Manusia itu
sekujur tubuh yang sangat istimewa. Segala keistimewaan terdapat dalam dirinya
dari luaran mahupun dalaman. Sejak dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki
terdapat kehikmahan yang sangat besar. Hasil ciptaan ini manusia seudah pasti
perlulah bersyukur. Namun, kali ini Rid bukan ingin berduskusi berkenaan dengan
kelebihan fizikal kita itu namun rid lebih terdorong untuk meneroka dunia emosi
manusia yang hidup melata atas dunia ini.
Manusi memiliki
emosi yang berlainan. Tiada seorangpun didunia ini yang mampu memahami emosi
orang leain secara menyeluruh. Manusia itu terlalu unik hasil ciptaan Allah
S.W.T. emosi gembira dan sedih sring kita lihat diskeliling. Malah, terdapat
juga golongan yang pandai menunjukkan emosi yang berbeza sebuah anugerah yang
besar diberikan kepada mereka. Namun, sayangnya terdapat juga manusia yang
tidak mampu meralisasikan sesetengah emosi dalam dirinya walaupun dia sedang
merasai emosi tersebut namun ia terpendam, sebagai contoh emosi marah. Seseorang
yang marah lazimnya menunjukka wajah yang berkerut serta bewarna merah dan
mengeluarkan percakapan yang kasar namun bagi mereka yang tidak mampu
menonjolkan emosi ini mereka berada dalam dilemma.
Masalah timbul
apabila dia marah namun orang lain tidak dapat merasainya. Sedangkan di dalam
hati mereka kemarahan semakin bergellojak. Lazimnya golongan ini kerap
berdiskusi secara tenang dlam menghadapi kritikan dan cacian orang. Pendekatan untuk
menghindar dan mempertahan kan diri lazimnya diambil oleh mereka. Kesukaran besar
timbul apabila pihak lain tidak bertindak mengundur diri sebaliknya terus
menerus membuat dia marah. Hal ini sebenarnya mengundang kemarahan yang lebih
besar. Walaupun golongan ini sebenarnya tidak memiliki menonjolkan emosi pada
peringakat awal namun mereka berkecenderungan untuk menonjolkan emosi yang maha
hebat pada peringkat tertinggi setelah segala kerahan tenaga diberikan secara
dalaman kepada emosi marah tersebut. Golongan ini mungkin boleh bertindak kasar
seperti menampar, menumbuk malah membunuh.
Sesungguhnya Allah
menyukai orang yang sabar. Memang benar kesabaran dalam diri merupakan tayar
yang sanggup meredah pelbagai struktur dataran yang terpaksa dilalui. Namun,
perlu diingat sebuah tayar juga mampu pancit atau pecah sekiranya kesabaran
tersebut dibiarkan lama atau tekanan yang terlalu besar. Perkara mudah yang
boleh dilakukan oleh manusia biasa lain
1) bertenang dalam
berkomunikasi
2) elak daripada
berdebat secara lanjutan
3) mengaku kalah
walaupun kita berasa kita berada dipihak yang benar
4) lirikkan
senyuman ikhlas dari hati
5) rendahkan suara,
cuba fahami situasi diri orang tersebut
6) elakkan dari
bersikap mengkritik
7) jangan bersifat
hipokrit dalam persahabatan
8) saling membantu
dalam kepentingan bersama seperti urusan kebersihan rumah seperti membuang
sampah, mencuci lantai, menyapu sampah, mencuci tandas, membersihkan halaman
9) hundari diri
dari mengkritik sahaja sebaliknya diri sendiripun membuat kesilapan yang sama
10) hormati
penghuni lain dengan memahami keperluan mereka
11) berterus
terang dalam pertuturan secara berhikmah
12) berikan nasihat
yang membina keyakinan
13) jangan
merasakan diri kita sahaja yang bagus dan benar
14) hargai
pemberian orang sekiranya pemberian kita orang lain hargai
15) janji perlu
ditepati
16) hindari
daripada menipu
Hati bagaikan
istana yang sungguh indah. Disana pelbagai perasaan boleh dihuni. Semaikan perasaan
dari hati yang suci. Cuma satu, perpaduan itu sbeenarnya amat sukar dicapai
sekiranya kita umat Islam tidak bersedia untuk berjemaah bersama-sama membentuk
ummah yang berjaya. Solat merupakan satu cara yang mulia dan terbaik
mempereratkan hubungan. Kukuhkanlah hubungan dengan solat bersma, sucikan hati
pasti sinar menjelma. Dahulukanlah diri sekiranya anda memiliki ilmu untuk
menjadi Imam. Sekiranya kita tidak menjadi pendahulu, maka siapa lagi akan
memulakannya?
Lagi satu, dalam kehidupan janganlah letakkan
kelebihan dan kelemahan seseorang itu dalam memilih persahabatan. Akhlak mulia
seharusnya dijadikan priority utama kerna akhlaklah yang akan membawa diri kita
diingati apabila mati kelak. Mungkin di zaman muda kita ini kita tidak mempunyai
kesedraan ia tidak terlambat namun sungguh kasihan sekiranya sikap buruk itu
masih ada dlaam diri walaupun umur telah banyak…peringatan ini adalah untuk
diri saya dan tatapan semua. TQ.