seorang saintis dari Belanda bernama Mark Post begitu optimis menghasilkan daging berkultur pertama di dunia secara kaedah in vitro..
MERUNGKAI MISTERI ALAM DIRI DAN DUNIA FANA
Search This Blog
Sunday, December 25, 2011
SUMBER PROTEIN CIPTAAN SAINTIS
seorang saintis dari Belanda bernama Mark Post begitu optimis menghasilkan daging berkultur pertama di dunia secara kaedah in vitro..
Monday, December 19, 2011
IKEA dan I-CITY
Thursday, December 8, 2011
KAITAN HAIWAN MEMERANG DENGAN EMPANGAN AIR
Hari Pertama Di Perkhemahan Musim Bunga
Hari pertama perkhemahan ini agak sibuk daripada hari-hari berikutnya kerana ibubapa Karim perlu memasang sebuah khemah dan mengeluarkan barang-barang mereka. Ketika mereka telah selesai menyiapkan kerja-kerja mereka, hari telah pun gelap. Jadi, Karim terpaksa menunggu sehingga pagi esok untuk melihat keadaan sekelilingnya.
Pagi berikutnya, Karim bangun awal dan membangunkan ayahnya dan mereka merancang untuk menjelajah perkhemahan tersebut, yang Karim belum pernah sampai ke sana sebelum ini. Terdapat pokok-pokok besar di merata-rata tempat. Di sebalik pokok-pokok ini ialah sebatang sungai yang deras dengan bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni di tebing-tebingnya.
Karim gembira sekali mendengar bunyi air mengalir yang hampir menenggelamkan kicauan dan decitan lagu burung-burung. Pemandangan yang dilihatnya menyebabkannya merasa kagum dan mereka berada di sana beberapa lama. Tetapi hari telah lewat, dan ayahnya memberitahunya bahawa telah tiba masa untuk pulang, jadi mereka berpatah balik.
Karim memberitahu kakak, abang dan ibunya tentang pemandangan menakjubkan dan sungai yang telah mereka saksikan. Mereka menyatakan bahawa mereka juga berminat untuk pergi bersama dengannya esok. Mereka tertanya-tanya dari manakah bunyi bising itu datang.
Keesokan harinya, Karim, kakak dan abangnya merancang untuk menjelajah kawasan tersebut. Apabila mereka sampai di tebing sungai, Karim mendapati beberapa batang pokok yang dilihatnya semalam telah ditebang. Ia telah ditumbangkan dan hanya akarnya sahaja yang tinggal. Ketika Karim sedang tertanya-tanya siapakah yang menebang pokok-pokok tersebut dan mengapa, kakaknya memanggil:
“Lihat Karim, ada kayu balak di dalam air”.
Karim terperanjat. Dia tertanya-tanya mengapa ada orang yang melakukan perkara seperti ini. Dia juga tidak dapat melihat sesiapa di sekelilingnya. Selepas meluangkan masa yang agak lama di atas tebing sungai, mereka kembali ke perkhemahan.
Karim, kakak dan abangnya pergi semula ke tebing sungai tersebut beberapa hari kemudian, dan menjadi bertambah hairan kerana mereka mendapati setiap hari beberapa batang pokok telah ditebang dan dicampakkan ke dalam sungai. Tambahan pula, ranting-rantingnya telah dipisahkan daripada pokok dengan cermat, dan dilonggokkan dengan sengaja bersama dengan kayu balak. Sekarang bunyi bising sungai telah diperlahankan dan sebuah kolam kecil telah mula terbentuk. Karim mula memikirkan bahawa perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan. Seolah-olah ada orang yang bekerja keras di tebing sungai ini setiap hari dan melakukannya dengan tujuan tertentu. Siapakah orang yang penuh misteri itu?
Karim membuat rancangan untuk memuaskan hatinya. Dia bercadang untuk pergi ke tebing sungai lebih awal, untuk mencari siapa yang telah melakukan semua perkara ini. Dia memberitahu abangnya dan meyakinkannya untuk pergi bersamanya. Pagi berikutnya, mereka menjalankan rancangan mereka.
KARIM BERTEMU DENGAN ORANG ASING
YANG PENUH MISTERI
Apabila mereka hampir kepada sungai, Karim mula berjalan di atas hujung jari kakinya. Dia melihat lebih banyak ranting-ranting dan kayu balak di dalam air. Dia melihat sekeliling dan menyangka tiada sesiapa di kawasan sekitar. Dia hampir memanggil abangnya, apabila tiba-tiba dia melihat dua ekor haiwan yang cantik terapung-apung di atas air. Dia bersembunyi. Tanpa melihat Karim, haiwan-haiwan ini menyambung kerja mereka. Tidak lama kemudian, abangnya yang bernama Imran, datang dan berbisik kepada Karim dengan perasaan kagum: “Jadi memerang inilah yang menebang pokok-pokok dan membawanya ke dalam air”. Karim sangat gembira melihat memerang yang betul-betul hidup, yang telah dilihatnya di dalam buku-buku tetapi dia tidak tahu banyak tentangnya. Mereka memerhati kedua-dua haiwan yang menarik dan kuat bekerja ini sepanjang hari.
Abang Karim memberitahunya bahawa memerang ini sedang cuba mengempang air supaya mereka dapat membina sebuah rumah. Kelakuan memerang ini amat menakjubkan. Mereka meletakkan ranting-ranting yang mereka bawa dengan mulut mereka di hadapan longgokan terbesar yang mereka telah bawa ke dalam air. Kemudian mereka naik ke tebing dan menuju ke arah pokok-pokok berhampiran. Salah seekor memerang ini memakan daun-daun pokok, dan kemudian mula mengerit kulit pokok dengan giginya. Ia mengerit kayu di sekeliling batang pokok, dalam keadaan yang sama pada setiap bahagian. Ia melakukannya sehingga bahagian pokok yang pecah menjadi seperti sebatang pencil yang ditajamkan.
Ketika memerang tersebut mengerit batang pokok, Karim tertanya-tanya bagaimana haiwan yang kecil ini akan membawa pokok yang besar. Pada ketika itu juga, pokok itu jatuh ke dalam air, menyelesaikan masalah bagaimana ia akan dibawa.
Kemudian memerang yang seekor lagi pula datang dan mula mengerit sebatang pokok, yang sekali lagi jatuh terus ke dalam air. Kemudian, yang lain, kemudian yang lain... Semua pokok-pokok yang memerang-memerang tebang, tumbang dan jatuh ke dalam air. Seolah-olah ketika memerang-memerang itu mula mengerit pokok-pokok tersebut, mereka telah membuat pengiraan untuk memastikannya jatuh ke dalam air. Karim terperanjat kerana dia tidak terfikir cara seperti ini untuk membawa pokok-pokok tersebut. Dia memberitahu Imran apa yang difikirkannya dan mendapati dia juga berpendapat sedemikian.
Imran: Terus terang saya katakan, saya juga tidak terfikir bagaimana hendak melakukannya. Tetapi saya pernah terbaca tentangnya. Memerang membuat anggaran bagaimana untuk membolehkan pokok jatuh ke dalam air dan mengerit pokok pada sudut tertentu. Tetapi apabila mereka gagal, mereka akan mengheret pokok tersebut ke dalam air dengan gigi mereka. Karim, saya rasa sudah cukup untuk hari ini. Apakah kamu mahu saya beritahu kamu lebih banyak tentang memerang apabila kita kembali ke perkhemahan? Kita boleh membaca tentang mereka jika kamu mahu.
Karim: Ya, saya suka melakukannya. Saya kagum bagaimana memerang ini dapat membuat anggaran seperti itu dan bertindak dengan begitu bijaksana. Ia juga amat mengelirukan. Mengapa mereka mengempang sungai untuk membina sebuah rumah? Tidakkah gigi mereka rosak dengan memakan kulit pokok? Saya mempunyai banyak persoalan berkenaan dengannya. Saya boleh bercakap tentang mereka sepanjang malam.
Imran: Baiklah, tetapi kita mesti kembali ke perkhemahan sekarang. Kita banyak membuang masa berbual, dan hari sudah hampir gelap. Mari kita kembali sebelum ibu bimbangkan kita. Lagipun, saya merasa mengantuk dan letih. Marilah cepat.
Mereka bergegas pulang ke perkhemahan dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun, banyak persoalan-persoalan terlintas di fikiran Karim dalam perjalanan pulang. Sebaik sahaja mereka sampai ke perkhemahan, mereka menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh ibu mereka. Kemudian mereka mencari memerang di dalam buku-buku. Tetapi Karim mendapati Imran telah tertidur. Oleh itu Karim mula membaca sendirian.
Ini meninggalkan Karim sendirian bersama dengan persoalan-persoalan di dalam fikirannya. Jadi dia membuat rancangan baru. Dia akan bertemu dengan memerang-memerang tersebut pagi esok dan akan belajar daripada mereka apa yang mereka lakukan. Tidak lama kemudian dia pun tertidur...
SATU KEJUTAN BESAR
Karim bangun awal pagi dan segera pergi ke tebing sungai. Sekali lagi dia menemui memerang-memerang sedang bekerja. Dengan mengumpulkan keberaniannya, dia menghampiri mereka dan berkata:
“Helo, nama saya Karim. Bolehkah saya berkawan dengan awak?
Haiwan-haiwan tersebut mulanya merasa terkejut, tetapi melihatkan sikap persahabatan yang ditunjukkan Karim, memerang yang paling besar tampil ke hadapan dan membalas:
“Sudah tentu, nama saya Encik Memerang. Dan ini isteri saya Puan Memerang. Gembira bertemu dengan anda”.
Ini membuatkan Karim gembira, kerana sekarang dia dapat bertanya mereka apa yang menghairankannya. Jadi mereka mula berbual:
Karim: Saya telah memerhatikan kamu dengan rasa ingin tahu beberapa lama, dan terdapat banyak soalan yang hendak saya tanya kepada kamu... Bermula dengan batang-batang pokok. Encik Memerang, mengapa kamu mengheret batang-batang ini ke dalam air dan meletakkannya di atas yang lain?
Encik Memerang: Semua pasangan memerang, seperti kami, berpindah untuk membina rumah baru. Kami sampai ke sini tidak lama dahulu, dan baru berpindah ke sungai ini. Sekarang kami sedang membina kediaman kami. Tetapi untuk melakukannya, kami memerlukan air yang tenang. Jadi kami perlu menyekat aliran air dahulu. Kerana itulah kami longgokkan balak-balak ini untuk membentuk kolam tiruan.
Karim: Jadi kamu sedang membina sebuah empangan? Hebat. Adakah kamu tahu? Kami manusia juga membina empangan sejak beberapa lama dengan cara yang sama untuk menyekat aliran air. Sebelum ini guru geografi kami mengajar kami tentang empangan-empangan di dalam negara kami dan menjelaskan bagaimana ia dibina. Ia sungguh memeranjatkan, saya fikir sudah tentu ia amat sukar untuk membina sebuah tembok di hadapan air yang mengalir. Tetapi apa yang kamu lakukan adalah lebih menakjubkan dan sukar. Bagaimana kamu dapat menyekat aliran air yang deras? Bagaimana kamu menemui cara ini? Adakah kamu memilih untuk melakukannya dengan cara ini apabila kamu melihat empangan-empangan buatan manusia?...
Di dalam kekaguman ini, Karim telah menyoal satu demi satu soalan. Kata-katanya dan kekagumannya membuatkan Encik Memerang tersenyum, kerana apa yang mereka lakukan adalah terlalu mudah sehinggakan mereka tidak pernah memikirkannya.
Encik Memerang: Baik, Karim, berhenti seketika. Saya akan menjawab soalan-soalan kamu satu persatu. Jangan bimbang, kamu akan belajar semuanya. Pengetahuan kami tentang bagaimana untuk membina empangan-empangan dan untuk membina kediaman-kediaman seperti ini kami dapatinya secara semula jadi. Sudah tentu, pengetahuan ini tidak datang kepada kami secara kebetulan. Bukannya suatu hari tiba-tiba kami berkata, “Mari bina sebuah empangan dan membina sebuah kediaman di dalam air”. Kami telah memiliki pengetahuan ini, kerana ia telah diajarkan kepada kami sebelum kami lahir. Kerana itu, kami mengetahui apa yang perlu dilakukannya dengan begitu baik dan melakukan kerja-kerja kami dengan jayanya. Sekali lagi, terima kasih kepada pengetahuan ini, kami tahu bagaimana menumbangkan pokok-pokok besar dan membawanya ke dalam air.
Mendengar kepada Encik Memerang dengan penuh kekaguman, Karim telah dikejutkan oleh suara Imran di belakangnya:
“Saya boleh menjawab semua soalan-soalan kamu Karim. Tetapi sebelum itu kamu mesti jelaskan. Mengapa kamu meninggalkan perkhemahan sendirian? Sudah tentu kami akan bimbang jika kami tidak melihat surat ringkas kamu.
Karim: Saya... saya minta maaf. Saya begitu gembira sehinggakan tidak dapat menghalang daripada datang ke sini. Tapi saya tahu kamu pasti akan melihat surat ringkas saya. Bolehkah kamu beritahu saya siapakah yang mengajar memerang ini semua perkara ini?
Imran: Baiklah Karim. Kamu masih ingat kita membaca Al-Quran bersama-sama minggu lepas? Allah berfirman di dalam banyak ayat bahawa Dialah yang menjadikan segala yang ada di langit, di bumi dan di antara keduanya. Kita bercakap tentang haiwan-haiwan yang kita ketahui dan tentang perlakuan-perlakuan mereka yang istimewa. Kemudian kita merumuskan bahawa mereka tidak dapat melakukan perkara-perkara ini sendiri dan sebenarnya mereka telah diajar bagaimana untuk bertindak oleh satu Pencipta.
Karim: Ya, saya ingat.
Imran: Semua hidupan bertindak berdasarkan apa yang telah diajarkan kepada mereka oleh Allah. Sejak mereka baru dilahirkan, mereka semua telah mengetahui bagaimana untuk bertindak. Untuk memahami tindakan-tindakan mereka, kita manusia melakukan kajian-kajian dan menjalankan penyelidikan-penyelidikan selama beberapa tahun; dan kita menggunakan alat-alat berteknologi, membaca buku-buku dan melakukan eksperimen-eksperimen. Tetapi perkara-perkara ini yang kita berusaha keras untuk memahaminya dilakukan dengan mudah oleh haiwan-haiwan. Contohnya, mereka membuat kiraan-kiraan yang membingungkan pakar-pakar sekalipun. Encik Memerang dan Puan Memerang melakukan apa yang telah diajarkan Tuhan kita kepada mereka untuk dilakukan. Jika Encik Memerang memberitahu kita lebih banyak tentang apa yang mereka lakukan, kamu akan dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan lebih baik.
Encik Memerang: Ya, Karim. Nanti saya akan memberitahu kamu secara terperinci tentang rumah yang sedang kami bina. Kamu juga akan mengetahui bahawa adalah mustahil untuk kami melakukan semua perkara ini dengan menggunakan kebijaksanaan kami sendiri.
Karim mendengar Encik Memerang dan Imran dengan teliti, kerana dia menyedari kepentingan perbualan ini. Jadi dia memutuskan untuk memberi perhatian terhadap apa yang mereka katakan dan bertanya tentang perkara-perkara yang gemar dipelajarinya.
Karim: Encik Memerang, saya rasa kamu menggunakan kaki dan gigi kamu menebang pokok-pokok untuk membentuk kolam ini. Tetapi mengapa gigi kamu begitu kuat? Gigi saya, misalnya, pasti akan patah jika saya cuba menggigit sebatang ranting. Saya tidak akan melakukannya.
Encik Memerang: Soalan yang baik, Karim. Saya dan isteri saya dapat menebang kira-kira 400 batang pokok setahun. Kami melakukannya dengan mengerit dengan gigi kami. Kami menggunakan empat gigi hadapan untuk mengerit ranting-ranting pokok. Gigi kami juga akan menjadi haus, walaupun bukan sehaus seperti gigi kamu, dan kadang kala patah. Tetapi ini tidak menjejaskan kami, kerana gigi hadapan kami, yang digelar gigi kacip, akan terus tumbuh sepanjang hidup kami.
Karim: Jadi gigi kamu tumbuh berterusan, sama seperti kuku kami, bukan?
Puan Memerang: Biar saya jawab soalan kamu karim. Ya, kamu betul. Allah menjadikan gigi kami berbeza daripada hidupan lain. Jika Dia tidak melakukannya, kami tidak akan dapat mencari makan dan membina rumah kami, yang pasti tidak baik untuk kami. Kerana anggota-anggota spesies kami akan mati kebuluran, spesies kami akan perlahan-lahan menjadi pupus, iaitu, kami tidak akan berada di sini hari ini. Kamu tidak akan menemui walau seekor pun memerang di muka bumi ini. Bagaimanapun, gigi saya, seperti juga gigi Encik Memerang dan semua memerang lain, tumbuh dengan cepat. Seperti yang dapat kamu lihat, gigi kami amat penting kepada kami.
Karim: Baiklah. Tetapi sekarang bagaimana kamu belajar berenang? Saya telah mempelajarinya baru-baru ini. Bagaimana kamu menjadi perenang yang sempurna?
Encik Memerang: Karim, semua memerang boleh berenang tidak lama selepas mereka dilahirkan. Ia amat mudah bagi kami, kerana tubuh kami sesuai untuk berenang. Contohnya, kaki kami berselaput, supaya kami dapat menolak air dengan mudah, dan selain daripada itu, ekor kami yang leper bertindak sebagai sirip, supaya kami dapat bergerak dengan mudah di dalam air. Seperti mana kamu memakai gogal untuk melindungi mata kamu daripada air dan membantu kamu melihat di dalam air, kami mempunyai gogal semula jadi. Dan telinga dan lubang hidung kami dapat menutup dengan rapat untuk menghalang air. Kami juga mempunyai tiga kelopak mata pada setiap mata. Salah satu daripadanya adalah separuh lut sinar, membolehkan kami melihat di dalam air dan juga melindungi mata kami daripada kemungkinan bahaya dalam air.
Karim: Sahabat-sahabat kecilku, saya juga boleh berenang dengan pantas dan mudah apabila saya memakai sirip renang di kaki saya. Ayah saya yang membelikan saya sirip renang itu, tetapi kamu memilikinya sejak lahir. Allah telah menjadikan kamu dengan sifat-sifat yang kamu perlukan.
Imran: Kamu betul, Karim. Encik Memerang bolehkah kamu tolong terangkan kepada kami lebih lanjut tentang empangan-empangan yang kamu bina?
Encik Memerang: Mula-mula, kami heret kayu-kayu balak dan ranting-ranting ke dasar sungai. Kemudian kami longgokkan ranting-ranting yang ringan di atas yang berat. Tetapi kami perlu meletakkannya dengan cermat di tempatnya, jika tidak air yang mengalir akan menghanyutkan apa yang telah kami bina. Kerana itulah, kami menambah kayu-kayu balak dan menguatkannya dengan batu-batu. Tetapi ia masih tidak begitu kuat, oleh itu, kami perlu menampungnya. Jadi kami lekatkan ranting-ranting ini bersama dengan satu campuran khas daripada lumpur dan daun-daun. Campuran kalis air ini juga tahan kepada kesan-kesan hakisan air.
Karim: Jika tidak sudah tentu kamu tidak dapat membina rumah yang kering di dalam air, segala usaha kamu akan sia-sia.
Puan Memerang: Kamu betul, Karim. Tetapi, empangan yang kami bina ini sangat kuat dan ia menjadi bertambah besar dan kuat setiap hari. Apabila empangan bertambah besar, paras air yang dikumpulkan sebelum ini meningkat. Oleh itu, selepas beberapa bulan, sebuah kolam empangan terbentuk. Tetapi apabila kolam menjadi bertambah besar, kami mesti menguatkan dan membaiki empangan ini. Seperti yang dikatakan oleh Encik Memerang, kami meletakkan di kawasan antara ranting-ranting ini dengan lumpur dan semak. Lagipun, terdapat satu lagi perkara yang sangat penting, adakah kamu perasan bentuk empangan kami? Ia kelihatan seperti sebuah lengkungan, bukankah begitu?
Memerang menggunakan lumpur untuk membina rumah mereka. Mereka melekatkan ranting-ranting dan kayu-kayu balak dengan lumpur.
Bentuk ini yang dilenturkan ke dalam dipanggil cekung. Semua empangan-empangan dibina memerang secara cekung. Kami cuba untuk menyekat air pada sudut 45 darjah.
Tertarik dengan apa yang Encik dan Puan Memerang ceritakan kepadanya, Karim menyampuk:
Karim: Bagaimana kamu mengetahuinya? Kami pernah pergi ke sebuah empangan bersama guru kami, dan pada hari itu dia memberitahu kami bahawa empangan-empangan moden telah dibina sama seperti kamu punya. Semuanya melengkung ke dalam. Dia juga memberitahu kami bahawa kerana bentuk ini, yang digelar cekung, manusia dapat mengempang air pada sudut 45 darjah tepat. Empangan-empangan cekung yang kuat adalah amat sesuai untuk menahan tekanan air. Tetapi bagaimana kamu memperoleh pengetahuan seperti ini, Encik dan Puan Memerang? Siapakah yang mengajar kamu? Saya tahu empangan tersebut telah dibina oleh jurutera-jurutera. Kakak saya juga seorang jurutera; dia terpaksa meluangkan masa bertahun-tahun untuk pengajian sebelum dia dapat menjadi seorang jurutera. Tetapi kamu tidak boleh pergi ke sekolah, jadi bagaimana kamu dapat mengetahuinya? Siapakah yang mengajarkan kamu pengetahuan ini?
Imran: Karim, adalah mustahil untuk keluarga memerang ini melakukan semua ini dengan cara yang rawak. Apakah kamu masih ingat kamu pernah bertanya kepada saya tentang seorang yang bernama Darwin? Di mana buku yang kamu baca menyatakan bahawa haiwan-haiwan telah wujud dan memperoleh ciri-ciri mereka secara kebetulan. Kamu dapati ia tidak masuk akal dan menganggap apa yang telah dikatakan oleh Darwin adalah satu pembohongan.
Karim: Ya, saya ingat. Dan saya memahami kamu dengan baik. Sudah tentu, Encik Memerang dan Puan Memerang tidak mempelajari perkara-perkara ini secara kebetulan. Sudah tentu Darwin telah menipu manusia.
Encik Memerang: Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, kami tahu bagaimana hendak melakukan semua ini sejak lahir. Kamu adalah seorang budak yang bijak, Karim. Sudah tentu saya tidak pernah pergi ke sekolah. Dan sudah tentu juga saya tidak menemui perkara ini dengan cara mencuba. Jika sesiapa mengemukakan pendapat yang tidak masuk akal ini, kamu dapat menyoalnya dengan beberapa soalan:
Jika kita anggarkan seekor memerang, mengetahui bagaimana hendak membina rumah ini secara kebetulan, kita lihat semua memerang membina rumah mereka dengan cara yang sama. Adakah mereka mengetahuinya secara kebetulan juga?
Apabila gigi saya telah haus, gigi yang baru akan tumbuh di tempatnya. Ia sama sahaja pada semua memerang. Bukankah telah jelas di sini bahawa ia tidak mungkin berlaku secara kebetulan?
Seperti yang dapat kamu lihat, seseorang itu perlu berfikir untuk melihat bagaimana mustahilnya perkara ini dan bagaimana tidak masuk akalnya dakwaan ini. Tolong tanya kakak kamu di dalam kursus yang mereka pelajari bahawa empangan mesti dibina pada sudut 45 darjah dan perkiraan apakah yang mereka perlu lakukan. Kemudian kamu akan lebih memahami saya.
Karim: Memang betul Encik Memerang. Jelaslah bahawa suatu Kebijaksanaan Tertinggi telah mengajar kamu semua perkara-perkara ini. Ibu saya memberitahu saya bahawa Allah itu Maha Bijaksana. Ia adalah bukti kebijaksanaan Tuhan kita yang tiada tolak bandingannya maka Dia mengajarkan kepada kedua-dua kamu dan memerang-memerang lain dan begitu juga kepada memerang-memerang yang pernah hidup setakat ini. Saya juga tahu bahawa bukan kamu sahaja yang Allah ajarkan apa yang perlu dilakukan, tetapi juga kepada semua hidupan.
Imran: Ya, Karim. Allah menjadikan semua benda hidup dan menguasai semuanya. Seperti yang dinyatakan di dalam sepotong ayat Al-Quran:
Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.( Surah An-Nuur: 45 )
PERBUALAN BERTERUSAN...
Karim: Encik Memerang kamu katakan bahawa kamu membina empangan ini untuk membina sebuah rumah. Tetapi saya tidak dapat melihat apa-apapun yang kelihatannya seperti sebuah rumah. Hanya terdapat longgokan kayu-kayu balak. Di mana kamu membina rumah kamu?
Encik Memerang: Memang betul. Kamu tidak dapat melihat rumah kami dari luar. Kami membinanya seperti ini bertujuan supaya ia menjadi tempat yang lebih selamat. Ketika membina empangan, kami juga menyediakan rumah kami di atas tebing kolam, berhampiran dengan darat. Rumah kami kelihatan seperti satu longgokan kayu-kayu daripada luar. Tetapi kamu jangan terpedaya dengannya; kami membina dalamannya dengan cermat. Paling utama, keselamatan amat penting kepada kami. Kerana itulah, satu-satunya pintu masuk ke rumah kami ialah di bawah air. Sudah tentu, tiada siapa yang dapat memasukinya dengan mudah. Kami melalui terowong-terowong rahsia untuk masuk dan keluar.
Karim: Sungguh hebat. Rumah kamu adalah seperti sebuah kubu yang dikelilingi oleh parit-parit. Ia hampir mustahil untuk dimasuki.
Encik Memerang dan Puan Memerang ketawa terhadap ulasan Karim.
Encik Memerang: Terowong ini membawa ke sebuah bilik. Kami pastikan bilik ini berada di atas paras air. Keluarga kami tinggal di dalam bilik yang kering dan selamat ini. Kadang kala kami membina rumah dua tingkat, di mana pintu masuk dan ruang tamu di tingkat pertama, dan bilik makan dan bilik tidur di tingkat kedua. Rumah yang kami bina mempunyai dua pintu masuk bawah air dan satu saluran pengudaraan di bahagian atas. Dengan cara ini, selain daripada selamat daripada bahaya luaran, kamu juga hidup dengan selesa.
Karim: Ini adalah perkara yang menakjubkan. Tidak nampak pun adanya sebuah bilik di bawahnya; ia kelihatan seolah-olah ia hanyalah longgokan kayu-kayu dan ranting-ranting. Ini adalah satu susunan yang hebat. Saya mempunyai satu lagi soalan: berapa dalamkah kolam ini? Dari sini ia kelihatan agak dalam.
Encik Memerang: Kadang-kadang ia sedalam 3 hingga 4 meter. Sebenarnya, kami tidak memerlukan air yang dalam untuk membina rumah kami. Tetapi, permukaan kolam akan membeku pada musim sejuk dan satu lapisan ais yang tebal terbentuk di atasnya. Jika air tidak cukup dalam, pembekuan akan turun ke bawah sehinggakan seluruh kolam akan beku sepenuhnya. Dalam keadaan ini, sudah tentu kami tidak dapat bergerak di sekeliling kolam ini. Oleh itu, kami dalamkan kolam ini sedalam yang boleh. Kemudian jika permukaannya beku, masih terdapat lapisan air di bawah kolam ini, yang membolehkan kami bergerak dan mencari makan.
Imran: Kamu tahu, Karim. Encik Memerang dan Puan Memerang mengetahui dengan baik apa yang mereka lakukan. Jika kita membina sebuah rumah di atas tasik, mungkin tidak satupun perincian ini yang kita terfikir tentangnya. Tetapi sahabat kita ini berfikir ke hadapan dan mengerjakan apa yang perlu dibuat. Sudah tentu Allahlah yang telah melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk memikirkan perincian yang sebegini teliti dan mengajar mereka apa yang perlu dilakukan.
Sekali lagi Karim memikirkan tentang kakaknya, seperti yang telah kamu sedia maklum, adalah seorang jurutera awam. Dia telah belajar selama beberapa tahun dan bekerja keras untuk menjadi seorang jurutera. Karim masih ingat ketika dia memasuki bilik kakaknya dan melihat kerja sekolahnya. Kemudian baru dia mengetahui bahawa dia melukis benda-benda seperti bangunan, jambatan dan lain-lain. Dia terperanjat apabila dia melihat hasil kerjanya dan tidak memahami apa-apapun. Apa yang dilakukannya memerlukan ketekunan yang tinggi, sukar dan rumit. Terdapat banyak garisan-garisan dan rajah-rajah di atas kertas yang tidak diketahui apakah maksudnya. Dia bertanya kepada kakaknya apakah semuanya itu, dan dia terperanjat apabila mendapat tahu sebuah bangunan akan dibina berdasarkan kepada lukisan-lukisan ini.
Sehingga hari tersebut, dia tidak mengetahui bahawa kejuruteraan awam begitu sukar. Tambahan pula, kakaknya telah memberitahunya bahawa dia hanya berurusan dengan reka bentuk bangunan sahaja. Pada peringkat berikutnya, pekerja-pekerja akan datang untuk bekerja dan membina bangunan, menggunakan berbagai peralatan dan material.
Karim: Ini sungguh menarik. Kamu membina rumah kamu berdasarkan kepada satu pelan yang telah dibuat terlebih dahulu sama seperti Zainab. Setiap benda yang kamu lakukan menunjukkan kebijaksanaan yang hebat. Saya masih ingat kakak saya bekerja keras selama beberapa jam untuk membuat perkiraan-perkiraan yang rumit...
Imran: Kamu betul. Saya juga memikirkan tentang Zainab. Tetapi sahabat kecil kita ini melakukan kerja-kerja berat sama seperti Zainab lakukan. Ini juga menunjukkan kemahiran menakjubkan yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Bagaimanapun, sahabat kecil, sekarang masanya untuk kami kembali semula ke perkhemahan. Terima kasih banyak-banyak di atas segalanya. Kamu telah memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan yang Karim ingin ketahui. Sekarang kami mesti ucapkan selamat tinggal.
Karim: Saya juga hendak mengucapkan terima kasih. Saya amat gembira dengan perbualan kita. Tetapi saya tidak mahu mengucapkan selamat tinggal. Saya ingin melawat kamu lagi, jika kamu tidak kisah.
Encik dan Puan Memerang: Selamat tinggal, Karim. Sudah tentu kamu boleh menziarahi kami bila-bila masa sahaja yang kamu mahu. Mungkin kamu hendak melihat rumah kami disempurnakan. Selamat tinggal.
Karim merasa kagum dengan tugas-tugas yang dilakukan oleh memerang-memerang ini. Sekarang semua soalan-soalannya telah terjawab, dia ingin kembali ke perkhemahan dan memberitahu orang lain tentang apa yang telah dipelajarinya.
ALLAH YANG MENJADIKAN MEMERANG
Jadi kamu telah mempelajari tentang memerang bersama dengan Karim. Seperti yang dapat kamu saksikan, terima kasih kepada kemahiran-kemahiran yang dimilikinya semenjak lahir, sahabat baru Karim ini dapat mereka bangunan, yang merupakan satu tugas yang sangat sukar dan rumit. Kemudian mereka melaksanakan pelan ini dengan kemahiran yang hebat. Tidak seperti kakak Karim, memerang tidak pergi ke sekolah, dan juga tidak dilatih beberapa tahun. Tetapi mereka mengetahui dengan tepat apa yang hendak dilakukan, kerana terdapat Kekuasaan Tertinggi yang mengajar mereka semua perkara-perkara ini. Iaitu Allah, yang menjadikan semuanya, termasuk kita.
Ingat! Seekor memerang tidak dapat memperoleh kemahiran untuk membina empangan secara kebetulan. Ia tidak dapat menjadikan tubuhnya bersesuaian dengan keperluannya. Ia tidak dapat menemui sendiri bentuk untuk membina empangan yang cukup kuat untuk menahan tekanan air. Dan yang lebih penting, ia tidak dapat memastikan memerang-memerang lain memperoleh kemahiran yang sama.
Terdapat satu lagi fakta yang mesti dicatatkan: Memerang tidak akan dapat hidup jika kekurangan salah satu sifat-sifatnya. Contohnya cuba kita fikirkan tentang giginya. Jika gigi belakang mereka, walaupun tidak haus, terus tumbuh seperti gigi kacip hadapan, ia akan menjadi terlalu besar, dan memberikan tekanan kepada rahang dan menyebabkannya tidak dapat menggunakan mulutnya.
Bagaimana memerang dapat mengerit dan membina empangan dalam keadaan ini? Bagaimana ia dapat membina rumahnya? Sudah tentu ia tidak akan dapat melakukan semua perkara-perkara ini. Malah ia juga tidak dapat makan disebabkan oleh struktur mulutnya, jadi sudah tentu ia akan mati kebuluran.
Tambahan pula, banyak organ-organ lain selain daripada giginya telah dijadikan khusus untuk kerja-kerja yang mereka lakukan. Kelopak mata lut sinar untuk melindungi matanya ketika berada di dalam air seperti juga cara istimewa yang menutup telinga dan lubang hidungnya untuk menghalang air masuk, adalah di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh memerang. Selain daripada itu, memerang juga mempunyai kaki belakang yang berkulit selaput dan ekor yang keras dan rata, yang membantu haiwan ini menjadi perenang yang hebat. Semua ini adalah sifat-sifat istimewa yang memerang miliki sejak lahir.
Sekarang, sudah tentu kami faham mengapa Karim merasa begitu kagum dengan sahabat kecilnya.
Sahabat kecil Karim memiliki struktur tubuh ini, dan pengetahuan dan kemahiran untuk membina empangan sejak lahir. Semua memerang membina rumah mereka dengan panduan Allah dan bergerak berdasarkan kepada apa yang telah “didorong” oleh-Nya agar mereka melakukannya. Allah Yang Maha Kuasa telah menjadikan makhluk-makhluk ini dan memberikan mereka kemahiran hebat.
Allah menjadikan semua hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai untuk tugas-tugas yang mereka lakukan dan memenuhi keperluan mereka. Allah pengasih kepada semua hidupan. Seperti yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran.
oleh: Harun Yahya
Monday, December 5, 2011
SEHARIAN SEKITAR KL 3/12/2011
penat berdiri dan berhimpitan di jualan murah barangan bayi pureen.. barang muruh seperti baju bayi serendah rm 1.. terbeliak biji mata... (kepada ibu sarat mengandung anda tidak digalakkan ke sini, juga kepada kanak2 kecil perlu diawasi dengan lebih baik agar tidak lemas)
BAHAN BACAAN
diatas ini merupakan beberapa buah buku yang telah rid baca, ia menarik dan membuka mata dan cara pemikiran. antara buku yang terbaik adalah majalah al-islam yang mempunyai keluaran bulanan.
Wednesday, November 30, 2011
CERITA 1 : SEMUT
Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.
Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...
Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.
Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan makanan mereka sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan ladang-ladang kecil di mana mereka memelihara haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan susunya, semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan susunya.
Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang dunia semut ini:
Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya ternampak kepalanya yang kecil itu muncul daripada tanah. Kepalanya menarik perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya tertanya-tanya mengapa kepalanya begitu dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini. Kepalanya yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai pengawal di pintu masuk sarang. Adakah kamu mahu tahu ‘bagaimana’? Dia memeriksa sama ada semut-semut yang hendak memasuki sarang berasal daripada keluarganya atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk sekiranya mereka orang asing.
Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan apa yang sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan ingin tahu saya, dan mula memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang berkepala besar mengenali rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.
Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan kepada awak bahawa kami memanggil keluarga kami sebuah ‘gerombolan’. Dengan kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar gerombolan. Seekor semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut tersebut dengan sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada atas kepalanya) yang membantunya membezakan semut luar. Bagaimanapun, kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalaunya.
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila dia berkongsi pemikiran ini dengan sahabatnya, dia tersenyum kepadanya dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan memeranjatkannya.
Semut tersebut kemudian berkata: “Biar saya memberitahu awak tentang keadaan dalaman sarang kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya. Gerombolan-gerombolan kami mempunyai seekor ratu semut, semut-semut jantan, askar-askar dan semut-semut pekerja.
Ratu dan semut-semut jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua. Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut baru. Askar-askar bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu dan mencari tempat baru untuk sarang. Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada semut-semut betina yang mandul. Iaitu, mereka tidak boleh melahirkan anak. Mereka menjaga ratu dan anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka terpaksa melakukan semua kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut pekerja dan askar juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka. Sebahagian mereka adalah penternak, juru bina, dan pencari makanan. Setiap kumpulan mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu kumpulan berlawan dengan musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang”.
Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya dengan penuh tanda tanya, dan kemudian menyoalnya: “Tidak pernahkah kamu merasa bosan, menanti di pintu masuk sarang setiap masa? Apakah tugas kamu di dalam sarang?
Si semut menjelaskan: “Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman”.
Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut bekerja sepanjang masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah – sesuatu yang sering tidak dapat dilakukan oleh manusia.
Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami dengan mudah bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan sempurna di antara semut-semut ini. Jelas di sini bahawa kehidupan semut-semut telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak mementingkan diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan mereka kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih kuat daripada yang lain. Sahabat beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan menambah:
“Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut “pemberi makan”, dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.
Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya.”
Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.
Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:
“Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.
Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari pada sudut paling luas. Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami, di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai. Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu”.
Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya: “Apakah kamu benar-benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir. Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna, mereka perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu juga mendapat latihan yang sama?” Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya lebih banyak perkara-perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:
“Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami. Ia tidak pernah diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan setakat itu sahaja. Apa yang akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.
Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat besar jika dibandingkan dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami, terdapat satu sistem pemanasan yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari. Untuk menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan bahan-bahan yang tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami juga menghalang udara sejuk masuk ketika musim sejuk dan menahan udara panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan suhu pada satu paras”.
Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia sukar untuk percaya bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata kepada si semut: “Sebelum kamu memberitahu saya perkara ini, jika seseorang datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan bertanya siapakah yang dapat membina sarang seperti itu, sudah tentu saya memberikan jawapan yang berbeza. Saya mungkin akan mengatakan bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan peralatan yang baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan bahawa sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh semut-semut, sebenarnya, saya tidak mungkin akan mempercayainya”.
Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan melintasi mindanya. Dia beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan pandangan yang berbeza. Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika tidak, mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.
Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih terus bercakap. Apabila dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik, dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di fikirannya. Dia bertanyakan soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum ini bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya bagaimana mereka dapat melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang peralatan, sesuatu yang manusia pun sukar untuk melakukannya?
Si semut berkata: “Biar saya beritahu awak satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan memudahkan untuk menjawab soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami sebenarnya terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup dan rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semut peladang adalah salah satu daripadanya. Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut yang terlibat di dalam perladangan. Mereka digelar “attas”, iaitu, semut pemotong daun.
Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala mereka pecahan-pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu, mulanya mereka melicinkan jalan mereka, supaya mereka dapat melaluinya dengan mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika membawa pecahan-pecahan dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan perlahan-lahan sepanjang jalan ini,mereka mengutip semua ranting-ranting, batu-batu kerikil kecil, rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya. Jadi mereka membersihkan sebuah jalan untuk diri mereka sendiri.
Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi lurus dan licin seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-pecahan daun yang besar, yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.
Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu untuk bersembunyi di bawah daun-daun?
Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang bersaiz sedang meluangkan hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun. Adalah sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana mereka membawa dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan untuk mempertahankan diri.
Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan diri, siapa yang melakukannya untuknya?
Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang lebih kecil. Pekerja-pekerja ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati. Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka, walaupun mereka bersaiz kecil.
Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan. Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara. Untuk apa attas-attas ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini sepanjang hari?
Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan mereka. Attas menggunakan dedaun ini untuk menanam kulat. Semut-semut tidak dapat memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu semut-semut pekerja membuat satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan kemudian menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka. Di dalam bilik-bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka memperoleh makanan mereka daripada pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?
Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.
Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.
Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.
Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.
Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.
Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini “bercakap” di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?
Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:
Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.
Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: “Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan”.
Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.
Mungkin kamu belum pernah mendengar tentang kemahiran dan kebijaksanaan semut. Sebahagian daripada kamu mungkin beranggapan bahawa semut hanyalah serangga ringkas yang melata di merata tempat tanpa melakukan apa-apa. Tetapi sesiapa yang beranggapan demikian sebenarnya telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan-hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan mempunyai berbagai ciri-ciri menakjubkan. Omar, hero buku ini, berpeluang untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang kehidupan ini daripada seorang kawan. Dia terpesona dengan apa yang telah dipelajarinya daripadanya. Jadi apakah yang menyebabkan Omar begitu gembira? Mengapa dia merasa kagum dengan dunia semut?
Lebih daripada itu, siapakah “sahabat kecil” yang memberikan Omar semua maklumat-maklumat ini? Jadi sudah tentu kamu tertanya-tanya apakah kisahnya. Bacalah buku ini, dan cari jawapannya...
OLEH: HARUN YAHYA