemahiran untuk membina empangan secara kebetulan. Ia tidak dapat menjadikan tubuhnya bersesuaian dengan keperluannya. Ia tidak dapat menemui sendiri bentuk untuk membina empangan yang cukup kuat untuk menahan tekanan air. Dan yang lebih penting, ia tidak dapat memastikan memerang-memerang lain memperoleh kemahiran yang sama.

Terdapat satu lagi fakta yang mesti dicatatkan: Memerang tidak akan dapat hidup jika kekurangan salah satu sifat-sifatnya. Contohnya cuba kita fikirkan tentang giginya. Jika gigi belakang mereka, walaupun tidak haus, terus tumbuh seperti gigi kacip hadapan, ia akan menjadi terlalu besar, dan memberikan tekanan kepada rahang dan menyebabkannya tidak dapat menggunakan mulutnya.

Bagaimana memerang dapat mengerit dan membina empangan dalam keadaan ini? Bagaimana ia dapat membina rumahnya? Sudah tentu ia tidak akan dapat melakukan semua perkara-perkara ini. Malah ia juga tidak dapat makan disebabkan oleh struktur mulutnya, jadi sudah tentu ia akan mati kebuluran.

Tambahan pula, banyak organ-organ lain selain daripada giginya telah dijadikan khusus untuk kerja-kerja yang mereka lakukan. Kelopak mata lut sinar untuk melindungi matanya ketika berada di dalam air seperti juga cara istimewa yang menutup telinga dan lubang hidungnya untuk menghalang air masuk, adalah di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh memerang. Selain daripada itu, memerang juga mempunyai kaki belakang yang berkulit selaput dan ekor yang keras dan rata, yang membantu haiwan ini menjadi perenang yang hebat. Semua ini adalah sifat-sifat istimewa yang memerang miliki sejak lahir.

Sekarang, sudah tentu kami faham mengapa Karim merasa begitu kagum dengan sahabat kecilnya.

Sahabat kecil Karim memiliki struktur tubuh ini, dan pengetahuan dan kemahiran untuk membina empangan sejak lahir. Semua memerang membina rumah mereka dengan panduan Allah dan bergerak berdasarkan kepada apa yang telah “didorong” oleh-Nya agar mereka melakukannya. Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan makhluk-makhluk ini dan memberikan mereka kemahiran hebat.

Allah menjadikan semua hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai untuk tugas-tugas yang mereka lakukan dan memenuhi keperluan mereka. Allah pengasih kepada semua hidupan. Seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran.

oleh: Harun Yahya