MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA

ombak menghempas pantai menaburi pasir berselerakan, meleraikan ikatan dan menghakiskan pantai. pabila istana pasir dibina saat itu ombak mengganas. jika keimanan tidak seutuh dan kuat membina nescaya nasib seusai pepasan pasir..

Search This Blog

Thursday, August 30, 2012

SEDAN NAZA KIA YANG UNGGUL


memori bersama sedan idaman di kebun bunga Pulau Pinang..

HATI DAN JIWA BERBICARA

 HARI INI
hari ini aku merasakan seperti selalu tiada perubahan, aku ingin terbang lebih tinggi, menggapai awan tinggi., cuba duduk diatasnya dan mengurai rambut bersama benih2 air hidrogen oksigen agar oksigen yang memenuhinya dapat ku hirup dalam.. dan aku berasa puas... sejak dari dulu aku telah berubah dan ingin terus berubah.. terlalu banyak pengajaran berlegar di pemikiran dan mematangkan seperti rambut hitam yang bertukar putih..

rambut bertukar warna kerana faktor tua, namun terdapat juga kerana faktr tidak tentu waktu tidur rambut berubah putih...

banyak telah ku susun setelah grade kelak.. fokus kearah kejayaan yang lebih gemilang seperti lagu 'bintang hatiku dilangit'.. sebuah lagu dalam fikiranku yang akanku terjemahkan...

maka, tempatkan aku dalam kalangan mereka yang engkau redha dan rahmati.. aku ingin suasana ceria dan mempunyai visi dan misi jelas.. rakan2 baik memang ku idam... aku menanti bila ia tiba aku lebih ceria tersenyum...

PENDIDIKAN

sebenarnya banyak yang kita perlu capai dalam kehidupan, mungkin kita merasakan telah mencapaikan semuanya.. namun benarkah? siapa tahu. benda masih tidak tersingkap dan bersembunyi..
selalu hati menginginkan namun kerap tidak digenggam.. ia pengajaran kepada diri kita.. kita perlu redha dengan diri usah putus asa, fikir sejarah dimana diri kita, belajar dari kesilapan untuk terus berjaya...

pendidikan untuk kita terus berfikir secara positif.. ++++  seakan nilai matawang yang kian bertambah begitulah sikap positif yang terus kita kumpulkan... fikir positif dimana sahaja akan mengukir senyuman bila tidak disedari... kita tersenyum tanpa disedari... namun orang lain tahu... tanda bahagia... refleksi diri berapa banyak kita tersenyum... ramai muka ketat.... longgarkan skrunya... terlalu banyak otot muka yang perlu kita aktifkan... dapat melambatkan penuaan umur...


KAYANGAN

hidup mekar diatas kelopak bunga merah dengan butiran jenih air menjadi bantal kepala ini... sejuk air memadamkan panas kepala. daun yang teruntai ke bawah seakan tangga menuju ke laluan titian yang sungguh cantik.. gerakan air menenangkan, kaki memijak perlahan sekan terayun ombak.. begitulah jiwa hati pabila tenag ia beralun harmoni.
terbang bersama pepatung kaki berjuntai ke bawah sesekali ku sapa sang rerama.. cantik sungguh warna.. satu tarikan..tarikan yang terdapat manusia yang memiliki ciri kacak dan cantik.. bahaya sungguh mata melihat... begitulah corakan bahaya yang terpampang kerap kali tersalah tafsir menjerumus diri ke dalam kehidupan lupa diri..

tirai kayangan mahligai angkasa diselak jejari, mulus dan pulus waran. ahruman kemboja.. singgah sana menyirna tempat mereka berjiwa baik..kayangan yang ingin ku gapai bukan satu namun penuh impian...impian dalam diri ini terlalu mengganas ingin menemui cabaran.... tahan jua... nanti tiba masanya aku berdikari dan berbakti..



Friday, July 20, 2012

KEFAHAMAN SUKAR DIMENGERTI


KEFAHAMAN SUKAR DIMENGERTI
Untuk memberikan kefahaman kepada seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap individu memiliki tanggungjawab yang tersendiri. Kadang kala sesuatu tugasan itu tidak dapat dilaksanakan bersama atas sebab terdapat komitmen lain. Perkara ini selalunya membuatkan salah faham dalam kalangan mereka. Cara berfikir setiap individu sudah pasti berbeza. Kadang kala sesuatu perkara itu dilihat secara fizikal benar-benar salah dan mereka terus membuat penilaian. mereka menutup telinga dan mata tidak mahu mendengar penjelasan dari pihak terbabit. mereka merasakan mereka benar. mereka tidak terfikir bahawa mereka juga bertanggungjawab untuk mengingatkan rakan sekerja mereka. Hampir kita kecundang, mereka berasa suka pula halnya ingin membalas dendam.
Syukurnya, m menyelamatkan keadaan dan menanya kita hal tugasan berkenaan. Kita sudah pasti terpana terlepas pandang. Mengapa mereka tidak mengingatkan kita? Mengapa kita terlalu cuai? Mengapa tiada kerjasama? Mengapa tugas itu tidak pernah merujuk kita? Semua nak mula buat sendiri. Memang runsing bila difikirkan tentang mereka. Penting diri atau mahu tunjuk hebat nah telah berpengalaman dalam bidang tersebut. Kita menerima dengan hati rela. Kita ingin menjadi pembantu. Cuma selepas persembahan itu, mereka menghamburkan kritikan terhadap kita. Itu dan ini. Namun, kita terima dengan hati rela diatas ingin belajar dari kesilapan. Memang berbeza selepas itu, lain macam suasana tidak mesra seperti selalu senyuman seperti terpaksa rasanya dari mereka. Rasa mereka mula dengki.
Menyingkap dari permulaan, kita takut dengan tugas yang besar ini kerana tiada pengalaman namun mereka begitu yakin dan Nampak gagah. Kita bersedia sebagai pembantu kerana tiada pengalaman. Ironinya, pelan itu mereka tidak bincang dengan kita sejujurnya aleh2 sudah siap. Kita terima seadanya dan berfikir positif.
Kembali bersambung, mereka memulakan tugas itu tidak memanggil kita. Nah, nasib kita ada tugas diatas. Namun, kita kecewa tidak dijemput. Mereka membuat ‘bising’ bahawa mereka bersendirian dan kita di’sound’. Apa harga kita disini hati berdetik. Kita redha dan membantu rela.

Banyak perkara diberikan bersama anak-anak kecil. Seronok dan ceria kita membantu. Yah, siap sudah kami membina itu.
Kemudian harinya, kita tidak hadir atas komitmen lain. Mereka masam muka dan lari. ‘mereka kata busy’. ‘yah, setiap orang busy, sangkal kita’
Zon tegang bermula, zon tidak kita gemari sebagai rakan lama. Mereka tidak menegur kita lagi. Berada dihadapan nya seperti bayang-bayang yang tidak berwarna lutsinar. Hati kita merintih. Kita ingin membantu namun tidak tahu, bahan tiada. Dering hp tertera mereka mengata kita tidak buat kerja. Mereka tidak menegur kita lagi. Tegang itu seperti sebuah gempa yang bakal meletus. Kita tidak dan enggan kerana mereka Nampak keras hati.
Petang itu, komitmen dari sana datang lagi. Kita tidak dapat hadir dan mohon maaf. Tidak berbalas. Esoknya, hari sebenar dan tidak ke tempat itu lagi. Ramai antara tempat itu bertanya dimana kita, mereka menjawab tidak tahu. Ramai menduga sesuatu tidak baik antara kita dan mereka.
Dua akhir itu kita ingin menebus ‘kesalahan’. Kita ingin bekerja, namun mereka tidak melayan. Kita merayu dan kita buat juga kerja mengemas. Kita sedikit lega. Mereka marah dan menghambur banyak kata2.
Kata orang lain ‘kita dan mereka bagai langit dan bumi sangat berbeza’. Lembut dan      keras.
Apa penyelesaiannya. ‘dah siap semua’.
Kita dituduh bermain dan senang. Kita menggantikan tugas itu sebenarnya.
Kita tegur tidak jawab. No voice communication. So, no solution.
Dia kata biar mereka cool dulu

Kita lupa, tiada kerjasama. Kita dianggap peniru. Sumpah tidak kita hanya merujuk dan mengambil apa yang perlu. Kenapa mereka suka kita kecundang. Tidak halal.
Nah, halalkah sikap mereka kepada kita seperti itu, 3 tahun dulu telah kita berfikir. Sikap mereka dari kenal dulu kita baikkah?
Kita malu di’sound’ depan mereka2 dan budak kecil itu. Maruah kita tercalar.
Mereka2 memahami kita just say ‘u so polite, u take it positively..
Kita tidak tahu perhubungan selepas itu bagaimana dengan mereka harap baik. Kita tidak tahu berapa ramai orang2 mereka telah tahu dan berfikir negative tentang kita.
Mereka terlalu keras untuk memaafkan… never learn.
Kita penat, untuk menerangkan.. kita redha dan cuba berubah next day.
Cuma kita dapat simpulkan beberapa perkara
1) perasaan cemburu dan dengki terhadap orang lain boleh membawa kehancuran diri dan orang sekeliling
2) hati keras tidak akan membantu minda untuk menggunakan akal
3) memaafkan orang lain merupakan satu anugerah besar
4) menyebar fitnah dan memalukan orang lain bukanlah perkara yang baik
5) belajarlah dari pengalaman lampau
6) jangan menilai berdasarkan semata dilihat namun turut dengar apa yang mereka ingin katakan..
7) prinsip islam yang dijunjung dalam ideology perlu disuburkan dalam akhlak diri
8) walaupun hebat, berbincang dan berkongsi dengan mereka yang ingin belajar
9) jangan menerima pandangan dan pendapat dari golongan yang terkenal dengan sifat buruk mereka. Dengarlah pendapat positif untuk mendapatkan kesan positif.
10) kerana satu keburukan rosak semua kebaikan. Nilailah kebaikan yang terdapat dalam diri seseorang

Saya insan yang baru belajar mengenal dunia…


-adaptasi dari siri monolog emosi-

Friday, June 29, 2012

ADAB BERTUTUR

1) berunsurkan kebaikan
2) jelas dan benar
3) tidak berlarutan
4) hinder banyak bicara
5) ulangi kata penting jika perlu
6) hindari kata bathil
7) jauhi perdebatan sengit
8) jauhi cela dan keji
9) hindari aib orang dan gelaran buruk
10) hindari dusta
11) hindari mengutuk dan mengadu domba
12) berhati-hati dan adil dalam memuji
13) hindari banyak bercanda

(majalah iman no. 4, m/s 51)

Monday, June 18, 2012

PESONA KAGUM 2012

menjejakkan kaki di bumi Perlis terasa satu perasaan luar biasa menyelinap dalam diri apabila menyimpan harapan membawa nama IPG ke peringkat kebangsaan dalam nyanyian solo.

pelbagai fikiran berderetan diminda memikirkan kualiti suara yang bakal dipersembahkan. sudah seminggu aku tidak menghirup air ais bagi menjaga suara...

latihan.. baru bermula tiada yang istimewa biasa saja dan relax tiada tekanan. lagu sedetik lebih nyanyian anuar zain bakal ku lontarkan dihadapan 27 orang juri profesional. sungguh gementar...

latihan hari itu menjuruskan aku untuk mendendangkan melodi lebih harmoni dan bernada lembut..tiada bahagian tarik perlu diusahakan.. just tenag dan bersahaja... aku menerimanya walaupun aku tahu kepentingan bahagian tersebut bakal mempengaruhi juri kelak... aku tidak banyak membantah...

sangat bagus.. kata pengurusku... hati berbunga... namun kerisauan masih melanda dalam diri kerana merasakan dibayangi oleh anuar zain dalam setiap lontaran vokal

kakak KPLI menjadi penonton pertama aku ketika itu dibilik muzik.. malu.. sudah biasa. tepukan diberikan senyuman dilemparkan aku lega... cuma satu kekurangan agak malu... mata perlu lebih fokus. pengurus aku lalu backup.

berada di dewan perlis itu biasa saja. cuma pengurusannya seperti sedang bertanding untuk pertandingan nescafe pula... gementar. semua peserta yang aku kenali kelihatan serius. ada juga yang psikoo.

menjejak kaki diatas pentas, muzik dialunkan.. vokal dilontarkan lembut. penonton bertepuk dan mengangguk.. rehearsal yang sungguh mengujakan... oops... aku terlalu tempo dek nafas yang tidak kesampaian... pengurus risau....

malam itu hari sebenar. sebagai peserta ke 8 satu yang sederhana. berbaju putih melangkah perlahan dan tunduk hormat.

penonton bersorak riang... semangat itu ada. muzik kuat, monitor seakan tdak berfungsi. terus dilontar suara lembut...ops..lirik ku silap... ku teruskan... senyuman dan gerak badan dialun mengikut tempo. lirikan mata juga mendapat tepukan audien..

aku tamatkan dendangan tersebut dengan senyuman... tepukan diberikan. ucapan tahniah dihamburkan dari pihak pengurusan. apa pun akhirnya aku menjadi 10 peserta terbaik walaupun tidak dapat ke final.

Friday, May 18, 2012

KESEDERHANAAN BERTEMPAT..

sejak akhir2 ini pelbagai perkara yang telah berlaku.. pertama rasa macam terlalu kesian mengikuti sorotan semasa negara. mendukacitakan..
semua kerana politik dan semua cerita terbongkar sama ada betul atau tidak memang sungguh fitnah telah tersebar akhir zaman dengan banyak...
aku ambil tau tapi malas nak masuk dalam hati.. perkara ini macam budak2 bermula dengan akan berpilihan raya, tuduhan seks, LGBT, bersih dan macam2 lagi...
kita telah menjadi sebuah bangsa yang suka dengan perkara sedemikian.. berdemonstrasi, memburukkan, memalukan, menghina, menuduh, dan merebut kuasa dan menggenggam kuasa... memang akan hancur suatu hari...
media bnyak main peranan, kita mudah terpengaruh.. terlalu banyak ideologi dan semua merasa mereka adalah yang benar...
biar besederhana, fikirkan agama dan bangsa kita... adakah dengan melakukan keadaan itu akan menjadikan sesutu yang lebih sempurna?
adakah dengan mempertahankan isu itu... dapat mempertahankan kuasa?
sangat sedih memang tiada kematangan... apapun keadilan perlu ditegakkan but agak merunsing apabila terdapat golongan yang ingin menegakkan nilai tersebut pun tidak mengamalkan nilai yang sewajarnya...
pada aku tunjukkan lah sikap yang mulia wahai umat islam ....

duduk berfikir demi kepentingan bersama... musuh sudah lama mengintai kita masih leka... umat kita rapuh seperti buih2 dilautan menunggu untuk pecah dek pusaran air sekeliling.... kukuhkan ikatan.. sangat rugi kita berada dalam keadaan ini.....

kita seakan sengaja menghimpit diri ke arah kehancuran... demi dunia...
wahai bagsa ku masih banyak perkara penting dan utama yang perlu diselesaikan... isu moral, akhlak, ekonomi yang perlu difikirkan....

sungguh kita sedang terkulai hanya menanti angin bertiup.... siramlah dengan air segera agar ia tidak terus kecundang...

buka mata buka minda wahai insan terpelajar... fikir2 dan jangan henti untuk menerima teguran... kerana disitu terdapat seribut hikmat...

zikir selalu agar hati sentiasa tenang, mudahkan diri jangan terlalu taksub dengan ideologi dan politik kita boleh binasa... negara ini negara kita yang tercinta but please berfikirlah secara waras.... jangan merasakan diri sendiri sahaja yang betul....

setiap manusia punyai kesalahannya...

cuma pesananku... fikir dan zikir. biar besederhana dan jaga akhlakmu... tiada guna ilmu melangit akhlak terkulai menyembah bumi.

Friday, March 2, 2012

Ingin mengayuh sampan seperti tidak berdaya
Ingin meredah lautan pasti kelemasan..

Jadi apa harus aku buat...

Nasi telah lama masak
bau tengik tidak lalu dihidu..

duduk bercanggung tepi beranda
terlentok pinggul diatas papan

apa pula maksudnya...

ironinya, manusia banyak pikiran...
banyak cerita dan ragamnya

banyak manusia banyak mulutnya
manis bahasanya siapa yang tahu?

megah berdiri bendera berkibar
ditarik tali layang-layang pula

Apa kaitan?

kucing mengiau
ikan baru digoreng..

tak ada rezeki?

hidup sendiri..
jiwa merana?

orang yang pikir

dunia berputar
manusia bergolek..

sudah tidak betul

fikiran melayang
fizikal terbenam...

sorok menyorok
dalam perigi

jatuh kelapa
jatuh perigi


pusing2
alih2
duduk disitu
orang yang sama

sejarah dahulu
suka berlagu

hafal selalu
tak masuk buku...



selamat menyambut bulan 3